Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Wednesday, March 16, 2011

Pen-pal. Pernah ada? hehe...

Assalamualaikum!!

Apa khabar semua hari ini? sihat? Harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya... sebab saya di sini tak berapa sihat.. Selesema.. Bila selesema, dia akan membawa kepada sakit kepala juga kesukaran bernafas..soobbsss.... Dah kena bernafas melalui mulut...

Semalam saya mimpi hantu. Hantu 30 days of night. Pernah tonton movie tu tak? Eeee menakutkann... sampai masuk dalam mimpi. Ni mesti kes terlupa nak baca ayat-ayat suci al-Quran sebelum tidur. Sebab semalam tak plan pun nak tidur, mula-mula baring-baring je, lepastu terus hanyut.... Sedar-sedar je dah pukul 4.30 a.m, tiba-tiba jadi seram. Masuk ke bilik air, tengok muka di cermin, eeeeeeee menakutkan....muka aku ke ni? sebijik je macam hantu dalam mimpi tadi..iissskkkk....selesaikan apa yang patut dan buang hingus yang pekat itu sehingga pasti hidung dah betul-betul selesa. Tengok lagi muka di cermin..eeeee betul-betul macam hantu. Terus naik atas tilam..berangan dan hanyut semula sebelum dikejutkan dengan Asmaul Husna (rah punya alarm clock).

Cerita apa ini? Eeee dah mula dah nak merepek.

Sebenarnya nak cerita lain. Berkenaan rakan pena. Kamu semua pernah ada rakan pena? Lama sungguh rasanya tak dengar istilah tu kan? Rakan pena atau pen-pal. Yelaaa sekarang mana main lagi. Outdated la weeyyyy... Sungguh outdated. haha..

Tapi percaya tak, suatu masa dahulu, saya pernah ada rakan pena yang saaangaatt ramai! Ini semua gara-gara hantar gambar beserta butiran peribadi seperti nama, tarikh lahir dan alamat ke ruangan Hai Geng dekat majalah Bintang Kecil. Masa tu memang rasa macam hot gila kebabom kalah covergirl!! Tambah-tambah lagi bila ada member-member yang perasan, Eh Feeqa! Muka awak masuk Hai Geng kat dalam BK kan?? Cececece....perasan glemer masatu....seryess....haha geli geli!

Pernah juga ada cita-cita nak jadi covergirl BK ni, adala juga beberapa kali hantar gambar dan borang tapi tak pernah diterima jadi covergirl. Taulah saya pakai tudung lepastu tak stylo kaannn sebabtu taknak pilih saya jadi covergirl...sobs sobs.. Tapi bila saya hantar gambar tak pakai tudung sambil pegang bunga ros (gambar diambil semasa berada di Cameron Highland) barulah nak terima saya untuk ruangan Hai Geng tu.... haha.. BUT STILL, tak cukup cun & comel untuk jadi covergirl...muahahaha.... Dulu saya dan Rah memang gila akan majalah comel ni! Lepas tu kan, dia ada contest yang siapa menang dapat handphone tu. Tiap-tiap bulan masuk contest tu tapi tak pernah menang waima saguhati pon!! Kecewa gilaaaaa.... Yelaa dulu2 kalau budak darjah 4 ada handphone, memang hot gila ah kan..boleh telefon abang ketua pengawas darjah 6 hari-hari...wuwuwu.... Tapi kalau dulu pernah minat kat sape-sape, dapat number telefon dia (biasanya nombor telefon rumah, yelaaa dulu2 budak2 mana pakai henpon lagi), dah call je bila dengar si dia cakap 'helo' mesti cepat-cepat letak. Gedik gilaaa... Takde motif. Saje je gedikk...

Baiklah! Berbalik kepada cerita pen-pal tu tadi. Hehe banyak betul nostalgia. Ramai sangat rakan pena yang nak berkenalan dengan lebih mendalam masatu. Biasalaaa kan hantar gambar comel pegang bunga ros, wajiblah ramai yang nak berkenalan.. hahahahahaha.... Dari Sabah Sarawak pun ada beb.. Ada sorang ni, suka post surat beserta dengan anting-anting laa, cincin laaa, rantai...dan lain-lain. Ingat lagi, dia kata, dia suka bagi barang kat kawan-kawan dia. Tak kisahlah apa-apa pun. Dia suruh saya panggil dia Kak K..tulisan dia susah nak baca & short form dia pelik-pelik..yelaa masatu saya tak didedahkan lagi dengan short form ni tapi boleh juga baca masatu...hihi.. Lepastu ada sorang ni yang saya paaaalinnggg rapat! Nama dia saya masih ingat lagi, Nur Syamimi Ali Alwi. Macam tulah lebih kurang. Dia ni cute sebab biasanya mereka ni suka hantar surat beserta dengan gambar mereka sekali..hihi sebab tu saya tahu dia cute. Budak KL ke Selangor..tak berapa ingat..sekolah cina. Tulisan dia saaaaaangaaaaattt cantik!! adore gilaaa dan dia seorang yang sangat kreatif. Surat dia bukan surat biasa malah dia suka decorate surat dia bagi kita teruja nak baca.

Lama juga saya berbalas surat dengan dia. Dekat setahun lebih ke cam tu kot. Tak tahu macam mana boleh lost contact. Tak bestnya, surat-surat tu semua saya dah buang. Kalau simpan boleh upload kat blog dan kongsi dengan you ols..heheeee... Tapi memang banyak surat yang datang, sampai ada yang tak sempat-sempat nak reply. Feel-feel artis kejap ah masatu. Masa raya lagilah! Kad-kad raya berlambak... Memang kencang..tak menang tangan dibuatnya. HAHA GELI!!!

Nak tahu tak, saya pernah juga hantar surat kat Daniel Radcliffe (Harry Potter) tapi dia tak reply kot sebab pening baca english budak darjah 5 yang terabur gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! ahaha lawak! Tapi kawan saya hantar, dia reply beb! Mesti sebab english kawan saya tu bagus dan Harry pon paham lalu dia replylah... hahaha

Macam-macam.....~~ Saya percaya, kebanyakan daripada readers blog saya ni mesti pernah baca BK kan? hihi.... Saya kumpul BK tu mengalahkan ibu kumpul Anjung Seri! Tapi sayang seribu kali sayang, semuanya saya dah jual kat surat khabar lama. Dannnn saya masih ingat lagi siapa covergirl untuk BK keluaran pertama.. Edisi pertama lah kaaann... covergirl dia masatu anak sulung Ziela Jalil. Puteri Julia Nabila Megat Junid.


Siapa yang masih baca Bintang Kecil hingga kini?? hehehehe....

5 comments:

Shee™ said...

ehehh. comel je dieww :ppp

siti suhaila mohd saleh said...

haha, penah ade jugak dulu.
siap anta kad raya. tp skrg dah lost contact :(

Fanna Roslan said...

Dedulu aku mmg teramat rajin bli BK. Kalu tak bli meraung gegile. HAHA! Tpi skrg mmg ta laaa...

Afeeqa Hazwani said...

hahahaha skrg mmg kurang baca magazine :P

YNA♥ said...

HAHA. feeqa teringat dulu2 masa sekolah rendah kite lumba2 sape paling banyak kumpul BK.then bawak gi sekolah baca.ingat tak ingat tak? HAHA