Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Friday, April 30, 2010

The wonderful day; 29th April 2010

5 minit yang lalu, aku baru je bajet nak tengok Adamaya. Kelam kabut off laptop. Menuju ke bilik ibu, ternampak Rah tengah online dekat ruang keluarga rumah kami. Aku pun sergah dia.

'JOM TENGOK ADAMAYA!!!' *excited.

'Merepek apa. Hari ni Jumaatlah...'

Aku? Pfftt berangan apa aku neh. Aiyaa.. Masuk bilik balik lalu on laptop semula. :)

Sambung balik niat nak berblogging tadi yang kononnya terencat sebab Adamaya punya pasal. Padahal hari ini adalah Jumaat. Manede Adamaya....

Berbalik kepada niat nak menulis entry untuk hari ini. Saja jee nak buat pemberitahuan yang aku memiliki satu blog rahsie. Percaya tak? Kena percaya. Aku memang suka gak buat gimik tapi ini bukan gimik. INI SERIUS. BUKAN MAIN-MAIN.

Tapi jangan risau, blog tersebut adalah penuh dengan kisah-kisah antara aku dan................ Siapa?

Ceh tipu je :P

InsyaAllah bila tiba masanya nanti, akan ku buka blog itu secara umum yek.





By the way, terima kasih Kak Long kerana sudi bawa kami (aku dan Rah) berjalan-jalan sekitar UKM semalam. Woohoo UKM besar siot.. Kak Long bawa kami sampai dekat makmal Bio dekat belakang, belakang dan belakang punyaa. Kak Long kata tak ramai yang tahu akan kewujudan makmal-makmal Bio tersebut. Kak Long kata lagi, budak-budak Bio je yang tahu kewujudan tempat tersebut. Oh ye, kak long adalam sepupu aku. Dia lahir tahun 1986 dan sedang melakukan Master dalam bidang Bioteknologi Tumbuhan. Terima kasih Kak Long kerana sudi menghiburkan hati kami sementara ayah menghadiri seminar apa entah dekat Putrajaya.. :')




Dan terima kasih ayah kerana sudi menghiburkan hati kami (aku dan Rah) sekali lagi kerana membawa kami makan angin di sekitar ibu negeri of Malaysia. Ayah adalah the best dada evah lah! I love you to the max! Ummmuuaaah! :D


Tua siot muka aku. :P


Terima kasih untuk semuanya. Terima kasih kekasih-kekasihku! Ecehwah ♥

Monday, April 26, 2010

The Mandarin Language Test

Fuh. Fuh. Lao shi kata senang? Whutta?? Dalam hati aku kata.

Mula-mula lao shi tanya berapa percent yang aku dah revised? Aku ni pun konon nak bajet stylo tercakaplah 90%. Fewiitt hebak la konon. Padahal habuk pon tarak wakaka.

BANYAK GILERK ah recognizing words. Maksud aku, tulisan-tulisan cina bagai tu. BANYAK GILERK... Lao shi kata reading je yang banyaakkkkk.... T__T Lao shi tipuuuu....

Terkial-kial gak aku tadi. Masa yang dibagi supposed to be 1 hour je tapi aku buat sejam setengah camtu ah. Termenunggg...pikir jawapan.. Air dahlah lupa nak bawak..daahhh kepala aku kurang oxygen.. hihiks

Mintak-mintak dapat A+! :D







I am searching for new jeans. Fuh fuh.. Jeans yang ada sekarang ni, nak pakai tu sampai semput-semput siotttt.. Especially kalau baru lepas basuh, gilerk ah aku rasa macam lemak-lemak peha aku terlipat-lipat woohoooo.. Jeans brand apa ek yang ada size untuk perempuan punggung dan peha tak kecik (bbrrrr haha) tapi stylo punyer? Dan di mana kah terjualnya jeans brand tersebut? Aku selalu tengok minah-minah Arab yang badan besar-besar tu punya jeans stylo mylo huu.. Mana dorang beli hah? *Nak yang ada banyak pilihan size dan mesti ada gaya dan reject brand kejam yang cuma sediakan jeans untuk perempuan punggung macam takda atau perempuan punggung besar (lawannya, hihik).. Yang punggung kecik (lawannya ;p) pun nak nampak gorgeous bersama jeans juga, apaaa...

Tiba-tiba terimbas masa ibu belikan aku satu dress tanpa kehadiran aku di situ. Nak ikut logik, mana boleh ibu agak-agak je size badan aku ye dak? Karang kalau tak muat, nayaa. Rupanya ibu ternampak ada satu perempuan Arab sedang mencuba-cuba dress tersebut. Kata ibu, cantik sekali dress itu di tubuh montelnya. Bentuk badannya sebiji-biji dengan badan aku pulak tu, lalu ibu terusan meneruskan niatnya untuk membelikan dress itu buat aku.. Aku paling dan terpaling suka dengan pilihan ibu buatku. Kalau ibu tak suka, maka aku pun kena tak suka. Kalau tak, pasti akan menyesal di kemudian hari.

