Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Sunday, July 24, 2011

Albus Severus Potter

Assalamualaikum wahai sekalian pembaca!

Heyyyyyyyyy! I'VE WATCHED HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS PART 2 KAYYYYYYYYYYYYY!!!

Siapa yang belum tonton lagi tu janganlah jeles ye! Ohhhh awesomenyaaa sebab sabtu ini Rah dah ada kat rumah dan saya akan menontonnya sekali lagi bersama Rah pula!

Walaupun dapat seat C yang teramat sangatlah depan sehingga terpaksa mendongak untuk melihat skrin tapi takpe, asalkan tengok......Fa kata.. haha.. Arghhhh sukanya sukanya sukanya!

Wajah-wajah excited sebelum menonton. Adeh, sekali sekala nak jugek letak gambar bertepek-tepek kat blog. Walaubagaimanapun, guwa telah combine kan dia...lalu kuranglah sikit efek 'bertepek-tepek' tu kan yang biasanya bermaksud, satu entry penuhhhhhh gambar muka dia dengan jarak yang dekat pula tu...hmm ;p Sempat lagi kau eh Pikkaa...

Daaannnnnnnnnn..... Mempersembahkan... Encik BMW Mini Cooperkuu... Thanks ayah for such a lovely birthday's present! Thankssss ayah.. Mmmuuuaahhhhxxx!  Daku sungguh terharu dan bersyukur tak terhingga! Hari pertama drive neh! Drive kete comels ni haruslah drive secara catwalk kaaaannnzzzz.... muahahaha...


Bagi yang sudah mula terasa dengki & jeles tu, silalah berhenti berperasaan sedemikian sekarang kerana ianya BUKAN milik haku ponnnnnnnnnnnnn!! wahaha... Encik hemsem ni telah memarkirkan dirinya betul-betul di sebelah Encik Md. Nordin's. Soooooooooo near mayn! Hahah tahu dah ada yang jeles kan kan... Beliau ialah seseorang yang letak default picture kat Facebook gambar Mini Cooper juga! hahahahaks! Sorry bebeh! Peminat tegar Mini Cooper tuuuu... Boleh juga dikenali sebagai Kipas Susah Mati BMW Mini Cooper! heheh..


Ohyes, I've installed Angry Bird because of adikkkkkkkkk.. Sanggup memilih untuk tidur bersama saya semata-mata mahu bermain bersama menatang ini sehingga larut malam. Tapi FREE jelerrr.. I belum bikin jailbreak aaa.. Issskkk.. Adik main sampai dah habis level lalu iphone apps dia syorkan untuk installed yang baru which is berbayar. Again, I belum buat jailbreak.. Sobbbsss..

Friday, July 22, 2011

This-Is-Sooooooooooo-Random

first of all, entry ni sebenarnya merupakan entry 12 Julai 2011 k. hihik haku baru nk siapkan and publish dia awini...heeeeee..

Assalamualaikum semua.

Sorry blog for ignoring ya. Saya bukan penulis blog tegar kini. Banyak benda lagi kena fikir dan banyak benda yang lagi menarik untuk difikirkan..haha such a cruel statement. sowwwii... I'm waiting for Harry Potter and The Deathly Hallow part 2! Cepatlah keluar bebeh. Ingatkan nak tonton Transformers tapi takde Megan Fox dah so malaslah. (HP dah kuar dah ponnnnnnnn!! annoyingnya perenggan ni! HAHA)

Just wanna share with you guys lovely readers. Memandangkan sesiapa pun bosan dan tak suka nak layan orang yang sering kelihatan bosan, mengantuk dan tidak bersemangat sepanjang hari, apa kata kita sendiri sama-sama mengelakkan gejala tersebut daripada berlaku kepada diri sendiri lalu membosankan orang sekeliling. Kenapa kita tidak bersemangat semalam? Kenapa kita tidak bersemangat hari ini? Kenapa kita tidak bersemangat esok? Kenapa kita sering rasa bosan dengan kehidupan sehari-hari dan rasa macam takda life sangat. KENAPA? Kenapa kita tidak selalu ceria dan tidak berpegang pada prinsip Life Is Short Make It Sweet which I really love that quote!!! haha.. Well...of courselah banyak faktor kan.. TAPI ni nak cakap pasal you alz yang sebenarnya tak tahu dan tak sedar ............ *sampai sini je I taip haritu. Lupa dah nak cakap apa sebenarnya..wahaha

Sebenarnya, kita boleh jadi power & bersemangat setiap hari walaupun sedang PMS atau emo errr..whatsoverrrr sebenarnya I nak sampaikan bahawa, ada cara untuk kita jadi sentiasa BERSEMANGAT.  Cmon dude get a life! Sejak dua menjak ni pun, haku telah mengamalkannya. Alhamdulillah the result is YAYYYYYYYYYY! Dah laaaaaaaaammmaaa sangat tak tidur dalam kelas... Yaaaayyyyy! Hal ini membuktikan bahawa ketiga-tiga ikatan setan telah berjaya haku bukak sebelum haku pergi ke sekolah.

