Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Sunday, February 19, 2012

Do You Pms??!

Assalamualaikum!

So, how was your Sunday? Mine was OKAY. Hehe.. Okayla jugak. Walaupun kiranya saya telah menghadapi Pms yang boleh tahan juga teruknya tapi saya sering pujuk diri agar sentiasa bersabar. HAHA. Pms yang teruk boleh mengundang tangis. Anda pernah? Saya? Kerap kali berlaku. ;p Pms yang teruk juga boleh mengundang pergaduhan antara adik-beradik. Anda pernah? saya? Kerap kali berlaku juga. Hahaha..

Harini, ayah, fa, dan adik telah berangkat ke tanah suci bagi melaksanakan ibadah umrah. Saya juga hampir je nak pergi. Hampir 90 % pergi. Tapi takdir Allah kan, mengikut kira-kira, saya bakal dicutikan daripada melakukan sebarang ibadah pada tarikh-tarikh terbabit lah.

Selain daripada mengirim doa, yang jika disingkatkan, doanya lebih kurang beginilah, semoga Allah berjaya dan bahagiakan saya dunia akhirat. ^.^

Saya juga hanya pesan dua benda. DUA BENDA. Tu pun dengan malu-malu.

Pertama, selendang Arab. Yang saya beli semasa menunaikan umrah semasa tingkatan 3 pun ada lagi! Maknanya selendang Arab ni memang tahan lasak dan belum pernah saya jumpa yang sama kualitinya dijual di Malaysia. Selendangnya besar dan berat. Wanita Arab pakai selendang ni tanpa memakai anak tudung dan sebarang keronsang. Sungguh selesa. Saya suka to the max!!

Kedua, minyak Argan. Hehehehe.. Haruslah. Saya tanya je ayah,
'Ayah, ayah beli Habatus Sauda kan nanti? Kalau ayah beli, ayah belikan la sekali Minyak Argan.' -Me.
'What is Minyak Argan?'-Ayah *weird face

Saya jawab apa adanya lah.
Hehehehe..

I already miss my Ayah and adik2 so mucho. Adik2 lelaki yang nakal tetapi sangat baik, menyayangi saya, dan bersifat pelindung. Hehe so cute!!

I'll sending mail to ayah to remind him again about 'my order list'. LOL. ;p

This is a short entry. Tata! xx

Saturday, February 18, 2012

Its All About Health And Foods

Assalamualaikum!

Hey.. Hey.. I'm back.. I''ll be writing about errr FOODS! Hehe! Oh ya, anyways, hehehehehe I malu nak cakap but I've loss 3 kilogrammes in emm tak sampai 2 minggu pun! I did diet lah of course and take supplements. Tapi nantilah tunggu lagi 2 bulan I akan share lah, bagaimana Afiqah Hazwani boleh turunkan berat badannya dengan begitu cepat sekali. Ihik. Amin... :D

Its not about weight loss semata-mata. Lebih kepada kesihatan sebenarnya. Saya minum almost 5 liter air sehari. Hasilnya, sistem pencernaan stabil, kulit pun lebih cantik. Selama ni, saya ingat air yang saya minum dah cukup banyak, rupanya sangat kurang. Air yang kurang dalam badan menyebabkan sistem pencernaan susah nak berfungsi dan kulit muka susah nak licin sebab ada bijik2 kecik2 tu yang orang panggil dia jerawat pasir. Saya juga kurangkan pengambilan breakfast (TAK BOLEH TAK BREAKFAST!!) dan TAK AMBIL DINNER LANGSUNG. Nasik lemak, mee goreng, roti canai for breakfast are not good at all!! Ish, not good! Mengandungi 700 kalori!!!!

