Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Thursday, February 24, 2011

Short Entry of Mine, setelah lama menyepi.....tehehehee...

Assalamualaikum!

Memandangkan geng dah mula update blog laju-laju sebab sume paper dah selesai, saya pon nak ikot update blog gak!! WALAUPUN sebenarnya diri saya sendiri ni belum habis paper iaitu sejarah & muet atas sebab pada hari Rabu yang lepas saya telah menghadiri kursus kepimpinan pengawas peringkat daerah Pasir Gudang. The kursus was great. Ada cerita baik, ada cerita buruk. Cerita baik, selepas LDK, saya dapat title peserta terbaik kumpulan. Tak expect pun akan dapat title tersebut coz ada sorang mamat ni boleh tahan style gak ah..aicehwah..tapi sudah rezekiku bebeh... Cerita tak bestnya...hmmmm ada antara kami (actually pergi kursus tiga orang, Me, Rubi & Faizu), err takdelaa masa nak lunch tu...bukak-bukak je bekas polisterin yang mengandungi makanan tu tetibe ada cam sesuatu yang pelik yang saya rasa tak patut ada kat situ iaitu seekor serangga perosak yang biasanya kita panggil dia cochroach dalam bahasa omputeh. Lipaslah... Nampak gayanya, lipas tersebut memang telah sebati dalam ayam masak merah tuh dan bukannya dia curik-curik masuk dalam polisterin selepas lauk dan nasi diletakkan di dalam polisterin tu. HISH! you alls ada experience tak berkenaan ini? Geli doh. Gua pun first time berlaku depan mata..selalunya dengar story daripada orang lain. HISH sebab tu lah familyku tak suka nak makan kat luar sangat. Tak pasti bersih ke dak. EUWWW...kalau ada cicak ke, tikus ke, lagilah disaster. Pengotor betulla kan. Kalau nak bagi orang makan, bagilah makan secara ikhlas. Dosa besar beb...
Tahulah kitorang dibagi makan free........

Oh ya.. haritu ada sorang sis ni dia telah add saya di facebook dan kemudian bertanyakan saya beberapa soalan, kerana katanya nak buat review blog. Sobbss gua segan gak sebenarnya sebab blog gua ni cam ye ye jer... Tak seswai nak direview...huuuuuuu... tapi takpa ah, okay gak ek.. =)
Boleh baca di sini.. by the way, thanks Sis Edriena Hazelina. Sedap nama....hihi...

Apa lagi ek nak story....hmmm hmmmmm.....

Haaaaaaaaa!! Rah nak pindah!! uwaaaaa tidur sorang...uwaaa takut.... tak best ah. Tapi untuk kebaikan Rah, saya harus redha.. Rah dah mula kemas-kemas barang. Pendaftaran Isnin ni, 28hb Februari. And she's going to SM Sains Muar (SAMURA). Rah tak pernah mohon samura, haritu untuk SBP, dia mohon Kolej Tunku Kurshiah (TKC), tapi TKC dah full kot dan Rah pun pasrah.. Tiba-tiba dapat samura. Sudah rezeki adikku yang omel itu... Semoga Rah semakin berjaya! Rah seorang yang pandai & rajin macam tidak sepertiku saja.... Rah terer addmaths macam tidak sepertiku juaaa... uwarghhhh malas ah nak cakap pasal ni. hahaha
Oh ya, Rah nak jadi pediatrician dan nak belajar kat Ireland. Gila tinggi cita-cita. Adikku memang hebat. I LOVE my adik!!


Ok tata! Trillion thanks sebab sudi baca entry pendek yang gedik inih! HEEEEEEEEEE :D

Sunday, February 13, 2011

What I LOVEEEEE to wear =)

Assalamualaikum ya habibi ya maulana.

Cey dan dan je ya habibi ya maulana tapi tak tahu apekebendekah maksudnya. haha who cares kan?

Harini memang dalam mood nak bercerita berkenaan ......(refer title)

Well, sekarang kalau kita dapat perhati pun memang dah bermacam-macam style yang diperagakan oleh muslimah kini kan? BERMACAM-MACAM! Sama ada berlandaskan syarak mahupun tak berapa nak berlandaskan syarak. Tapi hopefully, kita masing-masing berusaha untuk mengikut syarat yang dikehendaki oleh Islam lah ya... I'm also still learning~~

Susah sebenarnya kalau betul-betul nak ikut syarat, saya pun tahu & amat-amat faham. Especially kalau ada yang suka untuk berfashionista. Tak salah! Memang...tapi macam yang saya kata tadi, mestilah selari dengan hukum syarak.

Saya dan Rah pernah berbincang tentang ini. And we really LOVE to talk about it. Seronok! We will talk about this gempak-gempak punya and nobody will dare to interfere. hahaha.. Dan baru-baru ni, Rah taught me about how to wear hijab tutup dada, Aishah Amin's style. She taught me like crazaaayyy but i was too lampi to get what has she taught. At last, gelak gelak gelak gelak until she get bored and said, ko pakailah sendiri! leceh betullah!! HAHAHA Rah cute..

Oh ya, I really in love with Aishah Amin's style which are really sopan, and fashionable. Especially the style with long skirt that i LOVE MUCHOS. Tak tahu kenapa saya suka sangat pakai long skirt tawww (sebenarnya dah tahu apa sebab saya suka pakai long skirt)...haha Hal ini kerana, 1st saya rasa sopan pakai skirt..i mean long skirt dongg.. 2nd, i hate to show my drumsticks which is memang tak patot langsung nak tunjuk pun. LOL. 3rd, i hate wearing jeans & legging which is tak sesuai dengan me yang ada drumsticks juga legging memang tak berapa sesuai nak dipakai oleh muslimah. *Ingat nak copy gambar Aishah Amin pakai long skirt tu tapi I masih ada perasaan segan untuk copy & paste sesuka hati..haha. I dah letak the link so you ols yang berkenan bolehla like that page & belek style dia yang awesome gegila tuu!

Nak tahu apa yang saya gegila suka pakai?? Atau yang saya suka gegila pakai??

Saya suka pakai Arabic style dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Maksudnya, gaya yang gadis timur tengah suka pakai. Besides jubah or abaya lah kan.. =)




They are beautiful also!! Boleh drooling tengok kecantikan mereka ni. Saya & Rah mula pakai selendang pun selepas menunaikan umrah 4 tahun yang lalu. Masatu memang trend selendang dekat Malaysia ni memang tak berkembang lagi. Masatu pun, nak cari selendang memang susaaaaaaahhhhhhhh sangat!! Nasib baik, sempat beli beberapa helai kat sana so bolehla tukar-tukar pakai walaupun semuanya datang dengan satu kaler je which is hitam.

Perempuan Arab di Makkah and Madinah, mereka memang berjubah & berabaya je tapi kalau perempuan Arab yang moden sikit dia punya style memang osem ah.. Sukakkkk bangetz! Contohnya seperti perempuan Syria, Lubnan, Dubai juga Iran.

Kenapa saya pilih gaya perempuan arab? Sebab ianya trendy, kemas, & sopan of course. JUGA lain daripada yang lain. Kaler-kaler yang dipilih juga merupakan kaler yang not too striking tapi elegan. LOVE IT!



Ohhhhh the skirt! ADORABLE!


I wanna have a boot one day.
Yayay Yayayyy... :D


Apa yang saya pernah perhati, arabian girls suka pakai bell bottom. Jeans or whatever memang spesies yang longgar-longgar or they usually called as wider-legged jeans. Cun kan? lepastu pakai dengan wedgy. OSEMMMM!

Saya suka sangaaaatttt 3 gaya di atas. Copied from THIS.

~~Droolingg~~~ leleh....lelehhhh...... ;p





Bila berhijab pula, mesti loose style... eeeee cantikkkk sangaaaattt!! eeeeeeeeee....


Mereke juga suka pakai trench coat which is yang saya memang suka ponnnn!! Loose style hijab, trench coat, wider-legged jeans & a pair of boot or wedgy are equal to awesomeness. Teheeee.....lovin it lovin it!!! :D
Cantik kan? I have one just like this. Beli kat Seoul, Korea 3 years ago. Nasib baik muat lagi..teheeee....

Kesimpulannya saya suka gaya yang anggun dan elegan. Just like those arabian girls. Nampak charismatic & sophisticated. piiwwiiitt... Well, saya memang suka berangan pon! Tapi doa-doalah angan-angan jadi kenyataan...heeeeeeeeeeee.....

Thursday, February 10, 2011

Macam tak caye je, saya pernah lalui saat paling manis itu :)

Assalamualaikum!


Kadang-kadang kan, cam tak caye sangat yang saya pernah join program Gadis Melayu 3 ni tau. Sangat tak percaya! Tambah-tambah tak caye yang sekarang ni saya telah pun menjalani kehidupan seperti biasa iaitu kehidupan sebagai seorang pelajar tingkatan enam...dan seorang pengawas pulak tu. HEHE.. seorang Afiqah Hazwani, pelajar tingkatan 6 Atas Sastera 1, yang selalu selebet, muka berminyak, kelam kabut, dan suka cakap laju...tehee...yang juga sering sangat bershhh shhhh setiap kali ada pelajar yang berbual semasa perhimpunan/semasa membaca doa/semasa menyanyikan lagu bangsa Johor, lagu sekolah, lagu Negaraku. Ohhh..kadang-kadang satu-satu memori indah sepanjang Gadis Melayu datang menjenguk fikiran saya membuatkan saya tersengih sendirian.. Ada juga di antara schoolmates yang kadang-kadang mengusik, 'Hai Akak Gadis Melayu, mintak autograf?' sweet sangat pada saya, dan saya hanya mampu tersenyum. Masa tu lah juga, tiba-tiba rasa macam, 'Eh aku pernah join GM ke? Macam dalam mimpi lah pulak..' hmmm...

Sebenarnya kan....hehe.. saja-saja je post entry ni sebab RINDU sangat nak buat tasking macam dalam GM dulu! heeeeeeeeeeeeeee.... sebab apa tawww.. tak caya kan, tanyalah kawan-kawan GM saya yang lain, apakah yang paling bessstttt sekali setiap kali tasking atau penjurian? Masa penjurian lah especially... Nak tahu tak apa? hehe...

Jawapannya: PALING BEST bila kena makeup dan TERAMAT BEST bila selesai makeup je, Kak Ayu Wardrobe akan bagikan kitorang baju-baju & tudung-tudung yang akan dipakai oleh kitorang lepastu. YaAllah masatu mesti tengok baju sape paling cantik! Tapi baju-baju tu semua memang lawa-lawa! Tak sabar-sabar nak pakai. Lepas pakai je, pergi kat Kak Ayu lepastu Kak Ayu alter-alter mana yang gedebeh dengan peniti. Siap je, Kak Ayu lilitkan tudung. Cantiikkk.. Kak Ayu kreatif sangat. Dan saya rindu sangat dengan Kak Ayu sebab Kak Ayu baaaikkkk...cutee.....anddd......baby dia pun cute! Nama baby dia kan, Airis Mikaela Azura. Comel gilerr...macam Kak Ayu. Dahlaa nama Mikaela..tiru nama Megan Fox kat dalam Transformers..eeheeee... Since I love babies, saya selalu tanya pasal Mikaela kat Kak Ayu & Kak Ayu pulak rajin layan saya... ;p Tapi sayangnya, saya takde bergambar bersama Kak Ayu. Kak Ayu selalu busy.. Yelaa kitorang ada 9 orang! Yang bertudung ada 6. Semua dia yang kena siapkan. Kak Ayu memang best!!


Gambar ni, Kak Ayu yang lilitkan tudung. Anak syria & tudung luar tu sponsored by Najjah. Cantiikkkkk...tapi belum berkemampuan nak beli sendirik. huahuahua....
*With Kak Azie yang cantik & hot momma! Kak Azie is one of our makeup artist :)
Ohh ni masa photoshoot dekat Utusan. I was kurus masa ni. Sangat kurus.. haha. Sekarang??






Haaaaa ni pulak, selepas selesai internal judging with Datuk Seri Farid Ridzuan dan barisan eksekutif tertinggi Media Prima Berhad. Nerves gak masa ni tapi I've done my super bestttt!! Uwaarggghhhh kurusnya masa nieee... Tak pakai PB pun tauuu.. Less lemaks! Did you seeeeeeeeeeeeeeeee???





Tau...dah pernah upload gambar ni. Tapi entah kenapa saya suka sangat gambar ni. Sebab, pada malam paling terpenting, Kak Mas yang makeupkan saya dan it was too perfect! Saya puas hati sangat...
Nak tau sesuatu tak, saya suka sangat dimakeup sebab rasa macam mengantuk dan best sangat. Taktahu kenapa..heee..
Pada malam final tu juga, buat julung-julung kalinya saya pakai fake eyelashes. HEHEE... Oh ya, saya tidak bersetuju untuk kening saya dicukur pada malam itu.



Dalam bilik makeup.. Nak balik dah masa ni. Sila tengok mata saya, mata penat kan?? Dan mengantuk jugaa... Sayang sangat nak tanggalkan 'sentuhan' Kak Mas.. fiwiittt... Oh ya baju ni bernilai lebih kurang RM 2k. Dan baju yang saya pakai semasa press conference dekat Bora Asmara, bernilai hampir RM 4k. Tu yang bessstt tuh. HEHEH.. :P



Suka jugak gambar ni sebab jadi Mafia.. eheeeeee...


Satu-satunya benda yang saya lupa nak cerita kat you ols, saya ada belajar pasal kawen-kawen masa dalam GM. Jangan jelessss... Tapi tak disiarkan kat TV sebab nama pun kitorang BELAJAR. Off record. Macam kelas lah masatu... Kelas kawen..hehe.. Bessstt.. Mestilah besstt bebb.... Alaaa bukannya cerita kawen sangat, persediaan kawen je.. haaaa...




Beginning... Jakun muka kena makeup. Jakun pakai high heel. Sangat jakun masatu. Tujuan ambik gambar ni sebab nak mms kat ibu masatu...heheee... Haa, masa ni Kak Mas yang makeupkan! Kak Mas makeupkan saya betul-betul semasa intro dan penutup..huuu.... kebetulan kan..




MASA AUDITION!! gemok-gemok pun diterima jadi top 9. apedaaa.. hahaha...








Takdelaaa... saja-saja je terkenangkan memori sepanjang GM..tu yang post entry ni. Mungkin ada yang boring baca kisah yang sama dan tengok gambar yang sama, tapi saya suka....saya tak pernah rasa bosan dengan memori manis ini. Sebabnya kaaannn... punca entry ni wujud pun kaaannn sebab saya betul-betul rindu nak kena makeup lawa-lawa and pakai baju sponsor lawa-lawa, vogue the vass! Bila lagi tah dapat camtu, masa kawen nantilah kot! sheeeezzzz.... :P

Tuesday, February 8, 2011

February Fool!

Hi My Lovely Readers! Lama tak jumpa ek ek :)

Takda banyak sangat benda nak tulis tapi nak kongsi sesuatu bahawasanya saya telah diperbodohkan oleh seseorang semalam! haha.. Terfikir juga untuk mengenakan orang lain semula atas apa yang telah menimpa diri ini tapi saya tak sampai hati dan juga saya ni tak reti sangat nak kenakan orang sebab nanti belum apa-apa dah kantoi...haha yennadeyyy

Nak tahu tak saya kena apa? Belum April Fool dah diperbodohkan sobbssss.... :(

Tiba-tiba dapat sms.. seorang kenalan saya ni tiba-tiba cakap nak kahwin. Sms real gilerrrzz der!

