Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Monday, May 31, 2010

WALAUPUN Dan TERIMA KASIH.

WALAUPUN....................

-Aku banyak homework, bila mood datang, aku tak dulik aku nak post belog jugak!

-Mouse tak berfungsi sebab takde spare energizer dalam rumah ni, aku nak post belog jugak walaupun aku benci gels pakai touchpad yang buat aku nak guna bahasa kesat terhadap dia.

Okay tu je.

Hari ini Isnin, dan seperti latest status aku di Facebook, aku tak suka Isnin. Aku cuma tak tahu kenapa dan mengapa. Pukul 8.30 a.m ketika sedang subjek MUET, mata aku dah layu. APA CERITA. Selalunya aku tak pernah longlai macam tu sekali. Dahlah duduk depan sekali, patutnya hal hal bangang macam ini tak patut berlaku, tension. Nasib baik ada Ro yang tak pernah bosang layan sikap kurang kasih sayang aku neh. Thanks Ro walaupun kau pun kadang-kadang angau macam apa tah mungkin sebab kau pun kurang kasih sayang, hihik. Dan kau kadang-kadang comel sebab baru tadi kau paksa aku buat bisnes jual tudung.. Dan baru tadi jugak kau panggil aku Little Choco Mom. Siap esok kau kena cium.



Lain-lain ceghita:

Aku cuma nak complaint satu benda. Pleaselah satu je, hee.. Aku tak puas hati dengan meja kelas aku sebab dia takda ruang penyimpanan di bahagian bawah. Kalau ada subjek MUET, bila bawak file gemuk tu, file tu kena letak atas meja. Meja dahlah kecik siot. Aku sering kali rasa rimas babas. Dahlah kena share kerusi dengan bag. Kalau ada MUET jugak dan kena bawak dictionary, yaAllah subhanallah punggung aku cuma dapat kurang 10% keselesaan. Bila duduk secara tak selesa, sebab tulah senang rasa mengantuk. Letak bag dekat bawah? Tak mungkin tak mungkin...bag aku kaler putih kutttt.....yang Kama selalu nganjing bag aku macam koyok sebab dia kaler putih lepastu ada lubang-lubang. Katanya sebijik macam koyok.

'Feeqa asal dah lama tak nampak?'
'Aku demamlah Kama.'
'Oh kesiaann..... Tu ada koyok tu?'
Aku blur.
Tapi dia menuding jari ke arah bag aku.
'Kau ni memang kongajo kan? Haha'

Punyalah waktu beli dulu aku ingat bag aku dah cukup kiut dah....boleh dia kata bag aku macam koyok?? Oh ye, Kama suka jual minyak tak laku dia tu dengan budak form 5 ni nama dia Sharifah Farhana. Pada aku, comel budak nie. Suka aku tengok muka dia. Patutlah Kama suka jugaakk :)

Esok ada close book test Sejarah 2. Woohoooooo =)

Sunday, May 30, 2010

KENAPA aku tak jumpa lagi................

......Layout blog yang sangat menepati citarasa aku yang pelik neh.


(_._)

Boleh layan sebelum tidur, terbaiikk


Song for today~


Saturday, May 22, 2010

BILA

BILA AKU NAK UPDATE ENTRY SHANGHAI NIE? MALASNYA!

Thursday, May 20, 2010

High Fever

39 degree. Sedih.. Selalu macam ni.. Memang antibodi tak kuat.. Masa pergi Australia dulu pun camni gakk.. :(

Ni nak tekan tekan keyboard pun menggigil-gigil. Iskkk.. Nak laksa penangggggggggggg tapi doctor tak bagi makan pedas-pedas.. Lagipun tekak ni belum dapat terima makanan berat-berat sangatt...loya rasanya tekak neh. Dah masuk 3 hari aku tak makan nasik....

Tapi aku masih larat untuk upload gambar-gambar Shanghai dekat Facebook. Cuma lambat lah sebab tak pakai image resizer...lantaklah.

Rindu kawan-kawan.... Rindu sekolah! Tapi dorang kata banyak homework! Hesh hesh.

Thursday, May 13, 2010

Shanghai, here we come!


:')



Mesti tahu nak mintak diskaun macam mana okkay?



Buku hikmat ku. Haha.. Takdalah. Buku mandarin ku. Wajib bawa sebagai rujukan :)



14 May 2010-18 May 2010

Monday, May 10, 2010

What a tiring day, fuh fuhh!


