Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Monday, November 2, 2015

Terjatuh Sayang - Episod 1

Tadi rasa macam banyak je benda nak tulis, sekarang blank pulak. K nak buat cerita lah..



Di sebuah pasar menjual aneka barangan di Istanbul, Turki.


Naima sedang ralit membelek satu persatu selendang di salah sebuah gerai yang menjual jutaan selendang di pekan utama Turki itu. Sambil membelek, dia bertanyakan harga setiap selendang yang berjaya menarik perhatiannya. Ada juga dalam lima helai yang telah disenarai pendek oleh Naima. Jurujual lelaki berusia separuh abad itu setia menjawab setiap pertanyaan harga daripada Naima. 'Hm, mahal.. Nak ketuk aku la tu.. Biasala kalau aku jadi dia pun, aku jual harga mahal.. Haihh.. Nak beli ke tak entah..' Naima terfikir-fikir.  'Dahla datang sini bajet-bajet je. Honeymoon konon...' Sepantas kilat peristiwa minggu lepas muncul di benaknya.

---

'Mak ajak kita pergi Istanbul hujung bulan ni. Nak tak?' tanya Ammar, suami yang baru dikahwini Naima, 6 bulan yang lalu. 'Alamak, kena ke? Kena pergi ke? Honeymoon ke ni?' Malangnya soalan tersebut tidak terluah oleh Naima. Naima pura-pura ralit mengunyah biskut oreo kegemarannya. Naima mengahwini Ammar bukan atas dasar cinta. Ceritanya kedengaran tipikal. Mereka berkahwin kerana, pertamanya, takdir, keduanya, pilihan keluarga masing-masing. Ya, cerita novel tipikal. Lepasni boleh jadi drama.

'Orang dah ajak. Takkan lah nak tolak pulak kan.' suara Ammar memecah suasana sunyi di ruang makan rumah mereka. Rumah Ammar secara tepatnya. Naima memandang Ammar sekilas. 'Hmm, tak pernah-pernah berborak dengan aku macam ni? Siap tarik kerusi dan duduk tengok aku makan pula ni.' Sedar Ammar sedang menunggu jawapan darinya, cepat-cepat Naima membuat kira-kira dan bersedia untuk meluahkan ayat yang telah disusunnya beberapa saat tadi.

'Bayar macam mana?' Laaa itu je ke yang aku nak tanya? Naima menyedari, apa yang di fikirannya langsung berbeza dengan apa yang keluar dari mulutnya. Biskut Oreo yang hampir hancur terrendam dek susu, cepat-cepat diangkat dan ditelan oleh Naima. NIKMAT.

'Mak bayarkan tiket dengan hotel. Kira macam hadiah la. Lain-lain, macam makan ke shopping ke, bayar sendiri.' Suara Ammar kedengaran tegas pula. 'Lembab kan you ni? Ingat I ada masa sangat ke? I penat ni, nak mandi.' Ammar barangkali berang melihat sikap acuh tak acuh Naima. Naima sedikit tersentak. Cepat-cepat dia mengatur ayatnya.

'Takdela, pergi tu boleh.. Tapi I tengah nak saving ni. Tak boleh nak main-main sangat.. I pun ada benda nak beli bulan ni. Tapi I tahan je sebab...seriously, I tengah saving..' Huh, puas hati aku! Naima menarik nafas dan menghembus perlahan-lahan.

'So?' Balas Ammar. Naima menelan air liur. Entah kenapa, soalan Ammar membuatkan dirinya sedikit berpeluh dan umpama cacing kepanasan. Bukannya dirinya baru sahaja melakukan dosa pun.

'Takkan seribu pun takde?' Soal Ammar sambil matanya tajam merenung Naima yang sedang terkulat-kulat mencari jawapan.

'Seribu is a lot...for me..' Naima berkata perlahan.

'You koreklah mana-mana. I dah cakap kat Mak yang kita agree nak pergi.' Ammar bingkas bangun, memasukkan kerusi ke dalam meja, dan berlalu ke biliknya. Meninggalkan Naima yang masih kebingungan. Kenyataan daripada Ammar sebentar tadi membuatkan peluhnya muka muncul di bahagian atas dahinya.

