Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Saturday, June 26, 2010

Nak move out. Nak!


Dah korek dah pond nya. Bukan pool, pond eh. Tapi boleh jugak panggey ikan punya pool. Bukan human punya pool. Haaa tahu tahu takyah explain dah.





Extension bahagian tepi, untuk dining room. Makan-makan nampak pond :)











Our room ♥
Rah and meeee :')
Lighting mesti kena romantis, baru kena dengan jiwa si penghuni bilik, huehuehue gelisss





Tengok lah bilik tak siap ni puas-puas sebab kalau dah siap dengan furnitures semua memang dah tak post dekat blog lagi dah ;P









Family hall




Extension at the back




Guest room



Main entrance, hihik..


Front view



Living room, dining room


Side view lah kira, hehe..

InsyaAllah nak pindah secepat mungkin. Kami semua memang tak sabar-sabar dah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan licin dan lancar. Moga Allah permudahkan semuanya =)

Tema bilik aku dengan Rah? Kami sedaya mungkin akan menjadikan bilik ini seperti yang kami idam-idamkan. Tema pada mulanya nak buat English style tapi English style ni macam dah terlalu amat amat common kan, makanya seperti tema keseluruhan rumah, designnya agak moden dengan percikan comel comel di sana sini. Katil memang tiru katil princess (hahak) sebab dia ada kelambu heeeeeeee dengan furnitures seperti katil, meja solek, side tables, wardrobe juga meja study yang berwarna ivory (creamy creamy yummy)! And mesti gantung gambar banyak-banyak.. And mesti ada benda-benda yang comel dan unik! Annddd bilik mesti sentiasa wangi.. Macam biasa, pilihan pertama adalah wangian dari Lovely Lace. Gila sweeethanol!
*Dekat body shop ada wangian berasaskan rose, bau dia sebijik bau Lovely Lace sebabtu tak jadi beli sebab hidung kata, bau ini adalah bau bakal bilik kami, bukan bau perfume yang disembur di badan, hahah tak sesuai.

Oh ye, pilihan warna? Heee apa warna bilik princess? Ohh tak tak...tak semestinya pink. Kami main warna-warna lembut, tapi untuk tak nampak boring, kami akan campak sikit warna-warna garang seperti merah since aku pun suka merah sebab merah merupakan warna semangat dan warna keberanian!

:)

Kan seronok kalau pindah rumah macam pindah rumah dekat Sims. Kan best kalau nak design rumah macam design rumah dekat Sims. Kan happening kalau hidup macam kehidupan dalam Sims. Hahah.

Monday, June 21, 2010

Entri pendek hari ini, terimakasih Kak Fiza and crew :')

Semalam aku dapat call dari Kak Fiza TV9 yang mengatakan bahawa Kak Fiza and the crew akan ke rumah aku hari ini. Katanya, aku terpilih untuk zon selatan dan dia orang nak buat photoshoot. Perasaan aku? Cuak ah macam biasa. Aku kan tak habis-habis nak cuak. T__T

So dalam pukul 9.45 pagi hari ini, aku dan ibu bertolak ke M Suites Hotel Johor Bahru untuk pick up dia orang semua menuju ke rumah aku. Susah jugak nak carik hotel ni memandangkan aku pun memang duduk JB kan so takda masa nak tidur dekat mana-mana hotel di JB nih, haha lainlah kalau aku ni musafir macam dia orang.

Tepat jam 11 lebih sikit camtu, aku dah mula diberi arahan untuk membebel di depan camera. OH YE, there were Kak Fiza, Kak Bariah, dan dua orang cameraman. Okay bila kena bebel depan camera dan ini 1st time, aku cuak balik. Ada dua ke tiga kali terpaksa cut cut. Cuak siot. Mana perginya confident level aku? Hahah. Lepastu diarahkan untuk berpidato pulak dekat depan camera jugak. HESH. Lepastu kena berlakon selak-selak buku konon cam carik isi pidatolah kan, hahaha lawak gels. And the last part, kena berlakon masak-masak dekat dapur sambil camera focus je dekat apa yang aku buat. Nasib baik masak mi goreng mamak jeh. Hissh baru aku tahu betapa susahnya berlakon. Tak sama macam berlakon drama untuk peringkat sekolah-sekolah wakaka. Oh ye lupa, tadi aku kena ponteng sekolah. Kak Fiza suruh :P

Lepas sejam setengah, dia orang pun mintak diri dan pulang bersama kenderaan Nissan apatah yang berlambangkan TV3. Sporting gila gels dia orang, takdalah aku kekok sangat, dahla aku cepat cuak-cuak bangang haha. Ibu bagi dia orang buah tangan yakni belacan yang haritu kami beli dekat Tanjung Dawai, hoahoa. Lepastu aku pun byebye dia orang semua yang sangat sangat sportinggg sangat sangat hehe...

Aku tak pasti sangat apa motif aku ditemuramah, kena cakap depan camera, berlakon dan sebagainya kan, tapi aku memang taktahulah, faham tak taktahu? ;P
Yang aku tahu, lepas je dia orang settle dekat rumah aku, dia orang gerak pergi Tampoi untuk ke rumah seorang lagi contestant lepastu dia orang terus balik KL.

Usai sudah sesi ujibakat di Kedah dan Johor Bahru. Orang-orang Kota Bharu, Shah Alam dan KL jom-jom cuba nasib jom! NAH KLIK DEKAT SINI! Selamat Mencuba dan Selamat Mendapat Juri yang Sporting! teheee....

p/s; Akibat mengukur kelapa semalam, badan aku sakit-sakit terutamanya tangan, gilalah sampai takboleh tidur.. Macam tu rupanya apabila urat mula berselirat dan berputarbelit oleh kerana penangan dahsyat mengukur kelapa. T__T

Sunday, June 20, 2010

Cukuplah sampai di sini.. Aku dah bersyukur dah :)

Betul ke aku nak pergi ni? Ish aku ni dahlah cap cap ayam je. Segannyaaa. Eee malasnya nak pergi! Tapi ibu suruh aku cuba. Apa salahnya aku cuba kan? Sekurang-kurangnya aku ada laa pengalaman sikit-sikit nanti.. YaAllah gemuruhnya aku.. Macam-macam benda aku rasa sekarang. Nak terbuang kecik, nak terbuang besar. Isk!

Akhirnya, aku pergi lah jugak. Walaupun berat je rasa hati ni. Aku pakai selebet-selebet, memang takda semangat lah kononnya. Tapi aku baca ayat Kursi banyak-banyak, tiga Kul, zikir dan tak lupa selawat. Memang itu je pengubat untuk tenangkan hati aku yang tak sedap nih, huu.

Setibanya aku dekat Plaza Pelangi tu, aku dah cuak dah. Nak patah balik memang cannot lah kan. Aku pujuk hati aku. Lepastu naik je tingkat lima, dah bergema dah lagu Kaer tuh. Gila gempak kut. Aku semakin cuak!




Apa-apa pun, daftar jelah, haha.


Pedulikan jari gemok






Hello Jidin, haha








Aku peserta nombol 39 tapi giliran aku yang ke 8. Nombol ong woooo..


Sesi Pertama, menjawab soalan yang dikemukakan oleh juri.

YaAllah 'semangat'nya dia nieee..

Apa rancangan realiti TV9 favorite awak? Jidin tanya.
Dengan penuh semangatnya, Eh walaupun saya jarang tengok TV tapi saya suka sangat Imam Muda. YaAllah bestnyaaa!
Juri dah gelak-gelak.
Cik Afiqah, Imam Muda bukan TV9 ya..
Eh bukan ke???? YaAllah! Saya minat sangat lah Imam Muda tapi tulah saya jarang tengok TV tu yang taktahu sangat. Sorry sorry! *sengih-sengih haha



Menjawab soalan juri Nash dengan penuh hemah lah kononnya.
Hello abang kamera TV3!


Hello Jidin! again ;p






Wajah yang terpilih untuk sesi kedua. Aku tengah mencongak macam mana agaknya nak buat belacan ni. Haiyaa tula bila ibu suruh ketuk belacan, buat taktau je. Tengok Afeeqa Hazwani gelabah japgi.


TASK 1: Letak-letak jelah. Hesh cuaknya.... 30 saat je nih!


Tangan busuk bau belacan pun takpelah. Korek lesung sampai licin ye lepastu letak belacan dalam mangkuk yang disediakan. Juri nak rasa japgi nih! Aku: Hesh mesti kena reject punya ni, hampeh betulla aku ni. Eee buruknya belacan aku.. Eee cantiknya rupa belacan akak sebelah nih.. sobs sobs *redha

Result: BELACAN AKU LULUS! Hahaha. Nash kata masin sikit tapi okaylaaa lulus! HUWEEEEEEEEEE


TASK 2: Hesh kenapalah ibu selalu pakai santan kotak.. Kenapalah takde kukur kelapa dekat rumah. Hesh terkial-kial siot. Cemane nieee.. Dahlah tempat duduk dia kecik. Ah belasah lah walaupun macam hodoh je rupa aku mengukur kelapa tu.

Result: Tak kemas TAPI santan aku halus! HEEE kira lulus jugak! Yay alhamdulillah ;)





TASK 3: Apalaa yang aku buat tuu...

Result: Hampeh, hahaha. Konon dah siap awal 10 saat tapi aku biar je masa tu berlalu tanpa touch up mana yang patut. Dahla kain batik pakai salah. Lepastu selendang tak sesuai dengan baju dan kain. ISH KENA REJECT.
Sedih. ;p

Selesailah sesi kedua. Kami diberitahu bahawa kami akan dihubungi kalau-kalau terpilih untuk ke saringan seterusnya. Tang ni, aku tak kisah sangat dah. Yang penting pada aku, aku dah ada pengalaman di ujibakat dan aku berjaya menjawab kesemua soalan juri dengan yakin dan penuh hemah, cewah. Itu yang paling aku nak sangat :) Lain-lain? Tak kisah. Ada rezeki..ada.. Takde rezeki, pun takpe. Yang penting PENGALAMAN tu. Tu yang penting, pada aku laaa ;')

Kalau sape-sapa yang nak tips ujibakat Gadis Melayu musim ke 4 ke, boleh roger-roger aku. InsyaAllah aku bagi tips-tips bahek punya, hihiikk.. Soalan-soalan dia pun bergantung jugak dengan keadaan dan mood juri. Alaa papehal roger je aku, huehue

Saturday, June 19, 2010

niat pertama kalinya, rasa macam nak cakap dekat blog Tangga ke Syurga.

tapi.

aku memang tak reti nak susun ayat. semua aku tak reti. tak reti.

sekarang pulak aku tak tahu sangat apa yang aku kena buat sama ada teruskan menulis atau publish terus setakat ini.

oh kena teruskan.

aku dah 18. kenapa aku tak boleh fikir lagi? kenapa aku tak sedar apa yang aku dah buat dan tak tahu apa yang aku kena buat.

kena ambik kelas. belajar macam mana nak berfikir secara molek.

Thursday, June 17, 2010

Jalan-jalan Utara Tanah Air

Alhamdulillah kami selamat sampai di Johor Bahru tercinta tepat jam enam petang 16 Jun (semalam) setelah enam hari berada di Sungai Petani, Kedah. Kami tu merangkumi aku, ibu dengan Rah je. Saja jalan bertiga. Seronok! We had fun there! Masing-masing mengakui bahawasanya keseronokan itu mengalahkan semasa di Shanghai. Terpaksa lah bagitahu dekat sini betapa boringnya percutian kami yang lalu. Korea juga Australia were much much better than China. Itulah sebab mengapa aku tak post-post lagi entry percutian kami ke Shanghai baru-baru ni, hahaha. Paling aku tak boleh lupa, makanan dekat sana (China) sangat meloyakan. Sampai sekarang kalau ingat balik, memang rasa nak termuntah. Boleh tak bayangkan, lunch dengan dinner dekat sana hari-hari makanan YANG SAMA yang terlalu banyak minyak dengan rasanya yang pelik. Tu yang balik-balik je Malaysia aku demam sampai nangis-nangis sebab taktahan sakit sangat. Taktahu kenapa jadi gembeng tapi kita tak mintak nak sakit sampai macam tu sekali.. Iskkk.

