Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Friday, July 22, 2011

This-Is-Sooooooooooo-Random

first of all, entry ni sebenarnya merupakan entry 12 Julai 2011 k. hihik haku baru nk siapkan and publish dia awini...heeeeee..

Assalamualaikum semua.

Sorry blog for ignoring ya. Saya bukan penulis blog tegar kini. Banyak benda lagi kena fikir dan banyak benda yang lagi menarik untuk difikirkan..haha such a cruel statement. sowwwii... I'm waiting for Harry Potter and The Deathly Hallow part 2! Cepatlah keluar bebeh. Ingatkan nak tonton Transformers tapi takde Megan Fox dah so malaslah. (HP dah kuar dah ponnnnnnnn!! annoyingnya perenggan ni! HAHA)

Just wanna share with you guys lovely readers. Memandangkan sesiapa pun bosan dan tak suka nak layan orang yang sering kelihatan bosan, mengantuk dan tidak bersemangat sepanjang hari, apa kata kita sendiri sama-sama mengelakkan gejala tersebut daripada berlaku kepada diri sendiri lalu membosankan orang sekeliling. Kenapa kita tidak bersemangat semalam? Kenapa kita tidak bersemangat hari ini? Kenapa kita tidak bersemangat esok? Kenapa kita sering rasa bosan dengan kehidupan sehari-hari dan rasa macam takda life sangat. KENAPA? Kenapa kita tidak selalu ceria dan tidak berpegang pada prinsip Life Is Short Make It Sweet which I really love that quote!!! haha.. Well...of courselah banyak faktor kan.. TAPI ni nak cakap pasal you alz yang sebenarnya tak tahu dan tak sedar ............ *sampai sini je I taip haritu. Lupa dah nak cakap apa sebenarnya..wahaha

Sebenarnya, kita boleh jadi power & bersemangat setiap hari walaupun sedang PMS atau emo errr..whatsoverrrr sebenarnya I nak sampaikan bahawa, ada cara untuk kita jadi sentiasa BERSEMANGAT.  Cmon dude get a life! Sejak dua menjak ni pun, haku telah mengamalkannya. Alhamdulillah the result is YAYYYYYYYYYY! Dah laaaaaaaaammmaaa sangat tak tidur dalam kelas... Yaaaayyyyy! Hal ini membuktikan bahawa ketiga-tiga ikatan setan telah berjaya haku bukak sebelum haku pergi ke sekolah.

Cara-caranya,

err copy sikit ayat dalam buku ni (Jangan Main-Main by Dr. Tuah my feveret k) *Sketsa 50 muka surat 133

Nak power, luar biasa bagus dan hebat sekali? Demi melahirkan keluarga yang cemerlang, gemilang dan terbilang, saya akan berikan tip-tipnya, harap anda sedia untuk berubah cara fikir. Maju mundur sesuatu bangsa banyak dipengaruhi oleh cara fikirnya...

ah dah ah.. Go straight ah!

1. Sebelum tidur, set yang hebat-hebat.
-set benda best2 untuk esok hari, jangan terbongkang je macam kerbau kena langgar. k Dr Tuah yang cakap gini eh..haha..
-kalau set best2, insyaAllah bangun tidur rasa power ikut apa yang anda set tadi. Bermakna kalau anda set nak memonteng sekolah/kerja, nanti bangun tidur memang rasa malas dan lemah dan macam-macam idea memonteng akan timbul.
-sebelum set yang hebat-hebat, macam biasa, baca doa akan tidur. Sebelum tu baca al-Fatihah, 3 Qul, Ayatul Kursi dan Basmalah 21 kali..pastu barulah tidur dan setlah apa-apa yang anda nak buat esok. *tahukah anda bahawa amalan membaca ayat-ayat suci di atas salah satu kebaikannya ialah boleh menjauhkan kita daripada sihir. Tahukah anda lagi sekali bahawa aktiviti sihir-menyihir ni aktif pada pukul 3-4 pagi? Malam ni jangan lupa baca k! Jadikan amalan! Bacaan 21 kali Basmalah dan ayat Qursi juga boleh menjauhkan rumah kita dan 40 buah rumah di sekeliling rumah kita daripada pencuri, perompak, penyamun, maleng etc k.
-sepanjang anda tidur, otak bekerja keras untuk merealitikan apa yang anda set itu. Dia tak pernah berehat atau tidur, walaupun anda dah berdengkur macam guruh punya kuat...hahaha

2. Buka ikatan setan
Sepanjang kita tidur, kita diikat dengan 3 ikatan. Kalau kita tak buka ikatan itu, kita akan hilang motivasi diri, tak ada semangat, nak cari gaduh je, lembik, lembab, lesu, longlai, letih, leceh, lembu etc hahaha k serius pika k.

Ikatan 1 akan terbuka apabila baca doa bangun tidur (kalau tak hafal, baca basmalah atau sebut nama Allah).

Ikatan 2 akan terbuka selepas kita berwuduk.. *sape tak solat subuh tu memang aaaaa dia!

Ikatan 3 akan terbuka sementelah kita angkat takbiratulihram atau solat Subuh laaa kaaann...

Ini siapa punya teori ni?? Ini sabda Nabi S.A.W., bukan olok-olok, bukan pika suka hati cipta, bukan Dr. Tuah cipta..bukan calang-calang k!! Tak percaya?? Hadis itu berbunyi begini,

''Jika salah seorang dari kamu tidur, maka syaitan mengikatnya dengan tiga ikatan. Ketiga-tiga ikatan tersebut menjadikan dia terlelap dalam tidurnya semalam suntuk. Tetapi jika dia terjaga kemudian dia menyebut nama Allah, maka terlepaslah satu ikatan. Kemudian ketika dia berwuduk, maka akan terlepas pada satu ikatan lagi dan akhirnya jika dia melakukan solat, maka, terlepas pula ikatan yang terakhir, sehingga pada pagi harinya hati orang itu akan bersih dan penuh semangat. Akan tetapi, jika dia tertidur sampai subuh, maka pagi harinya akan kotor jiwanya dan tidak mempunyai ghairah apapun.''

Pastu Pika juga turut minum air biasa bercampur madu Khaula sebagai pemanis mulut juga wajah HIHIHI pastu baru minum coffee untuk tampil energetic sepanjang masa!

3. Mandi cara yang betul
Macam mana ya mandi cara yang betul?? Dan macam mana anda mandi??

-Mandi yang betul ialah dengan membasahkan kaki dulu kemudian perlahan-lahan bawa ke atas hingga ke muka. Kemudian, barulah basahkan kepala..
-Mandi dari bawah ke atas ni banyak faedahnya ya..
-Lepas tu je, nak mandi gaya apa pun gasaklah k! Tapi pada permulaan air terkena pada tubuh, pastikan mencecah kaki  dulu.

Pasal apa? Banyak pasalnya. Tak cukup ruang untuk beritahu di sini. Dan mandi dari bawah ke atas ni, hanya untuk mandi biasalah, mandi hadas besar lain....ianya dari atas ke bawah..K?

Selamat mencuba! XOXO

No comments: