Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Wednesday, August 27, 2014

Kenapa kita tak boleh jadi luar biasa?!

Semalam aku borakla dengan Tasneem. Masa tu baru je habis kelas Media Audience Studies dan kami belajar topik Media, Gender and Identity! Aku suka subjek ni dan aku suka topik ni. Tentang bagaimana Media telah portray lelaki dan perempuan ni dan menyebabkan kita semua jadi begitu stereotype. Apa-apa jelah. Aku cuma nak cerita apa yang aku dengan Tasneem discuss masa kami duduk-duduk sambil minum petang di Restoran Kayu Nasi Kandar sebelah Burger King. Minum petang lah sangat sebab kami order nan cheese dengan ayam tandoori dan portionnya sesuai kalau lelaki je yang makan. Tapi sebab aku dididik untuk tidak membazir dan seumur hidup boleh kira berapa kali aku tak habis makan dan prinsip aku sendiri yang taknak ikut sifat syaitonirrajim, maka, aku habiskan licin nan cheese dan tandoori chicken itu.

Dan sebab perasaan muak, aku sempat order semangkuk maggi kari. Dah perbualan pun menarik jadi apa yang masuk kat tekak ni pun sedap je rasa tanpa kukira jumlah kalori yang masuk yang akan mendorong  kelahiran lebih ramai lagi baby fats.

Aku sebenarnya dah perasan lama, aku bagitaulah Tasneem berkenaan classmates kami yang berbangsa Pakistani yang bijak-bijak belaka dan sungguh outstanding! Tasneem yang seorang observant pun pantas mengakui statementku itu. Kenapa aku kata mereka bijak walaupun CGPA aku yang tak berapa pandai ni lagi tinggi daripada mereka? Malah, aku segan sebenarnya. Still rasa macam timid je kalau duduk dalam class yang ramai Pakistani. Kalau buat presentation depan budak-budak Pakistani ni, lagila rasa down. :(

English dan general knowledge mereka, aku tak tahula nak kasi berapa bintang! Superb gila. Kalau buat presentation, kau memang boleh ternganga dengar cara mereka present. Kalau kita tanya berkenaan history negara mereka, kau lagila boleh ternganga sambil meleleh air liur sebab bosan, banyak sangat info. Lepastu dahla cantik-cantik, briliant pulak tu, outstanding lagi!

Cumanya, dalam class aku, budak-budak Pakistani ni cuma malas. Malas nak hantar assignments dan datang class. Jadi, markah mereka dah banyak lari kat situ. Lepastu exam tak payah baca buku mesti mereka boleh score. Apala sangat course aku ni yang hanya sesuai untuk orang yang berotak simple macam aku ni. Aku jenuh duk hafal notes semua tapi aku perhati mereka ni dahla tak datang class, nota takde tapi boleh jawab exam. Sebab mereka bangsa yang aku boleh kata serba tahu. Cuma... sesetengah daripada mereka, MALAS lebih menguasai diri.

Apa yang aku cuba sampaikan kat sini, kalau kita kat Malaysia ni, kalau kau bodoh, maka kau bodoh. Kalau kau malas, maka hidup kau memang tunggang langgang la. Golongan bijak pandai pulak sangat kurang yang outstanding. Tak semua pulak tu Malaysians yang boleh tahu history negara kalau orang luar tanya. Doktor ke, lawyer ke, engineer ke cubala randomly tanya mesti ada yang masih keliru susunan Perdana Menteri kita dari yang pertama hingga yang terkini!

Aku macam realize, kita, Malaysians, kebanyakan kita hidup just follow the flow. Kita belajar, belajar untuk exam, dapat result bagus-bagus, kerja pun bagus, dapat gaji agak okay, kahwin, dapat anak, jaga anak dan seterusnyalah. Dan tak dapat dinafikan juga, kita agak selfish. Fikirla sendiri kenapa aku kata kita ni selfish.

Aku tadi kata kawan-kawan Pakistani aku pemalas kan? Haha tak semua. Aku ada kenal yang rajin, nama dia Zahra. Aku ada post gambar dia kat blog ni, cuba tengok previous posts. Dia budak broadcasting and journalism. Aku personally rasa what the heck on earth minah lawa brilliant macam dia ni terjun bidang kewartawanan sedangkan aku rasa dia ni sesuai jadi doktor, saintis atau lawyer. The way she writes, the way she speaks sampai lecturer aku kata kat kami yang local ni, she can go global. SHE CAN GO GLOBAL! She is so international! Aku cemburu. Aku sedar aku juga tipikal Malaysian yang belajar untuk dapat kerja kat Malaysia pastu hidup normal macam biasa. Aku sungguh biasa.

Bak kata Tasneem, kenapa English mereka luar biasa? Kerana mereka juga dijajah oleh British cumanya, hingga kini, bahasa perantara di sekolah-sekolah mereka, adalah fully english! Sekolah-sekolah British masih ada dan tidak dihapuskan. They do speak Urdu among them. Still, Urdu ialah bahasa kebangsaan. Cumanya persoalan yang tak terjawab oleh kami, kenapa mereka juga sangat bagus dalam segala segi? Kenapa mereka serba tahu? Kenapa mereka sungguh tahu tentang history? Kenapa kita tidaklah sepatriotik mereka?

Aku dan Tasneem sempat simpulkan, tentang kenapa yang bijak pandai di Malaysia tidak outstanding dan outspoken.

1. Kerana yang rendah tahap IQnya lebih bijak berkata-kata (tin kosong).
2. Kita berpegang pada prinsip, tak guna cakap dengan orang yang jahil.
3. Kita selfish.
4. Ramai antara kita masih stereotyping bahawa yang pandai itu hanyalah doktor, lawyer dan engineer. Pekerjaan lain tidak pandai dan tidak pakar.
6. Kita belajar untuk exam dan kerja SAHAJA.

Susah nak ubah sesuatu yang telah menjadi darah daging dan tertanam di minda kita berabad lamanya.. SUSAH.... Sungguh, aku rasa, kita desperately perlukan at least berpuluh lagi Tun Mahathir di Malaysia.