Dear beloved friends,
you are invited to my wedding reception..
Date: February 30th, 2011
Time: 7pm - 11pm
Venue: Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur
Theme: Garden Wedding

''Our joy will be more complete with your presence and blessing in this celebration of love''

&^%!$ &^%$#@<* & Ain Alisya

Nama terpaksa dirahsiakan..haha.. majlis tak agak-agak. dekat Shangri-La lepastu siap garden wedding! haha lawaaakkk! PASTU nama bakal bini tak macam sweet giler pulak kan! haha... nak tergelak je haku!

Yang bestnyer saya boleh percaya! Siap cakap congrats lagi kan.. Tapi dalam hati pelik gak, dia ni muda sangat kot, tua beberapa tahun je dari saya. Lelaki pulak tu. Memang tak sesuai nak kahwin awal sangat camtu.

Pastu bila saya dah cakap congrats sume sume, dia cakap, Ha you jangan lupa datang tau. Set kat calendar. *tak habis-habis ulang suruh set kat calendar.

Me: Alaa sorrylaaa i busy sekolah laaa.. But, congrats again eh! Tapi awal sangat ek you kahwin! Ah nevermind, trend sekarang....

Him: HAHAHA tengok calendar la yang oi! hahaha

Bila dia reply macamtu je, haku dah GULPPPP.. Terkena lagi haku. Tahun lepas kena, tahun ni pun kena. ARGH! tension tension! hahaha February mana ada 30th!!! uwaaarrghhhhh

Tahun lepas pulak, kenalan perempuan, tua setahun je dari saya. Tiba-tiba cakap nak tunang ke nikah ek, lupalah. Sms dia real gilerrr.. Masatu memang saya percaya bulat-bulat. Takda sangsi-sangsi langsung! Lepas saya cakap congrats congrats sume kan, siap sibuk-sibuk nak tau orang mana laa cemane kenal laa..dia boleh diam je kan...hadoiii... a few months after tu, saya tanya lah seorang hamba Allah ni yang merupakan kenalan kepada gadis tadi tu.. Tuptup dia pun terkejut gorila sebab saya baru tahu bahawa saya telah diFebruary fool hidup-hidup setelah berbulan-bulan lamanya! Tahun lepas bukan tahun lompat. Jadi, mana ada 29 hari bulan! aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. Masatu baru saya sedar!!

Kesimpulannya, janganlah lurus sangat heh. Tolonglah jangan relakan orang lain memperkenakan anda. heheeeeeeeeeeeeeee :P

Thursday, February 3, 2011

How to hide those lemaks on your beautiful cheeks? ahahaha

Assalamualaikum..


Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhh beloggg sungguh daku merinduimu. Rasa macam dah lama sangat tak menulis benda merepek-merepek dalam belog nih. Bukan takde idea tauuuuuu.. idea memang sentiasa je ada (heheh) tapi disebabkan broadband cap ayam yang tiap kali hujung bulan dan awal-awal bulan camni dia suka buat perangai, lepastu nak update belog jadi cam tak osem dah sebab idea pun dah malas nak keluar lepastu kaaannn kalau pergi www.blogger.com pun loading macam betul-betul nak menduga kesabaran daku dan tuntasnya belog tak terupdate-update sekian terima kasih.

Eh belummmmmm belummmmm habis lagi entry ini. Memandangkan line internet ini sedang bermurah hati dengan saya dan mungkin dia dah bosan asyik nak moody dan kemudian buat orang moody, jadi dia pun jadi baik hati hari ini. Kesimpulannya, di kesempatan ini, saya pun mengambil kesempatan atas kemurahan hati broadband cap ayam saya ini. *Tak perlulah beritahu apakah cap ia yang sebenarnya, cukuplah saya gelar dia cap ayam sahaja sebab susah sangat nak berjasa kepada pengguna internet tegar di rumah ini. Hehhh

