Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Friday, December 16, 2011

Didiklah diri menjadi manusia yg bersyukur

Assalamualaikum fellas! Hahaks..

Prolog:
Aku sdg memblog menggunakan blogger for iphone. Hal ini kerana, permulaan hidup aku pd hari ini bagai jatuh ditimpa tangga.. Meh aku nk cite..

Aku akan ke luar negeri pd hari ini. Luar negeri bukan luar negara. Mind you! Aku paling mencik bab nak packing baju. Haha. Segala2nya have to be perfect! Aku akan pastikan semuanya ada. Bertafakur jugakla aku depan almari td dok staring kt travel bag aku yg belum terisi. Dok staring kt bag buat apa!!! Tak penuh pun bag tu! Lalu aku bangun perlahan2 dan berdiri memeluk tubuh di hadapan almari. Dgn harapan, baju2 seluar2 skirt2 semua akan masuk ke dalam bag dgn sendirinya.. Belum lagi masuk part tudung dan inner tudung. Ya Allah... Permudahkanlah aku mengemas segala benda ini ya Allah.. Doaku di dalam hati... Kalau kemas je memang senang ah! Ni nak pikiaq sesuai ke tak tudung ni dengan baju ni, seluar ni, skirt ni.. Senang2 guwa bawak je tudung hitam semua. Selesai keje guwa.. Sobs..

Akhirnya berkat pertolongan dari Allah, aku berjaya kemas semuanya. Harap2 sempurna dan tiada yang kurang.

Lalu aku mencapai beg kertas yang agak besar untuk aku isi kasut masut aku. LOL. Aku pun meniti anak tangga menuju ke ground floor dengan hati girang. Lalalala hati aku bernyanyi..

Aku ambil sneakers yang dah mesin cucikan semalam. Fuh, naisss!! Wangiiii sebab guwa bubuh downy.. Guwa pun ikat tali sneakers tersebut dengan hati yang masih bernyanyi ceria.. Siap! Sneakers tersebut aku susun elok2 di dalam beg kertas yang tadi aku bawak dari first floor tu..

Aku menuju ke luar bangunan rumah untuk amek kasut flat aku yang comel ada dua kuntum bunga di atasnya. Fuh cukup comel dah tu bolehla berangan jadik puteri..

AIH?? Mana kasut puteri aku?? Mana?? Sah! Ni mesti budak Rah terpakai pagi tadi ni. Sebab aku nampak kasut flat dia ada di hujung sudut rak kasut. Well.. Kami berdua ni taste memang sama. Kasut puteri pun nak beli yang sama cuma beza warna dan saiz. Saiz dia pun lebih kurang aku... Tu yang dia boleh terpakai tu!! Uwarghhhhhh!! Hati yang tadi ceria bernyanyi terus menjerit dan menangis. Dahla dia pergi jalan2 jauh bukannya pi kedai! Minah ni mesti mamai ni sebab lepas subuh dah gerak.. Gelap lagi kan..tu yang beliau ada masalah konsentrasi.

Lekas aku mencapai henponku untuk menghubungi kekasih aku tu. Tak jawab! Ooo ingat kau boleh lepas?? K k takpe aku call ibu!!

Bu, cakap dengan Rah! Haha

Rah! Kau tau tak kau pakai kasut aku$-@?@&:????¥_€***![¥|!€'l!!!!!

Haha tu je.

Dia boleh lek2 je cakap, 'ha tulah aku pelik asal cam longgar semacam je kasut ni?? Tapi langsung tak terpikir ni kasut kau...' 'sorry kak..takpelah, kau try je pakai kasut aku tu kot2 kau muat ke..'

Lalalalala mudah benar kau berkata-kata! Bagai menanam tebu di tepi bibir! Taulah ada dua tahi lalat hidup di bawah mulut. Memanglah kata-kata kau manis belaka. Nasib baik i love you Rah.. Kau kena bersyukur kerana aku sangat menyayangi kau.. ^.^

Epilog:
Memandangkan tinggal aku dan bibik je pagi ni dan aku akan keluar meninggalkan rumah pukul 12:30 tengah hari, aku pun plan nak main sims sebelum aku mula bersiap untuk turut meninggalkan rumah. Sekali jek pagi tadi aku tengok ayah bawak cik laptop. Punah impian aku nak main sims pagi ni. Hmmm takpelah pc ada.. Kang aku install lah sims kat situ.. Atau aku blogging ke untuk isi masa terluang..

Selesai sarapan segelas kopi, aku bergegas ke bilik study dan on pc. Lalalalala hati aku sambung bernyanyi.. Aku cucuk broadband kat cpu. Huwaaarghhhhhh??!!!! Ayah bawak mouse!!!!!!!!


Sekian.



Sedihkan kisah aku pagi ni? Macam2 berlaku hanya dalam beberapa jam. Hehe.. Apa2 pun aku bersyukur sebab aku masih sihat dan boleh pergi holiday harini esok dan esok.. Semalam aku teringin nak makan makanan berkuah dan pedas, tup2 ibu masak tomyam. Semasa aku hirup kuah tomyam, aku rasa bersyukur sangat.. Setakat ni, aku mengidam apa pun semua dapat. Untungkan duduk kat Malaysia? Semua ada.. Belum lagi kira semasa aku di Makkah, selesai solat di Masjidil Haram, mesti aku ada teringin nak makan apa2. Tup2 sampai je hotel, makanan tu ada.. Agung sungguh kuasaMU ya Allah.. Aku bersyukur dengan segala kurniaanMu. Aku bersyukur sangat. Cemana kalau aku dilahirkan dan tinggal kat negara2 yang susah, daif, takde air hingga terpaksa minum air kencing sendiri.. Ya Allah.. Syukur alhamdulillah.. :)

Aku pun bersyukur aku dah habis stpm. Perasaan yang aku alami sekarang sangat berbeza berbanding semasa selepas habis spm. I hate my spm's memories! Setahun setengah menuntut di Tingkatan 6 (tak cukup setahun setengah sebenarnya sebab aku pi GM 3 bulan, LOL), banyak memberikan aku kenangan manis.. Manis sangat. Semanis tebu di bibir Rah. Hahaha.. Terima kasih Allah.. Perasaan yang aku rasa sekarang ini sangat istimewa... (^.^)v
Selamatkanlah perjalanan pergi dan balik kami Ya Allah.. Amin..