Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Saturday, August 27, 2011

27th Ramadhan @ Five Hundred and Twenty Five

Assalamualaikum :)

How do you do? Its 27th Ramadhan today. Hows your eid preparation? Whats your feeling now? Mine is plain. Aaaaaaa mengantuknya sekarang! :(

Tapi nak menulis jugak. Bila mood telah datang, wajib menulis! WAJIB. I've done my sahur and there was nasi arab for my sahur........heeeeee...

Nak tahu tak, 1 week selepas naik cuti raya, its my stpm's trial!! aiyaa amma appa! Sedihnya titew. Taklah sedih pun cuma perasaan tu lebih kepada malas sangat sangat nak raya. Malas sangat sangat nak balik Kedah. Ah, ada juga sikit perasaan taknak jumpa siapa-siapa since saya dah jadi paranoid kalau ada orang tegur berkenaan; hey demoknyer awaaaakkk! napew tak kuruih macam anak titew?! my answer: Hi makciiikkkkkkk...tapi titew  kesian anak makcik langsung tak comey cam titew!!! anak makcik kuruih tapi muka cam zombiiiiiieeeeeeeeee.. k bye dont paksa me to be cruel.. I sound bad if i'm cruel. hahaksz!

Sabtu lepas, saya telah pergi shooping ghayer di sebuah tempat di Johor Bahru (nama tempat dirahsiakan tapi klu dia, tempat paling ramai orang kalau musim2 ghayer)..hehe.. Sedang sibuk melayan Naurah dan Piyah yang tak puasa sebab makan waffle, tiba-tiba saya didatangi oleh dua orang gadis yang memang pun kenalan saya. Mereka adik-beradik. Sorang si kakak sorang si adik. Kami pun berbual-bual seperti biasa.. Sehinggalah datang pula adik beradik mereka yang lain iaitu, abang kepada si adik perempuan. Ayat pertama yang digunakan untuk menegur aku setelah 2 tahun tidak bertegur ialah, 'Peh! Dah besar betul kau sekarang kan??' sambil tersengih. Cmonlah si tak hensem langsung berwajah puaka, fizikal kau pun aku tengok ala-ala rewmpitz yang langsung tak berhak untuk berkata begitu terhadap aku..... Well, I say nothing sebab aku pura-pura tak kenal dia. ;p

Hey, I want you guys to read THIS!!! YaAllah... Terima kasih Kak Noe kerana Kak Noe telah buat saya berasa tidak kesorangan di dunia ini.... hikhikhikhik..

Ah, isu paling bosan dalam dunia ialah isu di atas ni tadi! Apa yang telah saya cerita tadi???!! Tak sukew!! Tamo cite pasal demok lagi tamooooooooooooooo!! :(

HAHA janganlah rasa saya psiko pulak.. Kang dapat pulak gelaran si demok yang psiko. Sedihlah sayew.. Saya ok je.. Positif je. Cuma SATU je HARAPAN saya, silalah lihat dan belek diri di cermin dahulu sebelum sibuk mengata orang. K? Sekian, wassalam..

Eh melum melum! Titew melum habis citew..

Hari Isnin yang lepas kan, saya telah pergi ke Mid Valley untuk shopping ghayer. Bukan untuk saya tapi shopping untuk Fa. Tugas saya pada hari tersebut hanyalah sebagai perunding imej juga troli. Kenapa troli? Sebab setiap baju yang Fa dah siap pilih2 tu, sementara dia nak pilih baju lain, saya pegangkan baju dia yang berlambak tu. Bukan pegang sebenarnya, lebih kepada mengendong. Oh whatsoever...malas nak explain. My shoulder was sooooo pain sebab beg guwa sangat berat kerana diisi dengan ipad ayah dan bermacam barang lagi sambil mengendong baju2 Fa...etc etc.. malas lagi nak explain. Kenapa pula perunding imej? Hal ini kerana, everyone know that I have a very good taste..excellent taste.. HAHA BYE.......~~~~

While ayah sedang pilih2 songket yang hendak dibuat samping, ayah asked me to tengok2 dekat kiosk shawls and pashminas bersebelahan kiosk songket tu. Saya pun pergilah.. Rezeki aku ni kalau ada yang berkenan memang boleh terus beli ni..coz ayah dah offer ni.. lalu saya pun pergi ke kiosk tersebut dengan riangnya..lallala..lallala..nyanyi saya di dalam hati.

Setibanya saya di kiosk tersebut, dalam hati terus berkata, 'Hmmm imported ni.. Tak Iran mesti Turki, Syria atau Lubnan..' Sambil memegang dan menyelak nyelak pashminas yang ada di situ.. Cantikk....~~

'Where are these from? Iran?' Saya bertanya kerana pasti si penjual tidak bertutur di dalam Bahasa Malaysia.

'All from Kashmeeer.' Oh! Jangkaanku salah.. Hmmm chanteknyerrr semua niyyy... Gewam titew! Lalu saya  terus grab yang paling cantik sebab setiap corak yang ada padanya dihias dengan manik-manik cantik. Ohhh gojesnyaaaa....

'How much is this?' Tanya saya... Mestila nak tahu.. Guwa nak beli niiii....

'Five hundred and twenty five.'

'FIVE HUNDRED AND TWENTY FIVE?' saya cuba mengawal suara agar tidak terjerit di situ. Oh gosh, dia ni nak tekan aku ke apa. Dia tak tahu ke aku ni rakyat tempatan yang juga pemakai pashmina tegar yang CUMA berharga twenty five ringgit malaysia dan BUKAN five hundred and twenty five ringgit malaysia. Kalau lima ratus dua puluh lima juta rupiah, insyaAllah guwa mampu je... huuuu....

Saya letak balik pashmina manik2 itu di tempatnya.. Saya letak balik kemas-kemas.. :(

Saya grab pulak yang tidak bermanik.. Yang bercorak juga tanpa manik. Ala2 macam yang saya pakai ketika itu cuma corak dan warna je berbeza. Ya, ketika itu saya sedang memakai pashmina berharga dua puluh lima ringgit malaysia yang saya rasa kalau ditambah manik pun, harga dia tidak sampai lima puluh ringgit malaysia....sobs..

'And... how about this one?' Jauh di sudut hati, saya amat berharap agar harga dia munasabah..

'Eighty to ninety ringgit..depends on the designs'. Sah, dia ingat aku ni bukan orang malaysia kot!! Cara dia dah tau dah bahawa dia anggap aku ni bangang agaknya! Padahal aku tengok muka dia pun tak berapa confident nak sebut harga tu. Kalau nak kata sewa tapak kat situ mahal (padahal kiosk je bukan butik), memang out of logik ah! Sebab Butik Arzu kat KLCC tu pun shawls silk dia takde pulak yang sampai lima ratuih! Kalau ada pun, memang logik ah.. Mungkin ada yang memang pure silk. Kalau tak silk pun, suka hati dia ah nak jual cekik darah sebab sewa butik dia berpuluh-puluh ribu sebulan! Dan semua tudung dia pun imported from Turkey...hmmmmmmmmmmmmmmmmmm...

ARGH tension ah camni.. Lalu saya pun meninggalkan kiosk tadi dan menuju ke kiosk songket ayah.. Jadi perunding imej jugak..  Hmmmmmmm..

Selesai menjalankan tugas sebagai pengangkut barang iaitu, troli dan juga perunding imej, ayah brought me to Fareeda kat Bandar Baru Bangi! Heeeeeeeeeeee... One of my wishlist for ghayer... lallala lallala.. nyanyi saya lagi di dalam hati.

Semasa dalam perjalanan pulang ke JB tanah tumpah darahku, saya asyik bermonolog akan hundred and twenty five itu tadi.. Kenapa begitu mahal... Kenapa.... Dia punya texture memang sebijik pashminas yang saya ada. SEBIJIK! Takde beza cuma dia tambah manik! Tapi kenapaaaaaaaaaaaa......... Kenapa dia tipu shayew.......... Yang takde manik pun kenapa eighty to ninety ringgit malaysia.... Kenapa bukan rupiah..... Kenapa........... aaaaaaaa nak gi Bandung ah camni!!

Tuesday, August 16, 2011

Saturday, August 13, 2011

Why People Hate You?

Assalamualaikum!

Como estas amigos? teheee.. Tetiba rasa macam nak speaking Spanish sebab tadi layan lagu Rosalinda sambil membaca liriknya. Ooooooooooo I can sing in Spanish! Kejayaan untuk bulan ni. K pika k.

Apakah juadah berbuka yang menjadi idaman anda sekarang ini?


