Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Wednesday, January 11, 2012

Persepsi.

Hai semua! Assalamualaikum!

How do you do huh? I am good here. Verrryyyy good. :)

Alaaa..ada lah jugak masalah kecik-kecik seperti saya kekurangan baju untuk dipakai ke tempat kerja. hahaha.. Kedengaran macam poyo (this word is soooooo lame!! agree?). Tapi itulah hakikatnya.. Baju tu memang banyak.. Malangnya, seperti yang telah diperkatakan oleh saya di twitter, saya harus kurangkan lebih kurang 3 inci lemak di tubuh untuk muat baju-baju tersebut...

*mood takde....hilang.. sebab adik aku ni baca karangan kuat-kuat pulak. hadoiii!!!! jap eh.. tak concentrate langsung!!

Admin: Kau baca pelan sikit tokleh ke?
Him: Ala saje je.. Biar senang nanti akak nak jawab soalannya..
Admin: Apsal aku pulak?? Kau baca tu pahamkan betul-betul.. Baru senang nak jawab. Harapkan aku pulak.. Aku dahla nak blogging ni..

Okay dia dah senyap.. Hehe.. Ala adik-adik kesayangan aku ni tengah buat homework. Layankan jelaa sambil-sambil tu aku teruskanla misi aku nak teruskan entry untuk hari ni...

Oh ya. APA?? Baju tak muat?? Hehe cute kan? Nasib baiklah muka maintain comeh, kalau tak.. Hahaks! ;p

Ala, biarlah nak cakap diri sendiri comeh... Sekurang-kurangnya aku takdelah upload gambar bajet cute pastu caption dia, Kita tak comel macam awak semua... Kita biasa-biasa je.. Kalau tak puas hati, dipersilakan untuk block!


#terasa ke?

LOL.

Harini di tempat kerja saya belajar guna typewriter machine! APA?? Big boss buat apa dengan typewriter machine?? Haha soalan bangang. Seronok sangat! ahaks! Ingat senang ke? Kalau salah tak boleh padam tau.... Haaa.. Lagi-lagi awak yang selalu typo tuw!

Saya happy kerja di tempat kerja saya sekarang. Saya takde masalah langsung (melainkan masalah yang telah dinyatakan pada perenggan ke-3 entry ini..) Pergi balik dengan ayah kitew.. Makan kat umah... Rumah, rumah family.. Ihihi. Gaji bersih siot.... Namo jelesh tau..

Harini saya lunch kat pantry ofis jer. Duduklah berempat sambil menikmati lunch.. Kat depan saya ada dua orang akak yang bentuk tubuh jauh lebih kecik daripada saya. Umur mereka 22. Saya berasa sangat kekok untuk memanggil mereka akak kerana mereka kelihatan tiny yet cute. Macam adik kitew jek.. Suara pun..err besar lagi suara kitew.. Alohhhhhhhh... Kedua-duanya juga berasal dari negeri pantai timur.

Kami berbincang tentang masa depan. Saya rasa sangat nak share sebab saya tahu banyak orang LANGSUNG tak sedar akan hal ini..

Mereka berkelulusan diploma dari Politeknik Kota Bharu (PKB). Ada cita-cita untuk sambung ke peringkat ijazah. Tapi, belum ada rezeki untuk ke arah itu. Mereka mengatakan bahawa agak sukar untuk mereka (berkelulusan diploma dari politeknik) untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Mereka berkata dengan nada yang SANGAT KESAL.

Ada tu memanglah ada.. Memang ada yang dapat sambung degree..Tapi jumlahnya sedikit.. Ikut luck lah. Kalau ada, alhamdulillah la kan..

Mereka pun berasa sangat menyesal tak sambung je STPM dulu.. Mereka turut mengakui bahawa persaingan di antara pelajar STPM, matrikulasi, dan diploma untuk ke peringkat ijazah sangat sengit! Dan mereka yang berada di peringkat diploma, sering kali kecundang. Mereka menolak STPM atas DUA sebab ini:

1. Dengar cakap-cakap orang bahawa STPM SANGAT SUSAH!!
2. STPM takde nilai.. Takde orang nak amek keje.

Saya TAHU banyak yang berpandangan sedemikian..

Jawapan saya bagi penyataan SATU.

Kalau dah malas, bangang pulak tu, belajar kat mana-mana pun susah...............

Jawapan saya bagi penyataan DUA.

Gaji mereka yang berkelulusan STPM dan DIPLOMA = SAMA.
Malah, mereka yang berkelulusan STPM ada potensi untuk peroleh gaji yang lebih tinggi.. Saya pun dibayar gaji oleh ayah SAMA jumlahnya dengan mereka yang berkelulusan diploma.

Laaaaaaaaaaaaa.. Macam tu rupanya pandangan orang ramai terhadap STPM ek? SALAH SAMA SEKALI.

Mereka sangat terkejut dengan jawapan saya. Padahal, sijil matrikulasi yang langsung tidak boleh digunakan dan tidak bernilai jika ingin memohon perkerjaan..


Saya suka perjalanan saya selama setahun setengah (tak sampai) bergelar pelajar prauniversiti. Sepanjang 14 tahun saya bersekolah (termasuk tadika), tingkatan 6 merupakan tahun yang paaaaaaaaaaaaaaalingggggggggg happening. Yang paaaaaaaaaaaalingggggggg beri baaanyaaaaaakkkk kenangan MANIS! Sangat unexplainable.. Sebab terlalu manis.. :)

Banyak lagi kelebihan STPM yang anda semua belum tahu. Lain kali jelah saya share.. Atau anda boleh google sendirik. ;p

Bagi adik2 yang sedang confuse2 tu, yang sedang berura-ura nak ke kolej swasta misalnya, lalu dapat tawaran ke prauniversiti, pilihlah prauniversiti Tak payahlah menyusahkan parents atau diri sendirik kerana memilih jalan yang salah. Ni soal masa depan tau.. Jangan main-main dan memandang remeh. Jangan peduli kata-kata mereka yang tak tahu apa-apa aka NOOB. I HATE NOOB-ians!! ;p

Kalau orang tanya anda belajar kat mana sekarang, jawab je prauniversiti. Tak vogue aa cakap tingkatan enam.. LOL..

Bagi anda yang sedang menjalani tahun menghadapi STPM, selamat mengukir kenangan manis saya ucapkan.. Kenangan manis yang semanis saya... :P :P :P puke!!


Xoxo

No comments: