Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Monday, December 27, 2010

Gemok = Not Beautiful ---> Betul ke?

Assalamualaikum & Salam Penuh Mesra =)

Well.. Apa pendapat pertama anda tentang tajuk entry saya kali ini?

Ya..saya cuma nak minta pendapat anda tentang tajuk entry ini.




Takdelaa.. tadi saya terbuka satu profile dekat facebook ni. Ternampak seseorang yang saya gelar dia makcik lah kan yang pernah emmmmm saya rasa pandang rendah kat saya kot. Heee.. Jadik, saya pun rasa tertarik pulak untuk bikin entry baru untuk malam ini.
Kisah ni dah lama kot berlalu tapi bila saya tengok balik muka makcik tu saya mesti teringat-ingat.. Faham tak perasaan saya?

Mungkin orang nampak saya macam happy-happy je tapi dalam hati ni siapa tahu kan?

OH tidak mungkin! Saya tidak mungkin akan touching-touching! Oh PUH LIS LAAAHHH..... (pleaaseeelaaaahhhhhhhhh...)

Masa saya form 1, masa dia jalan belakang saya, tiba-tiba dia kata, 'Eh Feeqa ni gemok jugak ek orangnya.'

Oh mayn sentap mak.

Tiap kali dia pandang saya, pandangan mata dia tu betul-betul merimaskan. Orang kata, carik slack (slek or slack gua pun tak pasti lah der).

Sampai situ jelah kisah makcik tu.

Oh yeah saya memang gemok pun tapi saya sihat. Dan masih mudah nak carik pakaian. Tak perlu nak tempah pakaian dari kilang. Saya bukannya obesiti. Kalau pun obesiti atau kena tempah pakaian dari kilang, saya masih ada kelebihan dan keistimewaan yang mungkin takkan ada kat sape-sape pun. Lepastu kenapa gemok mesti tak cantik? seakan-akan hina? menyemakkan? memeluatkan? out of list?

KENAPA?

Saya ada melalui beberapa pengalaman yang memang menyayat hati. Perihal gemok ni lah. Tapi saya malas lah nak share sebab hati ni masih lagi terluka. ceceyyy...

Tapi ada satu yang saya nak share!

Si A: Umur awak berapa?
Me: 18...hehe (well..dah tahu sangat normally orang akan pelik tengok fizikal & umur saya yang macam tak serasi bersama.. Redha....)
Si A: LAPAN BELAS???
Me: *Tak perlu nak terkejut camtu. Beruk betul*
Si B yang tiba-tiba sangat: Haah dia 18 cuma badan dia besar.
Me: *&^%$%@$&(!)(TGATR!@^%$~^!!!

Sejak bila gua ada PA? Gua jeling sekilas dekat minah tu. OH MAYN gua kalau dalam keadaan macamtu memang biasanya terkaku. Yeah, she has a perfect body shape. Tapi gua rasa gua lagi cute. Gua punya senyum cantik apa. *Gua kata dalam hati....sobbbsss.....tersentap lagi....

Saya think positive lah biasanya. Sekurang-kurangnya saya tak ada kes macam Dina penyanyi tu....yang chubby-chubby tu. Pernah dengar tak cerita dia masa dia teman kawan dia masuk satu butik ni kan, tiba-tiba orang butik tu sound dia, 'Sorrylah size awak takde kat sini.' PEHH memang tersentap-sentap kalau saya yang kena! Padahal dia just teman kawan dia jer!


Ada beberapa orang terdekat yang suruh saya kurus sikit. HEHE..insyaAllah soon. Tapi Rah cakap kalau saya kurus tak cantik..tak cute. Ihihihihi.....


Ohhhhh tiba-tiba otak saya mainkan pengalaman-pengalaman pahit saya berkenaan gemok ni. Satu-satu dimainkan...

Tak banyak tapi ada beberapa yang telah buat saya menangis tersedu-sedu bengkak-bengkak mata. Bila ada orang tanya, saya cakap cikgu kesayangan saya nak pindah sekolah. HAHA tu jelah yang terpacul kat mulut masatu.. padahal langsung takde kene mengene!

