Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Sunday, August 7, 2011

10x100=1000

Assalamualaikum :)

Akhirnya dapat juga aku menyentuh papan kekunci laptop ku ini. Dapat juga aku membelainya. Apabila komputer utama rumahku mengalami kerosakan hasil daripada tangan Fa, semua orang telah tertumpu kepada laptop ini. Dengan Rah nak update blog laaaa, facebook-ing laaaa, adik nak main Sims laaaa, Fa pun nak main Sims laaaa.. aiyah.. Bercakap berkenaan 'tangan Fa' tadi, adakah anda pernah menyedari bahawa, setiap kali anda memegang sesuatu, sesuatu yang anda pegang itu tadi lama kelamaan mesti mengalami kerosakan tak banyak, sikit. Kalau tak anda pun, orang terdekat anda. MESTI ROSAK. Bak kata aku yang kadangkala kejam ni, tangan seperti itu dinamakan tangan suey. Maksudnya, tangan kau tak boleh pegang apa-apa. Confirm rosak.. Sebab musabab rosak, tak dapat dikenal pasti. Dalam keluarga indah aku, manusia unik tersebut ialah Fa..adikku yang ketiga. Bila computer utama rumah dah rosak akibat tangan uniknya, aku agak ragu-ragu nak bagi dia main sims kat laptop ni. Aku tau dia tak buat apa-apa tapi aku nak risau jugak sebab tangan dia unik.

Berbincang berkenaan laptop, computer utama rumah dan papan kekunci, aku teramat sangat berasa aneh apabila aku sering juga terdengar khabar berita berkenaan;

-Aaaaaaaaaaaaa semut keluar dari keyboard aku......aaaaaaaaaaaa!!! Ni mesti sebab aku selalu makan kat depan laptop ni..aaaaaaaa..
-Aaaaaaaaaaaaaa bukak bukak laptop je, semut berlambak-lambak keluar dari papan kekunci!!

Mengapakah terjadi sedemikian rupa? Mengapa anda makan ketika sedang online? MENGAPA? Aku tak dapat terima langsung akan hal ini!!! Dalam kes aku, bedak sejuk yang mula mengering di muka pun bila ketawa atau melakukan apa-apa pergerakan pipi, pasti akan jatuh bertempiaran atas keyboard. Begitu juga dengan bersin. Perkara ini kerap berlaku pada diriku ketika sedang online. Hal ini pun sudah memberangkan aku lalu aku cepat-cepat lap dan tiup-tiup permukaan papan kekunci laptop aku. Apatah lagi makan??? Apatah lagi semut keluar dari keyboard?? Apatah lagi apatah??????? Aku memang tak dapat terima. Aktiviti makan dan online merupakan aktiviti yang berbeza sama sekali dan TIDAK AKAN ada keserasian antara mereka. Dilarang satukan mereka. Argh nak tensionlah camneh..

Semalam aku bertarawih di Surau Impian Emas seperti biasa. Dapat saf depaaann sekali dan aku happy sebab tak payah pening fikir pasal asyik nak elakkan punggung orang depan sampai punggung sendiri kena kepala orang belakang..haih tak boleh khusyuk betul. Aku happyyy.. Tapi tapi tapi, semalam punya cerita pulak... Semasa dua rakaat tarawih yang pertama, kekhusyukan aku diganggu oleh pergerakan langsir persempadanan antara kawasan solat lelaki dan wanita. Langsir tu goyang-goyang secara dahsyat. Aku naik berang. Aku rasa nak marah sangat-sangat. Menurut Fa dan Adik, kat situ tempat budak-budak selalu main-main, gurau-gurau etc. Bila dah habis dua rakaat tu, aku nampak pergerakan tangan yang sedang main-main kat langsir tu, aku amek sejadah aku yang tadi tak jadi guna tu, lalu aku pukul tangan dia. Tapi dia makin main-main. Dalam hati aku, kalau kat sekolah ni, memang aku dah selak langsir tu dan terus tengking makhluk kat depan tu! Bengkeng sungguh guwa.

