Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Sunday, November 8, 2015

KAU DAN AKU

Dalam hidup aku selama 23 tahun 5 bulan ni, hanya ada beberapa orang sahaja yang aku betul-betul selesa apabila bersama mereka. Nak kata mereka betul-betul kenal aku pun, I wont say that la since aku pun tak berapa kenal siapakah aku ini yang sebenarnya? Lol

Mereka ialah, semestinya keluarga aku, cikgu kesayangan aku, dan Siti Shahira. Hahahaahha... Si puaka ni memang selalu je menghantui hidupku. Maka dengan ini, secara rasminya aku melabel diriku sebagai, selectively social or socially selective. Haha

Aku tak mudah terang-terang menjadi diri aku yang sebenar. Aku tak mudah mesra dengan orang. Aku tak berapa friendly, tapi aku juga bukan anti social. Kenapa aku close dengan cikgu aku yang satu tu? Hahaha kerana aku memang memilih. Kenapa aku close dengan si puaka Siti Shahira? Sama sebab la dengan kenapa aku pilih untuk selesa dengan Cikgu Fidz. Aku memilih orangnya. Hahahha puuuiiiii

Ada orang beranggapan, kata ganti nama diri AKU-KAU adalah kasar. Bagi aku personally, aku hampir menjadi diri aku dengan menggunakan kata ganti nama diri tersebut. Aku ni bukanlah lembut pun orangnya, sometimes I do curse tapi takdelah sampai macam zikir. I curse dengan certain people je contoh macam adik beradik, dan kawan-kawan rapat, terutamanya si puaka itu tadi.

Nonetheless, bagi aku, perbuatan asyik cursing di social networks adalah sangat TIDAK SOPAN. Especially jika kau pakai tudung lah ye. Tak payah la curse pakai perkataan BABI kerana bagiku, babi itu tidak bersalah. It might sounds cliche, tetapi memang benar. Babi takde salah apa-apa. Aku akan guna perkataan lain jika aku berasa terlalu marah dengan sesuatu. Dah meningkat usia ni, tak payahla nak dok maki-maki orang. Kataku kepada diriku sendiri.

Dan dengan mengakui bahawa kau tak curse langsung, tak menandakan yang kau ni baik hati ye? Orang macam ni, lagilah banyak psikonye. Hahaha

Ah, papejelah, itu je aku nak cakap.

No comments: