Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Monday, May 30, 2011

Budi Bahasa

Assalamualaikum =)

Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda sedang berada di dalam sebuah premis perniagaan atas urusan tertentu..urusan jual beli misalnya dan apabila anda menanyakan sesuatu kepada seseorang yang berada di dalam premis itu..penjual/pekerja misalnya dan anda dengan tidak semena-mena ditengking atau dilayan secara kasar.

Saya sendiri sudah beberapa kali mengalaminya dan kebiasaannya hanya menahan geram di dalam hati sebab biasanya terkedu...dan...malas nak gaduh......

Satu lagi kan, masyarakat kita ni..masyaAllah susah betul nak senyum! Ikhlas ke tak ikhlas bekerja? Patutlah perniagaan/pekerjaan tak pernah maju. Dok tang tu jaaaa... Sampai mati tang tu!

Meluat tau.

Tapi ada juga jumpa yang senyum je dopopatjam..tapi kena ikhlaslaa..barulah comeh...


Ada satu kisah yang berlaku hari ini.

Latar tempat: Maybank Setia Tropika

Latar masyarakat: Kerani-kerani bank, saya, ibu, Rah & my bibik, Kak Yuni daaaan... beberapa orang lagi yang sedang menunggu untuk dientertain..




Bermulalah sebuah kisah.....


Kak Yuni nak tukarkan duit RM kepada rupiah dan transfer ke dalam accountnya di Batam, Indonesia. Well..dia selalu buat macam tu kalau anak-anaknya di Indonesia sana butuhkan uwang...

empat...satu...dua...tiga kaunter lima.. suara seorang perempuan yang telah dirakam bergema.


Kak Yuni pun berjalan ala-ala pantas menuju ke kaunter 5 tersebut. Kami tiga orang duk diam ja malas nak bangun sebab jauh kaunter 5 tu dalam lebih kurang errr 3 meter? kot.

Tiba-tiba..

'Tak boleh tukar USD kat sini!!' 'Mana boleh tukar US DOLLAR kat sini!!'

Suara seorang lelaki tiba-tiba memecah kesunyian.. Semua orang tersentak. Dia mengulang ayat tersebut beberapa kali dan mengomel entah apa yang saya sendiri tak berapa nak dengar.

Ibu bangun dari tempat duduk dan menuju ke arah Kak Yuni. Rah pun turut bangun.

'Siapa yang no manners sangat tu? No manners betul! Tak boleh ke cakap baik-baik? Kak Yuni tu dahlah innocent!' Perkataan NO MANNERS tu betul-betul menampar gegendang telingaku yang rupanya berada dalam keadaan separuh sedar..HEHE............ Kalau haku hundred percent sedar, memang siaplah si no manners itu tadi haku bahasakan dia.

'Kak kau marah dia kak.' 'Kuang aja betul la!'

Rah naik hangen! Marahlah sendirik..tahulah haku suka marah orang..hahaha

Barulah saya bangun dan menjengah ke arah suara si kuang hajo itu tadi.. Ohh si tua yang perasan bagus dan tak sedar diri rupanya...kata saya dalam hati..

Saya pun berjalan dan menuju ke arah ibu & Kak Yuni.

'Whatsup donggg....' kata saya dengan poyonya.

'Tak..dia salah dengar.. Kak Yuni kata Rupiah.. dia salah dengar.' Ibu menjawab.

'US Dollar merepek apa? haha..'

Dalam hati, dasar si tua tak sedar diri, macam bagus & pekak pulak tu. LUCUNYAAA!!!

Tak..tak..bukan salah kerani yang sedang entertain kak yuni tu. tapi mungkin manager dia yang duduk kat belakang sikit dari kerani-kerani yang bertugas tu. Kerani tu muka sweet jer..tak jadi nak marah. Ibu pun cakap camtu. Ibu kononnya dah naik angin jugak tapi setibanya di kaunter 5 dan terpandang muka kerani berwajah sweet, terus tak jadi nak marah. Nasib baik lah kau ek si tua yang pekak.

Saya sempat menjeling ke arah si tua dengan muka perengus semulajadi ini. Si tua kelihatan cuak. Mungkin sebab dah bengang atas kepekakan sendiri. MALUNYA!!!


Moral of the story: Budi Bahasa Budaya Kita.

7 comments:

Yana Shahren said...

HAHA kelakar punya org tua isyh!

belogkiter said...

dah lah pekak.. tak sedar diri lak tu

Shee™ said...

hahah bodoh

Yuyu Johanna said...

Hhehe..yunk,camne si tua tu boleh cuak u jeling...mesti u bg jelingan tajam ni...
maybe die tak cuak kot,tp die t'jatuh hati.ha..camne ni...

Afeeqa Hazwani said...

Yana, selebet tau dia tu! mencik! :p

Belogkiter, haha dui dui!

Ciwo, yesszaaaaaaaaaaa :D

Yuyu, haha taknaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkk!!!! menciiiiiiiiiiii :P

Dimas 'badunk' Marsono said...

saya pun mendapat pengalaman yang serupa beberapa tahun lalu ketika saya berkunjung ke malaysia. ketika saya pergi membeli-belah di beberapa pusat perbelanjaan. beberapa pemilik kedai berbicara dengan bahasa yang kasar dengan saya dan memperlakukan saya selayaknya seorang tki yang hendak dideportasi ketika dia mendapati saya adalah seorang indonesia. tetapi saya memilih untuk tidak menghiraukan perbuatannya tersebut. kerana saya memahami bahawa hal itu mungkin disebabkan kerana hubungan yang sedang memburuk antara indonesia dengan malaysia pada saat itu. di masa depan saya berharap hubungan antara kedua-dua bangsa menjadi jauh lebih baik kerana walau bagaimanapun juga kita masih merupakan bangsa serumpun dan berjiran dekat.

Afeeqa Hazwani said...

Dimas,

hanya segelintirnya saja yg begitu.. yg lain semua baik2 sahaja seperti saya.. hihihi.. joke ;p

mungkin kita yg bernasib malang saja yg ditemukan dgn org yg kurg budi bahasa spt ini.. tp, masih ada juga yg ikhlas & berbudi bahasa.. =)