Saya tak kisah pun. Tapi berbalik lah kepada persoalan saya tadi. KENAPA? KENAPA? DAN KENAPA?

Orang kurus pun tak semua cantik. Tapi kenapa si gemok yang asyik kena kutuk. Saya cakap mewakili orang-orang montel & comel lah ek. Tak sedap betul cakap gemok. Hihihi...

Saya tahu kot sebabnya. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Saya pun ada pendapat saya. Tapi malaslah nak cakap kat sini.

Cuma tak puas hati jer nieeeeeeee!! Kadang-kadang kita boleh jadi sangat sensitif dengan benda-benda macam ni. Yelaaa, manusia kan ada perasaan. Kamonlah kan.. Sensitif lah sikit dengan perasaan orang lain. Tak kira lah gemok ke kurus ke kan. Setiap manusia ada kelebihan & kekurangan masing-masing. Gemok pun tak semestinya tak cantik, tak cute. Tau?

Saya pernah kurus. Seronok..hehe... Tu pun sebab ex boyfriend gua hensem. Eee pakwe hensem takkanlah makwe gemok kan! Dahlah dia sound-sound, 'Janganla gemok-gemok...kurus kan lah badan tu...' Memandangkan masa tu gua masih muda (sekarang pun muda lagi.....), gua belum boleh fikir tentang 'TERIMA SEADANYA'. Kalau gua tahu, gua sound je balik, 'Kau pikir kau hensem sangat ke? Aku tak penah pon tengok muke kau hensem? Tak payah nak bajet kau hensem okay? Kamonlah wehhh...' Haha... Buat penat je puasa hari-hari sampai pitam-pitam pengsan-pengsan kat sekolah. See? Betapa obsesnya saya dulu nak kurus punya pasal. Eh salah, pakwe punya pasal.

Sebab tu sekarang saya tak pernah heran akan lelaki hensem. Not my taste. Saya suka yang gemok, yang baik hati, yang sayang saya seadanya, yang selalu buat saya rasa istimewa dan yang sangat memahami saya sebab saya ni sangat cerewet orangnya. Haaaaa dah jumpa? Meh bagi kat sini. Tak termasuk lagi yang wajib ya! Seperti sangat mengambil berat akan agama (solat tak pernah tinggal, solat Jumaat pun), kemas, pembersih, TAK MEROKOK, tak berperangai pelik, romantis pada masanya, gigi cantik, wangi, hormat semua orang, pandai masak, rajin, bijak, dan juga kelakar.

Gemok merupakan ciri nombor satu sebab mata saya sakit tengok orang yang saya sayang tu kurus. Tangan lagi sakit bila pegang je rasa tulang temulang. OH TIDAK. Kurus kedengking lagilah out of list! Yang perasan hensem pun lagilah out of list!



Entry apakah ini? I thought nak meluahkan perasaan tapi rasanya dah berperasan. Ohh tidak agaainnn.. :P

Just The Way You Are


SUKA BANGETZ

Sunday, December 26, 2010

Telok Chempedak, Kuantan @ Jalan-jalan Carik Makang


I LOVE YOU NAZRAH. I used to call her NAZRAH lately. Macam comel. Kalau marah je baru panggil RAH. Sebagai contoh, RAHHHHHHHHHH!!! Errr.. Tak ingatlah bila last marah gila dekat dia. Well, budak dah besar & getting mature dari hari ke hari kan, dulu-dulu selalu kena marah, lama-lama jadi baik lah dia.. heheh..





Nazrah loves pantai so much! Dia berangan nak honeymoon dekat Jeju Island, Korea. Feeqa pulak berangan nak honeymoon dekat Surfers Paradise, Gold Coast, Australia. Ihihihi... Tak kisahlah mana-mana pun as long as berdua bersama, di mana-mana tempat pun akan ku gelar ia as bulan madu di awan biru tiada yang mengganggu...bulan madu di atas pelangi hanya kita berdua mengecap nikmat cinta yang putih tak terbanding sesuci embun pagiiiii....

