Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Monday, October 25, 2010

Kemanisan di Hujung Perjalanan




Mimie je tadak!hehe....
(masa Media Prima Television Network Screenings 2011) Mafia theme kot...wehee..

Diam tak diam, sedar tak sedar, nak final dah gue..hehe.. Ni pun baru je balik dari berlatih teater dengan Cikgu Zizi. Feeqa dah boleh menghayati watak dah. YAY! Seronok rasa... hmm manisnyaaa....

Feeqa rasa macam taknak balik JB pulak. Kalau diberi sebulan lagi Feeqa join GM ni, alangkah indahnya! Taktahu kenapa tiba-tiba rasa macamtu... Biasalah kan, kalau kita hampir nak kehilangan sesuatu tu, baru kita rasa nak hargai ia betul-betul... *sigh

YaAllah...dalam masa yang sama, tak sabar juga nak kembali ke kehidupan lama Feeqa..tapi Feeqa mesti ambil masa nak adapt balik...tak tahulah kan. Moga Allah permudahkan semuanya, amin....

Banyaknya kenangan manis bersama GM....ishhhh sedihnyaaa!! Kenapa cepat sangat masa berlalu..hmmm..

Tinggal berapa malam je lagi Feeqa akan tidur sekatil dengan Mimie & Rina...hee.. Teringat tadi Kak Rina cerita, dia kejut Feeqa bangun subuh tapi Feeqa tidur mati... Tak nguet (tak gerak) langsung Kak Rina kata. Mungkin sebab Feeqa penat sangat..hmm nasib baik cuti solat.. ;p

YaAllah I'll Miss Them So Much!!! ♥

Sunday, October 17, 2010

Lapar freak

Apa tekakku rasa nak makan harini ye...

Mungkin nasi goreng kampung.. Memang lapaaarrrr.... Sekarang dah pukul 1.11PM dan aku lapar. Aku memang la on diet tapi aku memang rasa nak makan sumting nie... Cafe tutup la pulak weh!

Apa aku nak makan nie.... Pizza ke...alaa malas pulak nak pergi cucuk duit kat petronas bawah tuu..

Nak menangis rasanya....dahlah esok internal judging! Tension :)

Nak nangisss...lapaaarrr......

Friday, October 15, 2010

Kehidupanku di Dunia Baru

Huuu...duduk dekat Seri Pacific ni hari-hari kalau boleh nak pergi The Mall. Fulus semakin susut. Heheh..sabar jelah kan.. Memang ujian yang maha dahsyat lah bila duduk dekat depan mall nie. Serius weh, hari-hari kot Feeqa pergi mall...hahaha.. Hesh taklah hari-hari kot. Adalaa selang sehari ke kan. Contohnya harini Mimie pergi mall dengan Hidayah. Mereka beli 2 in 1 eyestudio maybelline yang baru tu..haa dah puji mende alah tu bagai nak rak, esoknya mesti Feeqa pulak pergi beli. Lepastu harini Feeqa beli seluar aladdin..haaa esoknya Mimie pulak nak beli. Macam tulah kehidupan kami di sini..haha... Dia lebih kurang macam, si A harini pergi window2 je, esoknya si B pulak pergi shopping mende di mana si A window2 semalam.. haha I pun tak sure you ols paham ke tak apa yang I meraban ni tapi you ols takyah paham pon takpelah...kikiki...

Kejap lagi nak pergi praktis teater...heee... Bessssttt wehhh sumpah besssttt.... Tapi Feeqa nak pergi mandi dulu!

To be continued; Wednesday, 13 October 2010, 3.21 PM


Continue.....

Friday, 15 October 2010, 2.59 PM

Weh 3 hari kot nak amek masa sambung balik entry ni.haha.. Busy memanjang.... Harini ada rakaman Nasi Lemak Kopi O untuk final nanti.. Seramlah pulak nak final. Tapi lagi 3 hari untuk internal judging wehh! Takutnya yaAllah... Permudahkanlah aku dalam apa-apa urusan pun yaAllah.... Apa yang menakutkan sangat ialah apabila internal judging ni mengambil markah sebanyak 50% untuk final okay! Bantulah hambaMu ini yaAllah yaTuhanku....