I cant wear tudung beautifully today. What a daymn. Isk isk. Dah lama tak pakai tudung sekolah agaknya sebab tulah lupa macam mana nak pakai dia. Pathetic! Muka kusut je masuk sekolah (Rah kata sebab dia yang greet masa aku masuk sekolah). Aku benci sebab aku selalu pentingkan first impression orang lain terhadap aku. And.....boleh lupa Mandarin class pulak tu! Enak je aku berorientasi sedangkan lao shi tertunggu-tunggu kelibat aku, haha, nasib baik dia text lepastu aku pun ternganga.

Sakit kepala je keje. Dari semalam camnih. Banyak sangat pikiaq bukan-bukan tu yang jadik lagu niee, ecehwah. Macam biasa, penyelamatnya adalah panadol dua biji, vitamin B complex dua biji juga vitamin C satu biji. Alhamdulillah lega serta merta.

Kusut siot. Kusut kusut. Aku rasa macam dah tak terurus. Haha. Aku mula terasa tak terurus ni sejak beberapa hari lepas. Macam-macam aku fikir. Sakit otak huuu.. T__T

Kena rush class english! Tiap-tiap Mon-Thurs, 3.30pm-6pm.....sebab Fika nak pergi Uitm Shah Alam dah 23rd May neh. Cepat-cepat lah habis class! 2 jam setengah lama kut!

Jealous dekat siapa-siapa yang dapat asasi undang-undang dekat UITM Shah Alam. Termasuk Fika! Haha. Good luck anyway my dear :)





I'm gonna release my kusut masai by now. (^.^)v

Tuesday, May 4, 2010

Isi Masa jugak, hahaha

UNA, haha susah betul nak copy tag nie. Nasib baik dari Una tersayang, Eceh-wah haha :P


Baiklah, MULA!

1) Adakah anda rasa anda hot?
--->Tak ah. Apa ada dengan hot?

2) Muat naik wallpaper yang anda guna sekarang.
--->Handphone ke Laptop? Memandangkan Una letak wallpaper laptop, ikut jelah dia, heee




3) Cerita pasal wallpaper
--->Entah. Sebab kemas kut. Elegant pun macam ada, haha

4) Bila kali terakhir anda makan donut?
--->Entah ah, aku tak suka donut kut ;P

5) Lagu terakhir anda dengar.
--->Nadiku-Sabhi Saddi ♥

6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini.
--->Menjawab tag dengan tenang dan segar :')

7) Selain nama anda, anda dipanggil dengan nama apa?
---> Fee, Feeqa, Iqa, Akak, Kakak Iqa, Sayang ;p

8, 9 , 10, 11, 12 (Takde sape-sape ah, huehue. So burn ah semua nombol-nombol neh) hee

13) Berikan lima yang anda tahu tentang orang yang men-tag anda.
--->Comel! Ngeee
--->Kurus, ramping.
--->Pakai braces.
--->Ada class :D
--->Budak pandai, hehe

14) Persamaan kambing dengan lembu.
--->Bodoh lembu gak soalan nie. Jawab jelah, HAHA. Dua2 ada ekor.

15) Perasaan anda membuat tag ini.
--->Okay :)

16) Gay or Les?
--->Merepeknyaaaa! Malas nak jawab dah, haha


Okay.


Monday, May 3, 2010

Sekolah Rah! Here I Come :P

Takde apa sangat.. Cuma... Finally, aku dapat jugak apa yang aku dan famili aku nak. Rah mesti suka giler aku sambung form 6 dekat sekolah dia, hehehe boleh pergi sekolah sama-sama! *Rah balik lambat harini.. Jadi model tudung cikgu dia, haha.
Jurusan kemanusiaan. Aku takda idea langsung ianya berkenaan apa. Ada idea? Boleh share dengan aku.. :')

Pendaftaran 10 May. Dah dekat siot. Dia suruh pakai baju sekolah pulak tu. Masa last day aku pakai baju sekolah pun, baju tu dah sendat kut. Kalau sekarang?? T__T Memang kena beli baju baru lah nampak gayanya. Macam biasa, mesti Canggih dan size 17 1/2 lepastu cutting sikit. Sikitttt jeee ;p












Gambar ni je aku jumpa, tu pun ambek dari Myspace aku yang dah usang tuh.


Best jadik budak sekolah balik. Boleh perasan budak-budak lagi. Hurayayayayayy

Sunday, May 2, 2010

Kak Miza's Engagement Day :)

Congrats buat Kak Miza ku sayang kerana telah selamat melangsungkan majlis pertunangannya. Hehe.. She's my neighbour actually, selang beberapa buah rumah je. Dah bertahun kut berjiran tapi baru-baru ni jugaklah baru saling mengenali dekat Facebook. Aku pun beberapa kali je kut pergi rumah dia. Rasanya yang dia tunang ni kali kedua aku pergi rumah die, hihik.