Ask me! Ask Me! Ask Me!
Pika berkata sambil menjerit dengan sangat tiba-tiba.

Tiba-tiba kedengaran suara saudari Shaheera Harun bertanya dengan nada polos,
Hmm gapodio?

Rojak Asma!!!!!!!!!!!!!!!!!!
*mata bersinar-sinar berkerdipan......

Shaheera Harun alias Ciwo menjawab,
K..malas nak layan..bye.

HAHAHA short story yang sweet. ;p
How about yours? Berita baiknya, petang ni juga akan kudapatkan dirimu wahai Rojak Asma! Pika is in happy mode.

Baiklah, pada hari ini, saya akan berkongsi dengan anda satu topik yang menarik berkenaan sila rujuk title di atas. *suara penyambut tetamu yang boring dan mengantuk.

Saya telah dapatkan topik ini dari blog seseorang yang sangat saya kagumi, iaitu NurulBadiah Lai.

Sila mulakan dengan basmalah.. heeheee..


******************************

WHY PEOPLE HATE YOU?

ONLY two reason why people hate you..

they hate you because they wanna be YOU
or
they hate you because you are not like them..

sometimes..people hate you because they dont have what do u have..so actually..they dont hate you..they just wanna be like u but they cant..
maybe korang cantik..maybe korang pandai..or maybe korang xcantik tapi pandai, so they hate you because diorang nak jadik macam u..nak cantik.nak pandai nak baik mcm u..so..bile die tiada unsur2 tersebut..dia rasa cemburu..then bila dia cemburu..lama2 akan berubah kepada benci..
then at last..bila ada org tanya..dia akan jawab..

aku hate this girl
why?

sebab dia kerek ah..sebab dia berlagak ah..sebab dia sombong ah..
in fact..orang yang dibenci tu xtahu apa2 pon..
u label them
u put the word kerek.sombong, berlagak.
actually..u obviously hate them because you wanna be like them..

so..dont hate people just because you are not like them..

and if u feel hurt when people hate u..assuming that they want to have what do u have..so share a lil bit.. P


and ada jugak..that person xcun..xpandai..xcantik..but everybody like her..everybody adore her sedangkan yg si cantik, si pandai and si kaya tu..xde pon ramai2 nak suka and adore dia..so sure they will hate you..then dia akan create satu story untuk make people hate you..why?because they wanna be like you..they wanna be humble like you but they cant..they wanna be as nice as u but they cant..they think that they are so perfect to deserve to be liked like you but they failed..

remember this..when people hate you..just pay them no mind..sometimes..The people who hate successful people are usually, unsuccessful..and etc..so on and so forth..kadang2 kite rasa down sgt..kite akn rasa kite ni teruk..apa salah aku?why the hate me?? so..my advice is..If you become successful and any people decide to hate you, it's because of their own fears, not because you have suddenly become a 'bad person'. ..think positive.


and another reason why people hate you because you are not like them..
just because u dont agree with them..they hate you.
just because u are not wearing like them..not eat what they eat..not so great like them..they hate you..
sometimes dia rasa dia lemah lembut..dia soft spoken..so dia benci korang just kerana korang kasar.korang cakap main lepas je..so..they want u to be them..they hate you when they judge you from their perspective..
eh aku xsuka orang yang kasar..aku xsuka la orang yang mcm ni..aku xsuka la orang yang tulis mcm ni..(padahal dlm hati diorang cakap..dia sepatutnye tiru mcm aku..die sepatutnye lemah lembut mcm aku..dia sepatutnnye tulis mcm aku..dia sepatutnye pakai mcm aku)

so for me..
dont hate somebody when they are not like you..let them be in their way..
it is a worse things to hate people just because they are not that great as you..
it is a worse things to hate people just because they dont agree with u..

then..
when people hate you just because you are not like them..
just let them be..dont feel bad..
mind this..
we do not live to please everyone!!!
just stand for what you are believe is good for you..dont bother about haters..
coz if they hate you because you are not LIKE them..
prove to them that EVEN you are not like them..
u are BETTER then them..

bagi saya..
saya ade prinsip saya sendiri..