DAN masalah paling besar adalah masalah komunikasi. Macam itik cakap dengan ayam. Memang macam &*+^@%*#@#*. Banyak kali aku termaki-maki sebab geram sangat. Bila kita cakap atau inginkan sesuatu (di dalam English), dia orang buat muka blur yang stok nak kena lempang baheekk punyaa lepastu aku termaki. Dia orang tak faham takpa. Kalau faham pun lagi bagus. Nasib baik aku boleh bertutur mandarin sikit-sikit. Boleh kurangkan makian. LAGI SATU kes yang buat boiling point aku melepasi takat didih adalah semasa aku nak guna iron (seterika).

Malam tu, aku memang nak guna iron sangat-sangat. Aku cakap dekat Jack (kami punya tourist guide yang agak pengor jugaklah) yang aku nak guna iron, mintak tolong dia cakapkan dengan reception sebab satu-satunya manusia ketika itu yang baik dalam English juga sangat baik dalam Mandarin adalah Jack si tourist guide tu. Jack pun cakaplah kan dekat reception tu TAPI dia suruh pulak aku tekan button 6 untuk housekeeping. Bodohnya! Aku tahu kalau aku call housekeeping pun yang angkat tu reti ke English? Apatah lagi Melayu? Sebab tulah aku suruh Jack tolong cakap dekat reception and reception tolong cakapkan dekat housekeeping. Dan disebabkan aku malas nak layan sebab dah penat sangat, aku pun cakap OKAY THANK YOU VERY MUCH JACK. Naik je bilik aku pun call housekeeping.

Tut tut. Tut tut.

'Helo?'
Orang dekat sana diam dua saat lepas tu letak telefon.
Tapi aku call lagi. Dia angkat tapi aku pulak diam. Tunggu dia cakap dulu. Tapi dia tak cakap cakap.
Dan aku pun... 'Helo??'
Dia terus letak.

Kau faham tak apa sebenarnya cerita dekat atas ni? DIA MALAS NAK LAYAN SEBAB DIA CUMA FAHAM BAHASA DIA JE.
Cuba kalau aku cakap, 'Wei?' Mesti dia layan tapi aku belum reti nak cakap macam mana nak mintak seterika. Macam bangang. Hahah.

AH persetankan.

INI BUKAN ENTRY PASAL SHANGHAI. Ini cuma entry nak cerita tentang hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Kan?

Memang betul pun.

Baiklah :)




11 June 2010

Tak ingat kilometer berapa tapi masih di Johor dan menuju ke rumah Mak Andak di Sungai Petani, Kedah. Semangat gila nih nak balik jumpa saudara mara.




Antara motif kami ke utara tanah air adalah untuk ke kenduri kahwin aku punya dua pupu yang baru berumur 19 tahun dekat Bagan Serai, Perak. Saja je letak umur hihik. Sekarang memang trend kahwin muda agaknya kan? Dah kembali ke zaman tok nenek kita dulu kan? Bagaimana dengan aku? Ibu kata ibu nak tengok aku ada degree, lepas tu kerja dulu, gaji pertama mesti bagi ibu, lepas tu pakai kereta besar, lepas tu jadi wanita yang bekerjaya, berkaliber dan sofistikated....lepastu baru kahwin. Agak-agak aku kahwin umur berapa? ^^




12 June 2010

Dah sampai Bagan Serai! Sebelum ambil gambar pengantin, gambar dia ni memang kena ambil dulu sebagai introduction pfft. Rancangan pada mulanya nak balik ke Sungai Petani secepat mungkin selepas majlis tu sebab KONONNYA nak pergi ujibakat Gadis Melayu 3 dekat Village Mall Sungai Petani tu. Tapi tak sempatlah pulak sebab sampai Sungai Petani balik dah pukul 5.35 petang sedangkan ujibakat bermula 9 pagi dan tamat 6 petang. Memang tak dan nak pi. Counter pun dah tutup dah agaknya. Takpa, kita tunggu depa mai JB naaa.. :P

Oh ye. Ini ada info yang aku pun baru tahu. Jiran depan rumah Mak Andak aku tu pergi ujibakat GM3 tu tapi depa suruh balik sebab pakai jeans. Memang tak boleh ke eh? Baju kebaya dan baju kurung je digalakkan. Dah molek dah balik kenduri tu aku pi kan? Tapi takdan jugak nak buat lagu mana lagi...





Oh ye! Ni yang paling aku suka kalau balik belah utara.

Bendang semedang =')

Pose belakang rumah pengantin yang ada banyaaakk pokok nipah. Cunnyahh.

Tak sempat nak kejar pengantin, kita ambil gambar dia ni jelah. Takpa kut. hahah





ARGH! Kena paksa. Takda mood langsung nak jadi penghibur pada hari tersebut tapi bila dipujuk-pujuk oleh pakcik-pakcik aku yang tersayang lah kononnya, redha jelah. ;p

Sempat satu lagu je. Lagu paling senang, lagu yang aku selalu nyanyi masa mandi haha, Rindu Merindu oleh penyanyi asal, Fauziah Idris. Kalau nak ikutkan, Pantun Budi by Dato SM Salim laaaagi senang tapi dah terjumpa Rindu Merindu, kira also can lah walaupun gua agak gegel gegel bangang gituh.

Hello semua!





13 June 2010

Mari kita ke Perlis juga Thailand!



Membuntuti kenderaan pakcik kuh yang menjadi tourist guide pada hari tersebut.


Melalui ladang tebu terbesar di Malaysia juga melalui kawasan terpanas di Malaysia dengan suhu mencecah 41 darjah celcius.

Anak menakan kami!
Haikal, panggil MakLong! Yang tudung pink ni MakNgah! Tapi dia panggil aku Ayong je. Kira okay lah tu.



Tiba di Wang Kelian untuk shopping-shopping. Masa ni dah masuk sempadan Thailand dah. Memang dah masuk Thailand dah pun. Memandangkan hari tersebut merupakan hari Ahad, jadi kami semua Malaysians boleh masuk secara freeeeeeeeeeeeee! YAY!

Eh belum ready lagi lah.





Okay yang ini sudah ready!






Oh beli kelubung kepala. Takda shawls ye adik-adik. Tudung ada awning paling terbanyak di sini daaannn ibu belikan untuk bibik satu. Bbrr.

Hai anak menakanku!





Memilih kain batik!

Jangan terkejut atau tersentap-sentap sebab I dah boleh pakai kain batik. Dah agak reti lah maksudnya. Puncanya adalah bila aku bawak seluar tidur yang tak selesa dan panas bila pakai lepas tu kena pulak keadaan surrounding panas berlengas dua puluh lima jam, lalu pinjam cousin punya kain batik lepastu rasa sejuk bila pakai sebab masuk angin dalam kain. FUH! Comfy weh comfy! Tapi aku masih tak berapa reti pakai lagi, bila pakai asyik kena gelak oleh makcik-makcik saudara sebab kelakar rupa bentuk kain batik cara aku pakai.




OKAY! Kita dah sampai ke Gua Kelam!







Ada keajaiban pada gambar ini. Nampak tak? Nampak tak?
Aku nampak kurus! HOHMAIGOT. Pungkok pipih ja macam takdak pungkok. Pelik.


----------









16 June 2010 merupakan hari untuk pulang ke selatan tanah air. Sobs sobs. Byebye utara. Byebye Sungai Petani. Byebye semua.....sobs sobs..
T__T


Gambar penutup kononnya.


Eh tak jugak.
















EH INI KE GAMBAR PENUTUP???

Macam anak keling rupanya rupa sebenar aku.
SOBS SOBS!