Majlis dia grand woh. Macam wedding dah siap pelamin bagai.. Tema pink, comehh hehe.. Oh ye, 21 eh tahun ni Kak Miza? Ke 20? Alamak lupa nak merisik khabar tadik :P



There's ibu in blue. Heeee.. Eh mana Kak Miza weh?







There she is. Cantik kan? Memang cantik dia nie.. :)






With her grandma juga her parents.. (:

*Sorry ah, gambar tiada kualiti. Menyesal jugak tak bawak dslr aku yang dah berhabuk tuh. (-__-")





Ohmy! I belum readylah!






Okkay!

Adore giler dengan pelamin dia. Centre of attraction dia adalah lilin-lilin tu haaa :') Nampak macam lilin real tapi olok-olok je heee..





Balik je dari rumah Kak Miza, pergi dapur, tengok tengok ada blueberry cheese tart! OHGOSH gilelah...dah kenyang mengketedarah laksa johor dengan cucur badak 6 ketul pun aku bedal cheese tart ni 6 ketul jugak. Comel, lembut dan menggoda, fuhyoh!






6 PM. Tea timeeeeeeee!! Ta-daaaaaaaaaaaaaaaaaa :D


Ini sepatutnya nama dia Caramel Macchiato ewah ewah haha tapi sebab dekat rumah takda caramel, so nama dia homemade Macchiato jelah, hihiks! Takdalah ini Neslo lepastu nak kasi nampak glamor, kita pinjam Rah punya whipped cream. Rah kedekut woh dengan whipped cream dia tuuu..




Okay! Sebelum kita get out dari sini hehee, mari ucap Selamat Bertunang buat Kak Miza dan tunangnya Hamzah. Nama pun dekat-dekat, Hamizah and Hamzah..hee.. Moga berbahagia hingga ke syurga selamanya ye Kak Miza! ♥ ♥ ♥

Saturday, May 1, 2010

Sebelum ada sesiapa yang berani,


Prolog;

Aku berkemungkinan besar akan menyambung pengajian aku di tingkatan enam. Alhamdulillah syukur yaAllah kerana Engkau memberi laluan ini padaku tanpa Engkau bagi walau sekelumit pun kekeliruan kepadaku. Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani...

Tambahan lagi, jalan yang telah Engkau tunjukkan padaku ini mendapat 100% restu daripada kedua ibu bapaku.. Betapa Engkau mempermudahkan segala urusan aku dan keluargaku yaAllah...

Sesungguhnya, dengan jalan yang telah aku pilih ini (melalui petunjukMu) mengandungi kebaikan yang tidak terkira yaAllah.. Aku bersyukur..

Semoga Engkau permudahkan segala urusanku selepas ini yaAllah demi aku mencapai cita-citaku sekaligus membahagiakan hati kedua ibu bapaku yaAllah...

Tutup Prolog.




Ya. Aku kecewa. Betapa sukarnya hendak menulisnya di sini. Aku sebak. Aku pun tidak tahu kenapa harus aku berperasaan begini. Adakah kerana perasaan cemburu akan kejayaan orang lain yang semakin bermaharajalela? Ya, cemburu akan kejayaan orang itu bagus. Tapi perit benar rasanya. Perit, yaTuhan.. Perit.. Tetapi, aku cuba bersikap optimis. Ya! Banyak benar kebaikannya jika aku tidak memilih sesuatu yang sebenarnya berlandaskan kemahuan diri sendiri. Ini bukan jalannya! Kenapa aku harus bersedih? Dia telah membuka mataku dan menunjukkan aku jalan yang sangat terang! Senang bukan? Kenapa aku harus berdukalara dengan mata sembam pagi-pagi oleh kerana berendam air mata pada malamnya?! Apa kejadahnya! WAKE UP LAH FEEQA!



Epilog;

Tuntasnya, sebelum ada sesiapa yang sanggup dan berani menjerumuskan diri ke dalam lembah kebongokan, jangan pandai-pandai nak memburuk-burukkan STPM depan aku. Kata susahlah apalah. WTH ARE YOU HUH. Aku paling benci manusia serupa itu. Macam nak sumbat kepala dia dalam mulut serigala. Dia pretends macam dia tahu semua padahal cakap-cakap dari apa yang dia dengar yang entah betul entah tidak. Please eh, berhentilah daripada menjadi melayu tipikal yang entah apa-apa.

Tutup Epilog dan tutup semua.