Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Saturday, October 17, 2015

Kecelaruan Cita-cita

Weh, aku tak sure aku nak kerja dalam PR field ke tak ni.

Tapi kan sebenarnya... Impian aku berbeda sekali dong!

Well. Benda ni complicated lah.

Kau tau tak, which is very obvious dan kau mesti tau, duit ke, harta ke, kereta besar ke, bukanlah semestinya cita-cita semua orang.

Aku kan memang ada meluat gak la dengan sedara mara yang mempertikaikan course yang aku ambil sekarang ni, TAK BELAJAR PUN TAKPE. Macam course bodoh-bodoh gitu. Weh kau dengar sini elok-elok, rumahtangga kau sendiri gagal kerana salah satu isunya ialah, masalah komunikasi. Oleh kerana itulah, komunikasi ni kena belajar dan praktikkan. Tahu nak pandang rendah kat orang hanya kerana belajar komunikasi JE. Bukan engineer, architect, akauntan,doctor mahupun lawyer.

Sebut pasal rumahtangga. Hahahahah! Adala beberapa member2 aku yang memang cita-cita dia, nak kahwin. Aku tak salahkan, aku tak judge. Hikhik. Janji tak judge. Hikhik. Cumanya, aku nak tekankan kat sini, CITA-CITA kita mana mungkin sama. Jadi, jangan nak drag aku sekali ke dalam cita-cita kau yang best tu. Tapi, cita-cita aku lagi best. Ok.

Aku nak cerita sikit lah. Aku ni bukanlah psychic ke apa. Tapi, berdasarkan ujian personaliti, aku ni memang kuat sikit judge orang dan observant orangnya. Kalau orang yang gatal nak kahwin ni memang jelas, terang dan nyata kan yang mereka punya gedik ni lain macam. Ala, senang cerita, yang asyik-asyik ada relationship goals tu. Malaslah nak elaborate orang punya gedik. Kau faham-fahamlah, aku nak cerita pun geli. Hehe. Keji punya member kan aku ni. Tapi aku layan jela. Dahtu, bila cerita pasal benda sexcited misalnya, mula-mulalah air liur nak merecik-recik. OK ini cerita sebenar.

Benda penting dalam hidup. Jadi orang jangan berbual keluar air liur boleh? Ok, aku dah tak selesa sebab nafas kau berbau basi. Lepastu kau borak, ke gelak ke, air liur merecik doh. Penampilan jaga sikit. Kata nak kahwin. Siapa nak kahwin dengan orang berbual merecik doh. Bila gelak je perlu ke buat bunyik, ssshyhhhhhhhh hihihi ssysyhhhhhh hihi. Derma air liur ke pe?

Ok berbalik kepada cita-cita. Sorrylah sebab aku jadi diri aku ni. Aku menaip dengan menjadi diri sendiri.

Zaman belajar adalah so-so je bagi aku. Siapa jela yang suka belajar sangat. Nasib baik la aku ni tak berapa slow learner dan rajin la gak. Dan paling penting, aku berdisiplin. Tapi aku tak sabar nak habis belajar dan taknak langsung sambung master. hahahaha!

Tapi untuk percaya yang aku bakal habis belajar tak lama lagi, adalah sukar. Untuk percaya yang aku bakal TAK SUSAHKAN bapakku lagi, adalah sukar jugak! Aku bukan apa, asal zaman belajar je, ada je terjumpa manusia tahpape. Yang selalu je uji kesabaran aku yang sedia tipis ni. Pukul kang!

Tanpa ujian, siapalah kita. Takde ujian, tanda Allah lupa kita. Aku selalu letak ni elok-elok dalam kepalaotak aku yang sentiasa berserabut ni.

Just to inform. Tahun 2013 tahun paling mengajar aku sebab tahun inilah orang tak guna ramai muncul dalam hidup aku. Tak guna! Buruk rupa, buruk perangai. Hahahaha.. Apa plak tak guna, Kalau tak jumpa si tak guna semua ni, macam mana nak belajar tentang life. Lol


Dahla malas nak tulis lagi.

No comments: