Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Sunday, November 28, 2010

Saya masih di sini :)

Mesti kena...mesti kena...mesti kenaaa..........

Mesti kena update blog!!!!!!!!!!

Boleh mati cemburu sebab tengok semua dah update..hish ;p

Takdelaaa....berat sikit nak update...sebab apa tauuuu... Sebab takda gambar baru. Bosan kot nak update camni.. bosan ah bosan bosan.

Nak update ke taknak, nak update ke taknak....nak ke taknak...

Esok jelah aku update. Ni lah masalahnya kalau camera punya memory dah full. Pegi jalan mana-mana pun jadi malas nak bawa camera gemok tu ke hulu ke hiliaq. Makanya, takdalah gambar-gambar baru gua...hihihh...

Takpelah...okaylah....


Dah janji dengan awek nak pergi date,
Awek namanya Siti Kelembai,
Bila blog dah malas nak update,
Mohlah saya ucapkan BYEEE..



eh..eh..


Memandangkan saya merupakan peminat setia Harry Potter sedari zaman Sorcerer's Stone, jadi saya rasa amatlah loser kalau saya terlepas walau satu siri pun! ceh.. harus ke boldkan amatlah loser tersebut? hihi

Mula-mula saya dah terlepas Half Blood Prince, hish! Sebab masatu saya SPM kan, jadi saya pun terkocoh-kocoh beli DVD dia, maka tontonlah saya akan siri tersebut.

Jadi saya ingin menyatakan di sini, amatlah lega hati saya apabila saya sudah pun menonton siri Half Blood Prince kerana kalau saya tidak menontonnya, saya tidak akan tau kejadah HORCRUX apa yang mereka 'care' sangat dalam siri Deathly Hallows.

Alamak tak jadi nak tutup entry!! Uwaaaaa nak cerita lagi! Nak cerita lagi! haha mengada-ngada tahi kuda :P

Ohya, takda Hogwarts langsung dalam siri HP 7 nih. TAKDE. Dann..... Severus Snape jadi pengetua kot... eee jahat.

Fleur Delacour kawen dengan Bill Weasley. Ingat lagi tak Fleur Delacour? Dia dari sekolah Beauxbaton Academy. Alaa dalam siri Goblet of Fire kan ada Beauxbaton Academy dengan Durmstrang Institute tuu... Oh how I love Viktor Krum!!

Tapi wedding mereka kena kacau dengan Death Eaters... eee jahat.

Okaylah dah cerita. Nanti yang belum tengok rasa tak surprise pulak.. ;p

Persoalannya, ada berapa lagi Horcrux yang wajib dihapuskan setelah cincin pusaka, Diari Tom Marvolo Riddle dan rantai loket yang baru saja dihapuskan.

Jawapannya, kemungkinan ada lagi 4 Horcruxes sebab kesemuanya ada 7. Dengan terhapusnya kesemua Horcrux, maka, akan tamatlah riwayat Lord Voldemort. YAYYYYYYY! Padan muka.

Nantikan Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 ya!!

Friday, November 19, 2010

Inilah kehidupan

Kadang-kadang saya jadi takut. Takut nak berkongsi cerita, takut nak buat itu buat ini, takut tersalah cakap dan sebagainya. Almaklumlah, takde siapa yang sempurna kan, dan tanpa kita sedar, perbuatan dan perlakuan kita mungkin tak dapat nak memuaskan hati sesetengah pihak. Biasanya kita selalu dengar ayat ni, eeeeeeeeeeee tak puas hati betulla aku dengan dia ni! **&^%$#$@

Ada sesetengah pihak pula, suka sangat sangat sangat nak tengok & bercerita perihal keburukan orang lain. Barangkali kerap kali terlupa nak 'belek diri sendiri di cermin'. heh.

Paling yang selalu berlaku dalam kalangan kita sekarang, keburukan seseorang ditokok tambah lepastu dicanang-canang tanpa rasa bersalah langsung! Padahal, diri sendiri pun dua kali lima atau mungkin lagi buruk lagi. heh.

Saya tak faham langsung mengapa wujud spesies-spesies ini dalam kalangan kita. Memang boleh dikategorikan sebagai 'serangga perosak'..hehe...

Kalau saya lah kan, senang je, doa je kat Allah sebab doa orang yang dianiaya ni dimakbulkan. Dan orang yang sering berkata-kata buruk terhadap orang lain ni hidup dia takkan tenteram dan sering ditimpa bala. Maklumlah, sekarang Allah bagi cash je. Akhirat nanti lain cerita lah ye!

Paling ngeri, kalau dah main fitnah memfitnah. MashaAllah...

Nak tips hati bahagia tak? Senang je.... lihat kebaikan orang lain dan lihat keburukan diri sendiri.

Sedar-sedarlah, kita ni hambaNya yang tak sempurna lagi sering buat silap. Maka, kita semua sama je. Kau ada lebih, aku ada lebih..kau ada kurang, aku pun ada kurang. Kenapa susah sangat nak fikir macam tu? Think positive!!

Hentilah berkata buruk terhadap orang lain. Katakan TIDAK kepada perasaan tidak puas hati lagi berdendam. Hodoh perangai macam tu. Terpancar di wajah tau kalau hati kita ni busuk..ish..ish....patutlah takde yang tertarik walau cantik mana pun anda...huuu

Ubatilah penyakit hati yang sedang dihidapi oleh anda. Mungkin anda boleh mula membaca buku-buku motivasi tertentu. Saya sarankan ;

Membina Hati Bahagia, Dr HM Tuah Iskandar.
Membina Peribadi Anggun, Dr HM Tuah Iskandar.
Membina Jati Diri Gemilang, Dr HM Tuah Iskandar.

Saya suka Dr Tuah jer! hehehe....

Paling penting, ingat-ingatlah Allah selalu. Dan jangan lupa, THINK POSITIVE! =)

Semoga anda bertambah matang dan ceria tanpa penyakit hati yang membelenggu jiwa anda..hee!





*peringatan khas buat diri sendiri dan anda semua!







Barakallah. :)

Wednesday, November 17, 2010

Saja-saja post


Tau...dah upload kt fb tapi suka gambar ni, senyuman di luar, debaran di dalam. rindu sangat :)


sukarelawan..hehe..


gelak-gelak juga, ketaq-ketaq juga, maklumlah sebelum diumumkan top 5....


YEAH TOP 5! :D


With my beloved Kak Ct merangkap pengantin baru. hehe! Selamat pengantin baru Kak Ct! :D


Feeqa with Fieqah and Mia! ♥














Kelmarin,


Puan Fadzlina, cikgu pengajian am 1 :)


Ini dia Cikgu Shikiiinnnnnnnnnnnnnn...!! :)













Sejak dua menjak ni saya suka sangat sangat sangat makan jagung manis Daily Fresh lepastu suruh dia letak susu banyak-banyak! eee sedaaaaaappppppppppppppp!! Suka! Suka!

Harini ibu masak best. Saya makan banyak. Tapi saya tak kisah. Kata pun raya kaaannn.... Ala buatpe nak takut, saya kan ada Premium Beautiful... ;p

Okay, selamat menyambut Aidiladha semua! Maaf zahir batin! Muuaaahhhh!!

Monday, November 15, 2010

Hari Keluarga Pengawas & Majlis Abadi di Sanubari

Alhamdulillah selesai sudah minggu sibuk yang telah diperkatakan pada entry lepas.. syukur..syukur...

Hari ini merupakan hari wukuf di Arafah kan? Doa banyak-banyak ya. Hari ini juga merupakan antara hari yang paling mustajab berdoa. Maksudnya, doa kita akan dimakbulkan dengan izinNya.

Sebelum itu, marilah kita sama-sama menyedekahkan Alfatihah atas pemergian arwah anak kawan ayah, Allahyarham Zulhilmi (kurang pasti nama penuhnya)......
Subhanallah, arwah pulang ke rahmatullah pada hari Arafah. Sepanjang yang aku kenal, arwah ni memang baik orangnya. Seorang anak yang soleh dan sangat menghormati ibu bapanya. Arwah juga selalu menyertai pertandingan musabaqah dan sering mendapat Johan. Bila aku beraya rumah dia, aku kagum tengok piala-piala arwah dan adik-adik arwah yang tersusun berlambak-lambak dekat hall rumah dia. Adik-adik dia semua budak musabaqah. Kalau mereka dah mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran tu, memang terpana kita dibuatnya.. Jangan kasi can kat orang lain nak dapat johan. Mereka adik beradik pun hebat dalam akademik :) Baru-baru ni kan, arwah musabaqah hingga ke peringkat negeri, hadiahnya ialah menunaikan haji. Tapi dia bagi hadiah tu kat ibu ayah dia. Sekarang ni parents arwah sedang menunaikan haji.. YaAllah tabahkanlah hati keluarga arwah... Arwah accident tengahari tadi. Jatuh motor lepastu ada motor laju langgar dia. Aku tak dapat nak bayangkanlah..

Ayah kata ayah sedih dalam gembira. Arwah pergi pada hari istimewa. Allah memang sayangkan orang-orang macamni... Umur dia baru 20an Allah dah amek dia. Ayah kata perjalanan arwah ke Syurga lebih cepat.. amin... Sayang sangat kita kehilangan orang-orang yang hebat dunia akhirat. Tapi ternyata, Allah lebih menyayanginya.

Al Fatihah buat Allahyarham Zulhilmi...










Okaylah sampai situ je.

Jom masuk cerita lain... :)

Sabtu dengan Ahad yang lepas aku ke Desaru. Ada jamuan pengawas. Walaupun belum officially jadi pengawas, tetapi atas tugas menjadi pengacara majlis dan sebab-sebab lain yang biarlah rahsia aku pun joinlah hari keluarga pengawas tu. Bestt kott!! Aku rasa dah lama sangat aku tak join benda-benda camni. Sekolah lama? haremmmm.... :P Especially camping-camping apetah, lagilah aku tak join. Seumur hidup aku tak pernah bercamping kecuali masa tasking dalam hutan masa GM dulu..haha tu yg kekok semedang ;p

Game masa petang tu memang gila punya game! Haha.. Paling aku tak boleh lupa ialah game Lari Mabuk!!

Tengoklah gambar aku lari ni! haha.

credit: Faris Ridhwan :)


Mula-mula aku ingat game ni just macam kau buat-buat mabuk sambil lari. Siapa yang paling menjadik, dia menang. Rupanya tanggapanku salah sama sekali!
Aku pasti you ols sume penah main. Aku je 1st time. bagi yang tak tahu macam aku mula-mula dulu, game dia camni, kau lari dari hujung sini sampai hujung sana. lepastu dah sampai sana kau tunduk sambil jari jemari mencecah permukaan tanah/pasir/lantai lepastu kau pusing 360 darjah sebanyak 10 kali and lari semula ke tempat kau mula tadi. Aku punya turn dah hujung-hujung. Aku tengok sume bebudak team aku lepas pusing je jalan meleweh-leweh sampai langgar tiang laa, terjatuhlaa, terlanggar orang la.. Aku ingat dorang just mengade gedik-gedik buat-buat pening. Sekali sampai turn aku, masyaAllah pening gilerrrrrrr! Baru pusingan ketiga aku dah lalok. sampai ke sepuluh je nak pitam rasanya. Aku rasa aku dah set otak aku JANGAN MELEWEH! tapi badan aku terhuyung-hayang sebijik macam orang mabuk. lawak kot. Aku sampai langgar-langgar bebudak dgn cikgu-cikgu kat tepi tu. dorang tolak balik aku ke tengah, aku tersenget balik ke tepi. macam tulah seterusnya sampai ke garisan penamat. haha lawaakkk!!

Game lepas-lepas tu aku tak main dah. bebudak form 1 tu nak main sangat, aku kasi can. Tapi game Limbo Rock yang jalan leperkan badan dekat palang tu aku surrender. Sumpah aku tak reti leperkan badan. Gua bab-bab sukan berpalang ni memang gua tak boleh pergi ah termasuk lompat tinggi. Gua tak reti skill dia. hahah.

Lepas je game, lari balik bilik sebab nak cop bilik air. Satu chalet 9 orang, bilik air satu. Aduduhh.... Aku lari dan lari sehingga kalah bebudak form 1 yang kurus tu. Bangga sebab si gemok yang menang...hehe... Siapa cepat dia dapat ah. Akhirnya.......aku dapat giliran kedua untuk mandi! Wah not bad. Tapi bebudak form 1 tu potong line gua, gua tak kisah ah sebab gua masatu iron baju, tuptup giliran mandi daripada kedua jadi kelima. Okay ah fine :P


Gedebak gedebuk mandi, solat, pakai baju, makeup, gua pun dah siap. Pukul 7.40pm camtu aku pun mula menapak ke tempat jamuan sebab emcee kenalah datang awal kan... :P
Dari chalet ke tempat jamuan sangat gelap. Menakutkan. Baju caftan aku dah aku angkat awal-awal. Apa-apahal gua dah standby nak lari..walaupun..................gua pakai heel lima inci ;p

Bebudak form 1 tu dah jalan kedepan sebab mereka tak pakai heel. Aku je tertinggal kat belakang bersama sorang budak ni. Sekali je dia kata, 'Kak apatu kak??' Aku pun toleh ke belakang. Astaghfirullah apa pulak tu.... Aku berhenti...aku tenung lama-lama objek putih yang kelihatan sedang berpeluk tubuh tu. Kain caftan aku, aku tarik lagi tinggi..konon standby dah ni nak pecut.

Hek eleh.... tembok jambatan je kot... Tak jadik peluh kt muka aku nak keluar..syukur...makeup tak jadik nak cair...

Gedebak gedebuk, majlis pun bermula. Nampak kelibat kekasih hati berpakaian shocking pink sama kaler dengan aku. Tapi kekasih hati balik awal lalu aku marah dekat dia sebab tak sempat nak bergambar. Meluat taw! Balik awal kenapa?? eeeee......

Saya kena balik lah awak. Saya mengantuk dah ni...

Alaaa setahun sekali je kan majlis ni...rileklah dulu...

Apanya awak ni saya nak baliklah, dah pukul berapa dah ni!

Eh, balik rumah ker? Ingatkan tidur kat sini..hehehe...

Lebih kurang macamtulah perbualan kami. Aku pun ingat-ingat lupa. Sempat juga aku hantar sms semasa si kekasih sedang dalam perjalanan pulang,

'Slmt mlm cikgu! Miss you already! hehe...'

Kekasih hatiku itu merupakan Ketua Guru Disiplin sekolah merangkap cikgu BM aku. CikHafidzah Binti Nasir. BINTI OKAY??? HAHA padan muka you ols tertipu. :D




Me with Leo. Rakan setugas. Mula-mula aku marah juga dengan Leo ni, last minute baru nak jumpa aku, nak jadi rakan se-emcee ku lah konon pada malam tu. Aku dahlah tengah kelam kabut, jam tu lah dia nak menyemak-nyemak.

Tapi bila fikirkan balik di sebalik tabirnya, Allah telah makbulkan doa aku dengan cara 'menghantar' Leo kepadaku.

Doa aku sebelum majlis berlangsung: yaAllah kau permudahkanlah urusanku, kau lancarkanlah perjalanan majlis ini sebentar lagi..kau permudahkanlah tugasku sebagai pengacara majlis pada malam jamuan pengawas ini yaAllah....

Ya. Aku ingat lagi sebelum start majlis, Leo kata camni, saya akan ringankan beban awak pada malam ini okay?

Sungguh, aku rasa 'ringan' sangat masatu. HEY! bukan sebab aku tak makan haha... sebab Leo tolong aku banyak... :)
Thank you so much Leo walaupun lu agak poyo ;p





Ni dia bebudak form 1 yang menggamatkan suasana. Gilalah mereka ni sangat hyper! hehe.. sampai aku cakap kat Fanna, hish dahsyat betul dorang ni kan.. tapi takpelah Fanna, aku dulu masa form 1 pun jenis stok-stok cepat teruja camni...hahaha

Oh ya, malam tu ada bergambar dengan Aemir Fashaa. Tapi takyah ah upload kat sini..heheh :P
Aemir Fashaa nama macam artis kan? yelah kot. artis sekolah sebab the most charming boy in school.. cewah..tapi pemalu orangnya. dont worry ada gelfren dah kot and baru form 5. tak seswaaiiiiiiii.... :P :P


gedebak gedebuk tibalah hari ini iaitu hari Isnin. Jadi emcee sekali lagi dekat Hotel Selesa JB untuk Majlis Abadi di Sanubari iaitu majlis perpisahan form 5 and prauniversity 1. 6 Atas lah kiranya... mereka kan nak amek spm dgn stpm lagi seminggu.. Best of Luck bytheway guys!!! :D




Dapat copy satu gambar je from Saddam Qhazami. Our school's photographer..hehe.. ni jelah keje haku. copy gambar sendirik from sape-sape punya album.. ;p
tengah tunggu Faiqal Syafiq upload gambar gedik haku dengan Cikgu Shikin ni!
Nanti I'll upload kat entry ni! teheeee....

Wednesday, November 10, 2010

Pantas dan penuh makna

Minggu sibuk.
Cepatlah berlalu wahai minggu yang sibuk.

Siapkan exam's paper lepastu baru boleh fokus untuk hari Sabtu ni!
Ingatkan harini merupakan hari yang teruk tapi alhamdulillah takda apa yang teruk sgt. Malah tengahari tadi rasa macam dalam hati ada taman sebab terbaca nota kecik yang comel, istimewa dan penuh makna.
Tersengih sorang-sorang. Hati berbunga gembira.

Nota kecik yang dimulakan dengan,

Istimewa buat Afeeqa Hazwani,


dan diakhiri dengan


Sayangku selalu,


EHEM!

Bukan seperti yang anda fikirkan. Okay? :)

Monday, November 8, 2010

My Choice For Life..hehe

Today was good. Except bila balik sekolah, aku rasa macam pening gila-gila punya. Mentari membahang sampai kita rasa macam pedih menusuk-nusuk sekitar mata. Haish.

Sabtu ni ada jamuan pengawas dekat Desaru. Haku join. Ditugaskan menjadi emcee..well, i'll try my superb lah. Tapi Rah tak pergi pulak! Dia pergi Genting dengan tawan-tawan dia. ;p

Oh ya. Since Gadis Melayu dapat tajaan utama daripada Hai-O My Choice For Life kan, so aku rasa macam aku nak cerita sikit pasal Premium Beautiful! HAHA takda cerita lain ker? Myself pun telah dipilih oleh Hai-O sendiri untuk memegang gelaran Gadis Hai-O. hihi... Dapatlah hamper yang penuh barang-barangan Hai-O seperti set penjagaan muka La Praise dan lain-lain lagi. Mahal kot. Cream apatah, sampai RM 400++...wuuuu...


Kami, kesembilan-sembilan Gadis Melayu dapat korset tu for free taw. Kata pun penaja utama kan....hehe.. Memang bestlah kan, bersyukur tak terhingga terutamanya bagi si gemok macam haku. :P

Nak pakai hari-hari? Aku? Tengok keadaan. Nak pakai kena kurang minum, kurang makan. Sebabnya kalau asyik nak menyahut seruan alam, nak bukak pakai, bukak pakai, memang membuang masa dan tenaga...haha..

Tapi kebaikan dia memang terbaik lah. Kata pun set korset antara yang termahal selepas Elken.

Premium Beautiful: RM 2000 sumting
Elken: Rm 4000 sumting

Sebelum join GM, ibu hampir-hampir nak belanje aku Elken. Tapi mahal subhanallah kot! Tak jadik. Ada hikmah, masuk je GM, terus dapat Premium Beautiful lepastu MMS dekat ibu, cerita gempak-gempak kat ibu! hahaha. Jakun, biasalah...

Tapi lagi, aku malas nak layan corset-corset nih...haha.. tengah belajar nak insaf dan hargai pemberian orang serta hargai lah harganya yang mahal tuh.

Premium Beautiful mengajar kita untuk control cun sentiasa. Jalan tegak, diri tegak, duduk tegak, langkah tersusun dan op cos makan tak boleh banyak (perut ketat). Bagi orang yang banyak lemak macam haku, pakai benda ketat-ketat ni boleh sesak nafas weh. HAHAHAHAHA

Okaylah dahlah. hahaha.

Sunday, November 7, 2010

Bila aku start mengomel

Menghabiskan masa hari ini dengan melayan Naurah & Piyah. Had fun with them. Mummy dia kata, dekat rumah, mereka selalu ulang skrip aku dan Kak Ct. See? Berkesan ke tak berkesan lakonan kami? haha sampai budak umur 4 dengan 3 tahun boleh tahu skrip kami siap ulang-ulang, 'Siti! Siti! 'Afiqah! Afiqah!' 'Bantuan dah sampai! Makanan dah sampai! HAHAHA what the comel!

Esok sekolah! yayyy! Perasaan? A bit confuse sebab haku rasa macam budak baru masuk sekolah baru. Lain-lain perasaan, lemme keep it as a dark secret ;)

Baru-baru ni haku realize something. Saja je nak share dengan you all. Haku taktahu lah you all pernah tak alami apa yang aku nak share ni kan. But sometimes, ada perkara yang kita rasa kita nak share secara umum..hihikk... :P

Kadang-kadang, kita tak perlu nak rasa rendah diri sangat taw sebab berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa ni, bila kita terlalu humble, people will take advantage. Kan?

Secara jujurnya, aku seorang yang pemikir dan aku mudah tafsir fikiran orang melalui raut wajah dia. Sebab tu aku cepat sensitif kot haha yelah sebab aku mudah tahu kalau ada orang mungkin tak senang dengan aku atau yang sama maksud dengannya. I'm not telling you guys lah bahawa tafsiran aku tu benar belaka yelaahh aku pun manusia jugak, kamonlah kan...

Mungkin raut wajah aku macam takde perasaan but kamonlah, aku still manusia. Aku ada perasaan. Dan lagi sekali aku nak ulang, walaupun aku baru 18, pemikiran aku juga mungkin lebih advance dari orang yang mungkin anggap aku macam tak tahu apa-apa. haha entry ini macam berbaur ingin melepaskan geram kan, habistu SO WHAT?

'Eh stop it stop it! theres someone yang tak cukup umur is here!'- Peah. tengah berbual-bual tiba-tiba berhenti pulak. seems that the topics were quite sensitive utk budak yang dikatakan tak cukup umur tersebut.

'You're nothing, you know nothing and i think you better shut up before i shut you up and vomit on your face, slut.' -yang terasa kena sound *dalam hati jelah kan....

Haku rasa haku dah belok jauh sangat.....hehe!

Haduh.. lupa pulak point asal!

Yang penting sekarang, pada aku, kalau nak rendah diri pun berpada-pada, dan pandai-pandai lah nak handle orang yang jenis suka merendahkan orang lain. Kalau jenis kepala aku, aku bidas je balik! Memang tak kasi can sebab selama ni haku kasi can, kena pijak kepala pulak. Adoiiiyaaii...

Tu jelah..hehehe...

Oh hi! Selamat berkenalan dengan the other side of Feeqa yang boleh kira rawr jugaklah! By the way I'm Feeqa, I mean the other side of Afiqah Hazwani... :P

I've many characters anyway..haha so beware!

Oh ye, tolong ingatkan saya untuk study...... huuuuu




Perangai gila kalau tak kena halau masa rehat. Yelah masa rehat kan kena pergi kantin. Ikutlah undang-undang. Oh my! Soooooooooo budak sekolah!! :P


Jaga-jaga. Saya jadi pegawai polis setiap hari Rabu.


Si skema control cun. Memang ah control cun. Kalau berani sangat, uploadlah gambar buruk sendiri dekat blog. Berani? Aku tak berani lagi...belum berani lagi...hahaha.

Friday, November 5, 2010

My Sunshine


Hai sayang Kak Iqa! Sihat? Kak Iqa rindu sayang sayang Kak Iqa nie..

Ibu cerita masa nama Kak Iqa diumumkan Top 5, sayang sayang Kak Iqa pulun dok jerit,

'YAY KAK IQA MENANG! IBU! KAK IQA MENANG KAN IBU?? HEHEHE...YAYYY..'

Ibu cerita lagi, tiap-tiap malam dok tanye, 'Ibu, malam ni ada Kak Iqa tak kat tv? Nak tengok Kak Iqa....'

Lalu ibu pun kata, 'Gadis Melayu dah habislaa Piya..Naurah..'

'Yeke dah habisss.......'

hehe takpelah Piya..Naurah.. tiap-tiap weekend boleh jumpe Kak Iqa kan?tehee...

Kak Iqa rindu mase Piya dengan Naurah kecik-kecik baby-baby duluuuu ;)

Comel sangat...


Saaaayaaangggggg Piya dengan Naurah!


Tuesday, November 2, 2010

Tazkirah hari Rabu oleh saya! eh salah, Selasa laaa....

Tiba-tiba rasa macam nak menulis entry baru pada hari ini...huehue..

Entry ini akan berkisarkan tentang........

hehe...sengih dulu.

TINGKATAN ENAM atau nama glemer dia PRAUNIVERSITI. Form 6 is fun! Form 6 mempunyai terlalu banyak kebaikan dan kelebihannya. Si bajet konon-konon taknak pakai uniform sekolah lagi la konon... kamonlaaa...kamonlaaaaaaaaaaaaaaaa weeyyy....

HAIH KAMONLAH DER!

Kolot kot. Open minded lah sikit der.

hehe...sengih lagi..apsal emo-emo neh..... :P

Takdelah kan, Feeqa pendam ni dah lama. Ada la dua ayat yang bikin haanggiiittt telinga gua dan mungkin telinga lu jugaahhh...

'Alaaa Temah..setakat si budak form 6, enam bawah ni boleh buat, takkanlah kau Temah takboleh buat....'

-budak form 6, enam bawah tu merujuk kepada HAKU. *tersentap-sentap mak, nyaaahh....

'Kebanyakan mereka masih tiada keyakinan diri terutama ada antara mereka yang masih lagi menuntut di Tingkatan 6.'

Apa kena mengena tingkatan 6 dengan si lembik, si lemau dan si tiada keyakinan diri? Tell me, apa kena mengena??

Boleh explain tak?

Tingkatan 6 is neither bongok nor cap ayam.

Simple je lah kan, nobody is perfect. Kau budak tingkatan 6 ke, apa ke, kau tetap manusia. Kau still buat silap and kau still boleh jadi hebat.

USIA ATAU TAHAP PENDIDIKAN TU BUKAN UKURAN.

Tak boleh nak buat perbandingan. Tak boleh aku cakap.