Tapi lagi syok kalau exercise lah. Mungkin 5 kg boleh turun dalam seminggu kalau saya sertakan lagi dengan exercise. HEHEHE.. Oh ya, tak boleh juga tak makan langsung proper meal (nasik, lauk pauk, etc). Sebabnya, bila kita tak makan langsung, FIRST, kalau dapat makan kita akan mengketedarah like hell (hahaha) and SECOND, dia akan bakar muscle kita, BUKAN lemak kita. Yang you ols bajet2 dah turun berat badan tu padahal muscle yang mengecut dan lemak maintain je dalam badan. Bila muscle lembik, apa pon tak boleh buat. Badan takde tenaga.

Minum pun TAK BOLEH berdiri. Sebab bila minum berdiri, air yang you ols minum tu pegi terus straight ke pundi kencing. Tu yang asyik nak terkencing. Kay? Get it? ;)

Eh bukan ke tadi saya nak cerita pasal foods?? Hehe! Kay, selitlah sikit2 kan.. Kongsi2, orang kata kaaaann :)

Saya suka makan. Sebab tu saya 'cute'. Saya seorang yang menghargai makanan dan saya mempunyai deria rasa yang sangat osem. Di dapur rumah, tugas saya ialah ketua chef sebab ibu percaya deria rasa saya. Haha! Saya juga tidak memilih makanan. Saya cuma tak makan kambing. Yang lain, saya makan. Petai ke, jering ke, tempoyak, belacan, semua yang kebanyakan orang tak makan, tapi saya makan dan suka sangat!
Hehe..


Saya bersama air avokado yang sangat wow! (Bandung, Indonesia) 

Saya juga ada cita-cita nak jadi pengacara bagi rancangan Jalan-jalan Cari Makan sebab saya suka foods!! Saya suka merasa makanan. Antara nikmat kurniaan Allah yang sangat berharga. Alhamdulillah..

Walaubagaimanapun, saya masih ada makanan kegemaran dan tak semua makanan merupakan kegemaran saya. Memandangkan ibu saya berasal dari utara tanah air dan berketurunan mamak (huehue), saya sangat gemarkan makanan pedas ekstrem super power. Kalau takde belacan atau sambal tempoyak (kadang-kadang malas nak menumbuk), saya makan nasik dan lauk berulamkan cili api kampung. Pon boleh. Haha. Memang gila.



Saya bersama Cik Vee comeh kita. Saya sedang menikmati Fussili Tomyam dari Black Canyon yang super power. *sampai sekarang craving.


Masani baru balik sekolah, Cice Fidz belanja kami makan sebab menang kolokium. Hehe! Tengok pakaian pun dah tahu... Heeeeeeeeeeeeeee...



Sweet kan gambar ni? Berjaya Resort, Tioman Island :)

Saya juga selalu upload gambar makanan sama ada di facebook atau instagram.. Hehe.. Ada satu gambar ni, gambar Nasik Arab saya makan di Restoran Hadramawt, Pan Pacific, Johor Bahru.

Ada laa sorang kawan saya ni komen lebih kurang begini, 'Kalau kau ada passport, kat singapore ada nasik macam ni.. Sedap..' Meaningnya, dia nak ajak saya ke Singapore la kan.

Bukan soal ada passport atau tak (passport memang ada la derrrrrrrr tapi belum renew!), tapi saya kurang berminat nasik yang ada kaler2 ni. Bawaklah saya ke mana pun, saya lebih jatuh hati akan masakan kampung.


Dua tahun lepas bersama keluarga tersayang. (Shanghai, China)

Masakan kampung yang saya maksudkan, mesti ada belacan, ulam-ulaman, sambal tempoyak, ikan selar kuning goreng, sayur bening.. Ala simple2 je... Ya, tu memang boleh buat saya makan banyak2 kali. HAHA.

Western2, nasik kaler2, whatsoever, saya memang makan. Tapi BUKAN feveret. Maksudnya, saya tak cariklah masa saya sedang craving2 kan.