BAIKLAH NEXT!









Sangat pale. Tahu dah... Muka lapar memang macamni..







Malamnya seperti kebiasaan (kalau datang Hyatt Kuantan laa), tak sah kalau tak feeling-feeling mendengar deruan ombak sambil menikmati hot chocolate & marble cheese cake! Walaupun mataku sudah layu apatah lagi selepas menikmati hot chocolate, harusku segarkan jua mataku untuk feeling-feeling romantis walaupun Nazrah berada di sebelahku, Fa di hadapan Rah & ayah berada di hadapanku. Romantis anak beranak lah kan :)


MINE.

Hot Chocolate & Marble Cheese Cake.










NAZRAH'S.

Oreo Mousse Cake & Vanilla Milkshake.



Tak lupa ayah punya Banana Split yang sangat menggoda jiwa! ARGH IT'S SO NYUMMAY!








Nazrah sedang menikmati Oreo Mousse Cake nya.













Dipendekkan cerita, tak sah perjalanan pergi atau balik yang melalui Rompin jika tak singgah makan tengah hari untuk menikmati udang galah paling menggetarkan jiwa ini! ARGH jiwaku bergetar-getaran bila tengok balik gambar di bawah ini!



Bersama budu atau belacan untuk menambahkan KICK!




Singgah juga di Mersing untuk minum petang.

Nazrah's Chocolate Milkshake.




Feeqa's Nescafe Tarik yang paling sedap pernah rasa ever!




Daaaaannnn.... Muka bahagia kerana seronok menikmati percutian yang boleh dikatakan sebagai Jalan-jalan Cari Makan neh...hahahaha!







Dan jangan lupa snap spesies beruk yang berkeliaran di sepanjang jalan Rompin-Mersing. Their sangat cute!
The mommy with her baby! CUTE! :P









Bila dah makan banyak, mari kita kerjakan lemak yang mula berkumpul di dalam tubuh ini dengan menggunakan alat ini!!! Lets burn the fat! The stupid ugly fat!




Satu kali sehari, kalau rajin, saya cuba sedaya upaya untuk membakar sebanyak 1000 kilojoule kalori. Petang tadi saya berjaya bakar sebanyak 1045 kJ kalori. Saya gembira tapi tak guna juga kalau esok saya tambah lagi 500kJ kalori. Memang tiada gunanya berhempas pulas. Mesti ada inisiatif yang tinggi ye kalau nak slim ye si gemokz.

SOBS.

Saya kena teruskan pakai Premium Beautiful lah. KENA TERUSKAN.





Apa-apa pun, mari berbalik kepada my feveret quote ever, Life Is Short, Make It Sweet. EHEHEHE..

XOXO

Saturday, December 25, 2010

Just back from Kuantan. And....... HI READERS! =)

HELLO ASSALAMUALAIKUM SEMUA!

KAKAK-KAKAK ABANG-ABANG! TOLONGLAH DENGAR SINI! Tak tahu kenapa saya begitu teruja ingin menulis blog kali ini mungkin sebab saya dah tukar template saya kepada PLAIN DAN KOSONG SANGAT! JUGA TULISAN ARIAL 14PX YANG KALERNYE HITAM PEKAT! WHO CARES?? BIAR SEMUA ORANG BACA PUAS HATI WALAUPUN TEMPLATE SAYA TAK CANTIK DAN TAKDE SALJI ATAU BLING-BLING DAN TAKDE LAGU-LAGU BIAR ORANG FOKUS BACA BLOG SAYA YANG POYOZ NI. JUGA HEADER YANG BORING MACAM TUANNYA. BUT AGAIN, WHO CARES???

HEHE takdalah saja je nak gurau-gurau. Eeeeeeeeeeeeee rindunyaaaaaaaaaaaa blog ni!!! afeeqahazwany dot blogspot I MISSSSSSSSSS YOUUUUUUUUUUUUU!!!

Saya baru ja balik bercuti dari Kuantan. Kalau pergi Kuantan, must stay dekat Hyatt Regency sebab ada pantai. I LIKE. Sebab pantai adalah simbol romantik. Saya suka. I like. Saya suka. I like. Saya suka. I like.

Saya macam ada baaaaaaanyaaakk bangetz benda nak ceritez. Tapiz sayez tak cukup masez sebab sayez nak tonton Harry Potelz and The Chamber of Secretz kat HBO kejap lagiz. OH WHAT HAPPEN TO ME? I'M TOO EXCITED DAPAT TULIS BLOG! OH PLEASE I'M BEING RIDICULOUS RIGHT NOW! But lately i love to sebut perkataan 'bangetz' taw sebab haritu terbaca Kak Yuni (my bibik) punya inbox.

'Makasi bngtz (bangetz) yea yuni.. blablablabla...'

That word seems too cute to me.. HAHA trylah sebut bangetz banyak banyak kali. Confirm awak rasa macam comel je sebut gitu. HAHA oh please jangan ejek saya poyo sebab saya sedang menikmati perasaan teruja saya sekarang.

Oh, sedang hujan lah sekarang. How I love hujan malam. I think its romantic. Hujan pagi lagilah romantic tapi jadi tak romantic kalau hujan pagi pada hari sekolah. Oh basah makeup mak!

Cakap pasal sekolah, minggu depan sudah sekolah! Saya suka sekolah saya suka sekolah saya suka sekolah saya suka sekolah saya suka sekolah saya suka sekolah saya suka sekolah x40. Moga-moga sampai akhir tahun saya suka pergi sekolah. Senang jelah kan, pada saya kalau nak jadi suka pergi sekolah, niatkan dalam hati, Aku pergi sekolah kerana Allah. InsyaAllah hari-hari kita di sekolah akan dipermudahkan oleh-NYA. Mudah nak dapat ilmu, mudah nak lakukan tugas, mudah nak jadi baik & rajin & sebagainya. YA ADIK-ADIK SI BUDAK SEKOLAH? INGAT TAU!!!

Alamak dah pukul 8.59 PM! Adakah saya perlu teruskan entry ini??? Alaaa my Harry Potelz dah start!! Owwwwwwww i'd better go!

Kita jumpa lagi di lain entry. InsyaAllah =)

Sunday, December 12, 2010

The Short Trip

Helo ebriwannnn!

Since saya rasa macam saya perlu upload gambar saja, so boleh tak saya biarkan entry ni dinamakan seperti entry bergambar SAHAJA? Tanpa apa-apa captions or short story perhaps? eheeeheee...





Memandangkan semasa di Times Square, kami agak 'sibuk' mengehem ehem, jadiknya, camera pun cuma menjalankan tugasnya pada hari kami hendak pulang ke JB. Jadiknya, memang tak berapa nak ada sangatlah gambarnya. ihihi..

Apa itu mengehem ehem?eheee... teka teka! yelaa...memanglah main dekat theme park dia.. tapi saya nak jawapan lain! hee rasanya semua orang pun dah tahu. cuma saya dengan Rah je baru tahu betapa heavennya shopping di situ. Murah bebeno! Tak tahulah taste orang lain macam mana kan, tapi bagi saya dan Rah harga tidak menjadi isu besar. As long as dia cantik, saya bedal ja. Apa-apapun, mesti kena pandai pilih. Salah pilih, memang nampak jelek lah. Sama je branded ke unbranded ke.. Sebagai contoh, saya ada sepasang 5 inch Nine West high heel dan sepasang lagi 5 inch Vincci high heel jugak. Siapa tak kenal Nine West dan siapa tak kenal Vincci kan? Jauh juga lah jurang perbezaannya. Tapi saya pakai beberapa kali je Nine West tersebut sebab tak selesa berbanding dengan Vincci murah tersebut. Selesa dan vogue seiring! Suka! Nampak di situ? So lu pk lah sendiri sebab gua dah mula bosan menghadap entry ni! haha