Here, masa pergi audition Gadis Melayu 3 haritu, me, myself berentap dengan arkitek, cikgu, pemegang ijazah sarjana, pendebat peringkat kebangsaan, tapi..alhamdulillah i've done my best dah telah pergi pun ke pemilihan top 22.

Masa top 22 pun, berentap lagi dengan pemegang ijazah undang-undang syariah, dan lain-lain pemegang ijazah, tapi...budak form 6 jugak yang terpilih sebagai finalis iaitu me and Diana.

Alhamdulillah, budak tingkatan enam jugaklah yang pergi ke top 5. Budak kan? Again, me and Diana.. Syukur alhamdulillah...
Kenapa tak nampak lagi?

Theres nothing dengan tingkatan enam! Takda kena mengena! Kalau kau form 6 pun, its doesnt mean yang orang takkan nampak bakat kau, orang takkan tahu kau wujud dan kau tak tahu apa-apa! Form 6 sama juga macam budak-budak diploma lain, budak-budak matriks yang lain. Apatah lagi form 6 mempunyai peluang yang sangat tinggi untuk melangkah ke menara gading berbanding pelajar matriks. Kamonlaaaaa...

Bukan sebab kau form 6, kau lembik, kau bongok, kau tak guna. BUKAN!

Tolonglah faham, dan jangan ulangi kekurangbijaksanaan diri sendiri. *Khusus untuk mereka yang memandang form 6 sebagai cap ayam.


hehe......

Sekian saja tazkirah untuk hari ini,

Wabillahittaufiqwalhidayah, wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Saya Afiqah, budak form 6. ;p

Monday, November 1, 2010

TOP 5 ♥

Okay first of all, I've opened my blog!!!!!!!!!! YAYYYYYYYYYYYY!! Happy tak? Happy tak? teheeee...

I am happy lah of cos sebab dah boleh bergiat aktif dalam dunia penulisan blog! hesh seronoknya!! :D

Oh ya, next week Feeqa dah kena sekolah balik! YAYYYYYYY lagi!!!!!! haha seronoknyaaa! Amboi happy je memanjang eh Feeqa eh... Mentang-mentang dapat voucher barangan singer berjumlah RM1000 eh Feeqa ehhh...haha..

Hish rasa macam baaanyaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat Feeqa nak cerita dekat you ols!! Sampai taktau nak mula dari mana!!hehehe

Okayla kita bikin intro dulu kayy... Hmm sebenarnya Feeqa tak target pun Feeqa dapat TOP 5. Mungkin sebab sedar diri Feeqa bukan peserta feveret..hihi.. Tapi bukan kira peserta feveret ke hape, yelaaa bukan ada undian penonton kan.. 100% from judges. So Feeqa rasa happy dekat situ sebab keputusan dia akan jadi adil seadilnya. Alhamdulillah syukur yaAllah...

Tiba-tiba Feeqa teringat satu kisah masa dekat Sua Rasa Terengganu yang betul-betul buat Feeqa down jatuh tertonggeng-tonggeng dengan hati tersentap-sentap sampai nangis tersedu-sedu lalu Feeqa decided nak ngadu kat Cikgu Fidzah ♥ Alhamdulillah Allah temukan Feeqa dengan Cikgu Fidzah.... =)

Selepas kejadian tu, Feeqa dah tak sentap lagi. Cikgu Fidzah bagi Feeqa semangat! Banyak kali Cikgu ingatkan supaya Feeqa fikir positif... Sampai sekarang kalau ingat balik kejadian tu, Feeqa rasa pedih dekat hati Feeqa....ehehe cewaahh...

Tapi Feeqa sematkan kat dada, Feeqa mesti kena dapat TOP 5. MESTI KENA! Dah MESTI, KENA pulak tu! Paham?

Feeqa usaha ke arah kejayaan. Feeqa kejar gelaran GADIS MELAYU 3 yang tunggu Feeqa di hujung jalan! Tapi sayang seribu kali sayang, Feeqa lari tak cukup kuat.. Kemungkinan besar sebab Feeqa gemok sebab tu terhegeh-hegeh lepastu Feeqa cuma dapat masuk dalam kalangan 5 terbaik & terhebat (Cikgu Fidzah kata) :D

Kak Rina kurus dan ringan sebab tu dia dapat peluk trofi sireh naik junjung tu masa sampai di garisan penamat! hehe rezeki Kak Rina Allah bagi....

PALING PENTING! *Salin-salin!!

Feeqa berjaya buktikan bahawa USIA BUKAN PENGHALANG untuk Feeqa jadi antara yang terbaik!

