Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Thursday, July 29, 2010

YaAllah, pinjamkan aku secebis kekuatan...

Hari ini dan semalam merupakan hari yang agak sayu bagi aku. Sayu sesayu-sayunya. Semalam aku dapat berita, Kak Mira tarik diri dari Gadis Melayu. Aku betul-betul rasa kehilangan. Aku rapat dengan Kak Mira.. Aku selalu mengadu dengan dia memandangkan dia seorang yang sangat bersifat keibuan.. Walaupun baru 3 hari kami bersama, kami dah masuk antara satu sama lain. She's adorable... Aku harap sangat bila pergi Sri Pentas nanti, dia ada. Konon-konon macam dia buat surprise. KONON ja.... Tapi macam mustahil! Tinggallah 8 orang je lepas ni. Tak bestnyaaaaaaaaaa!

Aku belum kemas kemas sangat. Beg ternganga macam tu jugak. Isinya tak berapa nak ada. Malam ni jelah, sobs. *Takda semangat.

Aku akan merindui sekolah. YaAllah sayu sangat rasa! Cikgu-cikgu semua. Tadi sempat peluk cium beberapa orang cikgu. Tapi tak sempat nak jumpa Puan Fadzlina dan Puan Zaifah. Minta siapa-siapa yang berkenaan tolong kirimkan salam sayang aku pada mereka berdua...sobss.. Jumpa Bonda pengetua juga, terima kasih Bonda untuk kata-kata semangat yang telah diberikan. Terima kasih buat semua yang telah memberi kata-kata perangsang dan semangat yang membuat aku lebih positif untuk menongkah arus kehidupan yang akan datang ini, insyaAllah....

Kawan-kawan, aku akan merindui kamu semua. Itu pasti! :'(



Oh ye...


Takda kesempatan jugak..... Sedihnyaaa! Takda rezeki aku kan....hmmm



Moga Allah melindungi aku di sana dan permudahkan perjalanan hidup baru aku.... AMIN YA RABBAL ALAMIN.....

Monday, July 26, 2010

Gadis Melayu 3rd Season

Alhamdulillah selesai sudah task pertama. Nampak ja macam tak susah...tapi para finalis je yang tahu. Bak kata pepatah indah khabar dari rupa. Apa-apapun, kami sudah lakukan yang terbaik :)

Photoshoot untuk montaj dan sebagainya sudah selesai. Tema dia pink putih ala-ala angel, princesses, fairytale gitulah. Memang saja nak buat cutecute kut hahaha. Tapi aku rasa muka aku tak sesuai pakai tudung ala gipsi tu hah. Tapi redha jelah =')

Ada gambar....banyak....hehe! Tapi tak boleh show lagi..sebelum press conference...sobssssssss!

Baru 3 hari bersama Gadis Melayu, aku dah belajar banyak benda! Alhamdulillah.. Ni la yang paling paling aku nak! Belajar benda baru!

Minggu ni boleh balik rumah lagi. Uruskan apa yang patut. Bermula 1 Ogos, kehidupan baru pun bermula juga bersedia dengan task kedua....doakan yang terbaik buatku dan finalis-finalis lain..

Aku pun tak pasti boleh ke tak sebut nama-nama finalis Gadis Melayu nie. hehe. Malas nak cakap banyak sangat sebab nanti tak surprise dah... :'P

Oh ya. Episod pertama insyaAllah akan disiarkan pada 27 Ogos 2010, Jumaat, 9 malam dan semestinya di TV9 Di Hatiku..

Doakan yang terbaik buatku pembaca semua... ♥

Saturday, July 17, 2010

Meraikan kejayaan sekaligus merelakan pemergian...sobss

Alhamdulillah selamat semuanya. Sebak pula aku tiba-tiba pabila mengenangkan Amir yang akan meninggalkan kami semua. Bukan akan dah, memang nak tinggalkan kami pun! Bermula minggu depan, dia dah takdak dah, buat Ijazah Sarjana Muda Perguruan gituuu... Jadi Cikgu English, hihik.. We're happy for you Amir :')

Tapi tak best dah!! Bila Amir takda, Didie pun nak ikut blah jugak. Takda tempat nak mencurah kasih sayang katanya, hahaha..

Tak seronok dah 6 Bawah Sastera 1 bila ramai kepala gila yang nak blah.....daaann buat pertama kalinya selama aku bersekolah, aku suka bangaatt sama classmate haku! Happening gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Orang-orang kuat macam Amir, Apeng, Didie memang tak patut blah! Selain tu, Shazwan, Topek Jawa dan SEMUANYA LAH! :(

Sebak...sobs..

Semalam ada orang tu menangis bila tengok muka Amir. Tahulah semalam last day Amir bersama kami. Tapi taknaklah bagitahu sapa kan. hihi ehem ehem ehem ehem ehem!


Here are the pictures.
Miss Fidza belanja makan sempena kejayaan kami tempoh hari merangkap farewell party kecil-kecilan. heeeeeeee






Adik dengan ibu harus ada sekali!


Miss Fidza tudung oren. ♥
Garang dan tegas di luar, penyayang dan lembut di dalam..hehehehehe..
ehem..ehem..
:)




Tak sangka sangat kolokium inilah yang merapatkan kami semua. Yang paling penting, aku tak pernah sangka bahawa form 6 ini sangat menyeronokkan! Kau takkan boleh bayangkan betapa seronoknya ia. Kau langsung takkan boleh bayangkan betapa gembiranya aku berada di TDS. Kau kena tahu satu benda.. Selama aku berada di sekolah lama, aku tak pernah basuh kasut aku, aku tak pernah lilin tudung aku. Tapi kenapa dekat TDS aku basuh kasut aku, aku kiwi kasut aku, aku lilin tudung aku. KENAPA?

Sebab aku jatuh hati dengan TDS. Hari-hari aku suka sangat melangkahkan kaki memasuki TDS. Peliklah, tapi itulah kenyataannya.

Aku bahagia berada di TDS di samping kesemua kawan-kawanku.
Alhamdulillah yaAllah :)

Thursday, July 15, 2010

Kolokium Tingkatan Enam 2010 Peringkat Daerah Pasir Gudang




Memori sehari sebelum pertandingan. Kemeja, tie dan blazer adalah pinjaman semata-mata. Eh eh bagi lebih tepat, tie itu ialah tie denda bagi pelajar yang suka tak pakai tie dekat sekolah hahaha.


Di hati ini hanya Tuhan ja yang tahu. Kami takda harap apa-apa pun walau dah berkorban masa dan tenaga yang banyak. Sehari sebelum pertandingan ini lah kami menangis secara berturutan. Mula-mula Nad nangis, lepastu aku HAHA lepastu Kak Lin. Memang mensadiskan sebab stress sangat-sangat. Stres sampai kami tak mampu nak harap apa-apa dah. Jiwa yang gundah gelana memang takda siapa pun tahu.

Ada hikmah apabila kami mendapat guru pembimbing yang sangat teramat sangat tegas dan pentingkan kesempurnaan. Hehehe selangit kasih Cik Fidza!

Dua minggu kebelakangan ni hidup kami memang lebih tertumpu pada kolokium ni jaa. Hari-hari balik sekolah lebih kurang pukul 6 petang. 11 jam dekat sekolah je! Memang memenatkan! Kemuncak dia ialah pada hari semalam iaitu hari Khamis 14 Julai 2010. Petang tu Cik Fidza nak kami semua dah ada pakaian ala korporat yang serba lengkap. Aku pinjam kemeja Syauqi. Gila babun punya besar kut haha. Tapi tapi takda kain labuh kaler hitam tu. Petang tu jugak aku dengan Nadd keluar kejap pergi beli kain. Masa ni boleh ucap terima kasih dekat Razzaq hensem kereta wangi sebab sudi menghulurkan bantuan melalui transportation hihiikk..

Petang tersebut sampai rumah lebih kurang pukul 6.30 petang. Malam tu pulak kena pergi rumah Cik Fidza. Hmph redhaaaa~ Penat memang penat, stres memang stres tapi usaha tetap usaha. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan :)

Cik Fidza denda kami. Cik Fidza kata kalau dia belum tidur, jangan harap kami kena balik rumah dan tidur jugak! Redhaaa againnnnn :P

Mula-mula Cik Fidza panggil Nad masuk bilik study dia. Aku, Didie dengan Amir buat perangai dekat family hall Cik Fidza. Macam biasalah, nakaaalll....


Lepastu Nad keluar, aku tanya dia, kau dah hafal skrip? Nad jawab, dahhhh...tadi tu aku hafal skrip la tuuu...

Sambil-sambil tu, kami membelek gambar-gambar pada siang harinya dan tergelak-gelak sebab banyak gambar candid yang sangat tak boleh pergi! Macam tenuklah, macam retarded lah, apa lah.. hahahaha

Tiba-tiba terdengar satu seruan,

'AFIQAHHHHHHHHHHHHHH!!!'

Terus stop ketawa.

'Yeeee saya datang cikguuuuuuuuuu!'

'Kau duduk sini, hafal skrip! Ketawa ketawa!'

Dalam hati je tersengih-sengih haha. Kecut perut.

Kemudian, Nadd pulak kena panggil.

'Kau Nadia, kau duduk situ! Kau semua tak boleh dibiarkan! Duduk situ. Kau dua orang hafal skrip diam-diam!'

Masa ni memang tak mampu nak simpan kekekan. :P

Aku pun duk lah situ diam-diam. Masa semakin berlaluuuu... Agak-agak lebih kurang sejam camtu, keluar je bilik study cikgu, tengok tengok dua ekor badak air ni telah........................










Tidur dalam iman. HAHAHA..

Aku dengan Nad lah kena kejutkan mereka nih. Punyalah payah nak bangun.. Dah bangun mamai pulak tu...dah mamai tidur balik pulak tu.. Sekali kena pelempang memang sedap, hahahhh..

Kerling jam, tepat 1.30 a.m.

Peh.

On the way pulang, masing-masing kesenyapsunyian. Layan perasaan.. Sang driver drive secara terpusing-pusing..bape kali terlepas simpang..hehe...





Pendekkan cerita, segala-galanya telah terbayar hari ini. Kami tak pernah menyangka sama sekali! Sekolah-sekolah yang bertanding pun tidak kurang hebatnya. Lebih-lebih lagi SMK Dato Penggawa Timur. Siapa yang tak kenal kan? Cara presentation mereka pun hebat. Apalah yang ada pada kami yang cap ayam nih. Mungkin inilah yang dipanggil rezeki...kami berjaya merangkul JOHAN. =')

Kini, kami sama-sama sedang menghitung hari dan perlu menggilap sikit-sikit apa yang perlu digilap untuk mewakili peringkat negeri Johor pada 6 hingga 8 Ogos ini insyaAllah.... ^^

GO TDS GO!

Monday, July 12, 2010

Final Stage

Pada suatu petang, aku dapat call dari Kak Fiza TV9 bahawasanya aku dijemput hadir ke Sri Pentas Bandar Utama pada hari Ahad, 11 Julai 2010.

Aku takda pikir apa-apa sangat sebab masa tu aku baru bangun tidur setelah seharian letih mental fizikal duduk dekat dalam 'bilik tahanan'. Otak aku cramp sekejap. Aku jadi stress tiba-tibanya. Sebab apa? Sebab ada lagi benda yang perlu aku pikir daripada aku kena pikir benda yang tak berapa perlu sangat. Faham tak?

Aku ingatkan pertengahan julai yang TV9 maksudkan tu minggu depan ke kan... Rupa-rupanya minggu ini (semalam). Dengan projek kolokium yang perlu disempurnakan, aku jadi gelabah serta-merta. Rasa macam nak tarik diri pun ada. Hari Sabtu 10 Julai pun, aku masih berada di sekolah, menyempurnakan itu ini yang langsung tak sempurna-sempurna. Pukul 2 p.m dijangka bertolak ke KL tapi 1.20p.m aku masih di sekolah. Memang minggu yang penuh kegelabahan. Akhirnya aku bertolak juga ke KL dengan hati yang berbelah bahagi. Dok terngiang-ngiang kata-kata mummyku Cik Hafidzah, Aku nak kau tumpukan 100% pada kolokium ni! Jangan fikir apa-apa selain ini! Dalam hati, kalau dia tahu aku pergi final stage gadis melayu ni, memanglah aku kena! Hehee.. Redhaaa~
Lagipun ibu kata, anggap ini sebagai cabaran. Sahut cabaran tu!

Berdasarkan info daripada David Villaku (spain menang horay horay!), kami pun menetap di One World Hotel yang hanya bersebelahan dengan Sri Pentas juga bersebelahan dengan One Utama. Memang strategik ah kan. Jalan kaki je pagi tuu..

Sedikit kisah tragis buat semua;

Ibu ada tempahkan dua pasang kurung pahang buatku untuk dipakai semasa final stage tersebut. Pendekkan cerita, pagi-pagi tu lepas je iron baju tersebut, aku rasa satu macam perasaan yang tidak enak. Aku yang belum lagi mencuba baju tersebut, cubalah menyarungnya ke tubuhku.

