Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Monday, January 7, 2013

2 sen saya berkenaan mentaliti segelintir rakyat Malaysia

Assalamualaikum. Rasanya masih belum terlambat untuk ucapan Happy New Year kan? So, Happy New Year!! Terima kasih juga diucapkan khusus kepada mereka yang masih sudi membuka blog ini, yang kononnya menunggu masa untuk dikuburkan. Haha.

Why am I writing here? Kebiasaannya, pendapat2 kosong hanya saya update di Twitter. Tapi kali ini, memang terpanggil sangat-sangat nak tulis kat blog. Alahai, Twitter? Apalah sangat nak cerita panjang-panjang. 140 aksara sahaja.

Dah lama sebenarnya nak kongsi berkenaan topik ini. Serius! Memang dah lama nak share tapi setelah membaca entri INI, saya rasa macam nak ulas lah pulak. Topik bodoh-bodoh jela kan. Pendapat kosong. Bagi menyedapkan cerita, untuk yang sedang takda kerja tu, bolehlah baca link entri yang saya bagi kat atas tu. Kononnya macam prolog la. Heheh..

Yes. Kabel.

Apa yang saya lihat sekarang, masyarakat kita ni, nak senang memang pakai kabel je. Kabel apa? Dah baca belum entri tadi?! Malas la nak ulas banyak2, persoalannya, di mana keberkatannya jika sesuatu itu diperoleh dengan cara sedemikian? Sekali dengar macam biasa. Macam takde apa-apa, bagi yang 'optimis' pasti akan berfikir begini, 'Ala aku nak belajar/kerja baik2, maka, ini merupakan sebahagian usahanyalah...takde problem ah..'

Adakah anda terfikir, seseorang yang mungkin lebih berkelayakan daripada anda hilang tempat belajar atau peluang kerja hanya kerana anda yang menggunakan kabel itu? Adakah anda pasti anda akan bekerja/belajar lebih baik daripada mereka yang layak dan sepatutnya? Apa berkat ilmu/gaji yang diperoleh jika penggunaan kabel itu lebih kepada teknik menipu? Menipu alamat misalnya untuk bersekolah di sekolah yang bagus kononnya? Nak tambah ayat jahat, kadang-kadang terdapat sektor yang pekerjanya macam tak tahu buat kerja. Terhegeh sana. Terhegeh sini. Curik tulang. *petanda kerja tak berkat. Petanda bahawa anda sebenarnya tak sepatutnya berada di situ dan melakukan kerja itu. Tak layak pun.

Permohonan UPU misalnya? Pernah dengar jugak sebuah sekolah yang tidak kurang hebatnya di Malaysia, gurunya menggalakkan pelajarnya menipu semasa pengisian borang UPU. 'Letak jela pengerusi kelab itu ini..letak jela naib pengerusi lembaga pengawas..' *contoh dialog.



HAIH.....


Masih berkenaan sekolah. Yela, saya faham, semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Pakai kabel itu ini semata-mata nak anak dapat pelajaran terbaik. Nak anak bersekolah di sekolah yang terbaik. Hakikatnya, pucuk pangkalnya, diri budak tu sendiri. Sekolah bagus, ada juga pelajar yang kurang bagus/tidak bagus langsung. Sekolah kedengaran tak bagus, ada juga pelajarnya yang berjaya menyambung pengajian hingga ke luar negara!

Ada juga ibu bapa yang tipu alamat rumah semata-mata mahukan anaknya bersekolah di sekolah kluster terbaik! Saya risau. Macam saya cakap tadi, saya risau perihal keberkatan.

Ada juga ibu bapa yang menyalahgunakan sumbangan kepada pihak sekolah. Saya rasa macam tak patut langsung sekiranya terdapat 'sesuatu' di sebalik sumbangan itu. Apakah mahu anaknya diberikan advantage? Apakah mahu anaknya mendapat perhatian lebih? Adakah mahu anaknya dilepaskan daripada tindakan disiplin? Adakah pihak sekolah akan menuruti permintaan tidak patut ibu bapa yang telah memberi sumbangan puluhan ribu ringgit?

OK.

Mungkin pada mulanya niat sedekah itu memang ikhlas. Sehinggalah sesuatu berlaku sehinggalah, seorang bapa mengungkit semula sedekahnya yang pernah diberikan kepada pihak sekolah sehingga menyebut nilai sedekahnya semata-mata mahu anaknya belajar di kelas terbaik. Apakah sedekah itu kembali kepada kosong peratus (0%)? Bab tu saya kurang arif. Perkara-perkara sebegini, pass kat Allah. Biar Dia yang menilai. Apa pula hukumnya jika pihak sekolah menuruti permintaan itu?

Masih lagi dalam bab sedekah.

Seorang kenalan ibu saya sibuk memaksa ibu saya melaburkan wang dalam saham emas antarabangsa. Kononnya, dividennya berpuluh2 ribu! Berganda-ganda daripada wang awal yang telah kita laburkan. Ibu saya bijak, syukur, tak berjaya dipengaruhi. Nak melabur, melabur dalam negara. ASB misalnya. Lebih selamat!

Dek kedegilan ibu saya yang tak berjaya dipengaruhi itu, kenalan ibu saya ni mengeluarkan dialog ini, kononnya dengan niat memujuk,

'Eh kau ni. Join jela. Bila duit dah banyak bolehla kita sedekah sana sini..'

Sekali dengar, macam takde apa-apa. Dua kali dengar siap fikir dalam-dalam, eh duit banyak jeke boleh sedekah? Kau rasa aku ni tak bersedekah ke? Kenapa, setiap kali bersedekah aku perlu bagitau kau ke? Adakah kau tahu jumlah sebenar duit aku? Sedekah kena menunjuk-nunjuk ke?

Tak faham. Mentaliti apakah ini?











Ha........kan dah kata perkara ni langsung tak boleh nak ulas dalam twitter. Entri ini tidak bernilai apa-apa. Hanya 2 sen dari saya. 2 sen sahaja nilainya. Harap tidak memberati fikiran anda yang mungkin lebih arif perihal isu ini. Mungkin anda ada pendapat tersendiri, atau anda golongan 'optimis', jadi tak perlu layan entri ini. Jangan dikusut-kusutkan kepala itu. Ini pendapat biasa. Saya cuma manusia biasa yang penuh dengan kekeliruan dan pendapat kosong. Harapnya, pendapat2 selepas ini tidak kosong. Hehe.. Ok sekian dari saya. Mohon  maaf jika ada pihak yang terasa. I'm not talking about you. OBVIOUSLY.

Bye. Assalamualaikum! ;)