Umur Feeqa agak menjadi isu lah bila setiap kali ada wartawan datang mai interbiu, bila sampai turn Feeqa, mesti nak babitkan isu umur. Tahulah gua paling muda kan.... Hey kamonlah, jawapan Feeqa sama je lah, tua ke muda ke, pada Feeqa umur bukan penghalang atau alasan untuk Feeqa maju ke depan. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing tak kira dia tua atau muda. Kan?kan???? Geram pulak tiba-tiba...haha..

Hinggakan semasa internal judging bersama Dato' Seri Farid Ridzuan & beberapa top management yang lain, Feeqa boleh agak soalan apa yang mereka nak tanya. *INFO* Internal judging ni menyumbangkan 50% markah untuk final.

Dato' Seri tanya Feeqa soalan yang Feeqa memang dah jangka!

'Afiqah, awak tak rasa ke 18 tahun ini merupakan usia yang terlalu muda untuk awak menceburkan diri dalam dunia penyiaran ni?'

Well.. jawapan gua still sama jelah kan...hihihh...



Pentas Auditorium MBSA Shah Alam..
Okay tak teater kami malam tu? hehe... sebenarnya nak tanya, okay tak Feeqa berlakon teater malam tu? HEHEHE.... :P




Tengoklah supporters Feeqa yang sporting pakai baju kaler fuschia/shocking pink malam tu siap tak henti-henti jerit nama Feeqa.. ishh..Feeqa terharu sangat!
*Eh, nampak Rah pulak...weheeee...



heheee...masih segar dalam ingatan kenangan sebelum rakaman NLKO ni dirakamkan, Feeqa & Kak Siti kena marah dengan Kak Wan (penerbit eksekutif) sebab tak buat research pasal isu banjir di pakistan tu. Kalau tengok balik video tu, muka Feeqa & Kak Siti kan macam takut-takut sebab Kak Wan ada kat sebelah kamera wehh... ketaq... :P
Tapi, Feeqa tetap sayang Kak Wan!!


Kami semua pakai rafflesia okay malam tu! HEHE... Dapat pakai kejap pun jadiklaa walaupun tak dapat nak bawak balik...heheh...


Mia nak bunga jugak ker? :D
Mia ni comel taw..masa kami semua on the way nak pi sidang akhbar malam tu, dia sempat tanya papa dia, 'Papa....mia dah menang ke belum?' hehehe! Dia ingat dia pun join GM jugak kot...hihihi...



Banyak lagi la Feeqa nak cerita..hmmm.. Tapi sesungguhnya GM3 tinggalkan Feeqa baaanyaaakkkkkkkkkkkk kenangan manis! Memangla Feeqa selalu nak balik..nak balik..nak balik....tapi bila dah hujung-hujung, Feeqa rasa malas nak balik..heheee...

Oh ya, Feeqa selalu malas / lupa nak makan bila dalam GM3. Yelaaa food kebanyakannya nak kena beli, tetapi, atas sebab nak save duit nak shopping atau dah takda duit sebab dah shopping baju2 semalamnya, Feeqa malas nak makan..heee.... Feeqa takdalah nak cakap Feeqa dah reduce weight tapi Feeqa harap macamtulah ya! hahaha...

Saat jumpa Tun Mahathir, Feeqa rasa sebak tiba-tiba. Feeqa rasa syahdu. Airmata Feeqa bertakung je.. taktahu kenapa. Feeqa rasa sayaanggg sangat kat Tun Mahathir masatu... :)

Makanan ruji kami (GM3) ialah Mi Sedap Perisa Asli! HAHA kalau lapar je, mesti korek stok Mi Sedap. Masing-masing mesti simpan stok Mi Sedap terutamanya Feeqa, Kak Dayah, Kak Mimi & Diana.. Buat pedas-pedas letak cili api, lepastu masing-masing bibir jadi tebal dan merah juga.. Kami antara yang kuat makan pedas termasuk Kak Zakiah. Kalau takda belacan, sanggup makan cili api buat ulam.. Hot tak hot? haha

Okaylah lepas ni Feeqa nak fokus study je! Apa-apapun, study tetap prioriti utama yang harus diutamakan..heee~~

Akhir kata, Feeqa nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada insan-insan rock yang menyokong Feeqa dari awal pembabitan Feeqa dalam GM sehinggalah kini. Alhamdulillah..Feeqa bersyukur sangat.. SELANGIT KASIH SELAUT SAYANG BUAT ANDA SEMUA!

FEEQA LOVES YOU OLS!!!!!!!!!!