Kalau masa craving2, biasanya saya memang carik tomyam. Kiranya tomyam pun termasuk dalam list makanan kegemaran saya termasuk asam pedas. Taki kiralah asam pedas tumis atau asam pedas rebus. Orang utara kurang masak/makan asam pedas tumis. Mereka lebih prefer asam pedas rebus. Lebih healthy sebab tak pakai minyak langsung. Malah, kepedasannya juga boleh meningkatkan kadar metabolisma dalam tubuh. LOL. ;p


Terimalah gambar terakhir untuk hari ini. HAHA. (Meisan Restaurant, Mutiara Hotel, Johor Bahru) -Sementara menunggu Shark Fin Soup yang super power.

But nowadays, memandangkan saya sedang 'menjalani tahanan' (daripada makan banyak) HAHA, saya memang sangat tertunggu-tunggu waktu lunch. Sebab lunch jelah masanya saya dapat menikmati makanan. Lain2 masa, memang tak boleh. Saya rasa simpati terhadap diri sendiri. Tapi takpelah, for own goods jugak kan. Hehe..

Bersyukurlah kita apa adanya. Hindarkan diri daripada asyik nak comlaint2 itu tak kena ini tak kena. Makan pun memilih! Campak kat Sudan ke, Syria ke, Palestin ke, baru tau agaknya! Fuuuuuuuuuuuuuuu... Syukur Alhamdulillah..

 Kay, doakan saya  dapat meneruskan hobi menikmati makanan sekaligus mendapat berat badan yang ideal! HAHA macam mana tuuuuuuuuuuuuuuuuuu! Boleh je la tuuu. Pandai2 la kan.. Hehe insya-Allah.. =)

Friday, February 17, 2012

No Title

Assalamualaikum :)

Mood untuk menulis entry baharu boleh dikatakan belum mencecah 100%. Jadi, aku hanya akan menulis asal aku rasa aku nak menulislah ya. Hehe.. I suspect laa this entry shud be interesting. Tengok ah nanti macam mana... ;p

Hujan lebat sangat petang tadi. Saya sudah mula risau kerana sejak dua menjak ni saya ke tempat kerja dengan memandu kereta ayah guwa. Hahahaha..  Aku degil jugak nak bawak sebab kalau tak, sampai bila-bila aku takkan bawak. Ayah pun nak taknak terpaksa redhakan. Once keinginan aku dah tiba, memang takde siapa boleh halang. Aku tak kira!

Alkisahnya, aku telah memandu dengan jayanya. I did speed! hahaha.. Oklah tu kan.. 5.30 pm waktu keje dah tamat. Aku tengok hujan lebat lagi. Haih... Aku tunggu la kejap.... zzzzz... Bukan apa, pertama, aku takut sangat jammed! Kawasan tempat aku keje ni, kalau hujan je mesti jammed sebabnya, accident. Hmm mana aku tau accident? Sebab aku nampak ambulance menghala ke arah town tadi. Kedua, mata aku ni kan second hand... Haih....... Takut tak awas jek.. Aku tak berapa gemar pasang kanta lekap on the cornea apatah memakai specs!

Keluar je dari simpang nak menuju ke jalan besar, haihh sah jammed! Teruk pulak tu! Aku nervous gak sikit. Tapi aku kan cool. Slow2 la aku cilok. Lagipun, kete sebelah menyebelah nampak aku macam lain macam jek, tu yang dia bagi je aku masuk.. Senyumla sikit.. Senyum aku kan suwit........................... Hihik!!

zzz

K lah, aku bukan nak cite pasal cite entah pape ni. Aku  nak cite pasal food sebenarnya. Hilang pulak mood aku. Sebabnya, aku tidur awal kot nowadays. Semalam, pukul 9.15 pm aku dah hanyut dah.. Ngantuk lah beb.. Sebabtu jugaklah aku tak boleh buat entry malam2. Kalau ye pon, pas maghrib aku dah kena tercongok kat depan skrin neh. Hmmm.. Daaa~