Aku sayang ibu aku :)

Bukan rezeki aku agaknyaa.. Wuwuwu....

Memang aku teringin dan berkenan lah sesangat nak sarung sepatu-sepatu spesies ini dekat kaki aku ni ha. Tapi oleh sebab kaki aku ni jenis kaki perempuan hulu, makanya, aku hanya layak dengan flip flops. (-__-")



Oh ye, by the way, its Rah's :')




Well, semalam punya melecet pun belum surut lagi. Dia still bergelembung. Aku pun tak tahu kalau bergelembung tu apa puncanya, tapi aku tahu dia stok-stok yang letupkan mesti keluar air punyaaa. Pfftt.. Sensitip betul sang kaki ni hah... Baru jalan sikit kuttt... Hmph. Inilah akibatnya memilih kecomelan daripada keselesaan. Aku tak rela sakit lagi untuk kelihatan cantik atau comel. -.-"






Today is Raudhatus Safiyyah's birthday, atau lebih manja dipanggil Piyah. Happy 4th Birthday Piyah kesayangan Kakak Iqa ♥♥♥


Piyah baju pink. Spendel pink tu Naurah. ;p

Saturday, April 24, 2010

Misteri Selipar Jepun Kaler Coklet Depan Pintu. Bukan sepasang okay? Hanya satu daripadanya.

Pagi tadi ibu terjumpa ada satu daripada sepatutnya sepasang selipar jepun kaler coklet betul-betul kat depan gate di dalam rumah kami. Bukan gate besar tu. Gate yang dekat dalam rumah. Pelik.. Sampai sekarang kami semua kepelikan. Sebab dia hanya SATU dan BUKAN sepasang.

Aku punya andaian: Ada orang nak buat benda tak baik, (contohnya curik kasut memandangkan sekitar kawasan rumah kami ni memang selalu sangat ada kes curik kasut terlebih lagi rumah kami ni hah) lalu dia terdengar ada benda 'tegur' dia, 'HOI!' lepastu tu terus lari tak cukup tanah sampai tertinggal selipar lagi satu. Takpun, dia ternampak ada polis ronda ke masa tu lepastu dia terus lari lintang pukang sampai tertinggal salah satu daripada selipar jamban dia tu.

Macam logik.

Tapi, kenapa ibu punya andaian menakutkan? Ibu kata, mungkin ada orang yang berniat tidak baik dengan melakukan dosa syirik iaitu mungkin dia buat sesuatu dengan selipar tu lalu dia letak dekat depan pagar dan siapa yang nampak dulu atau pegang dulu, dia akan terkena. Hish nauzubillah himinzaaliq.

Sekarang ni, orang nak buat benda tak baik, macam-macam style ada. Gerun aku dibuatnya.

Bila dah terjadi perkara ni, ustazah kami (Rah) haha dia pun mulalah bersyarah. Dia kata, ustaz dia ada kata, kalau terjadi benda pelik @ aneh atau ternampak benda pelik @ aneh, cepat-cepat laungkan Allahu akbar. Sebab ustaz dia pernah cerita yang dia masuk bilik anak dia (dalam lingkungan 4 tahun camtu), tengok-tengok anak dia takde. Tengok tingkap semua tutup, carik semua tempat tak jumpa, ustaz dia rasa tak sedap. Ustaz masuk balik bilik tadi lepastu dia laung Allahu akbar. Tengok-tengok anak dia ada dekat atas katil, dalam selimut. 'Benda' tu takut rupanya lalu dia cabut lari. Macam aku, surah Yasin yang ada dalam handphone ni, starting dia pun aku takut dengar. Apatah lagi 'benda-benda' tu kan?

Nak cerita ni. Berkenaan pembantu rumah. Sebolehnya, tak payahlah pakai pembantu daripada negara seberang sana tu. Bahaya. Sebab biasanya, diorang ni ada 'pakai-pakai'. Biasanyalah.. Ada yang okay dan 'bersih' je datang sini sebab ikhlas buat kerja tapi ada juga yang sebaliknya.. Macam bibik aku contohnya, kami syak sumting lah dekat dia. Sebabnya dia pernah tercerita dekat ibu yang masa dia kerja dekat Arab Saudi dulu, dia ada 'pakai protection' sebab orang Arab garang-garang katanya. Dah dia TERcerita macam gitu, takkanlah dia datang Malaysia 'kosong' je ye dak?

Sebabnya, kami semua ni macam berat kalau nak suruh-suruh dia buat kerja. Muka dia pulak kami benci tengok, macam biasa, macam nak tumbuk. Haha. Sumpah weh, ibu kata muka dia macam nak mintak lempang. Aku tak ingat bila last aku suruh dia buat-buat kerja. Sebab bila tengok muka dia, nak suruh buat kerja kan, tiba-tiba lidah jadi kelu. Jadi tergagap gitu. Terus, sampai sekarang boleh dikira berapa kali aku bercakap dengan dia apatah lagi pandang muka dia. Scary wehh. Hehe..