Perasaannya bercampur-baur. Marah, sedih, kecewa, gembira.. Mestilah gembira! Orang belanja pergi bulan madu. Walaupun pergi dengan orang yang tak sayang kita.. Yang tak rela pun kahwin dengan kita.. Naima berdialog di dalam hati. Ada ke dia setuju tanpa berbincang dengan aku dulu? Yalah, aku ni siapa je? Mula-mula tanya macam nak bincang. Rupanya dah buat keputusan. Mana aku nak cari duit ni. Memanglah aku tak plan apa-apa pun, saving for the sake of saving. Kalau aku tak saving, nak makan apa aku? Kadang-kadang teringin juga nak makan sedap, pakai cantik-cantik. Kerja dahla kena pakai cantik je! Yalah, tambah-tambah lagi, gaji aku yang baru lepas degree ni berapa sen lah sangat. Naima lantas mengangkat gelas dan mangkuk kosong yang tadi diisi biskut oreo itu ke sinki dapur dan memulakan cucian. Otaknya ligat berfikir. Nak taknak, dia terpaksa setuju dengan keputusan Ammar. Selesai membasuh gelas dan mangkuknya, Naima bergerak menuju ke biliknya. Melintas di bilik Ammar, kedengaran suara Ammar sedang berbual di telefon dengan suara yang mesra. Boleh juga dikatakan dengan suara yang manja. Berbeza sungguh dengan nada suaranya ketika bersama Naima tadi. Naima cuba untuk mengamati dialog perbualan Ammar. Suara Ammar tenggelam timbul. Naima pantas sedar yang dia tidak sepatutnya ambil tahu, lantas masuk ke biliknya dan menutup pintu. Naima berperasaan aneh dan dia tahu yang dia tidak sepatutnya berperasaan sebegitu. Degupan jantungnya laju. Entah kenapa, Naima pantas menyimpulkan bahawa Ammar sedang berbual dengan seseorang yang dikasihinya. Yang pasti menduduki tempat teristimewa di hati suaminya itu. Ya, SUAMI. Naima baring di pembaringannya.  Dia menyoal dirinya berkali-kali. Sayangkah aku padanya? Ya, sayang itu ada. Tidaklah begitu banyak. Tetapi, perasaan yang aku rasa ini apa? Mengapalah aku boleh terjatuh sayang terhadap orang yang langsung tidak menyukaiku? Apatah lagi menyayangiku? Naima terfikir-fikir sehinggalah dia terlelap dan tersedar beberapa minit kemudian kerana dikejutkan oleh Ammar.

'Bangun. Siap macam biasa. I give you 5 minutes. Jumpa dalam bilik I.' arah Ammar. Naima yang masih lagi mengantuk, mencapai telefon bimbitnya. 10:45 P.M. Suara itu kedengaran tegas dan kasar. Jauh berbeza dengan suara yang didengari Naima beberapa minit sebelum dia terlelap tadi.
'Cepatlah.' Ammar yang masih lagi berdiri di muka pintu bilik Naima tiba-tiba bersuara. Bingkas Naima bangun dan menuju ke bilik air. Di hadapan cermin bilik air, Naima memandang dirinya sendiri. Dia berasa kecewa. Perkahwinan ini tidaklah seindah yang dia sangka. Permintaan Ammar pada malam ini bukanlah pertama kali baginya. Apalah dayanya, Ammar ialah suaminya. Suami yang dia secara tidak sengaja telah terjatuh sayang.

Selesai membersihkan diri dan menukar pakaiannya, Naima melangkah masuk ke bilik Ammar yang sedia terbuka. Ammar yang sedang duduk di atas salah sebuah sofa dibiliknya, memandang Naima tajam. 'Tutuplah pintu. Duduk sini.' arah Ammar. Naima menutup pintu bilik dan melangkah menuju ke suaminya. Dengan berhati-hati Naima meletakkan punggungnya di sebelah suaminya yang sedang memegang sebuah buku. Pandangan Ammar yang tadinya tajam melihat Naima, telah beralih ke buku itu.

'You baca apa?' tanya Naima perlahan. Ammar diam. Tidak bersuara sedikit pun. Naima berasa kekok dengan suasana itu. Matanya mula meliar melihat sekeliling bilik itu. Bilik yang sentiasa kemas tanpa dia perlu membersihkan bilik itu selalu. Terdapat ruang membaca merangkap ruang bekerja di penjuru bilik di mana dia dan Ammar sedang berada sekarang. Ammar rupanya seorang yang gemar membaca. Salah satu hobi Ammar, yang telah diketahui Naima berdasarkan pemerhatiannya.

'I dah cakap ke belum yang I suka bila you pakai perfume ni? Annick Goutal?' Suara Ammar bergema dan sedikit memeranjatkan Naima. Tone suaranya masih tegas dan formal.

'Oh dah, you dah cakap. Em, Annick Goutal, Petite Cherie.' Naima membalas ringkas dan menoleh ke arah Ammar yang masih membaca buku yang tidak diketahui tajuknya. Mungkin sebuah novel Inggeris.

'Hanya boleh pakai malam. SAHAJA. Di dalam bilik ini. SAHAJA.' Ammar berkata ringkas dan masih tegas. Sekali lagi, Naima berperasaan aneh. Sedikit sebanyak, kenyataan daripada Ammar tadi membuatkan Naima berasa...berbunga. Tetapi, pantas Naima membawa dirinya ke bumi yang nyata.

Ammar menutup bukunya dan meletakkan bukunya di meja berdekatan, lalu berjalan menuju ke katil bersaiz king miliknya dan segera baring di atasnya. Naima masih duduk kebingungan. Mungkin kesan bangun mengejut beberapa minit tadi masih belum hilang.

'Tutup lampu dan datang sini.' Arah Ammar ringkas.


----


HOI, apa yang aku tulis ni?! Thesis nak submit tak lama lagi la gileeeeee

No comments: