Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Saturday, January 8, 2011

Entry tahun 2011 yang pertama! Woohooooooo

Assalamualaikum

Lama betul rasanya tak ada entry baru kat blog ni kan? And.....rasa macam dah lama sangat saya tak hadap laptop ni lama-lama macam ni (hari ini hari Sabtu). Antara sebab-sebabnya adalah:

-Broadband giler
-Sibuk dengan homeworks yang baru terhegeh-hegeh nak disiapkan.

Tu jelah kot. Hek ele....tu je... ingat busy sangat lah tadi..

APAA?? Wahai pembaca sekalian, wajiblah bagimu untuk mengetahui bahawasanya kesan faktor pertama tadi tu (broadband giler) memang betul-betul menakjubkan dan mengencourage diri ini untuk terus menyiapkan homework dengan serta merta! Kenapa ek broadband ni tak giler sebelum start sekolah haritu iaitu semasa sepanjang-panjang cuti sekolah selama satu bulan setengah yang lalu?? ahaaa no komen! Masih sempat untuk tambah lagi azam tahun 2011 iaitu sentiasa tidak lupa/tidak lalai/tidak kurang rajin untuk menyiapkan homework. KAMON GUYS! STPM STPM STPM.

Banyak perkara berlaku sepanjang blog ini tidak berentry baru. heeeheee... Antara yang masih segar dalam ingatan:

-Baju kurung sekolah tak cukup 5 inci. heee yang ni mestilah ingat sebab baru kena semalam kot! Kurang 1 inci je..... Kena beli baju yang lebih lebar. Dahlah memang selekeh, bertambah selekehlah nanti bila pakai baju yang gedoboh (gedebeh).

-Stay kat sekolah sampai pukul 5.15 pm untuk menyiapkan nota sejarah 2 yang betul-betul buat temulang jemari tangan kanan jadi lenguh like crazy (lenguh gila la maksudnya). Jari Farhana keluar sesuatu yang pelik. Mungkin melecet sebab menulis lama sangat. Atau Farhana telah menulis dengan teknik yang salah. HEHE...

Err tu jelah buat masa ni sebab mood untuk mencipta entry yang bombastik telah hilang serta merta. Sorry lah ek.

Kepada Salahuddin Al-Ayubi, sila bersabar ye.. Apa-apahal, blog kita kan ada? OKAY? =)

Hava perfect & nice weekend readers! heeeeeeeeeeeeee..

1 comment:

Mr. Swift said...

Hello! Singgah sini lepak-lepak jap tadi dan ohh polo anda!
Btw lawa blog and happy blogging! And happy new year 2011! Sempat lagi kan? :)

Psst : Bloggis Comel Buat Perkara Tak Patut Jangan Tiru!