Tapi, ibu layan dia okay-okay ah. Ibu hipokrit aku tengok masa layan dia, haha. Konon macam baik padahal belakang kutuk gok. Sebab ibu kata, kalau kita tunjuk kita benci sangat dengan dia, kang dia ludah lauk kau makan kang camna? Haa masatu apa pun tak guna.

Macam aku ada terbaca pasal Eja artis tu punya maid. Gila psiko. Bila Eja ni arah buat kerja, dia pandang semacam, jeling semacam. Lepastu dah tak tahan agaknya, dia lari bawak barang-barang Eja semua pastu siap toreh segala perabot dalam rumah Eja tu. Toreh weh. Ape kes main toreh-toreh?

Lepas ni kami nak cari pembantu rumah Melayu atau Kemboja. Orang Kemboja ni lagi kesian, diorang susah betul.. InsyaAllah kalau diorang datang sini, diorang buat kerja betul-betul. Tak macam yang dekat seberang tu, datang sini nak demand. Berlagak nak mampos. Macam bibik aku tu ah, jalan nak samseng jalanan. Nasib baik aku lagi besar dari dia. ;p

Friday, April 23, 2010

Hah? Rombongan merisik? Ibu! Ape bende niee buuuu!

Masa yang sesuai sekali untuk post baru! Sebabnya memang sedang tidak buat apa sekarang. Rah pun ada entry baru kut. Takkan aku nak pandang sipi je? Hihikk.. Malam Sabtu yang plain. Boring. Memang boring. Boring ye boring ye boring ye ye ye.

Merepek.

Next Monday (xia ge xing qi) ada test atau nak gentar lagi, akan sebut sebagai EXAM. Bahasa Mandarin...atau Mandarin language. Ecehcehcehwahwah. Lao shi kata tak susah. Dia kata aaa. Aku paling tak reti tang recognizing words. Wallaah, memang hebat sangat ah. Reading okaylah sebab aku practice tajwid dia hari-hari. Mengenal perkataan? Aku selalu blur. Nanti aku merayu suruh lao shi bagi clue. Dia pun bagitahu clue sampai ah kantoi jawapan sebenarnyee.. Heee..

Kejap nak minum air lah.

Okay dah minum. Betullah pergi minum. Tak tipu. Yang tipu, tajuk entry kat atas tu haaa. HUEHUEHUE :P

Tapi...lao shi kata, afiqa hooo don woli maa, test ini sinang munya..manyak lidingg (reading), kamu misti mole muatt munyaa (buat punyaaa)..

Gelis. Macam nyonya. Lao shi aku tak macam nyonya eh.. Dia bebual normal je, hihi. Dannn.. Muda dan comel. Muka dia ala-ala korean sikit. Memang comeh ah. Mula-mula dulu aku ingat dia bujang lagi, rupanya dah kawen. Comeh sangat dia nie. Kalau gelak, mata dia jadi kecik. Dahla pakai contacts big eyes. Comey comey. Dann...baik hati juga! Dann..suka buat lawak. Walaupun dia ajar aku sorang, dan aku mengadap dia sorang, class kami tak pernah senyap. Aku dahlah suka gelak dengan lawak dia tu, hehehe..

Ha, macam mana kalau aku kena risik betul-betul ek? Kelakar kut, kelakar....kelakar...walaupun tak lawak eh.. Ada ke .... alamak tergantung :p

Alamak Rah baru lepas mandi. Suruh aku tutup laptop pulak. Eee sibuk ah dia niieee.. Ish ish. Haa.. Semalam kan, ibu kata kan, kalau bil eletrik naik lagi bulan depan, elaun aku kena potong. Oh! Itu tidak akan berlaku. Siapa yang benarkan elaun aku dipotong? Siapa?? Hesh hesh.

Beredar sekarang.

Lupakan soal risik-merisik. Nanti kalau betul-betul, tolonglah percaya sebab ianya betul dan tiada yang betul selain yang betul sebetul-betulnya.





Oh, pleaseelaahhhh.... ;P

I'm Lovin It!




Takde post baru, macam boring lah pulak. Hikhik. Suka sangaatt suara Celine Dion neh. Kira okaylah ni post lagu favourite.. :)

Tuesday, April 20, 2010

Siti Farida & Lupi Hakim, with love :')


Hot weh hot. Cuace eh. Bukan objek due orang neh. ;p







Ada yang cemburu? BLAH SEKARANG. Hihiks. Lut diam je keje. Tertinggal mulut dekat UTP kut. Hahah. Kak Da? YaAllah.. Mulut dia lebih kurang aku jelah kut. Peribahasa kata, bagaikan bertih goreng. Eceywah.



P/s I LOVE YOU: Shazea, I WANT YOU PULAK AFTER THIS. InsyaAllah kita akan together-gether bertiga bersama Kak Da jugah soon! A.S.A.P.! Lut? Tokleh. Dia dekat Perakk. Hahaks.