I DONT NEED TO PRETEND JUST TO PLEASE ANYBODY..
i dont care what other may think about me..because I want to live my life the way I want..
if i dont agree with someone..it is because i have a strong reason behind it..i dont hate people for no reason..i dont hate people just because of this two shit reasons!!

i always remind myself that life is too short to wasting your time by hating people..so..i will try as hard as i can not to hate everyone..

ya..
it is true..When some hurt your dignity, it hurts, but I always tell myself that I am who I am ... NO matter what others say...

so:
live with peace.
that was from my perspective....what about you guys?

p/s: sorry for my grammatical error..sorry malas nak re-check hahaha..:)





******************************



I got it from HERE.. Thanks Kak Badiah.. Blog yang sangat menarik, bermanfaat dan tidak membosankan! 
Saya sukaaaaaa!





This is my another favourite quote selain daripada Life Is Short, Make It Sweet! hehehe.. Jadi, tak payahlah risau ke sedih ke down ke suffer ke kalau ada orang yang tak suka kau k.. Macam Pika sekarang,... nak jugaaakk contohkan diri sendiri..haha.. memang aku dapat rasa dan tahu betapa banyaknya makhluk yang kurang menyenangi aku... *sebab I ada sixth sense, kalau orang yang tak suka I berada dekat dengan I, I dapat rasa tau! I can feel the negative aura tauu...HAHAks... makin banyak tak suka, makin aku tak kisah juga lali. Kalau dulu, sumpah rasa down gilaa kalau tahu ada orang menci titew!! Hidup dulu kalau boleh, nak orang suka je.. Betapa aku bertungkus lumus berusaha untuk mengambil hati juga menjaga hati banyak pihak! Hipokrit lah kiranya..dalam hati bukan ikhlas pun.. Tapi masatu ada juga yang tak suka..mungkin dia dapat detect akan kehipokritan aku ketika itu. Haharzz!!!*stail ketawa yang paling annoying.

Semasa zaman batak puji-pujian dan berusaha untuk ambil hati semua orang pun ada yang tak suka apatah lagi KINI aku telah melakukan anjakan paradigma dengan lebih berlaku jujur berlandaskan quotes berikut:
Do I Look Like I Care? juga Bukan Kau Yang Bagi Aku Makan juga You Are Nothing To Me, lalu semestinya semakin meningkatlah jumlah haters guwe...haharrrzzzz *again and again... Kalau orang hentam, aku hentam balik! Never give face punya!!

Aku betul-betul dah lali... Mula-mula memang perit, Allah je yang tahu.. Tapi betullah kan.. Semakin berat sesuatu ujian itu, semakin indah hikmahnya. Aku percaya tu!

Last but not least,

Tak hidup dek puji,
Tak mati dek keji.
-Datuk Siti Nurhaliza's favourite quote.. I lapyu lah! Mmuaaaaahhhhhhhhhhh!

Wednesday, August 10, 2011

Facebook

Assalamualaikum :)

Just wanna let you guys know that my facebook is not mine anymore! What was that mean? Alaa sebenarnya dah lama nak cakap tau tapi asyik terlupa je.. Hmmm.. Pika gave her facebook's password to someone to make sure that she wont sign in to facebook anymore. TAK RASA KE FACEBOOK NI MACAM MARIJUANA?? SHABU? HEROIN?? GANJA?? Tak rasa ke setiap kali duduk berjam-jam menghadap facebook terasa diri bodoh sebab sebenarnya tak berbuat apa-apa pun berjam-jam tu cuma sibuk dok skodeng entah siapa-siapa punya page. Lepastu baru gelabah nak study etc. Deep down inside, I hate facebook! Facebook tak bagi kau apa-apa input langsung! Kalau nak jawab karangan nyatakan kelebihan facebook kepada individu dan masyarakat memang dijamin kau jawab terpesong sebab kelebihan bagi satu je, iaitu mengeratkan silaturrahim tapi kelemahan atau kekurangan kau jawab lebih 10. K.