Cara-caranya,

err copy sikit ayat dalam buku ni (Jangan Main-Main by Dr. Tuah my feveret k) *Sketsa 50 muka surat 133

Nak power, luar biasa bagus dan hebat sekali? Demi melahirkan keluarga yang cemerlang, gemilang dan terbilang, saya akan berikan tip-tipnya, harap anda sedia untuk berubah cara fikir. Maju mundur sesuatu bangsa banyak dipengaruhi oleh cara fikirnya...

ah dah ah.. Go straight ah!

1. Sebelum tidur, set yang hebat-hebat.
-set benda best2 untuk esok hari, jangan terbongkang je macam kerbau kena langgar. k Dr Tuah yang cakap gini eh..haha..
-kalau set best2, insyaAllah bangun tidur rasa power ikut apa yang anda set tadi. Bermakna kalau anda set nak memonteng sekolah/kerja, nanti bangun tidur memang rasa malas dan lemah dan macam-macam idea memonteng akan timbul.
-sebelum set yang hebat-hebat, macam biasa, baca doa akan tidur. Sebelum tu baca al-Fatihah, 3 Qul, Ayatul Kursi dan Basmalah 21 kali..pastu barulah tidur dan setlah apa-apa yang anda nak buat esok. *tahukah anda bahawa amalan membaca ayat-ayat suci di atas salah satu kebaikannya ialah boleh menjauhkan kita daripada sihir. Tahukah anda lagi sekali bahawa aktiviti sihir-menyihir ni aktif pada pukul 3-4 pagi? Malam ni jangan lupa baca k! Jadikan amalan! Bacaan 21 kali Basmalah dan ayat Qursi juga boleh menjauhkan rumah kita dan 40 buah rumah di sekeliling rumah kita daripada pencuri, perompak, penyamun, maleng etc k.
-sepanjang anda tidur, otak bekerja keras untuk merealitikan apa yang anda set itu. Dia tak pernah berehat atau tidur, walaupun anda dah berdengkur macam guruh punya kuat...hahaha

2. Buka ikatan setan
Sepanjang kita tidur, kita diikat dengan 3 ikatan. Kalau kita tak buka ikatan itu, kita akan hilang motivasi diri, tak ada semangat, nak cari gaduh je, lembik, lembab, lesu, longlai, letih, leceh, lembu etc hahaha k serius pika k.

Ikatan 1 akan terbuka apabila baca doa bangun tidur (kalau tak hafal, baca basmalah atau sebut nama Allah).

Ikatan 2 akan terbuka selepas kita berwuduk.. *sape tak solat subuh tu memang aaaaa dia!

Ikatan 3 akan terbuka sementelah kita angkat takbiratulihram atau solat Subuh laaa kaaann...

Ini siapa punya teori ni?? Ini sabda Nabi S.A.W., bukan olok-olok, bukan pika suka hati cipta, bukan Dr. Tuah cipta..bukan calang-calang k!! Tak percaya?? Hadis itu berbunyi begini,

''Jika salah seorang dari kamu tidur, maka syaitan mengikatnya dengan tiga ikatan. Ketiga-tiga ikatan tersebut menjadikan dia terlelap dalam tidurnya semalam suntuk. Tetapi jika dia terjaga kemudian dia menyebut nama Allah, maka terlepaslah satu ikatan. Kemudian ketika dia berwuduk, maka akan terlepas pada satu ikatan lagi dan akhirnya jika dia melakukan solat, maka, terlepas pula ikatan yang terakhir, sehingga pada pagi harinya hati orang itu akan bersih dan penuh semangat. Akan tetapi, jika dia tertidur sampai subuh, maka pagi harinya akan kotor jiwanya dan tidak mempunyai ghairah apapun.''

Pastu Pika juga turut minum air biasa bercampur madu Khaula sebagai pemanis mulut juga wajah HIHIHI pastu baru minum coffee untuk tampil energetic sepanjang masa!

3. Mandi cara yang betul
Macam mana ya mandi cara yang betul?? Dan macam mana anda mandi??

-Mandi yang betul ialah dengan membasahkan kaki dulu kemudian perlahan-lahan bawa ke atas hingga ke muka. Kemudian, barulah basahkan kepala..
-Mandi dari bawah ke atas ni banyak faedahnya ya..
-Lepas tu je, nak mandi gaya apa pun gasaklah k! Tapi pada permulaan air terkena pada tubuh, pastikan mencecah kaki  dulu.