Friday, April 16, 2010

Sembang rawak :D

Kelmarin kut, aku dapat tahu Farah Deeba tengah carik Najjah dealers siot. Apa pasal tah aku jadi excited tiba-tiba. Haha.. Mungkin sebab inner scarf pertama yang aku beli yang agak best adalah dari Najjah. Boleh lah tahan. Tapi kalau buat pakai nak pergi bersukan, of course lah berpeluh kan, dia akan jadi macam terlipat gitu. Susah ah nak terangkan tapi nampak kurang kemas lah. Mungkin sebab dia dari material cotton. Apa-apa pun, kalau bab inner scarf neh, material from lycra is the best evah! Motifnya, cuma nak cakap, aku macam berminat nak jadi dealer Najjah tu hah. MACAM je eh. Sebab, sounds interesting kan, dapat uwang semua kan. Tapi.. Belum masanya lagi kut. Tunggu ah nanti bila aku dah jadi suri rumahtangga sepenuh masa. Hihikk.

Pagi tadi aku tonton ulangan Semanis Kurma. Tajuk dia, Curang Dibalas Curang. Rancangan macam gini aku suka tengok. Plus, aku pun memang die hard fan Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood tuh. Tajuk dia agak best je dengar kan? Memang best. Tapi aku jadi takut pulak nak kahwin bila ada sorang pemanggil ni dia call and dia cerita something yang macam gini;

Saya kahwin dah 13 tahun. Anak saya dah lima orang. Masa saya mengandung anak ke lima (tahun 2009-mugkin dalam awal tahun), saya terhidu sesuatu berkenaan suami saya. Dia selalu main message. Bila saya tanya, dia jawab main internet (macam tulah lebih kurang). Saya diam. Masa tu, kami dah tidur berasingan. Satu malam, pintu bilik tidur suami saya, terbuka sedikit. Saya intai dia. Dia sedang menonton sebuah video klip. Rupanya video klip itu adalah video kecurangan suami saya (I don't have any ideas, video apakah yang dimaksudkan). Saya jadi marah sangat! Saya cuba untuk terima dia balik, buang yang keruh, ambil yang jernih tapi saya tetap tak boleh terima dia buat macam tu pada saya! Saya tanya dia macam-macam. Tapi lama-lama jadi gaduh. Hm, sekarang dia dah kahwin agaknya dengan perempuan tersebut, saya pun dah malas. Nanti jadi gaduh. Kami pun dah lama tidur berasingan. Tahun ini langsung tidak pernah tidur bersama.

Persoalannya ustazah, apa yang perlu saya lakukan??

Lebih kurang macam itulah kisahnya.



Sampai hati betul si suami tu. Dulu waktu nak, bukan main. Inilah namanya, habis madu sepah dibuang. Bini tengah mengandung pun betapa sampainya hati si suami berlaku curang. Aku dah banyak dah dengar cerita semacam ini. Ini bukan kali pertama. Suami orang 'simpan' isteri orang dekat Condominum Datin Halimah pun aku tahu cerita. Si isteri orang ni pun merayu lah dekat isteri kekasihnya; Kak, izinkanlah saya kahwin dengan laki akak! Saya sayang sangat dekat dia kak! Jawab kakak tersebut; Macam mana aku nak bagi kau kahwin dengan laki aku? Laki kau pun tak ceraikan kau lagi!

Blablablabla.

Di sini ada sedikit fakta aku nak share. Sebagai seorang perempuan, dan bakal bergelar isteri suatu hari nanti.. Aku rasa macam elok jugak aku bagi tahu tentang perkara ini. Terutamanya khas untuk kaum Adam lah. :')


Istilah poligami;

Mengamalkan beristeri lebih daripada satu iaitu dua, tiga, empat atau had maksimumnya empat dalam satu masa. (sounds interesting kan kaum Adam? ;p)

TETAPI, ingin ditegaskan di sini BAHAWA:





SEBAB ISLAM MENGHARUSKAN POLIGAMI.

1) Lelaki atau suami yang mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehingga isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.

2) Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sabit membolehkan suami berkahwin lagi.

3) Menjadi pembela kepada kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.

4) Menyelamatkan kaum wanita "andalusia" (anak dara lanjut usia) yang belum mendirikan rumah tangga.

Walaupun syarak mengharuskan poligami, namun telah ditetapkan bahawa sekiranya seorang lelaki itu ingin berkahwin lagi, beliau mestilah berlaku adil dengan tidak menzalimi isteri pertama dan anak-anaknya dari segi nafkah, kasih sayang dan giliran.

Inilah satu syarat yang sukar untuk diberi perhatian oleh mereka yang berpoligami LANTARAN dibuai keseronokan beristeri baru.



-Credits; Indahnya Hidup Bersyariat by Dato' Ismail Kamus.