Have a lovely days everyone! :*

Monday, December 6, 2010

Akan selamat berada dalam kantung memoriku hingga ke akhir hayatku, CEWAHhhh ;p

Selain berpantun, aku ni suka juga bermadah berpuisi bagai ni, tapi unfortunately lah kan, kurang berbakat rupanyaaa.. Tengok jelah title kat atas tuh, entah apa yang aku cuba sampaikan entah...tapi kan kawan-kawan pembaca sekalian, tinggi harapanku agar engkau tahu apa yang cuba aku sampaikan sebenarnya... Taknaklah jadi macam ; Harapan tinggi menggunung, apakan daya....tangan kontot! hehe gurau-gurau manja! Pinjam peribahasa Cik Hafidzah, selaku guru BM kuuu... ;p

Okay, beberapa hari lepas, wartawan Utusan Melayu ada call aku, nak interview katanya. Sekarang ni interview boleh call2 jer, kalau nak selitkan gambar, bolehlah dorang amek kat arkib je sebab dorang ada simpan gambar-gambar tu semua. Yelaaa takkan ku lupa sesi photoshoot kat Utusan dengan 3 persalinan lepastu satu persalinan berapa kali shot beb! Jenuh aku dok pikiaq pose apa kena buat. Tak habis-habis pose yang sama. Well, aku bukannya terror pose sangat. Pose setakat nak upload kat facebook bolehler..hahaha.






Tadaaaaa! Terima kasih kepada rakan facebook ku, Keyratira sebab bagitau muka aku keluar Utusan harini..haha.. Masa wartawan tu interview aku, segan pulak aku nak tanya bila cerita aku keluar, nampak cam poyos-poyos lah pulak, so aku diam jelah..heee.. Hmm montel jugak aku ni kan..haha baru ku sedar.. :P Tapi masa photoshoot ni, Kak Azi makeup artist dengan Kak Iza dok kata aku dah kurus. Tapi memang masatu aku mengalami pengurangan berat badan pon cuma gambar ni tipu! Tapi sekarang aku telah montel seperti sediakala..haha


heheheheheheeeeeee...



Oh ya untuk pengetahuan, setiap kali tahu GM3/diri sendiri masuk paper, mesti pulun nak beli paper..heheee... Tujuaannya ialaaaahhhh......










FRAMEKAN DEKAT RUMAH! hehe... ade few pictures yang diambil semasa malam final yang telah diframekan juga gambar bersama Tun Mahathir yang juga telah diframekan. Ada beberapa lagi yang belum sempat diframekan. Pada pendapat aku, ni je lah antara kenangan manis yang dapat diceritakan pada anak cucu aku nanti..haha.. Sepanjang dalam GM pun aku tak bawak camera, tu yang kalau tau masuk paper je, wajib beli paper tersebut sebab nak framekan dia! Gambar bersama Tun pun minta belas ikhsan Kak Dayah (pinjam camera Nor Hidayah Samsudin, hehe) untuk rakamkan dulu gambar bersama Tun Mahathir. Tun sangat sporting & sangat cute! :)

Paling tak boleh lupa...haha... Masa pertama kali kitorang masuk paper (Metro) semua dok pulun call parents laa, classmates laaa, pakwe laaa, sedare mare laa suruh beli paper harini juga! Maklumlah kami semua takde kesempatan nak beli tu yang ASAP call waris suruh beli paper.haha lawak!

Kali kedua ke ketiga (tak ingat) keluar paper, terus cerita tak sedap, ingat lagi, 'Gadis Melayu Tunjuk Taring' oleh CAK (Cerita Artis Kita).. haha laaagilaaa lawak! Takde kena mengena langsung. Kitorang tergelak je baca cerita tuu..

Hmmmm.. Such a vewy vewy vewy sweet sweet moment ever! ;)

SUDDENLY I WANT TO WRITE

OH.. Sesungguhnya saya benar-benar dalam mood ingin pergi bercuti sekarang! Pergilah mana-mana tempat yang peaceful, yang ada theme park juga yang sejuk dengan udara yang bersih. Gold Coast lah kot dalam bayangan saya sekarang...huu...




Ibu suapkan banana split! Yummmmaaaayyyyy!!


Daannnn... tiba-tiba rasa macam nak upload jambangan bunga yang dapat masa malam final Gadis Melayu 3 yang dah layu selayu-layunya sekarang! haha.. ada yang berpendapat, baik laaa bagi sijil daripada bunga sebab at least sijil bolehla diframekan berbanding bunga yang akan layu. Takpun bagi bunga plastik! Saya rasa better kot...sekurang-kurangnya bunga plastik tu 'hidup' sepanjang zaman...ngeee.. Saya pun bukannya sentimental sangat.. as long as bunga plastik tu tampak hidup dan akan 'hidup' sepanjang zaman, saya rasa okay ja....hehe.....

Saya tak beridea sangat harini tapi mood untuk menulis blog masih ada dan segar bugar dalam jiwa nih.

OH! OH! OH YA! Kena share ni! Kena share! :D

Semalam saya tonton Harry Potter & the Deathly Hallows buat kali keduanya! Pertama di, The Curve. Keduanya, di Jusco Tebrau City. Masih....ya... MASIH! Masih teruja menontonnya walaupun buat kali kedua. Taktahulah kenapa, saya suka dan teruja dengan spells-spells mereka. Masa kecik-kecik dulu, saya berimpian ingin bersekolah di Hogwarts...memiliki tongkat sakti dan berkawan dengan Harry Potter. Tapiiiiii kamonlaaahh kaaann mati hidup balik pun takkan dapatnya bersekolah di Hogwarts tu sebab Hogwarts tu pon bukannya wujud ponnn...haha..

Oh ya, saya pernah buat buku skrap yang semuanya cerita tentang Harry Potter dan saya senaraikan kesemua spells yang saya tahu berserta dengan tujuan spells tersebut. Ee bessssttt.. Saya teruja betullah! Kalaulah saya ada wand...

Oh ya pembaca semua. Saya bercadang hendak mendelete entry-entry merepek saya sebelum ni. Bila saya baca semula, saya rasa geli geleman..ahaha.. Well, lumrah hidup kan. Nanti bila umur saya 23 tahun ke, bila saya baca balik entry ni, maksud saya entry yang saya sedang tulis sekarang ni, mesti saya rasa geli geleman juga. Tapi takpelah, sekarang saya rasa entry ni boleh diterima lagi.. HAHAHA...

Thursday, December 2, 2010

Yayay dah dapat yayayy


senyum juga walaupun kepalaku sedang pusing!

my beautiful sister.. shes poyos oso! :P

Seriously lah, akibat daripada hal semalam, sampai harini aku takda mood! hisshh.. Aku pelik betulla kenapalaaa kannnn susah sangaaaattttt nak cari buku STPM sekarang! Dekat Harris takde, ingatkan dekat Badan Cemerlang ada...pun takde jugak! I mean buku rujukan! Memang hampehs. Adela beberapa ketul tapi tupun memang tak memuaskan hati langsung. Yang ada punn..Mikroekonomi laaa Makroekonomi laaaa eeeeeee sejak bila pulak lah aku amek subject pelik-pelik tuh.. Sabar jelah wahai hati...

Sampai mata aku dah berpinar-pinar dah dalam tu. Maklumlah dahlah rabun lepastu tak pakai specs atau contacts lepastu dok terjengah sana terjengah sini, mana tak pening. eee memang menduga kesabarankuh.

Tapi terpujuk juga hati ni bila dapat beli Kalau Ya, Katakan Ya! & Jangan Main-Main by DR TUAH OF COSSS! homaigoaaattt teruja mak you!

Okaylah till here. Daaaaaaaaaaa!

Wednesday, December 1, 2010

Jom Kongsi!