Saturday, February 11, 2012

Rahsia Kulit Wanita Arab Mulus, Cantik

Assalamualaikum

Saya baru je berborak dengan sepupu saya sorang ni.. Sama-sama sedang online, tiba-tiba dilanda kebosanan setelah puas mencuci mata di blogshops. Tiba-tiba saya berkata, 'Hah! Aku nak cuci mata usha gambar Neelofa lah..' Wuwu lalu saya pun buka google images dan menaip Neelofa Cantik. Dia memang cantik pon. Saya adore dia sangak.. Saya bahagia menjadi penonton setia gambar-gambar Neelofa. Sepupu saya pun adore dia gok. Kami sama-sama pelik kenapa tak berminat langsung nak google gambar mana-mana artis lelaki.. Malaysian ke, Korean ke, Japanese ke... Kalau saya, memang google Neelofa jelah.. Lapyuh Lofa!!

Cakap pasal Korean2 bagai ni, Kpop2 segala kaann... Ya Allah petang tadi saya telah bermimpi bahawa saya telah dikahwinkan dengan seorang lelaki berwajah Korean look. Dahla dia rendah orangnya! Namo! Namo! ARGH! Dalam mimpi tu, saya tak rela langsung dikahwinkan.. Saya menangis sangat-sangat. Saya dapat rasa betapa pilunya hati saat saya tahu parents saya dah pilihkan 'dia' untuk saya. I dont wanna get married.......uwaarghhh I dont like him..... Walaupun dia hensem sangak, saya masih dapat merasakan sampai sekarang betapa saya TAK RELA LANGSUNG dikahwinkan dalam mimpi tu.. Dah siap2 pakai baju nikah kaler putih lagi ni, lagi sikit je nak kahwin.. Lalu saya tersedar. Fuuuuuuuuuuuuuuuuuu.... Mimpi rupanya.. Syukur.. Bahana tidak berminat dengan Kpop.. ;p


Hi Lofa! Lets get married. LOL.

Sepupu saya ternampak gambar Lofa yang kat atas ni dan kami sama2 adore la kulit dia memang mulus gila.. Takde noda satu hapak pon! Tu yang dia tiba-tiba tanya,
'Nape kulit dia lawa sangat eh? Dia pakai minyak yang orang arab pakai tu ke?'
Saya dah macam agak pelik sebab saya tak pernah tahu pun orang (wanita) arab pakai minyak untuk cantikkan kulit mereka. Tapi saya pernah wonder kenapa kulit mereka sangat bersih dan mulus sedangkan kat arab sana suhunya tinggi dan berdebu pulak tu kan!

Memandangkan saya blur dan tak pernah tahu pasal minyak tersebut, sepupu saya pun explain la sikit lalu saya cepat2 google..

Bacalah sendiri kat sini. Saya agak malas nak menaip banyak2 ni sebab jap lagi saya nak menonton Lofa saya di Tee Vee Three. ♥


Minyak Argan



Boleh beli online kat link yang saya bagi kat atas tu. Harga dia memang agak mahal errr memang mahal pun sebab minyak ni dah jaaaaraangg sangat nak jumpa.. Susah nak carik la.. Sebabtu mahal.. Kalau pakai, kena jimat2. Wuu..

Lalu kami pun buat conclusion, mungkin Lofa pakai minyak tu sebab kulit dia lain macam mulusnya dan dia ni tak mustahil pon ada keturunan Arab.. So dia taula kot pasal minyak Argan ni.. haha





Cantik kan? Gambar koleksi sendiri ni. Berebut-rebut orang amek gambar dia.. Suka je muka dia masa ni.. Hihik.. *Iran's Pavillion, Shanghai's Expo. She's from Iran by the way. Teheee~ ;)

Thursday, February 9, 2012

Me mumbling again

Assalamualaikum =)

Heyyyyyyy I'm hommy with great feelings! Alhamdulillah the 'percutian' was super duper osem! Apa pulak percutian... Apa ek istilah lain selain daripada percutian? Cam tak sesuai jerrrr.. Program menggembirakan hati menenangkan jiwa? Haha.. Sooo... It was 3 days and 2 nights. It was osem! Osem! Osem!

