Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Sunday, March 27, 2011

Minggu yang pack!

Assalamualaikum semua! Selamat hari Ahad!

Agak unbelievable hari ini ya apabila saya tersedar lebih awal daripada biasa, means weekend cam ni lah.. Hari sekolah jangan cakaplerr.. Yelaa..tetiba terbau jemput-jemput dari arah dapur. Haruslah saya jadi segar bugar.. Memang selalu begitu..bau makanan memang akan buat saya turns on. Tapi..tapi..tapi.. rupanya saya breakfast sorang-sorang. Tak suka..tak suka..tak suka makan sorang-sorang... Bibik yang gorengkan jemput-jemput tu..semua orang pagi-pagi dah keluar kecuali saya & Rah..tak lupa juga, bibik. Nak ajak Rah breakfast, dia sedang busy dengan homework dia.. dah panggil beberapa kali tapi buat tak tau jer. Bibik pulak busy menyental kain. Lalu breakfastlah saya sengsorang di hadapan kolam ikan dengan sepinggan jemput-jemput dan segelas milo. Makan sambil berangan... Tapi bila tengok ikan-ikan tu pandang saya semacam jer, saya cubitlah secuit dua jemput-jemput lalu campak kat kolam dan mereka pun berebut-berebut seperti kebuluran... Bila tengok mereka cam gembira dibagi makan jemput-jemput, saya pun bagi dan bagi lagi.. Rupa-rupanya saya tak breakfast sorang-sorang.. Saya breakfast bersama dengan ikan-ikan....... (-__-")

Merepek.


Okay come onlah! Jom kita cerita secara matang! hahaha...

Baiklah, saya rasa, minggu ni jadual saya sangat pack. Bukan rasa-rasa pun, memang itulah kenyataannya. Dari pagi hingga ke petang membawa ke malam, saya kurang masa untuk bermalas-malasan. Kurang masa atau takde masa langsung?

Pagi, class macam biasa. Petang je bertugas di padang lalu jadi hitam. Setiap hari akan sampai rumah dalam pukul 6.30.. Belum apa-apa mesti dah terlepek..lemau giler.


Dan ini merupakan gambar semasa hari terakhir bertugas sebagai pegawai sukan! Weeeheeee....




We really had fun! Malangnya, gambar bersama Cik Fidz kesayangan takde.. Takpe..takpe..soon..soon...


Baiklah, semalam, 26 Mac 2011, merupakan event anugerah cemerlang di sekolah. Rah balik!! yayyyyy! Biasalaa minah ni dapat 4 awards kot! Me? Satu jer.. Tahun depan gua akan pastikan gua dapat 6 awardzz! :P

Takde apa sangat nak cerita, so...........enjoy the pictures! Tak banyak pun, cuma beberapa keping since I was not in a good mood to pose sebab dah letih sangat but okaylah ni daripada takde langsung kan.. =)





*Sorry my tudung buat perangai that day coz i lupa nak lilinkan dia like i usually did..teheeee....

haha 3 keping jer! Enjoy?? haha gedikk.. Okay see you guys in the next entry! But before that, enjoy this video! Just wanna let you know that i really adore this girl! She's awesome!



Cute kaaannn?? Yeah she is! =D

Wednesday, March 23, 2011

Seindah bulan, sesejuk sang bayu...


Mahu yang lebih jelas??











Tadaaaaaaaaaaaaa!!

Kontroversi tak? haha.






Okay tu je bye

Friday, March 18, 2011

My Dinner Tonite



Osem weh! Trust me! I mean, trust my tongue! Trust my deria rasa!
I dont care jadi semakin gemok ke hape as long as takdelah saya menderita tahap drooling kerana mengidam bende alah nih.. hehe..

Rindu bangetz kat orang yang perkenalkan bende ni kat saya. HEHEHE....






Thursday, March 17, 2011

Mari Kira Potensi Diri Anda!

Contoh:

Tarikh lahir anda: 9.6.1992

(1) 0+9=9
*kalau birthday 11.8, tambahkan 1 dengan 1 tu..begitu juga kalau 24.6, tambahkan 2 dengan 4..kalau nombor tunggal, tambah dengan 0 ler...*

(2) 9+9 + (1+9+9+2)*tahun kelahiran= 18+21= 39 *kira lagi sampai dapat nombor tunggal
3+9=12
1+2=3

(3) 9+3 (jumlah akhir formula 1 dan 2) =12 = 1+2= 3

(4) 9+3+3 (jumlah akhir formula 1, 2 dan 3) = 15 = 1+5= 6

Kumpulkan kesemua jumlah akhir formula 1, 2, 3 dan 4.

9336

Dah boleh tahu potensi diri anda!

(1) Pemimpin yang baik
(2) Loving and caring
(3) Perfectionist
(4) Hardworking
(5) Open minded
(6) Ego/sombong
(7) Ikhlas, jujur
(8) Mempunyai ciri-ciri keusahawanan
(9) Bercita-cita tinggi/impian menggunung

Selamat mencuba!!