Ah. Boleh pulak aku terjebak dalam topik neh. :P


Hey hey. Baju raya aku dah siap tempah woh. Hehehe! Seamstress favourite kami (aku, ibu, Rah) sibuk dengan persiapan nak menunaikan umrah tu yang dia kelam kabut siapkan tu. Yang kami ni pulak awal-awal dah beli kain nak buat baju raya lepastu terus ukur badan and beberapa minggu selepas itu, terus siap dah. Ingatkan lambat lagi sebab aunty seamstress ni pulak after Rejab biasanya dia tak ambil tempahan dah. Tu yang kami pun duk menggelabah gak takut dia busy pulak kan beberapa bulan sebelum Rejab. SO! All the baju raya are here already. Mine is tiga pasang kesemuanya and kesemuanya juga adalah dari cotton's material. Memang aku adore gila lah baju-baju kain cotton nie. Sebab dia boleh buat lasak lepastu nampak macam humble dan muda remaja je kalau pakai. Hehee.. Tapi kena pandai pilihlah. Japanese cotton and English cotton are the best. Kalau tak, terpilih cotton yang keras, kejung dan panas pulak nanti. Lebih malang, terpilih yang sesuai jadi macam kain langsir atau kain alas meja pulak dah. Adoih adoih.

Nasib baik aku dah lama ganti puasa. Kalau tak, buat malu je baju raya dah gantung elok dalam almari, puasa tak ganti-ganti lagi. Aiyoyoo amma appa..

Thursday, April 15, 2010

Nafsu Perempuan

Ini bukan entry nak cerita pasal bilangan nafsu perempuan kah, bilangan nafsu lelaki kah. Aku dah pesan awal-awal heh. :P

Takde nak cerita banyak. Chehwah. Kononlah awal-awal entry memang cakap cengginik nanti bila dah sedap menaip (boleh jugak menulis), terus berjela-jelaan. Harapnya tak macam tu. Tapi dalam hal aku, samalah juga keadaannya bila buat esei BM atau essay English, intro mesti annoying giler dan pendek pulak tu. Masuk pharagraph dua atau tiga, hambek ko. Sampai teacher potong ayat-ayat tertentu sambil tulis; Ini bukan isi yang sepatutnya! Ini sangat ridiculous! HAHA aku ingat lagi masa tu trial SPM aku pilih essay English berkenaan; Kalau jadi kaya, apa mahu buat? Macam macam tu lah. Merepek jauh bebenar sampai masuk cerita nak jadi macam Aishwarya Rai lah, Paris Hilton lah. Patutnya kena masukkan isi yang menjurus kepada kebaikan lah kan, nasib baik aku sempat masuk isi menderma ke rumah kebajikan blablabla di perenggan second last. Finally, dapat A walaupun terdapat tulisan pen merah bertulis; You're being very ridiculous! HEHEHE..

Hm bukan itu ceritanya. Bukan itu yang sepatutnya relate dengan entry ini punya tajuk. HMPH.




Baru-baru ni, aku rasa macam aku kuat membeli-belah. Ahh tak bestnya cakap macamtu. Okay ginik, baru-baru ni, aku rasa semacam nafsu shopping aku membuak-buak sehingga terbuak-buak. Macam ni lah agaknya yang kita rasa selepas mendengar berita gembira ke kan. Alhamdulillah bulan-bulan lepas dan lepas, aku berjaya mengawal nafsu dengan jayanya, lalu inilah hikmahnya, dapat berjoli pada bulan ini. HURAYAIYAIYAIYAI.

Bulan-bulan hadapan punya joli takyah kira. Kita kira lain kali. Lain hari, lain rezeki, insyaAllah.. :')

Ada hobi baru. Hobi baru ini lah yang mendorong kepada keserakahan nafsu aku. HUEH HUEH. Yakni window shoppin dekat website-website dan blog-blog tertentu lepastu bila berkenan, kelam kabut booking lepastu esok terus buat payment. Aku jadi gelabah serta merta. Semua benda aku dah tak pedulik dah KECUALI...err..tak tersambung pula ayat nih. Hihi cuma aku rasa nak sengih je bila terkenang akannn....perlu ke tulis eh?perlu ke tak?perlu ke tak?kejap lagi lahh.. ^^

Cuma aku nak berterima kasih banyak-banyak dekat ibu. Ibu banyak sponsor aku. Murahnya hati ibu. Nak ajak ayah sponsorkan, segan lah pulak memandangkan ayah dah banyak jugak sponsor aku selama lapan belas tahun aku bernyawa neh. Maksudnya dari segi fulus lah. Hihikk. Terima kasih ibu ayah. Sayaaangggg selalu dan selamanya! ♥

Dengan penuh debaran, kurang sabar juga nak tunggu empat belas mei dua ribu sepuluh ini (wu yue shi si hao er lin yi lin). Harap-harapnya segalanya berjalan dengan lancar selancar streamyx aku sekarang ni. :')

Terima kasih juga kepada Sabhi Saddi kerana Nadiku hebat sekali! Shukakkk shangat! Terima kasih juga kepada Mr. ♥ Hehehehe sebaaabbb........