First of all, no pictures at all. hahahahaha. Bila aku terlalu happy, and enjoying the 'programme', I'll totally forgotten about snapping pictures. Ada laa gambar dua, tiga.. TAPI gambar muka haku dengan gambar makanan jer.. Hehe! Aku sure gilerr la you ols mesti nyampah kalau entry aku sume muka haku jer kaaaann... Sebab aku pun rasa cam annoyed kalau satu entry tu penuhhhhhhhhhhhhhhh muka dia. Aku tak sure sangat la apa motipnya.. Pastu caption dia, 'Wuuuuuu muka berminyak, hitam, taik lalat bersepah..' LOLZ. Elok je padahal.. Motipp?!

So, where have I been?! Okay, like I said in Twitter, it was somewhere on banjaran titiwangsa.. Wakakaka*weird laugh. Shud be 'hahahahaha' better.. :p

*** tergendala satu hari

Aku sangat gembira dan bahagia. Dan aku rasa sangat bersyukur sebab niat untuk menyambung entry ini masih ada. This is a happy story! Why must I stop writing about it?! Biasalaa.. I iz payah sikit nak ada mood bikin entry.. ;p

Aku masih nak kamu semua wonder, ke manakah aku pergi bagi mengisi hari-hari cuti aku yang lepas? ahakz! Hey hey! I bought Aidijuma alreaaadyyyyyyyyyyyy.. Apakah Aidijuma? Macam biasa, kalau tak tahu, memang noob. Punyalah payah nak order online si Aidijuma ni.. Akhirnya aku beli terus dekat kiosk dia (somewhere in The Curve). hahaha.. Terberitahu pulaks. ;p

Bila aku balik je and upload gambar tudung tu di Facebook, Ciwa terus mesej aku. 'Wani... Aku nak tudung tuuuu...' Ciwa so cute.. Aku memang akan pergi lagi sebab nak beli jugak untuk Rah. So Ciwa, you wait heeehhhhhhh.... Masa tu memang aku dah takde mood dan tak boleh fikir sangat sebab aaaaaaa sakit kaki.... Kasut baharu saya telah mengkhianati saya. Macam biasa, saya setia dengan my flip flop crocs. Nasib baik saya bawak... Penyelamat yang setia. Saya suka crocs. Buatan dia memang menyihatkan kaki. Saya akan beli juga flat crocs menggantikan flat nike saya yang telah mencederakan tulang kaki saya. Harap je cute. Saya memang suka pakai flat je ke mana-mana (atau sneakers). Saya dah cukup tinggi untuk heels, dan kaki saya yang manja ni memang susah nak serasi dengan heels walaupun heels tersebut ialah Nine West. Terbengkalai dia di dalam rak kasut. Hm.


Okay back to Aidijuma. Alaa Aidijuma ni kan tudung bawal ciptaan Datin Norjuma. Aidijuma (Idea Juma).




Its a tudung bawal. Kan dah kembali 'in' nowadays.

Since saya ni kira universal (hahaha), semua jenis tudung saya suka cuba dan buat koleksi. Saya masih lagi dalam proses nak penuhkan almari baju dan robohkan penggantung tudung. hahaha. Saya ternampak sesuatu yang menarik untuk menyusun tudung-tudung saya semasa di Ikea tempoh hari, tapi sehingga sekarang, saya masih berfikir-fikir, sesuai ke tak...sesuai ke tak...sesuai ke tak.. nak ke taknak.. nak ke taknak.. nak ke taknak... hahaha.. Ada chance ni nak pergi lagi.. Woohoohoo.. Harap-harap masatu mood saya baik.. Kalau mood saya tak baik, misalnya saya sedang lapar atau sakit kepala atau sakit kaki, saya susah nak berfikir dengan baik.. Bukan susah, memang tak boleh fikir pun. Saya selalu berharap agar ada orang boleh fikirkan untuk saya. LOL.

Semalam was Rabu kan? Saya menyangka sungguh-sungguh bahawa semalam ialah hari Isnin. Lalu saya telah mengalami Wednesday blues... haha mengantuk sepanjang hari! Gloomy wednesday.... hahaha.
.

