Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Sunday, June 26, 2011

Drooling~

Angan hari ini...
Selagi tak dapat, selagi tulah berangan...


I really envy this one..sebab baju raya saya ada warna ni!








NAK SEMUA!

credit;

Some yesterday's pictures

 Waiting for our turn to present..

With our guru penasihat yang lovely & awesome. ♥


=)

Apsal laa minah belah kiri & kanan ni... Nampak naa kepohnya.. Orang lain lek jer..

*BLESSED*

And....this is my super favourite picture =) I think its cute...heeheeee

Saturday, June 25, 2011

Random Update

Assalamualaikum..

This is just a short entry.

Masih segar lagi dalam ingatan kenangan kolokium tahun lepas. Yang masatu saya tak tahu apa-apa mengenai tajuk yang kami bentang.. asyik dimarahi..hehe.. tapi menang sehingga ke peringkat negeri which is yang saya tak join sebab dah pergi GM dan mereka menang lagi dengan Top 3 kertas kerja terbaik. Syukur.. hari ini kami menang lagi dan akan bertanding ke peringkat negeri julai nanti. I wish i'll upload some pictures for today tapi gambar semua ada pada encik dan cik photographer.. Mungkin saya akan dapatkan gambar Isnin ni dan kalau rajin akan upload di sini.


Oh ya, adakah anda semua yang sedang membaca entry ini berasa pelik sekiranya saya mengatakan bahawa I know nothing about Maharaja Lawak. Nothing. Kadang-kadang saya berasa pelik dengan diri sendiri. Saya bukanlah individu yang kaki TV. Menonton TV merupakan pilihan terakhir saya di kala kebosanan. Tu pun sometimes saya lupa akan kewujudan TV di rumah saya. Saya tidak menonton rancangan yang orang lain kerap tonton. Orang lain sibuk cerita tapi saya tak tahu apa-apa dan yang bestnya saya tak hairan langsung kalau saya tak tahu apa-apa mengenai rancangan tv yang sedang hangat kini. Saya hanya suka MOVIES. Kalau rasa-rasa saya hendak menonton TV, saya akan terus ke channel HBO, Cinemax atau Star Movies. hehe... Tiba-tiba macam rasa geli hati sebab tak tahu apa-apa tentang maharaja lawak.

Heeeeeeeeeeee semalam saya telah menonton tutorial baru oleh Maria Elena. Mungkin orang lain mempunyai pandangan yang berbeza terhadap Maria ni. Tapi kalau tanya saya, saya suka dia kerana:

  1. Dia mempunyai kulit yang saaaaaaaaangat flawless!!
  2. Dia mempunyai anggota muka yang sangaaaaaaaaaaaaaattt sempurna.
  3. Dia mempunyai bibir & gigi yang sangat cannntikk! Secara automatik, dia mempunyai senyuman yang sangat sempurna.
  4. Dia mempunyai bentuk wajah yang bujur dan raut yang unik.
  5. Dan yang paling saya suka, british accent dia. yaAllah superb kot! Adore sangat! Envy sangat!! Sila dengar betul-betul pada minit ke 4.41 hingga 5.00 kot.. Amazing =)
Ya, dia memang pelik sikit. URL blog dia pun peliks dot blogspot. Tapi saya tak peduli kerana 5 perkara di atas tadi.. hihi


Monday, June 20, 2011

Who Am I? (2)

Entry Hari Lahir Pika (2)


Assalamualaikum 

Dah lama dah nak buat entry ini. Seperti mana Cik Husna, saya pun nak buat juger.. hihi.. Una, I really love this entry! I love your blog! Gaya penulisan yang kemas & brilliant, isi yang menarik, tak merepek dan jelek serta senang faham, simple, blog tak loading/berat, tidak meyakitkan mata & telinga..betul-betul menepati taste guwe. Paling best, Una menggunakan Nikon D3100! Kesemua gambarnya begitu classy.. Arghh i hate it because i'm jealous! Blog yang elegan. Errr Una tidak menggajikan saya untuk ini. HAHAHA :P

Baiklah, kembali kepada tujuan asal. Kita masih di bulan Jun, jadi, izinkan saya untuk menyambung tulisan kali ini. Hal ini kerana, Jun ialah bulan saya, semua entry should have ME as the isi utama..heeeheee

Walaubagaimanapun, tulisan kali ini berpandukan daripada Rahsia Bulan Kelahiran oleh Datuk Fadzilah Kamsah. Tak tahu sejauh mana kebenarannya tapi mungkin saya boleh ulas sikit dan tentukan adakah ianya benar atau salah. This will sound a bit annoying. ;p




JUN


  • Fakta:
  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Huraian:
  • Absolutely yes. <---Huraian ke ni? hahaha. Apa-apa pun, memang saya fikir future. Saya boleh bayangkan future saya macam mana nanti.. Apa yang saya mahu... Impian saya.. Coz Ibu always reminds me to think deeply about my future..bukan rougly. Especially bila ibu selalu cakap saya suka beli barang, suka benda baru, suka shopping, suka kumpul itu & ini lalu ibu ingatkan saya bahawa saya TAKKAN selamanya bergantung kepada ayah or kadang-kadang ibu. Saya perlu usaha sendiri juga.. =) SEMESTINYA.


Fakta:
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Huraian:
  • I dont really understand this. Later will think, hahaha


Fakta:
  • Berperangai lemah lembut.
  • Huraian:
  • Hahahaha lemah lembut ke? Saya pun tak pasti. Sometimes, i can't read myself. I love to laugh out loud which is LOL, i love to be crazy..Rah knows me better.. I'm NOT the kind which are diam sangat, cakap perlahan sangat macam dalam kelambu, jalan pun perlahan terkedek-kedek penuh kesantunan, TOTALLY NOT ME. Sebab tu mungkin ramai yang mempertikai dengan mengatakan bahawa, 'Gadis Melayu ke ni? Gadis Melayu apa macam ni?' yang langsung tak melukakan saya sedikit pun sebab orang yang cakap tu audition pun belum tentu lepas! *dan saya juga seorang yang laser. Saya boleh jadi seorang yang laser kalau ada seseorang yang cuba-cuba laser terhadap saya. Berbalik kepada Gadis Melayu itu tadi. Kita pun dah tahu, kita tidak berada pada zaman dahulu kala di mana semua anak dara sunti dan gadis-gadis pakai kain batik ke hulu ke hilir. Maksud Gadis Melayu yang cuba diketengahkan oleh TV 9 itu sendiri sama sekali bukan bermaksud sedemikian. Apabila pernah diajukan soalan berkenaan Gadis Melayu, saya lebih senang menjawab, gadis yang berani menyahut cabaran, berani menegakkan keadilan, mempunyai keyakinan diri dan mampu berdaya saing. Seingat saya, semasa audition pun, saya TIDAK LANGSUNG menonjolkan sikap keayuan (bluerks), kerana saya telah melontarkan suara yang sedia besar ini dengan kuat tanpa langsung kedengaran sopan ayu. MAKSUDNYA DI SINI, saya teramatlah yakin bahawa saya tidak dipilih kerana kesantunan & kelembutan yang ada dalam diri. Tapi tapi tapi, budi bahasa insyaAllah ada.. hihi

  • However, how I Loveeeee to wear baju kurung tak kira tempat dan masa. Masa pergi Jakarta & Bandung haritu pun ada satu hari saya pakai baju kurung dan orang lain tengok cam pelik di mana saya sempat baca hati dia, 'what the seh pakai baju kurung kat sini?' Pada saya, baju kurung ialah sangat selesa sebab dia masuk angin *you know what i mean haha.. berbanding pakai jeans.. Dah tak ingat bila last saya pakai jeans.
  • *Ini baru namanya huraian! HAHA...



Fakta:
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Huraian:
  • Semestinya.............. Mood saya cepat swing. Time mood baik pon, kalau dimarahi juga ditengking, siaplah orang tersebut.


  • Fakta:
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Huraian:
  • Kalau tengah banyak, dia banyaklah. Kalau tengah blur, sorry....


  • Fakta:
  • Bersikap sensitif.
  • Huraian:
  • Yup obviously. I hate this. Mata saya cepat berkaca bila tersentuh & hidung pun cepat memerah lalu gatal.... Saya tak bermaksud untuk menangis dan saya benci. Saya might be loqlaq outside tapi inside tak siapa tahu. ECEH


  • Fakta:
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Huraian:
  • ALWAYS. Sebab itu saya selalu blur bila orang tanya coz masa tu mungkin sedang memikirkan sesuatu atau angankan sesuatu..... ;p


  • Fakta:
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Huraian:
  • Yang ini, istighfar dulu! Haiiissshhhhhh kelemahan saya yang paling teruk sekali!


  • Fakta:
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Huraian:
  • Sama jelaaaaa... Tak suka! ARGHHH


  • Fakta:
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Huraian:
  • Absolutely YES. Sememangnya seorang yang sangat cerewet dan suka complaint. Hanger dalam almari dah cakap dengan bibik nak kaler pink, purple & hitam jer. Lain kaler, get out. ;p Dan beberapa perkara lagi... 


  • Fakta:
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Huraian:
  • Disebabkan mood pun cepat berubah, sememangnya saya seorang yang cepat naik angin which is NOT GOOD AT ALL. Tapi okay apa cepat sejuk pulak tu.. Kombinasi yang baguslah kan... ;p


  • Fakta:
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Huraian:
  • Nak menang sentiasa. LOVES to bantah orang cakap... NOT GOOD OSO.


  • Fakta:
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Huraian:
  • Ahaaa tak tahu pulak sebab takde orang pernah cakap. Saya selalu kelihatan serious. Eh, Rah baru cakap saya kelakar tadi. Dengan orang yang rapat je kot. Di luar? I mean di luar rumah, memang tak aa.. Baru je dalam minggu ni ada orang cakap saya sombong. Raut muka semulajadiku. Sebab tu banyak yang sarankan agar saya perlu sentiasa senyum :P
  • Senyum, tak perlu kata apa-apa....~~


  • Fakta:
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Huraian:
  • HAHAHAHA ten thumbs up! Pinjam ibu jari!! haha


  • Fakta:
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Huraian:
  • Perhaps coz i loveeeeeee to talk.. & i easily get new friends :)


  • Fakta:
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Huraian:
  • I think so. Dalam banyak perkara, saya suka cerewet terutama bab kebersihan.


  • Fakta:
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Huraian:
  • Sikap apa? tatau tatau...haha.. Mungkin tidak..


  • Fakta:
  • Mudah kecil hati.
  • Huraian:
  • Oh yes and i hate this. Bende kecik je ponnn dan biasanya tahan nak menangis tu macam nak gila!


  • Fakta:
  • Mudah kena selsema.
  • Huraian:
  • Yippie! Alergik to habuk gila-gila punya.. Sikit habuk pun haku boleh detect.


  • Fakta:
  • Suka berkemas.
  • Huraian:
  • Love mucho. Saya suka sesuatu yang kemas, saya suka orang yang kemas, saya suka kemas-kemas (hahaha) tapi satu benda je saya tak suka & tak boleh buat apa pun lah kan, saya tak punya tulisan yang kemas...... T_T


  • Fakta:
  • Cepat rasa bosan.
  • Huraian:
  • Teramat sangatlah tepat! Coz I love something new & unique! Saya juga tak suka kelihatan sama dengan orang lain.


  • Fakta:
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Huraian:
  • Semestinyalah. Rasanya dah dua kali dah fakta ni. Ternyata tepatlah nampak gayanya. Nak hurai pun macam malas sebab banyak perkara saya cerewet.


  • Fakta:
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Huraian:
  • Sometimes saya selalu takde perasaan & sukaaaaaaa sangat buat muka toye. Rah hates this type of me!! Hate like hell she said. Memandangkan saya juga seorang yang cepat berasa bosan, sebab tu lah kalau bosan sikit je terus buat muka toye. Bila bosan banyak, i'll turn to sleepy...menguap banyak banyak kali. Saya tak pernah bermaksud melakukan sedemikian..tapi itulah ciri-ciri Gemini.. hahaha


  • Fakta:
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Huraian:
  • Tak jugak.. Paling lambat pun dua hari.. 