Bila dalam mood berseri-seri, memang macam gini. Redha jelah apa adanya. Terimalah aku apa adanya.. Pastikan kau dengan aku.. Jangan ada cinta lain... Tak pernah aku terlintas... Niatku untuk berpalingggg..




AH APE NIEEE! BERHENTI MENAIP atau MENULIS SEKARANG.

Tuesday, April 13, 2010

Wedding tagged from Tasha dear :')

First of all, its from Tasha. Thanks dear, thank you thank you! Xie xie ni!


:)




• How old are you?
18 on 9th June 2010



• Are you single?
Kejap lagi I bagi jawapan, can ah? :P



• At what age do you think you'll get married?
Tengoklah persediaan fizikal mental macam mana nanti. :)



• Do you think you'll marry the person you are with now?
InsyaAllah..



• If not, who do you want to marry?
Redha je lah dengan pilihan ibu ayah. Huehue



• Who will be your bridesmaid & bestman?
Nadzirah Hazwani Binti Md. Nordin of course! ITUPUN KALAU DIA TAK LANGKAH BENDUL, haha. Em bestman tu tengoklah pihak lelaki macam mana. ;p



• Do you want a garden/beach or traditional wedding?
Garden for sure, heee



• Where do you plan to go on honeymoon?
Me and my future husband's favourite place to go. Baru adil kan? ;')



• How many guests do you think you'll invite?
1000 and plus plus plus.



• Will that include your exes?
InsyaAllah..



• How many layers of cake do you want?
Berapa-berapa pun bolehlahhh.. :)



• When do you want to get married, morning or evening?
Tak kisahlah. Asalkan akad nikah pagi. KUT. Entah ah. :P



• Name the song/tune you'd like to play at your wedding.
Semestinya My All, Mariah Carey



• Your wedding colour theme?
White, soft pink.



• Do you prefer fine dining or just normal spoon&fork?knife?
Tak kisah lah. Asalkan guests kenyang dan pulang dengan bahagia sebab souvenirs kite orang bagi must be very awesome. Hihiiikk



• champagne or red wine?
Apple Martini. HEHE :P



• Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Days after wedding kut. Agak-agak ah. Ko ni puunnnn.. Heee



• Money or household items?
Money ah. ^^



• How many kids would you like to have?
Empat cantik. Tapi, the more the merrier kan darling? HAHAHAHA kelakar sangat eh



• Will you record your honeymoon in DVD/CD?
Malas ah. Photographs sudaaahh.



• Your dream present from your future husband?
Ada mall sendiri dekat rumah. Maksudnya, ada satu bilik khas dalam rumah yang dalam tu dah macam boutique dah. Sumpah ni impian aku!



• Whose wedding plan would you like to know next?
Rah ah. Sape lagi. Dia ni wedding plan dia pun boleh tahan goks. :P

Sunday, April 11, 2010

HOT STORY!

Ah. Tak tahu nak buat apa. Macam biasa, blogging adalah pilihan paling terakhir sekali untuk malam ini. Memandangkan petang tadi aku dapat tahu satu hot story, so untuk sesi kali ini, ada jugak benda yang dapat nak share.

Takdelah hot mana pun tapi bila sang penghantar message dah text macam ni; HOT STORY! HOT STORY! Aku pun jadi teruja pulaklah tiba-tiba. Layak lah jugak story tersebut digelar hot. Hihiikk..

Biasanya, yang aku tahu lah, ada dua sebab je boleh menyebabkan sebuah perhubungan tu jadi dingin ke retak ke telur hujung tanduk ke... Pertamanya orang ketiga. Keduanya money. Ye, duit dan wang. Kan? Dua sebab je kan? Yeke? Ke ada sebab lain? Aku takde banyak ilmu pun pasal benda-benda ni semua.

Secara amnya memang dua benda tu je lah. Majoritinya lah kut. Minoriti? Apa agak-agaknya sebab-sebab yang lainnya ek? Punca-punca keretakan sebuah perhubungan tu. Hubungan berkasih sayang lelaki perempuan lah maksud aku sekarang ni.

Aku dah mula tak tahu nak cakap apa. HUEH HUEH. Bbbrrrrr....





Sebab tiba-tiba dalam otak aku sekarang ni.... SimplySiti keluarkan produk alat solek senang dicuci sebelum solat kan? Agaknya dia including eyeliner tak ek? Susah betul nak cari liquid atau gel eyeliner yang senang cuci sekarang. Maksudnya, senang dicuci tanpa pakai makeup remover. Macam aku, kalau agak-agak aku boleh solat time travelling ke kan, aku memang biar je muka aku pale sepale-palenya. Malas nak tenyeh-tenyeh tisu basah dekat muka dekat tempat wuduk awam ke, toilet awam ke.. Leceh.

Tu je lah.