So, bagi yang ada comment atau message kat facebook dan tak dibalas tu, faham-faham jelah ye. Sejurus selepas paper terakhir STPM tamat, insyaAllah facebook akan dibuka seperti biasa cuma masih tak berapa aktiflah.. Gitu-gitu je.. Facebook pun buat ada-ada je. Aku lebih sayang akan blog aku. Tambahan lagi, aku bukannya jenis orang yang friendly in facebook. hahaks! Dui Bu Ci! ;p



p/s: Hmmmmmmmm maaf cakap..sorry to say.. hmmmm lagu Cinta Muka Buku is soooooooooo lame dan Pika tak minat langsung. :P

Sunday, August 7, 2011

10x100=1000

Assalamualaikum :)

Akhirnya dapat juga aku menyentuh papan kekunci laptop ku ini. Dapat juga aku membelainya. Apabila komputer utama rumahku mengalami kerosakan hasil daripada tangan Fa, semua orang telah tertumpu kepada laptop ini. Dengan Rah nak update blog laaaa, facebook-ing laaaa, adik nak main Sims laaaa, Fa pun nak main Sims laaaa.. aiyah.. Bercakap berkenaan 'tangan Fa' tadi, adakah anda pernah menyedari bahawa, setiap kali anda memegang sesuatu, sesuatu yang anda pegang itu tadi lama kelamaan mesti mengalami kerosakan tak banyak, sikit. Kalau tak anda pun, orang terdekat anda. MESTI ROSAK. Bak kata aku yang kadangkala kejam ni, tangan seperti itu dinamakan tangan suey. Maksudnya, tangan kau tak boleh pegang apa-apa. Confirm rosak.. Sebab musabab rosak, tak dapat dikenal pasti. Dalam keluarga indah aku, manusia unik tersebut ialah Fa..adikku yang ketiga. Bila computer utama rumah dah rosak akibat tangan uniknya, aku agak ragu-ragu nak bagi dia main sims kat laptop ni. Aku tau dia tak buat apa-apa tapi aku nak risau jugak sebab tangan dia unik.

Berbincang berkenaan laptop, computer utama rumah dan papan kekunci, aku teramat sangat berasa aneh apabila aku sering juga terdengar khabar berita berkenaan;

-Aaaaaaaaaaaaa semut keluar dari keyboard aku......aaaaaaaaaaaa!!! Ni mesti sebab aku selalu makan kat depan laptop ni..aaaaaaaa..
-Aaaaaaaaaaaaaa bukak bukak laptop je, semut berlambak-lambak keluar dari papan kekunci!!

Mengapakah terjadi sedemikian rupa? Mengapa anda makan ketika sedang online? MENGAPA? Aku tak dapat terima langsung akan hal ini!!! Dalam kes aku, bedak sejuk yang mula mengering di muka pun bila ketawa atau melakukan apa-apa pergerakan pipi, pasti akan jatuh bertempiaran atas keyboard. Begitu juga dengan bersin. Perkara ini kerap berlaku pada diriku ketika sedang online. Hal ini pun sudah memberangkan aku lalu aku cepat-cepat lap dan tiup-tiup permukaan papan kekunci laptop aku. Apatah lagi makan??? Apatah lagi semut keluar dari keyboard?? Apatah lagi apatah??????? Aku memang tak dapat terima. Aktiviti makan dan online merupakan aktiviti yang berbeza sama sekali dan TIDAK AKAN ada keserasian antara mereka. Dilarang satukan mereka. Argh nak tensionlah camneh..

Semalam aku bertarawih di Surau Impian Emas seperti biasa. Dapat saf depaaann sekali dan aku happy sebab tak payah pening fikir pasal asyik nak elakkan punggung orang depan sampai punggung sendiri kena kepala orang belakang..haih tak boleh khusyuk betul. Aku happyyy.. Tapi tapi tapi, semalam punya cerita pulak... Semasa dua rakaat tarawih yang pertama, kekhusyukan aku diganggu oleh pergerakan langsir persempadanan antara kawasan solat lelaki dan wanita. Langsir tu goyang-goyang secara dahsyat. Aku naik berang. Aku rasa nak marah sangat-sangat. Menurut Fa dan Adik, kat situ tempat budak-budak selalu main-main, gurau-gurau etc. Bila dah habis dua rakaat tu, aku nampak pergerakan tangan yang sedang main-main kat langsir tu, aku amek sejadah aku yang tadi tak jadi guna tu, lalu aku pukul tangan dia. Tapi dia makin main-main. Dalam hati aku, kalau kat sekolah ni, memang aku dah selak langsir tu dan terus tengking makhluk kat depan tu! Bengkeng sungguh guwa.

Weekend ni aku telah konon-konon bertungkus lumus menyiapkan homeworks.Ihik..ihikk... Aku tak berapa gemar dengan kata bertungkus lumus tu tadi sebab tu aku letak konon-konon kat depan dia.. ngeheee.. Bertungkus lumus kedengaran.. errr..