Its Thursday today. May you have a really blast Thursday. hehe Happy Thursday! Tata! :*




PON BOLEH! ;P

Thursday, February 2, 2012

Sarcastic Me

Assalamualaikum! ahakz. Malam ni beta sign in blogger awal skek! Beta plan nak beradu awal la wahai rakyat jelata sekian..

Haihhhhhhh...time2 camni, ngantuk beta menjadik2 pulak.. Nanti dah pukul 10 ke, 11 ke, segar bugar pula mata beta.. haihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh................. dasar mata....

Ada apa dengan tajuk??

Entahlah ek.. Ni idea datang masa pagi kelmarin la ni.. Tetiba terbangang pulak tanya soalan bangang kat sorang office mate ni.. Budak praktikal, baya haku gok..

Soalan bangang yang ala-ala bibik tanya kat aku haritu..

'Dah balik Kak Iqa...' -bibik

'Belum..Kak Yuni... Saya belum balik.. Tertinggal kat kedai tadi....' -guwe

'Yaaaaaaa...Kak Iqa niiiiiiiiiiiiii.......' -bibik

Cis! Haritu kenakan bibik.. Kelmarin, aku terkena.. Tapi minah tu kena balik laa sebab yelaa dia ingat aku ni noob kot!

Tadi masa lunch....hahahahahaha aku kalau teringat je kisah aku kenakan orang, mesti aku tergelak atau tersengih sat.. Bukan kenakan apa.. Tapi kadang-kadang soalan tu tak patut ditanya lalu aku pun menganggap soalan tu tak patut dijawab dengan tepat. Hahaks!

Alaa.. Style soalan tipikal melayu.....

Joyah sedang menyidai kain di ampaian.. Minah yang hendak membuang sampah menegur Joyah.

'Sidai baju ke Cik Joyah...' -Minah..

'Haahla Minah... Kau nak buang sampah ke...'-Joyah

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz... Boooooooringggggg... ;p

Hahaha aku memang pikir dalam sangat.. Padahal mereka tu tadi cuma nak bermesra sesama jiran je.. Pembuka tirai kemesraan la katakanz you ols... Haa kan dah terkeluar slang gewdiks I niii...

Jenis aku pulak, time malas nak explain panjang-panjang pun aku bedal je jawab cam hagham.. hahaha. Adala satu kisah kannnn bila ada orang yang sibuk tanya aku ni pandai masak ke tak, tanya kalau nak masak lauk sekian2 kena bubuh apa laaa kaaan, seolah-olah nak uji pengetahuan aku dalam bidang masakan since muka aku ni memang nampak macam serba-serbi tak reti kot sebab kalau pi mana2 memang aku susah sikit nak ke dapur rumah orang.. LOL. Malas nak menunjuk atau tunjuk rajin... huahuahua..

Sekali je orang soal aku ni reti masak ke tak, simple je jawapan aku,

Tak reti laa.. Saya ni masak nasik jadi bubur... Masak air, air pun kering... Siang ikan, ikan jadik daging cincang.. hhhmmmm memang serba-serbi tak retilah!

Hahahaha memang diam la orang tu! Best ah Pika! Kau memang best!

Macam tadilaa kan, masa kat ofis.. Aku lunch la dengan akak2 ni.. Geng aku gak.. hehe! Mereka memang bawak bekal dari semalam juga harini. Tup2 esok aku diarah untuk bawak bekal. Aku buatla ayat macam tadi gak! hahaha..

'Yeke Fiqa??'
'Betoolllllll... Fiqa tak reti apa-apa.....' hahahaha nada aku memang cam taktau nak cakap aa dia punya poyo! haha.. Kalau mereka noob sangat tak perasan nada suara aku, aku tak tau aa nak cakap apa lagi..

Dua pupu aku keje gak satu tempat dengan aku kan.. Dia memang ada kat tempat kejadian masatu.. Afiq nama dia. Tetiba dia kata,

'Tipu tuuuuuu...'

hahahahahaha aku gelak jela dalam hati.. Lantoklah....