Rumah Manis Rumah

Memandangkan our future home ni nak kena renovate bermula minggu hadapan, so semalam kami pun buatlah lawatan macam yang selalu kami buat yang kalau rajin seminggu sekali tu. Tak tahulah apa yang aku cakap ni sebab dalam waktu-waktu gini otak aku ni kejang sikit. Nak makan tapi takde sape teman. Aku tak suka makan sorang-sorang sebenarnya. ^^

Sementara ibu dengan ayah buat discussion together-gether mereka, aku dengan Rah dengan adik main-main. Main apa? Main lah apa-apa yang patut dimainkan. Biasanya kalau sempat masuk show house tu paling best bila dapat main sorok-sorok. Best gila.

Kami empat beradik memang suka sangat main sorok-sorok. Dekat rumah selalu sangat main. Tapi main dekat bilik ibu je. Pemangsa pakai tutup mata sambil meneka kat mana mangsanya berada. Ha macam senang je bila dengar si penjadik tu tutup mata kan. Sebenarnya tak senang. Sebab bila main ni, gerak sikit, ketawa sikit, pemangsa dapat detect lepastu dia pun teraba-raba sambil kejar. Masa ni lah siapa-siapa yang ketawa paling kuat dia jadik. HAHA biasanya aku lah. Aku selalu gak jadik oleh kerana takde tempat nak sorok sebab semuanya adik-adik yang lain dah cop. Pastu bila si penjadik menuju ke arah aku, aku mesti gelak ketakutan. ;p Best sangat main ni. Sebab tak payah exercise susah-susah sebab main ni je dah peluh macam apa dahh.

Mungkin sebab tu bonding kami adik beradik ni kuat. Kira macam kita sedar lah yang adik beradik kita ni wujud. Kadang-kadang ada orang yang lupa dia ada adik, dia ada kakak, dia ada abang. Gitulah..

Tambah pulak aku ni entah bila tah nak matang. Kalau pergi kedai kain (contohnya macam Jakel Trading dekat Tampoi tu), masa ibu dengan ayah tengah pilih kain baju diorang, aku dengan Rah (kalau ada Fa dengan adik lagi best), sempat jugak main sorok-sorok sambil cak baa. Main sorok-sorok dekat kedai kain pun best gak. Lantaklah orang nak cakap apa. Memang muka aku ni tak tahu malu sangat dan tak berapa nak pandai control anggun. Mungkin sebab tu lah aku senang dengan adik-adik, adik-adik pun mungkin senang dengan aku. Wakaka gelizz nya statement neh. Best jugak kadang-kadang masuk bakul angkat sendirik. HEHEHE..

Haa..aku nagging berjela-jela ni sebab aku tengah tunggus video Rah joget siap diupload. Nah, sementara menunggu.........






Tak sempat pulak nak snap future paradise (biasanya panggil bilik) aku dengan Rah. Later later lah ek. :)








Boleh pause lama-lama untuk kelancaran video di masa akan datang :')

Tuesday, April 6, 2010

Pembantu Tukang Masak

Siapa-siapa dekat sini yang hundred percent pandai masak? Bagitahu aku sekarang dan tinggalkan comment. Kalau tak, aku assume siapa-siapa yang aku target selalu baca blog aku ni adalah tak pandai masak langsung dan itu sangat memalukan. Wakaka. Terutamanya perempuanlah kan. Kalau lelaki ohmy sangat bonus mark lah untuk lulus masuk dalam senarai the most wanted bachelor. Wth? Haha.

Perenggan dekat atas ni macam ada related je dengan title entry ni kan? Oh tidak. Tidak sama sekali. Aku tak benarkan kau pikir jauh-jauh. Apa kau ingat aku memerlukan pembantu tukang masak? Eih bukan..bukan sama sekali.

Aku bercakap pasal aku. Eh bukan! Bukan aku bercakap yang aku ni hundred percent pandai masak. Bukan sama sekali..

Hehe..

Okay memandangkan dekat rumah sekarang ni aku takda buat apa-apa melainkan acap kali melakukan sesuatu yang sangat tiada bergunanya lalu untuk jadi berguna sikit, aku ni selalu jugaklah sibuk-sibuk dekat dapur kononnya macam Hello ibu, I'm here for you. Macam macam tu lah.

Mengaku. Ya. Bukan untuk bukak pekung dekat dada (peribahasa heh bukan betul-betul) tetapi aku memang kurang, alias macam tiada sangat skill memasak. Ngeh ngeh. Hey, walaubagaimanapun aku rasa terbela lah sikit sebab setidaknya aku ni reti lah nak bukak api gas tu (kami sekeluarga tak berminat dengan dapur eletrik). Waktu dulu-dulu, masa aku di menengah rendah, sering jugaklah dengar cerita ada seorang gadis ni kira macam kenalan aku jugaklah yakni jarang berborak so tak sesuai dipanggil kawan ye, dia ni anak orang kaya kut melalui penceritaan yang aku dengar tapi tak tahulah kaya macam mana tapi dari segi gayanya macam biasa-biasa je sebab anak orang kaya biasanya duduk banglo and bapanya at least mesti ada Merc CLS atau BMW X6. So aku pun dengarlah cerita yang dia ni sangat sangat anti dapur. Macam nak bukak api gas takut. Nak masak air tak reti. Masak nasi pun turut hampeh. Masa tu kami semua kutuk-kutuk lah dia sebab masa zaman tu kononnya kami ni dah bolehlaa digelar anak dara boleh diharap. :'p

Hehehe..

