Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Tuesday, February 8, 2011

February Fool!

Hi My Lovely Readers! Lama tak jumpa ek ek :)

Takda banyak sangat benda nak tulis tapi nak kongsi sesuatu bahawasanya saya telah diperbodohkan oleh seseorang semalam! haha.. Terfikir juga untuk mengenakan orang lain semula atas apa yang telah menimpa diri ini tapi saya tak sampai hati dan juga saya ni tak reti sangat nak kenakan orang sebab nanti belum apa-apa dah kantoi...haha yennadeyyy

Nak tahu tak saya kena apa? Belum April Fool dah diperbodohkan sobbssss.... :(

Tiba-tiba dapat sms.. seorang kenalan saya ni tiba-tiba cakap nak kahwin. Sms real gilerrrzz der!

Dear beloved friends,
you are invited to my wedding reception..
Date: February 30th, 2011
Time: 7pm - 11pm
Venue: Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur
Theme: Garden Wedding

''Our joy will be more complete with your presence and blessing in this celebration of love''

&^%!$ &^%$#@<* & Ain Alisya

Nama terpaksa dirahsiakan..haha.. majlis tak agak-agak. dekat Shangri-La lepastu siap garden wedding! haha lawaaakkk! PASTU nama bakal bini tak macam sweet giler pulak kan! haha... nak tergelak je haku!

Yang bestnyer saya boleh percaya! Siap cakap congrats lagi kan.. Tapi dalam hati pelik gak, dia ni muda sangat kot, tua beberapa tahun je dari saya. Lelaki pulak tu. Memang tak sesuai nak kahwin awal sangat camtu.

Pastu bila saya dah cakap congrats sume sume, dia cakap, Ha you jangan lupa datang tau. Set kat calendar. *tak habis-habis ulang suruh set kat calendar.

Me: Alaa sorrylaaa i busy sekolah laaa.. But, congrats again eh! Tapi awal sangat ek you kahwin! Ah nevermind, trend sekarang....

Him: HAHAHA tengok calendar la yang oi! hahaha

Bila dia reply macamtu je, haku dah GULPPPP.. Terkena lagi haku. Tahun lepas kena, tahun ni pun kena. ARGH! tension tension! hahaha February mana ada 30th!!! uwaaarrghhhhh

Tahun lepas pulak, kenalan perempuan, tua setahun je dari saya. Tiba-tiba cakap nak tunang ke nikah ek, lupalah. Sms dia real gilerrr.. Masatu memang saya percaya bulat-bulat. Takda sangsi-sangsi langsung! Lepas saya cakap congrats congrats sume kan, siap sibuk-sibuk nak tau orang mana laa cemane kenal laa..dia boleh diam je kan...hadoiii... a few months after tu, saya tanya lah seorang hamba Allah ni yang merupakan kenalan kepada gadis tadi tu.. Tuptup dia pun terkejut gorila sebab saya baru tahu bahawa saya telah diFebruary fool hidup-hidup setelah berbulan-bulan lamanya! Tahun lepas bukan tahun lompat. Jadi, mana ada 29 hari bulan! aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. Masatu baru saya sedar!!

Kesimpulannya, janganlah lurus sangat heh. Tolonglah jangan relakan orang lain memperkenakan anda. heheeeeeeeeeeeeeee :P

4 comments:

Lupi said...

hahah kesian.. :P

dian:) said...

Fee, i pun kena jgk macam you.

Kwn i kata mak dia nak tunangkan dia dgn 'mamat' yg dia sndri tk kenal 30hb nnti.

Sumpah dol i pergi percaya, mmg tk trfikir apa2 dah sbb trkejut gila kan.

Haha sadis gila bila tahu agenda sebenar dia haha.

@in said...

hehehe... kan dah terkena.....

Afeeqa Hazwani said...

ahahahaa tulah akibat lurus sangaattt!! :P