Weekend ni aku telah konon-konon bertungkus lumus menyiapkan homeworks.Ihik..ihikk... Aku tak berapa gemar dengan kata bertungkus lumus tu tadi sebab tu aku letak konon-konon kat depan dia.. ngeheee.. Bertungkus lumus kedengaran.. errr..

Karangan aku mengandungi 10 kesalahan tatabahasa k! Dan 1 kesalahan kena buat 100 kali pembetulan. Sila kali dengan 10 kesalahan sekarang. Kau mampu?!!

Kesalahan pun remeh temeh je kot! Contohnya:

SALAH: Semulajadi
BETUL: Semula jadi.

Mesti kebanyakan daripada anda semua tak tahu kan ejaan sebenar semula jadi? Perkataan tersebut dieja secara jarak k! Hal ini kerana, hanya terdapat 15 sahaja kata majmuk yang telah mantap ejaannya dan wajib dieja serangkai/rapat.

1. Antarabangsa
2. Beritahu
3. Bumiputera
4. Kakitangan
5. Kerjasama
6. Jawatankuasa
7. Matahari
8. Olahraga
9. Pesuruhjaya
10. Suruhanjaya
11. Setiausaha
12. Sukarela
13. Tanggungjawab
14. Tandatangan
15. Warganegara

Ada jugak beberapa perkataan yang BUKAN KATA MAJMUK yang biasanya tergolong dalam golongan kata tertentu yang biasanya dieja bercantum, contohnya:

1. Kata Nama
peribadi, dinihari, peribahasa, perikemanusiaan

2. Kata Adjektif
sukacita, dukacita

3. Kata Sendi Nama
kepada, daripada

4. Kata Hubung
apabila, manakala, padahal, darihal, barangkali, kadangkala, apakala, walhal

5. Kata Tanya
bagaimana, kenapa

Ahhhhhhhhhhh adakah perlu aku berbincang dengan kamu semua berkenaan hal di atas? HAHAHA.. Perlu aku rasa. Sebab bolehlah aku study sekali. Maklumat kat atas tadi ni pun aku copy daripada kitabku. hahaks! Kau kena tahu biar kau tak buat salah lagi pasni.. Errr.. Errmmm.. Aku paling tak suka bila tengok sesetengah blogger yang tak tahu penggunaan imbuhan di-... yang betul contohnya dibaca, di atas, di bawah, di sana, dibuat...

Ada yang sesuka hati je eja secara jarak, contohnya:

di buat
di tolong
di tangkap
di pilih

Tahukah anda bahawa penggunaan imbuhan awalan di-... hanya boleh dijarakkan jika perkataan selepasnya menunjukkan arah, benda dan tempat SAHAJA. Anda perlu tahu k bagi yang nak tahulaaaa..(Pika baik..dia tak suka paksa-paksa..hehe!) Contohnya:

di belakang (arah)
di antara (tempat)
di hati (benda)

Aaaaa kan dah belajar benda ni sejak darjah 6 ke tingkatan 1... Emmm terpulanglah.. Hehe aku nak share jer! Janganlah cakap aku bajet.. Kalauuulaaaaahhhh my BM teacher carik satu-satu kesalahan tatabahasa dalam blog ini lalu dia suruh buat pembetulan................mesti berjuta juta juta kena buat! hahahaha..

Yayyyyyyyyyyyyyyy J.CO dah ada di Jusco Tebrau City kaaayyyyyyyyy! Tapi kenapa yang cheezy tu tak sedap... Alcapone juga yang best.. Pika suggest Alcapone k! Yang 4 beradik kat atas sekali tu.. hehe =)

4 comments:

Norlina Rabiah said...

Ni mesti BM ppr 1 n 2 kn? actually bgs juga cg suruh wat pmbtln. Tips untuk berjaya. Percaya lah :) Akak doa adk dapat keputusan cemerlang k :)

Afeeqa Hazwani said...

Amin.. Thanks akak!! :)

cik bihah said...

waa sdpnye donut jco tue.. lama x mkn.. bile nak jumpe wanie nieee ;))

Afeeqa Hazwani said...

hi cik bihah... hehe.. mehlah jb jumpa titew.. hehe! :D