Bukan itu yang aku nak cerita lah. Cuma dekat sini nak tutup balik pekung di dada (peribahasa aku sendiri), bahawasanya, kendatipun aku ni tak mahir langsung memasak tapi diperakui oleh ibu dan juga Rah, aku memang pakar jugaklah kalau dalam bidang food tester ke..pereka resipi ke.. Huehue.. Walaupun tak hebat, tapi itu dah cukup membanggakan aku sebab once aku dah pandai masak nanti, masakan aku mesti terbaik di daerah (daerah cukuplah tu pun dah bangga sangat dah!). HEHEHE.. Yeeaahhhh bebeh!

Ye. Aku memang pembantu kepada tukang masak (ibu) kini. Ada jugak tugas berguna buat aku dekat rumah. Dah bangga dah sebab tadi baru tahu masak kari daging macam mana. Syukur.

TAPI! Cikai cikai aku pun, aku boleh masak nasik goreng. Rah kata nasi goreng antara tersedap dia pernah makan. Aku rasa biasa-biasa sangat kut walaupun sering kali hampir hangus. You alls pandai masak nasik goreng? Share resipi mungkin? :)

Sunday, April 4, 2010

Plain entry

Jin nian zao shang de tian qi heng leng. Atau maksudnya kita pun boleh cakap as hari ini punya pagi punya cuaca sangat sejuk. Can ah? Haha. Macam ini lah lebih mudah; Sejuk sungguh pagi hari ini punya cuaca. Macam tu lah lebih kurang.

Ye sangat sejuk. Fuyoh. Alhamdulillah. Subuh-subuh je dah hujan. Mendorong lagi perasaan nak terkam katil selepas solat subuh ;p



Ha. Ini nak cerita;



Pale isn't? Haih.

Masa gambar ini diambil masatu lebih kuranglah dalam pukul 11.30 pm macamtu. Habis bedak, litip sume dah lunyai sebab bape kali dah raup-raup muka sebab bosan dengan mengantuk pulak tu. Macam ni lah kalau Maulidurrasul dia buat pada malam hari. Lepas Isyak baru dia start majlis. Makan, makan, makan sume lepastu masuk masjid dan dengar ceramah. Menyesal pulak duduk agak terlalu terperosok dekat dalam sebab kalau nak cilok-cilok keluar pun macam segan gila. Pintu dahlah jauh nun di sana. Agak bernasib baik sebab Rah dia nak shi shi then kita pun amek kesempatan mengeluarkan diri dari masjid dan lepastu lepak luar terus tak masuk-masuk dah. Duduk luar boleh lah duduk secara suka hati tak payah nak control-control bersimpuh ke apa ke sebab ramai makcik-makcik kat dalam tu jadi macam tak senonoh pulak kalau duduk peluk lutut. HEHE.

Muka aku ni pulak boleh tahan dengar ceramah setengah jam je kut. Semalam punya ceramah power punyaaa start pukul 9++ pm sehinggalah 11.45 pm macam tu. Haih. Penceramah tu katanya penceramah dekat Asto Oasis. Aku pun tak tahulah. Bukan nampak sangat muka dia. Astro Oasis pun aku jarang-jarang tengok. Ceramah tu pun aku dengar tak dengar. Hihik. Tapi berdasarkan dengan apa yang aku dengar tak dengar tu, cara penyampaian dan pengisian ceramah tu agak superb lah jugak. Cuma aku ni je yang tak insap-insap lagi ni hah. Bila nak insap pon tak tahulah.

Hari ni Ahad. Nasib baik hari ini dingin-dingin manja gitu. Sedapnyaa layan perasaan. Kebelakangan ni aku suka naa berangan. Mungkin sebab tak ada apa nak buat sangat. Jadik, tabiat berangan aku ni semakin menjadik-jadik pulak gamaknya. Eee..

Semalam kann.. Masa aku dengar ceramah tu.. Okay, okay, ade laa satu benda yang aku nak share. Hehe berguna jugak aku ni.. Hehehehe..

Hm, camni;

Bila kita ditimpa musibah, kalau kita sebut Allahhu Akbar, musibah kita tu akan dikurangkan.. Beban yang kita tanggung akibat ditimpa musibah, akan diringankan insyaAllah..

Tapi ustad tu kata janganlah nampak rumah ko terbakar, pastu ko duk depan rumah ko sambil ucap Allahu Akbar banyak-banyak kali tanpa call bomba. Apa ke lurus bendul sangat la ko ni? Huahuahua.

Hm, kau orang pun boleh pikir kan? :)







*Nisbah populasi makhluk di bumi;
• Manusia- 1%
• Jin- 9%
• Malaikat- 90%



Aku pun baru jugak lah tahu. Oh wow berapa malaikatlah yang ada dekat keliling aku sekarang? Uhum :)