Beberapa minit yang lepas, saya sudah pun tamat membaca Bukan Main Lagi oleh Dr. HM Tuah Iskandar. Ya...beliau merupakan kegemaran saya :)

Bila dah habis baca, saya rasa bosan sebab dah takde apa yang nak dibaca lagi. Saya pun korek sana korek sini kot-kot saya ada terbawa beberapa buah lagi buku-buku motivasi dari rumah lama (kebanyakannya seingat saya, belum lagi nak diangkut). Cari dan cari, saya pun bukalah laci meja sisi saya yang terbawah sekali lalu secara tiba-tiba mata saya bercahaya! wink wink! (*.*)

Terdapat beberapa buah buku yang terdiri daripada,

Jom Jaguh - Dr Tuah
Membina Peribadi Anggun - Dr Tuah
Membina Jiwa Serasi -Dr Tuah
Mak.. Abah.. Redhailah anakmu - Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood

Saya capai buku feveret saya, Membina Peribadi Anggun. Dah agak buruk buku tersebut. Terlipat sana sini. Ada beberapa helai yang saya sengaja lipat sebab terdapat isi-isi penting di dalamnya. Ada juga beberapa ayat yang saya highlight sebab mempunyai maksud-maksud tertentu. Satu lagi perkara yang buat saya suka sangat buku ni dan menganggapnya sebagai comel adalah tiap kali ada perkataan sayang, mesti ada bentuk love kat sebelahnya. COMEL SANGAT! hee... Sebagai contoh,

Semakin dalam rasa cinta dan sayang ♥ anda, semakin sakitlah apabila anda dikecewakan.

Sayangilah ♥ diri dan cintailah dia, setulus hati anda. Tinggalkan dengan langkah yang teratur andai anda terpaksa pergi.


Baiklah,
Kemudian, saya capai juga Jom Jaguh. Isinya ringkas tetapi sangat padat. Selak dan selak, terselak pula Bab 36, Kisah Orang Bulan Jun..hehe...ehem ehem ehem..

Apa dia ciri-ciri orang yang lahir bulan Jun?

Imaginasinya tinggi, ada wawasan dan minda futuristik, bersikap baik dan lemah lembut orangnya (ehem ehemmm!! ;p) tapi sukar difahami kerana sikap, perangai, idea dan mood yang mudah berubah.

Kiranya anda ni orangnya macam iguana gituuu (Dr Tuah yang kata!! :P). Susah difahami dan mudah berubah-ubah mengikut mood korang je. Ini yang orang mudah cepat bosan dengan anda. Oleh itu, kurang-kurangkan.

Lagi?

Idealistik tapi kadang-kadang terlalu banyaklah pulak. Lepastu, mudah pulak terasa (kena setepek dekat muka hakuh! sobbss...). Ish, janganlah sensitif sangat (Dr Tuah kata..). Orang yang tahan gurau, best tau berkawan dengan dia. Kita boleh kutuk-kutuk dia untuk lepas geram, baru ada mesra.. =)

Lagi?

Anda seorang yang rajin berfikir. Baguslah tu.. Fikir-fikirlah dan jangan tak fikir. Lu pikirlah sendiri, ha.. Kalau selalu buat sesuatu dengan bertangguh, memang selalunya kerja kurang beres (kena setepek lagi dekat muka haku!! uwaaaa...).

Dr Tuah kata, berubahlah dik, abang, kakak..

Anda juga terlalu memilih dan sentiasa mahukan yang terbaik. Psikologinya, anda cepat marah tapi cepat pula sejuknya dan suka berdebat dan bercakap, gemar bergurau dan berlawak (ha ni haku kenal siapa...hehehehehehe....). Senang cakap, anda ni memang boleh dibuat kawan atau mudah didampingi dan mudah mendampingi. Hmmm bagus ciri-ciri anda ni! (Dr Tuah kata ehhhh...hihi)


Masih lagi kisah orang bulan Jun.. :)

Anda kelahiran bulan Jun? Kalau tak, tak bermakna tak berguna untuk anda. Mungkin boleh gunakan untuk mengenal pasangan, kekasih, tunang, kawan, anak bahkan cikgu dan juga bos anda.

Baiklah kita sambung. Orang kelahiran bulan Jun selalunya seorang yang tertib lagi bersopan (fewiiitttt ;p). Dr Tuah kata lagi, Amboiii..patutlah popular dan sering dicemburui.. (Dr Tuah yang kata okkaaayyyyy...)

Lagi?