Karangan aku mengandungi 10 kesalahan tatabahasa k! Dan 1 kesalahan kena buat 100 kali pembetulan. Sila kali dengan 10 kesalahan sekarang. Kau mampu?!!

Kesalahan pun remeh temeh je kot! Contohnya:

SALAH: Semulajadi
BETUL: Semula jadi.

Mesti kebanyakan daripada anda semua tak tahu kan ejaan sebenar semula jadi? Perkataan tersebut dieja secara jarak k! Hal ini kerana, hanya terdapat 15 sahaja kata majmuk yang telah mantap ejaannya dan wajib dieja serangkai/rapat.

1. Antarabangsa
2. Beritahu
3. Bumiputera
4. Kakitangan
5. Kerjasama
6. Jawatankuasa
7. Matahari
8. Olahraga
9. Pesuruhjaya
10. Suruhanjaya
11. Setiausaha
12. Sukarela
13. Tanggungjawab
14. Tandatangan
15. Warganegara

Ada jugak beberapa perkataan yang BUKAN KATA MAJMUK yang biasanya tergolong dalam golongan kata tertentu yang biasanya dieja bercantum, contohnya:

1. Kata Nama
peribadi, dinihari, peribahasa, perikemanusiaan

2. Kata Adjektif
sukacita, dukacita

3. Kata Sendi Nama
kepada, daripada

4. Kata Hubung
apabila, manakala, padahal, darihal, barangkali, kadangkala, apakala, walhal

5. Kata Tanya
bagaimana, kenapa

Ahhhhhhhhhhh adakah perlu aku berbincang dengan kamu semua berkenaan hal di atas? HAHAHA.. Perlu aku rasa. Sebab bolehlah aku study sekali. Maklumat kat atas tadi ni pun aku copy daripada kitabku. hahaks! Kau kena tahu biar kau tak buat salah lagi pasni.. Errr.. Errmmm.. Aku paling tak suka bila tengok sesetengah blogger yang tak tahu penggunaan imbuhan di-... yang betul contohnya dibaca, di atas, di bawah, di sana, dibuat...

Ada yang sesuka hati je eja secara jarak, contohnya:

di buat
di tolong
di tangkap
di pilih

Tahukah anda bahawa penggunaan imbuhan awalan di-... hanya boleh dijarakkan jika perkataan selepasnya menunjukkan arah, benda dan tempat SAHAJA. Anda perlu tahu k bagi yang nak tahulaaaa..(Pika baik..dia tak suka paksa-paksa..hehe!) Contohnya:

di belakang (arah)
di antara (tempat)
di hati (benda)

Aaaaa kan dah belajar benda ni sejak darjah 6 ke tingkatan 1... Emmm terpulanglah.. Hehe aku nak share jer! Janganlah cakap aku bajet.. Kalauuulaaaaahhhh my BM teacher carik satu-satu kesalahan tatabahasa dalam blog ini lalu dia suruh buat pembetulan................mesti berjuta juta juta kena buat! hahahaha..

Yayyyyyyyyyyyyyyy J.CO dah ada di Jusco Tebrau City kaaayyyyyyyyy! Tapi kenapa yang cheezy tu tak sedap... Alcapone juga yang best.. Pika suggest Alcapone k! Yang 4 beradik kat atas sekali tu.. hehe =)

Friday, August 5, 2011

Deklarasi

updated: title dah tukar.. tatawo atas sebab apa.. hehe

Assalamualaikum :)

I've done my first tarawih just now. Ramadhan pertama dan kedua saya mc puasa. Ramadhan ketiga was busy studying etc. Malam ni baru ada kesempatan. Surau Impian Emas sangat selesa sebab ada air con of course CUMA saya rasa nak datang awal esok sebab nak betulkan kedudukan para sejadah yang terlalu rapat, maksudnya gap antara sejadah saf depan dengan saf belakang terlalu rapat. Masa sujud tadi, saya telah cuba mengelakkan kepala saya daripada terkena punggung orang depan tuptup kepala orang belakang terciyum punggung saya. Cemanewww nieeeee.. Oh terjumpa our favourite dentist ever tadi iaitu Doktor Zawiah yang sangatlah comel walaupun usianya sudah separuh abad. Dia suka ajak berborak semasa sedang menggodeh gigi patient, tapi sebagai seorang patient yang giginya sedang digodeh, saya memang tak mampu ah nak borak sekali.. Hanya mengeluarkan bunyi seperti 'Huh..' atau 'Hmm..' je.. Oh lagi, banyaknya manusia pakai mini cooper kat Impian Emas ni.. Saya dah jumpa lebih daripada lima buah mini cooper di sini dan tadi selepas tarawih saya nampak sebuah yang berwarna merah sedang bergerak keluar dari surau. Oh k pemandunya merupakan seorang perempuan bertelekung...