Dah lama rasanya tak jalan-jalan hiburkan hati di belog-belog kegemaran saya. Memang betul-betul hiburkan hati sebab selalu ketawa sorang-sorang bila baca belog-belog feveret tersebut. Dah lama juga tak cuci mata di belogshop feveret seperti radiusite dan najjah. Cuci mata ke cuci mulut ek sebab tiap kali bukak belogshop yang best best kan mesti drooling macam nak gila. Ulang taip, macam nak gila. HEHEHE............. Oh ya, jalan-jalan kat belogshop kan, saya rasa sama je macam kita window shopping dekat mall kan. Cuma tak dapat nak belek, sentuh, pegang jelah. Window shopping kan terapi yang boleh memberi ketenangan buat si pewindow shopping. Terapi, terapi jugak. Tapi apsal haku tak boleh berasa tenang langsung sepanjang haku window shopping kat belogshop hah??? Kenapa asyik menggelabah?? Kenapa asyik droolinggggggg...uwaarrgghh tension tension. haha


Taraaaaaa.... Me & Rah latest pikcah*sebutan picture secara mengada-ngada.


I prefer photo daripada pikcah. eeuww yuckss geli kot ejaan dan sebutan pikcah tersebut.. ahahaha

*Credit to Cikgu Fidz. Saya copy pikcah ini daripada facebook cikgu. eheeeee..

Oh yeah my bebeh sekalian sila lihat wajah latestkuh yang sangat montel itu.. ahahaha.. Terserlah pipi tergedebeh ku pabila memakai syria. Sebab tu sekarang tengah kumpul koleksi inner neck banyak banyak banyak. Sebab taaaauuuu inner neck sajalah yang mampu menutup pipiku yang selalu sangat terkeluar daripada framenya itu.




Tadaaaaaaa~~~ Ni lah inner neck cover. Eh yang kaler kelabu tu tau. Ye aaaa... saya tau pipi masih terkeluar kaannn... Tapi tapi tapi! Cubalah bandingkan dengan gambar atas, yang mana satu lemak pipi paling banyak sekali terkeluar? HEHEH..


Inner neck cover ni boleh didapati di radiusite.com. My feveret belogshop! Berapa kali nak cakap kaannn....heee.. Inner ni pendek je, sekadar tutup leher. Pakai pun kat dalam kan.. kat luar tu pepandai aa lilit selendang. tapi memang syok ah. Khas untuk mereka yang berpipi tergedebeh. Atau mereka yang pipi banyak lemak terlebih. Tapi tapi tapi! Mereka-mereka ini maintain comel hokaay.. haha. Selain tu, inner neck ni juga merupakan jalan penyelesaian untuk korang yang selalu tetas-tetas inner syria untuk nampak muncung sikit yang kononnya dapat membujurkan muka korang tu kan. Tak, tak, jangan lakukan pembaziran dengan cara sebegitu. Sayang je inner syria korang bila korang tetas dia camtu.. Baik beli inner neck cover ni terus. Senang cite. =)



Haaa you olssss inilah dia wajahku tatkala memakai syria lalu lihatlah pipikuuuuuuuu ituuuuuuuuu!!!


Berbeza beno dengan bentuk muka Kak Ct yang bujur tu..ahaha. Cantik kan Kak Ct.. Dah kawen dah diaaaa.. :)

Oh ya, kalau nak pakai syria, tidak digalakkan untuk menutup dahi. Macam ada yang kurang. tak tahulah apa yang kurang. Mungkin kalau tutup dahi, muka nampak macam sempit gitu. haha saya pun tak tahu lah sangat tapi itu apa yang saya perasan lah kan. Kalau nampak dahi, rasanya lagi nampak selesa dan kemas.

Dulu-dulu masa mula-mula pakai syria pon saya pakai anak syria tu ke depan. Tapi setelah belek-belek muka Kak Syarifah Nur ni lama-lama, rupa-rupanya, dia pakai anak syria ni nampak dahi. So, untunglah kalau siapa-siapa yang punya dahi yang luas. hehee


Kak Nur yang cantik bangetz! My idol! hee tantek tantek! Comeh-comeh!