Wednesday, March 16, 2011

Pen-pal. Pernah ada? hehe...

Assalamualaikum!!

Apa khabar semua hari ini? sihat? Harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya... sebab saya di sini tak berapa sihat.. Selesema.. Bila selesema, dia akan membawa kepada sakit kepala juga kesukaran bernafas..soobbsss.... Dah kena bernafas melalui mulut...

Semalam saya mimpi hantu. Hantu 30 days of night. Pernah tonton movie tu tak? Eeee menakutkann... sampai masuk dalam mimpi. Ni mesti kes terlupa nak baca ayat-ayat suci al-Quran sebelum tidur. Sebab semalam tak plan pun nak tidur, mula-mula baring-baring je, lepastu terus hanyut.... Sedar-sedar je dah pukul 4.30 a.m, tiba-tiba jadi seram. Masuk ke bilik air, tengok muka di cermin, eeeeeeee menakutkan....muka aku ke ni? sebijik je macam hantu dalam mimpi tadi..iissskkkk....selesaikan apa yang patut dan buang hingus yang pekat itu sehingga pasti hidung dah betul-betul selesa. Tengok lagi muka di cermin..eeeee betul-betul macam hantu. Terus naik atas tilam..berangan dan hanyut semula sebelum dikejutkan dengan Asmaul Husna (rah punya alarm clock).

Cerita apa ini? Eeee dah mula dah nak merepek.

Sebenarnya nak cerita lain. Berkenaan rakan pena. Kamu semua pernah ada rakan pena? Lama sungguh rasanya tak dengar istilah tu kan? Rakan pena atau pen-pal. Yelaaa sekarang mana main lagi. Outdated la weeyyyy... Sungguh outdated. haha..

Tapi percaya tak, suatu masa dahulu, saya pernah ada rakan pena yang saaangaatt ramai! Ini semua gara-gara hantar gambar beserta butiran peribadi seperti nama, tarikh lahir dan alamat ke ruangan Hai Geng dekat majalah Bintang Kecil. Masa tu memang rasa macam hot gila kebabom kalah covergirl!! Tambah-tambah lagi bila ada member-member yang perasan, Eh Feeqa! Muka awak masuk Hai Geng kat dalam BK kan?? Cececece....perasan glemer masatu....seryess....haha geli geli!

Pernah juga ada cita-cita nak jadi covergirl BK ni, adala juga beberapa kali hantar gambar dan borang tapi tak pernah diterima jadi covergirl. Taulah saya pakai tudung lepastu tak stylo kaannn sebabtu taknak pilih saya jadi covergirl...sobs sobs.. Tapi bila saya hantar gambar tak pakai tudung sambil pegang bunga ros (gambar diambil semasa berada di Cameron Highland) barulah nak terima saya untuk ruangan Hai Geng tu.... haha.. BUT STILL, tak cukup cun & comel untuk jadi covergirl...muahahaha.... Dulu saya dan Rah memang gila akan majalah comel ni! Lepas tu kan, dia ada contest yang siapa menang dapat handphone tu. Tiap-tiap bulan masuk contest tu tapi tak pernah menang waima saguhati pon!! Kecewa gilaaaaa.... Yelaa dulu2 kalau budak darjah 4 ada handphone, memang hot gila ah kan..boleh telefon abang ketua pengawas darjah 6 hari-hari...wuwuwu.... Tapi kalau dulu pernah minat kat sape-sape, dapat number telefon dia (biasanya nombor telefon rumah, yelaaa dulu2 budak2 mana pakai henpon lagi), dah call je bila dengar si dia cakap 'helo' mesti cepat-cepat letak. Gedik gilaaa... Takde motif. Saje je gedikk...

Baiklah! Berbalik kepada cerita pen-pal tu tadi. Hehe banyak betul nostalgia. Ramai sangat rakan pena yang nak berkenalan dengan lebih mendalam masatu. Biasalaaa kan hantar gambar comel pegang bunga ros, wajiblah ramai yang nak berkenalan.. hahahahahaha.... Dari Sabah Sarawak pun ada beb.. Ada sorang ni, suka post surat beserta dengan anting-anting laa, cincin laaa, rantai...dan lain-lain. Ingat lagi, dia kata, dia suka bagi barang kat kawan-kawan dia. Tak kisahlah apa-apa pun. Dia suruh saya panggil dia Kak K..tulisan dia susah nak baca & short form dia pelik-pelik..yelaa masatu saya tak didedahkan lagi dengan short form ni tapi boleh juga baca masatu...hihi.. Lepastu ada sorang ni yang saya paaaalinnggg rapat! Nama dia saya masih ingat lagi, Nur Syamimi Ali Alwi. Macam tulah lebih kurang. Dia ni cute sebab biasanya mereka ni suka hantar surat beserta dengan gambar mereka sekali..hihi sebab tu saya tahu dia cute. Budak KL ke Selangor..tak berapa ingat..sekolah cina. Tulisan dia saaaaaangaaaaattt cantik!! adore gilaaa dan dia seorang yang sangat kreatif. Surat dia bukan surat biasa malah dia suka decorate surat dia bagi kita teruja nak baca.