  • Fakta:
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Huraian:
  • LOVEEE MUCHO. Tapi belum mampu lagi... sobs. Akan datang, insyaAllah... hihihi ;p


  • Fakta:
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Huraian:
  • Eksekutif apa? Ketua Eksekutif Tunas Bistari masa form 4 ada lah..heeeheee

  • Fakta:
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Huraian:
  • Ni menghina namanya neh....hahaha.. Taklah sampai tak terkawal wey!! Memanglah degil tapi TAKLAH sampai tak terkawal!!! LOL

  • Fakta:
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
  • Huraian:
  • Yeke? Pada haku, siapa yang puji kawan, tegur pun kawan... wahaha


  • Haha tu jelah kot. Toodles lovelies ~~ ♥

Saturday, June 18, 2011

Tioman Island Part 2

Assalamualaikum :)

Hanya cerita pendek melalui video sebab kurang rajin nak cerita banyak-banyak. By the way, credit to Cik Nadee sebab ajar saya basic buat video. :)


Tuesday, June 14, 2011

I'm Amazed



I just reaaaalllyyyyyyyyyyyyy impressed with her voice.

Selama ni pun pika never ever watch Mentor. Tak tahu menahu pun sebenarnya siapa yang bertanding..tak pernah kenal langsung. Begitu juga dengan AF. Pika lebih prefer Pesona Nona ke.. Malaysia's Top Host ke.. Top Chef ke.. Biggest Loser ke.. Miss World Universe ke.. I found that there are waaaaaaaaaaaayyyyyy interesting!

Tapi bila jalan-jalan kat youtube, i saw the title of the song yang pernah menjadi lagu feveret guwa time mandi, guwa pun klik. Ahh how i love the way she sang the song.. I LOVE THE SONG SO MUCH. I love her makeup, her dress, her hair & everything. Awesome! :)

Saturday, June 11, 2011

What Did I Do On My Birthday (1)

ENTRY HARI LAHIR PIKA (1)


9th June 2011 
heeeeeeeeeeeeeeee....


Went to Secret Recipe somewhere in JB and had a lunch there.
Me & the Lasagne.
While The Pink Panther (hahaha) chose Baked Fish with Mozarella Cheese. Yeke? Yela kot..hehe..


Sape punya kejelah ni kan? hahaks.. The Chocolate Cheese Cake. 


Betul la kan Baked Fish with Mozarella Cheese? teheeee... 


 The Pink Panther (hahaha) asked me to try this. Hi-Fibre Cake. Sedaaaaaaaaaaappppppppppp & menyihatkan jua. Better lah daripada Chocolate Cheese yang tadi tu.. hmmm..


Had our dinner at The Chicken Rice Shop, City Square..ahaaa jenuh juga discussed nak dinner apa akhirnya tekakku telah memilih Chicken Rice Shop..heee...

Balik rumah je Rah bagi kad...yang saaangaaaaaaaaaaatttttt comel! Yang belah kiri tu dia lukis sendiri. Keriting is me, straight is her. HAHA comel kannnnnnn???



Someone gave me these. A potrait & Fareeda's scarf. Which is haku naaaaaaaakk sangat kot Fareeda ni. Dia memang seorang stalker yang sangat stalker..hahaha.. Rasanya saya tak pernah cerita kot kat siapa-siapa betapa saya kepingin dengan tudung Fareeda ni kecuali kat ibu, Rah & Ciwo..haha. DAN juga blog ni. He knew from this blog. Kan?? Tau daaaahhh..

He also knew about status saya kat Facebook berkenaan kalau kita tepuk bantal sebelum tidur sebanyak 3 kali sambil sebut nama orang yang kita sayang, orang tersebut pasti bermimpikan kita. Saya tak sangkalah dia masih stalk saya lagi. Dan saya teramatlah yakin, sekarang ni, dia sedang baca entry ini!

Dia telah tinggalkan pemberiannya di atas tembok pagar rumah saya. He called me three times tapi saya tak sedar. He texted me and said; Saya letak sumting kat pagar rumah awak. 
Macam tulah lebih kurang. Gelabah saya keluar & ambil barang tersebut. Dia ada bagi salam tapi takde yang dengar & takde yang sedar..dia juga cuba cari bell tapi tak jumpa.. Kasihaaann... Jadi, dia pun tinggalkan je barang tersebut kat atas tembok pagar. Oh ya! Masa saya on my way back from CS, dia ada call, tanya saya kat mana lalu wish Happy Birthday. Saya konon-konon minta hadiah tapi dia kata dia takda kat JB, sorrryyy.. So I told him that I was joking. Seriously it was a joke!! Beberapa minit lepas saya sampai rumah, tudung pun tak sempat buka lagi, dia datang & letak hadiah kat tembok. Okay tu je.. hahah..


And this is from The Pink Panther!! aaaaaaaaaaaaaaaa sweeeeeeeeeeetttttttttt like cotton candy! aaaa diabetes! diabetes! hahaha.. How I LOVEEEEEEEEEEEEEEEE PASHMINAS!! Tentiu The Pink Panther... =)


On that day pun saya pakai pashmina. Sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Demok? Who cares? Comel apa. hahahahaa dont puke! Ni entry birthday saya! Please forgive me for my annoyingness & stupidness........... Untuk kali ni saja sayang........... haha..




Thankssss semua yang sudi meringankan tangan SMS, WALL POST & CALL saya for wishing happy birthday...

Saya tak sweet sangat macam you ols, kadang-kadang dah tahu pun esok birthday orang tu, bila tiba harinya saya lupa nak wish. Bila tiba hari esoknya pulak, bukan nak wish happy belated birthday pun, buat bangang jerrrr... Saya tak sweet..sungguh! 

Sebab tu kalau ada orang yang sweet terhadap saya, saya terharu sangat! Terharu gilaaaaaaaaaaaaaaa nak pengsan.. Tapi kalau ada orang yang tak sweet, saya pun tak kisah coz saya faham perasaan dia yang malas nak jadi sweet macam saya..hahaha..

Tapi kalau mood sweet saya dah datang, saya akan jadi sweet sesweet sweetnya!!! Seriousssssssssss!! haahaaaaaaaaaaaa cmon dude...this is my birthday's entry!

Oh, saya tak dapat free call.. Sebab tu takda call sapa-sapa. Saya beli nombor saya sekarang masa saya form 2, register pakai IC ayah gue. haha.. Nak buat Youth Club pun tak boleh sebab aaaa ayah gue lahir tahun 1969 kot! Youth Club sampai umur 25 tahun je masa tu....aaaaa.... Sokay mayn.

Semua orang sangat baik hati sebab wish saya... Saya terharu lagi. ARGH... Kat facebook tu aiyoyo guwe baru je plan nak balas semua...wajib pika!! you have to reply all those wishes!! tapi apakan daya guwe.....

I do read all of them.. Yang saya tak sangka akan wish pun dia wish! Saya pelik macam mana semua orang boleh rajin nak wish sedangkan kalau saya lah kan, KALAU SAYA, nampak kat facebook tu today is si polan bin si polan birthday, si polan binti si polan birthday, belum pernah saya ringan sangat jari jemari ni nak taip HAPPY BIRTHDAY! haha... I told you kan, haku tak sweet langsung. Nyampahs.. Mungkin sebab jenis haku ni, kalau nak wish, mesti bombastik sikit. Tu yang tak berapa rajin nak cipta ayat metafora hiperbola personafikasi untuk wish birthday you ols. hahahahadooiii... Tuntasnya, takde birthday wishes dari guwe... ;p




Ish syok pulak buat My Birthday's Entry ni. Oklah sepanjang Jun ni saya nak buat entry yang syok sendiri lah semua. Cmon cmon, its my birthday's month! june beb june! hahaksssssssss!