Ok hari ni saya nak buat ulang kaji buat diri sendiri, saya rasa cara ni best. Tajuk hari ini ialah takda tajuk. Sebab saya nak cerita balik berkenaan deklarasi. (dalam Bab Dasar Luar Negara)

Antara deklarasi yang saya ingat ialah:

Eh sebelum itu, deklarasi merupakan perjanjian yang dimeterai untuk mencapai kata sepakat bersama @ MOU or sumting k.

1. Deklarasi Langkawi~~ berkenaan alam sekitar.
2. Deklarasi Bangkok~~ berkenaan ASEAN
3. Deklarasi Geneva~~ berkenaan isu antartika yang merupakan kepunyaan bersama. ~pembabitan Malaysia; Malaysia telah suarakan tentang isu antartika ini.
4. Deklasi Kuala Lumpur~~ berkenaan Afrika. ~
5. Deklarasi Istanbul~~ Developing 8 (D8) iaitu Kumpulan Lapan Negara-negara Membangun yang terdiri daripada;

Mat-Malaysia
Indon-Indonesia
Tangkap-Turki
Ikan-Iran
Masin-Mesir
Bawah-Bangladesh
Pokok-Pakistan
Nipah-Nigeria

haha. K tu je untuk malam ni.

Tuesday, August 2, 2011

Kenangan Ramadhan Bersama GM-ers

Assalamualaikum rakyat jelata beta sekalian! ho ho ho

Hahaks sorry for such an annoying intro. Just want you guys to imagine beta berkata sedemikian dengan suara yang besar dan bergempita. OKAY dahlah nanti ada orang menci titew mewepekz cenggeneh.. Alamarks terrewmpitz pulaks~~

Okay I'm back to normal. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan! Ramadhan kembali lagi. Perasaanku? Subhanallah it was awesome! Biasanya orang suka nak puasa ni sebab nak raya kan? Tapi pada pendapatku, Ramadhan sememangnya teramat istimewa. I can smell the sweeeeet smell of Ramadhan. Rah also smells the same. Yeah, we're absolutely weird and insane. Bagi sesiapa yang merasainya, you can feel how Ramadhan is different with the other months. Nak tahu tak kenapa Pika bukan dalam mood nak raya macam semua orang yang baru puasa dua hari dah tergedikz-gedikz cakap pasal raya? Hal ini kerana, baju raya yang telah siap ditempah langsung tidak menepati cita rasaku. Menci Menci.........sobs! Kalau baju rayaku benar-benar menepati cita rasaku, pasti baju raya tersebut telah siap kubasuh, gosok dan gantung tinggal pakai je takdelah simpan terperuk di dalam beg plastik si tukang jahit seperti sekarang DAN aku pasti juga ikut tergedikz-gedikz macam orang lain yang tak sabar nak raya tuwww. Dahla tahun lepas takda baju raya sebab semua baju yang kononnya ditempah untuk raya telah kubawa sempena program GM 3.

Hey! Motif sangatlah perenggan di atas neh. Motif entry ini sebenarnya adalah untuk berkongsi pengalamanku menyambut Ramadhan di perantauan pada Ramadhan yang lepas.. hihik..hihik.. 

Pika tak berapa terang, jelas dan nyata kat mana kami sembilan finalis GM 3 menyambut Awal Ramadhan  sebab masatu kami hidup secara nomad..hehek.. Rasanya sambut Awal Ramadhan di Kota Damansara. Masatu kami tinggal di sebuah tempat penginapan yang namanya dirahsiakan..ngeee~

Beberapa kali terlajak tak sahur sebab aktiviti siang hari yang meletihkan sampai sahur langsung tak larat nak bangun. Biasanya sedar-sedar mesti nak dekat pukul 6. Kecewa sangat sebab Nasi Kandar Ayam Madu tu dah beli siap-siap tinggal nak makan jer... Ralat sangat sebab akhirnya kena buang sebab basi.. Tapi puasa tetap puasa.. Petang je kalau balik tasking or shooting awal, kami jalan-jalan lah pergi carik bazar.. Pernah juga pegi Bazar TTDI yang famous amos tuww.. Masatu memang letih sangat-sangat rasa macam nak pengsan je..wuwu...