Lama juga saya berbalas surat dengan dia. Dekat setahun lebih ke cam tu kot. Tak tahu macam mana boleh lost contact. Tak bestnya, surat-surat tu semua saya dah buang. Kalau simpan boleh upload kat blog dan kongsi dengan you ols..heheeee... Tapi memang banyak surat yang datang, sampai ada yang tak sempat-sempat nak reply. Feel-feel artis kejap ah masatu. Masa raya lagilah! Kad-kad raya berlambak... Memang kencang..tak menang tangan dibuatnya. HAHA GELI!!!

Nak tahu tak, saya pernah juga hantar surat kat Daniel Radcliffe (Harry Potter) tapi dia tak reply kot sebab pening baca english budak darjah 5 yang terabur gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! ahaha lawak! Tapi kawan saya hantar, dia reply beb! Mesti sebab english kawan saya tu bagus dan Harry pon paham lalu dia replylah... hahaha

Macam-macam.....~~ Saya percaya, kebanyakan daripada readers blog saya ni mesti pernah baca BK kan? hihi.... Saya kumpul BK tu mengalahkan ibu kumpul Anjung Seri! Tapi sayang seribu kali sayang, semuanya saya dah jual kat surat khabar lama. Dannnn saya masih ingat lagi siapa covergirl untuk BK keluaran pertama.. Edisi pertama lah kaaann... covergirl dia masatu anak sulung Ziela Jalil. Puteri Julia Nabila Megat Junid.


Siapa yang masih baca Bintang Kecil hingga kini?? hehehehe....

Wednesday, March 9, 2011

RAH........

Assalamualaikum readers!

I miss you guys soo muchh... i'll take only a few minutes to post this.

Takde apa sangat pun. Cuma rasa macam nak berborak dengan blog. Boleh ke guna berborak? I thought so.

Saya tak mahu fikir tentangnya tapi dia kerap datang menghantui saya. Saya tak tahu bagaimana caranya untuk saya avoid dia. Bagaimana ya caranya untuk kita lupakan stress? Coz tadi cikgu kata dont you ever think about it! Jangan ingat langsung akan dia waima ejaannya pun! Tapi bagi saya, lagi kita cuba jauh, lagi dia datang dekat. Cikgu perasan jerawat kat muka saya yang bertambah banyak yang katanya mungkin sebab kurang tidur or stres sangat. Sejak bila pulak haku kurang tidur? Entah ek....

I'm tired enough. Pleaseeeeeeeee this is exhausting!!


I miss my Rah. Sejak Rah takde kucar kacir hidupku!! haha yeke.........................*Rah, kau tahu kan camne sebut 'yeke' tu? Dengan nada yang paling menjengkelkan sekali! Rah je tahu...hihi..

Rah sedang stress juga sekarang. Saya tahu. Dia sedang exam.. Kami, yang umpama saudara kembar ecece seringkali mengalami perasaan yang sama. Beberapa kali juga konon-konon nak sorok perasaan, nak sorok muka yang sedang sembab sebab menangis lama sangat, at last, 'akak....aku ada benda sedih nak cite ni...' Me, 'aku punnnnnnnnnnnnnn.....uwaaa rahh aku sedih...sobbbsss..rah...isssk.......kau tau tak....uwaaa sobbss sobss...' Macam tulah ceritanya...

Saya rindu Rah macam nak gila. Saya betul-betul rasa sunyi.. Dahlah sejak dua menjak ni saya jadi penakut. Tidur tak pernah-pernah pasang lampu, tiba-tiba tidur pasang lampu. Tak lena langsung. Setiap jam tersedar. Ni semua gara-gara kes kat sekolah...isssskkk... biasanya kalau takut sangat, saya akan lari dan tidur kat bilik adik lelaki saya. Bersempitlah si gemok ini bersama adiknya di sebuah katil bersaiz single ituh. Macam manalah saya boleh jadi penakut camni tah. Kalau sedang buat homework malam-malam, nak bagi ada bunyi-bunyi sikit, biasanya saya pasang lagu-lagu feveret saya which is dari kalangan love song lah biasanya. Tapi sejak dua menjak ni, gua layan InsyaAllah & Barakallah (Maher Zain) je, takpun Dia Kekasih Allah. Lagu tu je ulang tak habis-habis. Tu je lagu yang agak-agak okay yang boleh buat gua yakin sikit dengan keadaan sekeliling. hahaha gelaklah korang.
Satu fakta yang anda kena tahu, saya susah nak tidur lena dengan lampu terpasang terang benderang... sooobbbssssssssss... Rah...baliklaaa cepat......I miss your smell................ :(


Okaylah till here..sorry ye..dahla dah lama tak update lepastu bila update je entry tak best..entry poyo.

Chillax der.. Langit tak selalu mendung. Nantikan entry gempak dariku selepas kepulangan Rah nanti............................. yayayyy yeyehhhhh :D