Orangnya kemas dan suka berkemas. (haku kenal siapa jugak....hihi....)

Satu lagi sikap anda yang tak baik ni, boleh cepat bosan dan bosannya tu sukar diramal bila. Alamak, ni yang kadang-kadang buat orang 'angin' kat anda. *Ha, ni macam tepat jer!

Nak selit sikit! hehe... Pada suatu hari tu, aku keluar lepak bersama seseorang yang lahir pada bulan Jun dan berzodiak Gemini (sama macam aku). Aku pasang lagu through my handphone. Aku ingat lagi lagu tu lagu The Way That I Love You by Alicia Keys. Tak sempat habis, bahkan tak sempat korus, aku dah tukar ke lagu lain. Beliau bertanya, 'Eh, tak habis lagi dah tukar?' Emm..saya cepat bosan. Simple je jawapan aku. Beliau berkata lagi, 'Ye, geminians memang cepat bosan.' Akui beliau. Olrait, apa kata Junians & Geminians yang lain di luar sana?heee...

Sambung sambung!

Anda juga cerewet orangnya dan kalau terluka hati, susah nak sembuh. Kuatkan sikit hati dan jangan gembeng sangat. Rawat hati dengan kuatkan semangat, jangan asyik nak bersedih je..

Ikut kajian seterusnya, tak wajib betul harus salah, anda seorang yang suka barangan branded dan sanggup berhabisan untuk dapatkannya. Salah? Tak salah, sebab itu memotivasi diri anda, asal jangan benar-benar jadi susah sebab nak ikutkan sangat gaya tu.

Akhir sekalu, anda sangat degil. :P Degil ada dua, satu positif dan satu lagi negatif. Yang positif, anda tak mudah kalah oleh kekalahan dan ada semangat juang untuk mencuba lagi. Negatif pulak, kadang-kadang anda macam lost gitu. Jomlah sama-sama berubah untuk mencerlah! :)


Dalam buku Membina Peribadi Anggun pula, saya ingin kongsi dengan anda beberapa ayat yang saya highlight yang saya rasa cam best jer..hihih...


-Cinta itu terjemahan pada kasih sayang ♥ dan belaian sayang ♥ penuh ikhlas.

-Bermanja-manja adalah proses semula jadi dalam memupuk kasih sayang ♥. Kucing kalau pandai bermanja-manja, kita akan membelainya dengan penuh kasih, tapi kalau asyik meleset-leset di kaki kita hingga kita hendak berjalan pun payah, itu namanya mengada-ngada. Kita tak segan-segan menyepaknya hingga terpelanting ke dinding. *Dalam maksudnya nie...

-Jika akalnya setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Jika hatinya separuh kaca, kuatkan dengan iman. Jika perasaannya selembut sutera, hiasilah dengan akhlak dan kasih sayang ♥.

-Jangan bandingkan isteri anda dengan Siti Fatimah, kalau anda belum seperti Sayidina Ali.

-Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan Allah? Siapa kita untuk mengatakan ciptaan Allah itu tidak cantik? Siapa kita untuk mengatakan diri kita tidak cantik, sedangkan kita dicipta oleh Allah?

-Anda adalah cantik. Anda bukan saja cantik bahkan menarik sekali. Anda akan bertambah cantik jika disulami akhlak, peribadi dan pegangan agama yang kukuh.

-Rindu itu indah. Maka nikmatilah keindahannya. Usah terlalu rindu, nanti hilang nikmatnya bertukar menjadi pedih.

-Rindu itu nikmat untuk dirasai, tetapi rindu yang tak terbatas hanya akan membuatkan anda lemas tak berkesudahan.

-Kita boleh menjadi kuat jika kita ingin kuat dan kita boleh menjadi lemah jika kita mengizinkan diri kita untuk menjadi lemah.




Tu jelah kot buat masa ni..hehe..
Kita kongsi lagi di lain hari..

Yang bestnya, esok saya akan ke Badan Cemerlang untuk mencari lagi buku-buku motivasi kegemaran saya! YAYYYYYYYYYY! =)