Pasal apa? Banyak pasalnya. Tak cukup ruang untuk beritahu di sini. Dan mandi dari bawah ke atas ni, hanya untuk mandi biasalah, mandi hadas besar lain....ianya dari atas ke bawah..K?

Selamat mencuba! XOXO

Sunday, July 17, 2011

Setanggi Syurga

Assalamualaikum.. :)

Ada kesempatan sikiiiit untuk menulis entry baru untuk minggu ini. HEHE.. Apa khabar semua? Ni hao ma? Genki desuka? Anyong haseyo? Como estas? Kabare? ;p

So..lets make it short. I went to Abang Amir's wed semalam! Hee tak sangka abg amir dah kawin dah.. Teringat dulu-dulu masa selalu pegi umah Makyah kat segamat tu (abg amir's mum) wajib bermalam sekurang-kurangnya satu malam. Sebelum nak tidur tu, pika and rah mesti paksa-paksa abang amir atau kak faiz atau kak ain untuk ceritakan bedtime stories tapi nak dengar cite antu jer. Paksa juga! tapi mereka semua tak pernah marah-marah, layankan je budak dua orang ni masatu. tapi cite Kak Faiz paling best sebab masa tu dia belajar kt Uitm segamat (skrg dah jadi lecturer), jadi dia banyak cite antu. Tapi taktau la cite betul ke cite tipu sebab budak dua orang ni suka paksa suruh cite jugak. Tapi satu hari tu, kak faiz dah kehabisan idea lalu kami paksa abg amir untuk cite. mula-mula dia kata takde cite tapi kami tak pedulik. lalu dia pun cite jerlaa kann...layaaannnkaaann jer... kami pun khusyuk je dengar..best gila cite tu... last-last je dia kata camni, 'nak tahu tak abang amir tahu cite ni kat mana? ni cite betul tau..' 'ha kat mana kat mana?' pastu abang amir jawab selamba je.. 'majalah ujang.' aaaaaaaaaaaaaaaa abang amir tipuuuuuuuuuuuuuuuuu!! aaa menci menci!!! hahaha padan muka. 

Mereka adik-beradik ni best gilerrrzzz... Abang amir kelakar..pandai..hensem..baik...(tengoklah sepupu siapa) kak faiz and kak ain pun sama. Kak faiz muka cam Heliza.. Kak Ain muka cam Abby Abadi..(again, tengoklah siapa sepupu dia...HAHAHA apa jengkel jengkel, keluar sekarang!) *tapi tak sempat bergambar dengan mereka sebab mereka busy..biasalaa orang kuat majlis... Dulu mereka suka sangat layan kami adik beradik.. Dari kecik-kecik dulu memang dah rapat sangat sangat sampailah sekarang di mana fizikal haku kini lebih besar daripada kak faiz and kak ain..heheh.


Kak Su bertuah sangat kerana berjaya memenangi hati abg amir kuh! Sejak dulu lagi saya wondering, agak-agaknya macam manalah taste wanita idaman abang amir sebab dia ni cam takde perasaan je kadang-kadang..ahaha. Perasaan dia hanya pada kanak-kanak macam aku je dulu..dia ni suka sangat dengan budak-budak..heeeeheeee.. Congrats abammir & kak su. *bukan abammir dengan ciwo eh. HEHE ups ;p




Errr tapi tapi tapi, saya bukanlah jenis yang suka sangat nak pergi majlis-majlis ni...aaaa i hate when i'm bored! lagi-lagi bila ada beberapa manusia yang mungkin dah lama tak jumpa dan yeaaahh i know i'm 'growing'.. tapi tak perlulah kot begini, 'dia ni dah makin bulat sekarang.' pastu ayah jawab bagi pihak saya, 'bapak dia bagi makan..eh jangan cakap camtu, dia marah.' masani muka guwa dah kelat kelat pahit dan kebulur tiba-tiba sebab dah nak bertukar jadi kanibal. Orang tersebut menyambung lagi, 'betullah dah bulat.' Lalu dengan mulut yang errr masih lagi mahu menjaga perasaan dan rasa hormat, 'takpe, asalkan comel. comel kan kan.' haha ikutkan hati nk cakap camni, 'motif sangat lah kau ni kan. cis bedebah.'

Ada juga yang memicit-micit lenganku kononnya asal lengan macam dah membesar ni. Tapi telahku mengerekkan mukaku plus jelingan yang mungkin bermaksud begini, dont touch me..kerana siku haku bakal melayang kat muka kau. sekian terima kasih k bye. haha. lalu dia cepat-cepat melepaskan jemarinya daripada lenganku. I easily get annoyed lah wey. Mintak maap sangat sangat. I am garang when i'm annoyed with people. I'll be cruel if i'm annoyed with somebody. Tak kiralah how tua or how muda you are.