Puas di Kota Damansara, kami berpindah ke Hotel Pan Pacific KL. Atau nama lainnya Puteri Pacific atau Seri Pacific.. Banyak kali tukar nama..confuse daaa... Yang juga merupakan penaja program kami.. Kat sini berbuka meriaaaahhhhhhhhh... Berbuka kat hotel biasalah kan, berpusing sana sini ambil juadah.. Sampai dah bosan dah hari-hari berbuka kat hotel... 

Ha, yang ni bukan hidangan buffet. Rasanya ni masa kami supper kot.. Makan dekat cafe dia secara ala carte. Mula-mula I refused..ecehh..haha. Sekali je Kak Fatheen kata, TV9 akan bayar apa yang kita order untuk supper malam tu. So... I punnnnnnnnnnnn apa lagiiiiiiiii..... hahaha.. Oh ye! Makhluk menyelerakan kat atas ni merupakan Cheese Cake k! I forgot the name tapi dia memang Cheese Cakelah.. *Tak sangka sangat Pika masih simpan gambar ni. Nostalgia gila!


Its meeeeeee! Masa ni I cuti puasa..hehe.. Orang lain dah naik untuk solat maghrib tapi Pika bersama geng tak puasa masih duduk di sini searching for food...searching ke analyzing food? haha pukul 9 baru naik bilik kaaannzzz... Kat belakang tu Kak Zakiah! I adore her natural beauty. Bangun tidur pun cantik. To me, she's a pure Perempuan Melayu Terakhir.. Oh ye, sekarang dia berlakon watak antagonis dalam drama Ana Lu'lu. Dia pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)..maka dia sememangnya datang dengan berlatarbelakangkan dunia seni. I got her picture tapi entah ke mana sejak laptop I telah mengalami proses reformat.

Heeeeeeeeee... Masatu ada program Melodi Raya kat PWTC, and I saw Datuk Siti Nurhaliza with her husband also her sister in law.. OMG! She's very exquisite! Mereka berjalan di hadapan kami yang sedang berbuka ni menuju ke pwtc. Masatu Pika was the most teruja k! Cepat-cepat makan lalu curik-curik masuk pwtc gaks! Pergi bertiga, Me, Kak Zakiah & Kak Dayah.. Peminat fanatik Datuk Siti lah of cozzzzzzzzzz... Tapi tak sempat kejar. Mereka dah masuk kat tempat artis-artis tuwww.. Tapi Pika ni pun bukan seorang yang teruja sangat nak bergambar-gambar dengan orang femes-femes ni..hihik melainkan Datuk Siti lah of cozzzz lalu bila nampak Mawi dan Ekin, pun jadiklah kanzz...tu pun sebab geram tak dapat kejar Datuk Siti yang cantik tu....aaaaaaa... T_T

Pika rindu kot saat-saat berbuka puasa di perantauan tahun lepas...hahaha geli pulak guna perkataan perantauan.. Lagi beberapa hari nak raya baru balik rumah dan sempat bertarawih selama beberapa malam jer.. Heeeheee Pika dapat idea nak buat entry ni pun sebab semalam dapat sms dari Kak Nana (Nur Diana Zainudin) finalis GM 3 gak, dia kata lebih kurang begini, rindunya kenangan kita berpuasa bersama tahun lepas.. Ya..Memang sangat rindu.... =)



And I miss my favourite sissy soooooooooooo much!! Kak Siti merupakan satu-satunya finalis GM 3 yang dah kawen dan sedang pregnant her first babyyyyyyyyyyyyyyy.. Mesti comel cam Pika! Hmmm.. dua-dua ni Pika.. Adakah Siti Nur Afiqah atau Afiqah Hazwani? Yang mana satu pilihan sanubari?
Tepuk dada, tanyalah hati..
Hahahaha sampai jumpa lagi!

XOXO