Aku letih sangat tiga empat lima hari ni. Tak cukup tidur. Selalu lelah malam-malam. Terseksa juga...kadang-kadang aku terfikir, masa aku dah sampai ke.........
Sebabnya semput aku tu lain macam... Mungkin sebab kurang rehat kot... Atau..selalu sangat terdedah dengan air con...

Aku kena mandi dan bersiap ni. Untuk training teater lah macam biasa.. Seronok sangat class ni taw. Sentiasa bersemangat nak pergi. Main-main game dulu lepastu baru berlakon dan berteater.. ENJOY!

YaAllah, permudahkanlah percakapanku, cara pemikiranku, tenangkanlah hatiku dan berikanlah aku kehebatan yang luar biasa yaAllah dalam menjalankan apa-apa perkara sekalipun. Amin yaRabbal Alamin......

Tuesday, October 12, 2010

Its all about me...teheee

Saje je menggedik dalam entry ni. I mean kemunculan entry ni telah membuktikan kegedikan ku atau oghang utara kata gegeh...membuktikan kegegehan ku..haha..

Aku suka basuh baju letak pewangi. Aku paling suka guna Downy Passion. Mungkin sebab aku seorang yang passionate. wahaha statement apakah? Mati weh kalau CAK tau apa yang aku tulis nie. Aku dengan geng2 GM selalu lah kalau tersalah cakap je, weh CAK ada dekat sini weh.. CAK wehh..control2..haha..

Hal ini kerana, cerita kami kan ada la dua kali keluar dekat CAK (Cerita Artis Kita) artislah sangak... :P Tu yang bila terbuat atau tersalah apa-apa mesti kaitkan dengan CAK. Lucu... hehe..

Lepastu, aku seorang yang sistematik. Bolehlaa tahan sistematiknya. Buktinya, setiap account aku, tak kira lah acc bank ke, facebook ke, picnik ke, nuffnang ke, dan banyak dan banyak lagi account, password dan emelnye aku tulis dalam satu buku nota. Aku tak suka buat banyak account lepastu guna empat lima password lepastu lupa. Kebanyakan account aku, passwordnya sama.

Aku juga boleh jaga barang dengan baik. Alhamdulillah barang-barang aku jarang hilang dan rosak. Lepastu setiap kali lepas shopping terutamanya lepas korek beg ambek purse ke henphone ke, aku mesti cek balik beg aku. Aku kerap kali cek handbag..bimbang ada barang yang tercicir. Maklumlah beg perempuan kan banyak khazanah... :P

Aku juga meluat pada habuk dan rambut-rambut gugur yang bersepahan di lantai. Aku juga kurang senang bila ada yang pakai bedak tabur lepastu bedak tu turut bertaburan dekat meja solek atau di atas lantai. Aku cukup pantang akan keadaan itu. Nak tabur bedak atas tangan, taburlah sikit-sikit je. Lepastu bila nak ratakan bedak tu dengan kedua-dua belah tangan, tak payahlah secara gelojoh. Buat perlahan-lahan biar tak bersepah taburan bedak tu ke lantai...

Tiba-tiba teringat...... Cikgu Hafidzah tak suka bilik air dia basah. Bukan bilik air je, dapur pun sama. Hehe tapi dah namanya bilik air kan cikgu, mestilah berair-air bilik tu. Hihihi.. Terfikir....Kami berkongsi zodiak yang sama... =)
Patutpun macam lebih kurang je sifat..hahaha.. Cikgu Fidza pun suka pink..

Bila aku cakap aku jarang hilang barang tu kan, haaa ada petuanya di sini.. Aku selalu ambil barang lepastu letak balik kat tempat asal dia. Begitu juga dengan alat makeup, aku ada beg khas untuk isi barang makeup aku. Senang. Kuranglah sikit kadar sepahan dalan handbag kan. Baju dalam almari pun aku susun betul-betul. Baju basahan, aku lipat. Baju aktiviti rasmi atau formal, aku gantung dia. Barisan inner (baju) aku gantung sebaris, barisan dress sebaris, barisan seluar (slack, jeans) sebaris, skirt sebaris. Selendang dan tudung aku gantung menggunakan hanger bulat-bulat yang boleh didapati di IKEA. Sebab pada aku, tudung ni tak sesuai dilipat..lagi-lagi kalau anda punyai koleksi tudung yang stok boleh bukak kedai punya. Sebab...kalau lipat, kita tend untuk ambil tudung yang di lipatan teratas..biasalaa nak cepat kan..malas nak korek-korek tudung di lipatan terbawah. So capai je mana dekat kan.. Takboleh la gitu...kesian tudung-tudung kat bawah tu... Jadiknya, belila hanger bulat-bulat tu.. Senang!

Oh ye, aku tak pernah basuh tudung aku menggunakan mesin basuh. Haram hukumnya bagi aku basuh tudung guna mesin. Sayang weh...samalah jugak dengan baju kurung yang ada beads ke, baju aktiviti formal lah biasanya aku basuh tangan sendiri. Alhamdulillah kualiti baju-baju aku masih lagi vogue the vass walaupun dibeli dari aku form 1. cewah!

Aku tak suka ada cap jari dekat cermin atau skrin laptop atau skrin TV atau cermin-cermin dalam rumah atau atas meja makan bercermin. Aku mesti akan sembur guna penyembur cermin tu lepastu sental menggunakan surat khabar. BUKAN pakai kain lap sebab nanti benang-benang kain lap tu atau habuk-habuk lain dekat kain lap tu akan pindah kat cermin tu. Lagi tambah-tambah tak bersih cermin tu nanti.

Aku juga seorang yang makan tak tumpah.

Aku suka makan makanan berkhasiat. Aku suka minum susu, fresh orange, teh herba dan lain-lain yang mempunyai vitamin atau herba-herba yang boleh menyihatkan.

Biasanya aku suka basuh kaki dan tangan menggunakan sabun sebersih-bersihnya selepas aku pulang dari tempat-tempat yang aku rasa mungkin banyak bakteria. Tak kisahlah setakat sidai baju dekat luar pun bila masuk rumah balik, aku basuh kaki dan tangan menggunakan Lifebuoy atau Dettol.

Aku mop lantai guna Dettol jugak.

Aku bawak sanitizer ke mana-mana aku pergi.

Aku prefer tandas duduk daripada cangkung. Makanya sebelum 'melakukan apa-apa yang patut', aku ambil tisu lepastu aku basahkan dengan sanitizer lepastu aku lap area-area yang bakal aku 'duduki' tu. Heheh.. ESPECIALLY dekat tandas awam.

Aku suka makeup secara natural. DAAAN...baru-baru ni aku jatuh cinta dengan lipstick Revlon (Soft Nude) dan telah pun ku dapatinya di Guardian. Memang betul betul best!

Aku suka warna-warna yang ceria.

Aku obses dengan shawls. Aku tak boleh stop kumpul koleksi shawls haku.

Aku mudah jengkel dengan makhluk yang pikir dia je yang betul. Kalau memang betul takpe. Senang cite, makhluk-makhluk camni biasanya kita panggey Bajet Bagus..kikiki..

Aku mandi menggunakan 4 jenis sabun. Sabun susu, sabun skrub, sabun wangi dan sabun pembunuh kuman. Tapi sume sabun memanglah wangi kan tapi aku prefer sabun yang bila kita pakai dia, wangi tu melekat tak hilang2.. =)

Aku suka baca buku-buku motivasi karya Dr. HM Tuah Iskandar.

Aku pakai kasut size 8.

Aku suka pakai heel sekarang. Hehehe...

Aku pengguna Safi Balqis sejak form 4 lagi.

Aku cerewet..juga cepat bosan.. :P :P

Aku dah bosan sekarang.

Aku kena hafal skrip.

Aku kena belajar watak yang aku dapat tu.

Kalau tak nanti kena marah..

Aku kena hafal skrip sekaraaaaaaanngg!!