Aku malaslaa nak explain2 ni... Aku bukan reti masak semua pun.. Kang kalau dapat arahan suruh masak daging dendeng, mati aku.. hahaha.. Baiklaaaa aku merendah diri jer..wakaka lawak giler dol! Aku paling benci memberi penerangan. Sebab aku tak reti susun ayat sangat. Dan atas sebab tu jugakla, aku cukup sayanglah akan orang yang cukup bijak menyusun ayat... Fakta, huraian, contoh..memang perfect, marvellous ah! ♥

Aku ni pun satu, suka sangat fikir dalam2. haha.. Ni lagi satu dialog antara aku dan bibik aku yang masih segar dalam ingatan........

Masatu aku dengan bibik tengah makan... Aku ni kalau tengah lapo, memang tak tengok orang kiri kanan.. Tiba-tiba bibik aku timbulkan persoalan yang langsung tak patut timbul lagi2 masa aku tengah syok mengketedarah...(bahasa kasarnya).

'Kak Iqa...kenapa ya...kacang Kak Yuni masak ni tak sama macam ibu buat eh Kak Iqa....'

Aku diam jer, malas nak layan..

Seminit kemudian,

'Kak Iqa...kenapa ya..kacang Kak Yuni masak ni tak sama macam ibu buat eh Kak Iqa....'

'Kak Iqa...kenapa ya..kacang Kak Yuni masak ni tak sama macam ibu buat eh Kak Iqa....'

'Kak Iqa...kenapa ya..kacang Kak Yuni masak ni tak sama macam ibu buat eh Kak Iqa....'

'Kak Iqa...kenapa ya..kacang Kak Yuni masak ni tak sama macam ibu buat eh Kak Iqa....'

Aku menyirap. HAHAHAHA

'Kak Yuni!!! Lain orang lain air tangannya!! Walaupun bahannya sama, air tangan tu lain2!!!!! Suka tanya soalan bangang tau Kak Yuni ni!!! Orang dala nak makan ni!! aArrrHGGGHHHHHhhhh!'

Bibik aku punya gelaklah.....hahaha time menyirap boleh pulak aku terbagi penerangan kat dia.. hahaha dia ni memang camni... SELALU SANGAT TANYA SOALAN YANG TAK PATUT DITANYA. hahaha..

Tetiba aku teringat Rah.. Nak nangis pulak ingat balik.. hehe! Adik aku yang sorang ni, berjiwa lembut.. Berjiwa kental pun kental gak! Cukup berani laa cabar diri sendiri buat itu ini.. Aku pun tak seberani dia.. Dan juga sangat berjiwa penyayang terhadap akak dia yang entah hape2 neh.. Akak dia yang tak romantik langsung sebab masa birthday aku, dia bagi kadlaa, hadiahlaa, tapi masa birthday dia, aku tak bagi apa2 pon.. LOL. Orang tak romantik memang dipertemukan dengan orang yang romantik agaknya ek.. Baru serasi....

Dia juga memang kerap sangat2 back up aku..

~Kalau orang cakap aku montels, dia cakap aku cantik..aku comel...kalau aku kurus, muka aku nampak jahat....dia suka aku montels..nampak cute and baik jer...

~Kalau orang macam perli2 aku ni tak tau masak ke, tak reti apa2 ke, dia cakap, nasik goreng aku sedap...dia cakap aku pandai masak..

Nak nangis doeeee......

RAH I MISS YOU!! Rah dah jadi orang penting kat sekolah dia sekarang.. Dia nak pergi Hong Kong plak tahun ni untuk program pengantarabangsaan.. Dia nak belajar kat Ireland and jadi dokter!! Tinggi betul cita2! huehue.. Jangan risau Rah, doa akak kau ni sentiasa mengiringi kau.. Doa ibu ayah lagi.. =)



Adikku kebanggaanku.. Muahx!