HESH!

KETAT DEKAT KETIAK. Dua-dua baju camtu!

Aku dah cuak dah. Mungkin seamstress yang buat baju aku tersalah potong ke kan sebab aku hantar baju tu last minute dan nak cepat siap pulak tu. Aku menangis kut hahaha. Nasib baik bawak baju spare yang aku suka pakai tu. You all pun tahu kan baju apa? Heheeee...






Tadaaaaaaaaaaaaa.. ;p

Hanya sebahagian. Yang lain mana tah...tehee

Kak Mira from Aloq Setaq. Taktaulah season ni awat ghamai sangat anak mami.. Hehehe

My Lovely Ibu yang setia menemani dan memberi semangat =')

Cikgu tari yang gorgeous dan sangaaattt maniissss.. Orang Johor yang penting hehe..

Kak Rina Salleh lah!
:D

22 orang semuanya tapi yang ni ja yang sempat bergambar.

There're me, Kak Mawar and Kak Mashi. Dua-dua model Fareeda. hihiikk sweet they are.

Inilah dia situasi studio sebenar TV3 juga TV9. Contohnya rancangan Wanita Hari Ini, Melodi juga Majalah 3. Sempat jugak terserempak dengan Farrah Deeba, hehee.. Nasi Lemak Kopi O lah of course kan..
Studio ni agak besar jugak. Yang dekat gambar ni cuma suku daripadanya.

Nak tahu tak apa yang kami semua lakukan pada hari tersebut? hehe..

Mulanya aku hadir bersama dengan family ku. Ayah, adik-adik semua lah kan. Tapi pak polisi tak bagi masuk. Ibu je dibenarkan masuk. Hmmm mereka dilanda kekecewaan....lalu membawa diri ke One Utama lalu menonton Twilight Eclipse hahaha.

Mulanya aku ingat ada sesi soal jawab lagi. Mati mati aku ingat begitu. Puaslah aku study pasal adat istiadat melayu lah apalah.
Rupa-rupanya cuma ada photoshoot dengan berlagak konon-konon pengacara kat depan camera.

Sampai-sampai je aku nampak Kak Mawar dulu. COMEY.. Bila masuk Sri Pentas Studio A ke B entah, benda pertama yang akan dilihat adalah kaunter pak polisi lepastu konti radio Hot Fm. Takda orang dalam tu. Padahal hari Ahad. Jadi selama ni yang hari Ahad punya tu depa rakam jaaa....

Lepastu dah kumpul kat dewan kecik tu, mulalah aku nampak satu satu muka yang jarang nak dilihat di mana-mana. Memang lain daripada yang lain.. :)

Lets make it short!

Lepas dah briefing sume sume, kami dibawa ke bilik makeup untuk ditouch up touch up.. Aku tengok muka sendiri dah pelik dah. Tapi aku adore cara makeup jurumakeup tersebut. Thankss...hihi..

Kemudian kami dibawa untuk photoshoot pula. Aku taktahu nak pose macam mana lalu aku hentam jelah apa-apa pun.... ~.~

Tepat pukul 2.15p.m camtu, kami dibawa ke studio. Peh gelabah jugak. Dahlah giliran aku yang ketiga. Tapi tapi tapii penerbit panggil aku. Dia kata warna baju aku kurang menyerlah jika dalam camera.

Mereka bawa aku ke wardrobe. Aku kena tukar baju. Mereka bagi aku jeans yang Fara Fauzana selalu pakai. Tapi tak muat. Dahsyat kan? HAHAHA..

At last, aku dipakaikan inner, kot ala-ala pembaca berita dan seluar slack. Hmmmm redhaaa walaupun ketat je rasa... *Sorry takda gambar masa pakai baju tu hehehe..

Tibalah giliran aku untuk mengacarakan rancangan aku sendiri dalam masa 1 minit. Pengalaman yang sangat mendebarkan. Bayangkanlah, dengan suasana yang sunyi sepi (bimbang gangguan bunyi merosakkan rakaman), dengan keadaan studio sebenar, dengan rakaman yang bakal dibawa menghadap Datuk Farid Ridzuan, aku berserah semuanya kepada Allah Ta'ala. Memang ada beberapa kali tershashul. Hampir semua peserta ada tershashul sikit-sikit.. Nervous tu memang tak dapat nak elak memandangkan kita hanya manusia biasa kan, cuma bergantung kepada cara kita nak handle nervous je macam mana....

Aku cuba untuk berlagak jadi pengacara 999 atau 360 atau Majalah 3 memandangkan suara aku lebih kepada nada serius. Tambahan lagi, topik yang aku bawakan adalah topik pembuangan bayi. Alhamdulillah dalam sekelip mata, selesai semuanya.. Tapiiii... Aku tak puas hati dengan persembahan aku sebenarnya, huuuu

Sekarang, dapat ke tak dapat, memang belakang punya kira. Aku dah cuba yang terbaik. Aku gembira sangat dah jadi top 22. Gembira sangat sangat! Aku dapat kawan baru yang baik-baik, yang mesra-mesra =')

Yang paling penting bagi aku,..berjaya juga aku melakar satu kenangan manis dalam hidup aku seperti yang aku pernah kata kat juri Nash masa ujibakat dulu. Alhamdulillah...

Sekarang kita sama-sama nantikan keputusan top 9 yang akan secara rasminya menjadi Gadis Melayu Musim Ke-3 yang keputusannya akan diketahui pada 20hb ini..

Assalamualaikum semua!

Saturday, July 3, 2010

Kesalahan Bahasa pada Papan Tanda dan Iklan


Kononnya kami nak study tentang benda alah ini semua dekat library tapi LUPA minggu ini minggu pertama, library tutup. Ayah drop aku dekat library lepastu Didie datang and bawak kami semua pergi breakfast and kami pun berdiscussing. Kak Fadh tak dapat datang since Kak Farid call dia kata library tutup padahal ini semua Kak Fadh punya idea hehe... Sarizan tak datang, Abang Haziq pun tak datang. Yang ada cuma kami berlima, Me, Didie, Nadd, Amir and Kak Farid. Nasib baiklah ada Kak Farid! Dia lah satu-satunya harapan kami nak study berkenaan tajuk kat atas tuh memandangkan kami sebagai lower sis langsung tak tahu apa-apa. B.M baru je belajar sampai Bahasa Melayu Kuno.. :P

Cerita sebenarnya macam ini,

Aku, Nadd, Didie and Amir terpilih untuk mewakili sekolah untuk kolokium apatah nama panjang dia. Kena present tentang tajuk tuh la. Kerjanya macam dah last minute je kan sebab due date dah dekat sangak sangak dah.. Redha~



KESALAHAN BAHASA PADA PAPAN TANDA DAN IKLAN.




Kena letak kata hubung DAN antara kedua-dua jenis haiwan tersebut.




Kesalahan penggunaan imbuhan MEM. Sepatutnya MEN.




Kesalahan ... eh kesalahan apa ni Kak Farid? :P




Kesalahan ejaan.




Kesalahan ... aduh. Lupa. Hahahh



Salah jugak!


Merayau satu JB jugaklah semata-mata nak carik kesalahan bahasa pada papan tanda dan iklan ni hah. Sampai je Jusco Tebrau gamaknya. Hehee..


Usunglah bag sekolah berisi laptop tu ke hulu ke hilir... Haih Haih :P




Mentor yang comel sangak! ^^



Benda ni nak siap cepat. Harapnya dapatlah siap secepat mungkin. Cepat-cepatlah kolokium tu berlangsung... Hmm.. Jadi orang sibuk juga aku sejak dua menjak neh. Macam-macam nak kena settle. Ish ish.

Oh ye. Semalam merupakan Hari Usahawan. Awesome! Busy jugak, tapi kira okay lah kan tak balik maghrib sebab aku cabut awal pukul 4.30 teheeeeeee... And and anndd.......dapat masuk rumah hantu.. Tak takut tapi kelakar gila sampai tersembur-sembur saliva aku kat tudung Nani sebab ketawa dahsyat sangat! HAHA

Paling penting, cuma nak cakap dekat sini, aku tak pernah rasa sekolah ni seronok rupanya sehinggalah aku join form six nih. Guys, janganlah pindah mana-mana lagi! Duduk lah sekolah tu diam-diam. Apeng nak pindah dah this Tuesday. Walaupun kau macam sial, takda kau boring lah jugak weh. Amir pun macam nak pindah sebab dia tak beli nametag. Tapi bila tanya, taktau lagi...taktau lagi... Shuk pun macam nak pindah sebab ada dengar khabar angin gitu. The girls pulak, please jangan ke mana-mana ya! Pleaaasseeeeee ^^

I Love You guys!