Oooooo nasib baik sangat syukur alhamdulillah ada Naurah & Piya yang menyerikan hidupku semalam! I talked to Piya like I talk with Rah. Piya boleh dibawa bergosip..hahaks! Thanks Piya & Naurah kerana buat Kak Iqa kau ni happy.. I laughed because of you two! I smiled because of you two. Kalau tak, you have to know how kelat am i sebab bosan dan rasa jengkel yang amat sangat...hahaha. 5 jam kot kat majlis tu! aaaaaaa pengsan! How ugly am i tanpa kehadiran Piya & Naurah my lovely little angels. =)


Pengantin pulak sepatutnya bersanding pukul 2 kan. Pukul 3 lebih baru sampai! aaaaaaa pengsan lagi. Hal ini kerana mak andam tiba lewat. Saya bertolak dari rumah pengantin ke dewan lebih kurang pukul 12 pm. Masatu mak andam belum datang lagi untuk siapkan pengantin. whatt therrrr! Ingat keje siap2 mekap2 ni sekejap ker! Ni yang nak bebel ni. sepatutnya mak andam datang selewat-lewatnya pukul 10 am tau! Lain kali lantik haku jadi floor manager k! 


My comel pappa with his kakak ipar and his abang..encik YB yang seryes... ;p




Akhirnya pengantin pun tiba.. Yaaaaaayy japgi dah boleh balik dan singgah samura untuk jumpa kekasih hatiku buah hati pengarang jantung miamor te amor muches...............................

NADZIRAH HAZWANI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Us with Wafa yang comel dan suka sangat sebut perkataan comel. Rakan sekelas dengan Rah tapi hostel berbeza.YaAllah wafa ni memang ishhhhhh gewam betullah dengan dia ni! Berkenan betul haku dengan dia ni! Suka betul dengan mulut dia yang rajin betul pokpekpokpek dan pandai ambil hati orang. dari jauh lagi nampak pika dia dah kejar nak salam dan peluk ciyum. Padahal tak pernah jumpa pun sebelum ni.. 



Oh mengapakah title entry ini ialah Setanggi Syurga? Hal ini kerana semalam Rah cite begini,

Kak semalam Inteam buat show kat siniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......

Yeke?? Best gilerrrrrrrrrr... dia buat show katne?

Dewan besar ah.. salah sorang cikgu kat sini kawan ngan inteam. aku amek2 gambar dengan dia.. nanti aku tunjuk kau k.

*pastu kami berdua nyanyi nyanyi sikit lagu-lagu inteam yang feveret. tiba-tiba sangat kaannzzz..

Kak, kau tahu lagu setanggi syurga?

TAUUUUUUUU!!

Best gila kannnnnnnnnnnnnnn?? Best gilaaaaaaa!!! *tiba-tiba Rah nyanyi lagu Bisikan Nurani, padahal tengah cakap pasal Setanggi Syurga. Kejernihan wajahmu, sempurna pada pandanganku, kau kirana, keturunan terpilih.....

Haaaaaa lagu tu pun aku suka! *kata pika.


Saya suka Setanggi Syurga!!*tiba-tiba wafa menyampuk... :P

Saturday, July 16, 2011

Oh dear please! NO SIM CARD INSTALLED??

What should I do when suddenly there is an error message on my iphone's screen saying ''No SIM card installed''?

WHAT SHOULD I DO? Pleaaaseeeeeeeeeeee tell me why! and what should I do???????????

Wednesday, July 13, 2011

Please Tell Me That I'm Strong

Assalamualaikum.

Saya akan pastikan entry ini sangatlah pendek sebab malam semalam saya ada buat satu entry yang berkemungkinan agak panjang lalu saya tak berjaya menyiapkannya. Ah biarkan dia di dalam draft.. Biarlah dia terkepam di situ. Biarkan....

Lil bit stress here. Saya bukanlah seorang yang suka sangat stress stress ni sebab saya suka berpegang pada quote ini, Life Is Short Make It Sweet.. he he.. Dan mengikut kiraan metafizik pun, saya seorang yang takde perasaan sangat pun. Tapi kalau saya kata saya stress, maksudnya saya betul-betul stress lah. Walaubagaimanapun, saya cuba genggam erat-erat quote tersebut. I feel like wanna cry now. aaaa cmon bebeh... Apalah sangat yang saya boleh buat untuk release stress ini selain meluahkannya dalam blog ini. Oh thanks sangat sangat sebab baca entry ini sebab saya tak tahu nak cerita kat siapa bahawa saya sedang stress (tak suka) dan bila anda baca dan tahu saya sedang menahan air mata daripada jatuh sekarang, emmm saya rasa better... Thanks Mucho, kiss sikit, chup..chup..chup.. he he.. 

Oh gosh, Tutti Frutti will be opening soon at Setia Tropika. Me likey! Cepat cepatlah bukak...........aaaaa.. 



p/s: Oh please tell me that I'm strong... Pleaaaaseee....