Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Sunday, September 26, 2010

Gloomy Sunday

Ahad yang suram...
Ahad yang murung...




Nasi Lemak Kopi O

Semalam Nasik Goreng Sotong Fresh Orange. Harini Nasik Lemak Kopi O.

OKAY OKAY OKAY.. :P



Memang tak sangka depa suruh kami yang mulakan program tu. Masa tu memang speechless gegila punya. Dahla lagi 1-2 minit lagi on air. LIVE WEH. LIVE. Dahlah 1st time, siapa tak ketaq?
We've done the best kot. Anyway, macam biasa, Feeqa was not satisfied with herself..hehehehehehh...





Dapat periuk nasi pun dah bagus sangat. Alhamdulillah..heheeeee...



I've nothing to say...only..
ehehehehehehehehehe...


Friday, September 24, 2010

Nasik Goreng Sotongs


NO PICTURE ALLOWED IN THIS ENTRY!


Cewah....kebulur sangat tadi. Nasik goreng yang tip top dari segi rupa, rasa dan tekstur tersebut telah selamat berada dalam digestive system gua..heheh..sekian..so takdelah gambar Nasik Goreng Hebat tersebut. Heh..hebat kerrrrrr... Dan dan je letak 'hebat' dekat belakang..hee

Macam biasa, apa-apa yang Feeqa masak, permulaan dia mesti kucar-kacir dan kelam kabut. Lagi-lagi kalau sorang-sorang tanpa bantuan ibu atau Kak Yuni. Hampir-hampir nak hangus atau hangit tu perkara biasa! What to expect kan....budak kuat berangan memang macamni....

Tapi hasilnya menakjubkan! Memang tak disangka-sangka. Hampir-hampir je nak giveup td. Yelaa..dah berapa kali haku gagal dekat dapur. Ada je yang tak kena. Pernah sekali tu..... dapur masak rumah Feeqa ni still guna yang dapur gas..ibu takde masa dan malas dan tak reti dan tak percaya dengan the miraculous of dapur letrik tu.. Nak dijadikan cerita, dapur masak versi gas dekat rumah baru Feeqa ni ada problem apa pun gua tak pasti tapi dia kena guna lighter untuk hidupkan dia. Homagat, please help me! I dont know how to use lighter!!

Memang tak reti. Apakah caranya?

Tapi............bila dah terdesak... Usaha macam mana pun mesti berjaya! Sekarang haku dah tahu macam mana nak nyalakan lighter. =) =) =)

Jadiknye, sebab tulah nasik goreng haku tu menjadik. Hmmm rasa macam baru peluk trofi gergasi sempena kemenangan pertandingan senyuman paling rupawan. HEHEH tiba tiba sangak.

Okaylah tu je. Terima kasih la ye Incik Mi Amor Super Lindo, Te Amor Muches Muches sebab selalu sangat bagi resepi tak siap. HEHE..hee gurau je.

Wednesday, September 22, 2010

Lebih baik...

Menulis blog daripada skodeng page Facebook orang..heheh.. I love to stalk.

Apa kita nak ceghita sekarang? Sementara saya masih bertenaga menaip dan mengeluarkan idea-idea bernas yang boleh diguna pakai sehingga hari tua anda. Mari mari mari cerita!

I'm slewpy...

Oh ya. Tadi ayah bawa daku ke sebuah restoran yang menyediakan makanan orang Indonesia. Indonesian cuisine lah kan. Lebih tepat, Sunda cuisine..heheh.. Dekat je dengan rumah. Mengambil masa 3 minit ja kalau nak jalan kaki.

Boleh tahan jugak. Kadang-kadang kita kurang pasti sama ada ianya memang betul-betul sedap atau kita ni cuma sedang kelaparan tahap mengegel-gegel. Yelah, bila tengah lapar, lauk orang meja sebelah yang tak habis pun haku rasa nak telan. Sumpah kebulur gila tadi. Er, kalau pergi makan indonesian cuisine, you should try Bajigur. Rasa dia macam caramel. SEDAP! Kejap ehhh..nak google apakah bahan-bahan bajigur itu sendiri, senang nanti you ols nak buat sendiri ke boleh bukak blog ni ek. KEHKEH.. NAH. Bacalah sendiri. HIHIK.

Okaylah ni, at least lepas jugak gian haku nak menulis di entry baru..hahahahaha

Oh ye,

Tahukah anda?

Lima pandangan berpahala merangkumi;

-al-Quran
-Ka'abah
-Air Zamzam
-Wajah ibubapa
-Alam




=)

Anugerah Allah :)

Berpeluh sakan harini! Maklumlah jadi bibik dekat rumah sendiri....

Well..ni la dia Afiqah Hazwani kalau nak tahu. Once bila takde siapa-siapa dekat rumah, she can perform well. HeHe. Maksudnya, kalau takde bibik (Kak Yuni) dekat rumah, I can perform well lah! Sebab kita tahu theres someone yang boleh diharapkan to do this and that. Bila takde siapa-siapa yang patut diperlakukan seperti bibik, so lets volunteer jelah. Weehuu..

Its fun you tahu! I love sweating actually. Sebab gua rasa gua sedar gua realize, gua malas sangak sangak nak jogging ke apa ke sebab gua malas sangak nak pakai suit bersenam. CEHWAH CEHWAH. Bersenam pun got suit huh? :P

Anyway, Sabtu ni Feeqa and gang masuk Nasi Lemak Kopi O. Wowowo, Feeqa adore gila sangak Sharifah Nur. Shes superbly pretty lah.





Haritu masa Wanita Hari Ini episod raya, Feeqa tertoleh dekat dia lepastu dia senyum selebar-lebarnya! Awww cair mak! Tapi paling Feeqa tak boleh tahan langsung kalau terjumpa Nurul Syuhada Nurul Ain. My Idol! Ada beberapa kali terserempak. Ishhhhhhhhhhhhhhhhhhhh rasa macam nak peluk-peluk je! Feeqa terus jadi gila bayang lepastu. Selagi tak peluk dia, selagi tu gila bayang. Kenapa dia terlalu comel di mata Feeqa? KENAPA?




She's too comelicious and delicious. I loike!! :D


Baiklah. Sebelum I hilang idea, betterlah I proceed to the idea yang sedang berlegar-legar di ruang legar mindakuh. CEHWAH.

Feeqa bukan lah nak masuk bakul lepastu angkat sendiri ke apa kan, you know lah peribahasa...janganlah bayangkan Feeqa masuk bakul picnik ibu Feeqa lepastu Feeqa angkat sendiri OH APA INI?!

OKAY.

Tapi Feeqa ni kan, jenis ingatan kuat. Takdelah kuat gagah perkasa ke apa sangat kan, tapi bayangkanlah apa yang berlaku masa Feeqa 2 tahun pun Feeqa ingat lagi. Feeqa ingat lagi masatu dekat Puchong Perdana, ibu kerja, ayah pergi belajar, ibu tinggal Feeqa dekat rumah nenek depan rumah Feeqa tu. Dekat situ, ada lagi sorang budak nama dia ERRA. Taktahulah ERA ATAU ERRA tapi Feeqa sedarlah masatu ramai orang panggil dia ERA atau ERRA whateverlah. Nenek tu macam sayang lebih dekat ERRA. Taktahu kenapa. Feeqa selalu terfikir, Feeqa nakal ke? Suka usik barang dia ke? Kencing bersepah ke? Feeqa tak faham. Yang Feeqa tahu, Feeqa selalu menyusahkan dia bila Feeqa gedik nak duduk sorang dekat rumah lalu menyebabkan dia kena selalu tengok-tengokkan Feeqa. Feeqa nak duduk rumah sorang pun sebab Feeqa taknak pergi rumah dia sebab dia pilih kasih. KONONLAH. Feeqa masih berumur 2 tahun masatu tapi Feeqa berani duduk rumah sorang dan sudah ada perasaan macam-macam. Feeqa reti. Boleh berfikir secara waras dah masatu. Weeheehuu

Eh apa yang aku dah melalut ni?

Alaa intro je tuuu...you ols ni....

Sebenarnya, Feeqa cuma nak sampaikan, Feeqa juga ingat Feeqa pernah berkawan dengan siapa dan siapa. Bayangkanlah kawan masa 2 tahun pun Feeqa ingat kan. Feeqa tak pernah lupa kawan..setakat ni alhamdulillah Feeqa ingat lagi kawan-kawan Feeqa...

=)

Cuma nya...kelemahan Feeqa, Feeqa tak reti sangat nak helo2 kawan-kawan Feeqa selalu. Taktahulah kenapa ek..sebab Feeqa kedekut credit ke? Agaknye lah kot kan :P

Tapi Feeqa ingaaatt taw you ols....jadiknye....kalau orang kata Feeqa lupa kawan, meh sini heret dia depan Feeqa!

Feeqa tak pernah lupa. Lagi-lagi kalau yang selalu buat perangai sama-sama Feeqa, degil, nakal, kelakar, dan lain-lain lagi. Memang Feeqa ingat. Takpayah nak ingatkan Feeqa sebab Feeqa yakin Feeqa remembers everything! More than you think!

Entahlah kan. People do mistakes. Nobody is perfect..nak buat macam mana kan.. :)

Tapi Feeqa akan cuba improve lah kelemahan tu sedikit demi sedikit. Deep down inside, Feeqa rindu sangat semuaaaaaaaaaaaaaa kawan-kawan Feeqa. SEMUA ♥






Hmmmmmmmm...manalaa ayah ni tak datang datang lagi. Feeqa dah lapar ni. Dari pagi tak makan apa-apa..ngehee..


Monday, September 20, 2010

Feeqa is rinduing to write...

Memang. Memang rindu. afeeqahazwanydotblogspot kan my kekaseh.. Kesian dia dah lama kena tinggal.. Nasib baik semangat dia kuat, so dia masih lagi bertahan waiting for the owner to sign in. Teheeee..

As the finalis of Gadis Melayu Musim ke 3, memang Feeqa tiada masa langsung nak blogging dah. Cewah, macamlah busy sangak kan. Tak busy lah, tak..tak.. Cuma bila terlampau banyak benda yang nak kena fikir, memang tak sempat lah nak sentuh blog. Poor babyy... Sekarang ni sedang bercuti. So adalah sedikit masa senggang untuk tulis serba sedikit bahan bacaan buat you ols.

Serba sedikit je ya. Lots to tell, lots to story, tapi memang Feeqa tak mampu lah nak cerita semua! hehe

Hari ini hari Isnin. Hari naik persekolahan selepas beraya sakan. Feeqa suppose to turut serta tapi Feeqa masih lagi dikira berada di dalam program, jadi Feeqa tak pergi sekolah la harini.. ngehee.. Jadi, adik-adik, ibu and Kak Yuni juga atok semua pergi rumah lama. Well, dekat dengan sekolah kan.. So, Feeqa and ayah dekat rumah Skudai. Feeqa loves rumah Skudai. Tak tahu kenapa. Peaceful kot :)

Ayah suruh Feeqa masak. Feeqa tahulah masak sikit-sikit tapi tak lah lancar. Ish, kelam kabut jugak tadi bila dapur masak tak boleh pasang. Ish ish. Feeqa terpaksa lah tunggu ayah balik. Ayah bebel jugak sebab dia dahla balik kerja nak makan, tengah lapar gegila pulak tu..hehe

Akhirnya, siap jugak sardin and telur dadar. Haha! Mesti you ols ingat Feeqa masak gempak-gempak kan? Takdalah, paling gempak Feeqa boleh masak ... emm... tiba-tiba tak tahu apa yang Feeqa tahu sangat masak sampai gempak-gempak. Tapi haritu classmates Feeqa datang, Feeqa gorengkan mihun goreng. Feeqa rasa macam best je mihun tu. Bolehlaaa....berdikit-dikit.. :P

Cooking is fun. Language is magic.. hee tetiba.. Takdalaa tibe-tibe teringat dekat Cikgu Hafidzah... Rindu! Tu kan favourite quotation dia..kikiki..

Feeqa mengantuk. Harini Feeqa jadi bibik dekat rumah. Best sebab exercise! Feeqa kena turunkan berat badan, tinggikan kadar metabolisme juga stamina..hahaha..cey. Feeqa tak obses sangat nak kurus..cuma Feeqa rasa, I HAVE TO KURUS. Eh salah, bukan kurus. Turunkan berat badan ja. Tak sama okay dengan NAK KURUS. Lain tu....lain...lain.... Feeqa suka Halle Berry tapi Feeqa lagi suka Beyonce. Faham tak? Thanks la bagi siapa-siapa yang faham. Feeqa sayang orang yang faham bahasa. :P

Daa!