Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Sunday, March 28, 2010

Undefined feelings

Aku lapar nasi dagang pagi ni. Sangat lapar. Sebab itu tak boleh sambung tidur yang macam biasa aku buat hari-hari tu. Semalam last aku makan dalam pukul 3 petang. Lepas tu aku tak makan makan dah sampai laa ni. Aku rasa tak sedap lah tiga empat lima enam hari ni. Rasa macam kurang kasih sayang. WTF?

Rutin hidup aku sejak bulan Disember tahun lalu, sampai sekarang ni takda ubah apa sangat. Cuma start bulan Januari je ada class bahasa tu hah. Lain-lain, PLAIN. Sangat plain, kosong! Tiba-tibanya rasa macam baik aku pergi PLKN. HAIHS.

Aku rasa macam jeruk je sebab duk terperap dalam rumah berbulan lamanya. Kenapa aku suka terperap dalam rumah macam jeruk terperap dalam botol? Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab mak pak aku didik aku style cam ni. Aku rasa tak secure kat luar tu. Lepastu aku rasa rugi kalau aku keluar pergi mana-mana tak bawak balik apa-apa. Macam takda berbaloi apa-apa pon. Dapat penat je setelah mengeluarkan diri. Lalu untuk mengelakkan purse aku daripada kempis, jadiknya, duduklah rumah sediam-diamnya. Bukak Ryan, layan apa yang patut, cukup bulan, bil letrik tinggi, aku jugak yang kena. Elok bebenar! ;p




Eh. Aku peliklah. Ada orang dah block aku dekat FB? Siapakah beliau? Haaa.. Haaa.. Aku tak paham kenapa tah dia block aku. Ke dah kantoi aku selalu stalk page dia? HAHA. Biasanya kalau ikut mulut busup (sekarang busuplah, aku belum gosok gigi lagi wakaka) dan hati busup aku nie, memang aku dah cakap camni, 'Macamlah aku nak tahu sangat pasal hidup ko tu? Nak main block-block kunun..' Katalah beliau tu dah benci sangat dengan aku ni, dah nyampah sangat tengok aku yang kononnya kuat perasan ni, tak yahlah sampai nak block-block aku kut. Macam satu tindakan yang poyo yo-yo-o. Jangan tengok aku langsung sudaaa. Jangan bukak page aku langsung sudaaa. Jangan baca blog aku langsung sudaaa. Tindakan yang sangat tak rasional. Macam aku yang terhegeh-hegeh pulak. Dah tak bolehlaa aku stalk page beliau macam selalu kan? Hehehehehehehehe

Apa boleh buat? Orang dah tak suka. Tu lah padahnya aku ni suka sangat main tak suka-tak suka orang. Tengok? Dah ada sorang yang block aku. Dah terbantut cita-cita aku nak jadi stalker paling berjaya. Heheh. Tu belum lagi yang buat-buat lupa bahawasanya aku ni masih wujud dalam dunia ni. Kecik hati aku bila aku tengok betapa dia lupakan aku dan betapa dia ingat akan orang lain. HESH. Kan? Kan aku dah kata yang aku ni macam kurang kasih sayang. Apakah? Hahaha. Takdalaaa.. Aku ni ada perasaan kutt.. *Tiba-tiba akan ada yang kata camni, Ko sorang jela ade perasaan, aku takde?!

Well.. I CAN READ YOU. Takut tak? Kehkeh.





Walaubagaimanapun, statement yang sentiasa buat hidup aku ni bergemerlapan umpama crystal swarovski adalah; Hidup ni macam tayar.. Dan.. Apa-apapun keadaannya, pasti ada hikmah di sebaliknya. Aku percaya itu!

Kadang-kadang aku takut sangat bila aku happy. Sebab aku tahu betapa peritnya perasaan bila berada di bawah nanti. Hmmmm.. *Muhasabah diri.


Aku okay je. :)

Wednesday, March 24, 2010

Xie xie Ni Men ♥

Dah lama jugak ek rasanya kita tak main pass-pass award ni kan? Hehe. Ianya amat maniss. Thanks Una, thanks Cik Ieeko, thanks Shazzy yayang and thanks Kak Mashii :')


Ini dari Cik Una kite :)









Ini dari Cik Ieeko dan Cik Shazzy dan Kak Mashii ^^









Here are the rules to accept this award :

  1. Thank & link the person that gave you the award.
  2. Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered.
  3. Contact said Blogs and let them know they've won the award.
  4. State seven things about yourself.




Well. Nombor satu? TICK.
Nombor dua? Err, too much! More than 15 I think. And.. Rasanya diorang-diorang pun dah terima award dari rakan blogger yang lain kut kan? Take it easy :p
Nombor tiga? Automatically tidak perlu. Hehehh.
Nombor empat? :)

Ni diaa.

-I ♥ Laksa Penang
-I ♥ Putu Mayam
-I ♥ Asam pedas
-I ♥ Laksa Johor
-I ♥ Cheese
-I ♥ Ice Lemon Tea
-I ♥ Gula-gula NANO.
-I ♥ Kuih Lopez *Eh, lopes.
-I ♥ Badak berendam. *Ini kuih eh!
-I ♥ Cream Puff
-I ♥ Caramel
-I ♥ Ayam goreng


INI DAH BERAPA HAH.



Simple kan? HEHE. Again, terima kasih kepada nama-nama yang telah dilink di atas tadi kerana sudi mencalonkan nama saya untuk menerima award-award tersebut. Terasa diriku begitu berharga dan dihargai.

MUACKS!


Saturday, March 20, 2010

Happy Birthday Ibu :')

Takda nak cerita banyak :)









I you Ibu!


♥ 20 March 2010 ♥

Friday, March 19, 2010

Hangpa la boh tajuk. Hehe.

Okay mari mula.


Sejak saya dah tak sekolah ni, saya selalu sangat spend time dengan ibu. Makan dengan ibu, lepak bilik ibu, bergossip dengan ibu, bergelak sakan dengan ibu, dan macam-macam lagi. Dulu-dulu saya tak rapat sangat dengan ibu. Tak tahulah kenapa ek. Sejak saya berada dalam tingkatan lima ni, barulah saya kerap mengendeng dengan ibu.

So,aktiviti yang paling selalu kami buat bertiga (saya, ibu, Rah) ialah, duduk dapur (sambil kunyah biskut atau cicah biskut dalam susu atau orang jawa kata mengeteh), lalu bergossip. Seronok. Ketawa-ketawa sampai bergegar lantai rumah.


Lepastu baru-baru ni, topik terhangat yang saya kerap cerita dekat ibu adalah berkenaan Si Penyebok. Si penyebok ni kan macam ; Selama ni tak pernah pun tegur aku, tanya khabar pun tak lepastu tiba-tiba dok menyibuk nak tahu aku punya result SPM. Aku hangen betul lah.


Terutamanya yang takda pun dalam friendlist di FB mahupun Myspace lepastu tiba-tiba hantar message dekat FB nak tahu result aku. Jangan haraplah nak direply memandangkan saya ni pun memang pantang sangat dengan orang yang suka menyibuk.

Haritu cousin saya sendiri dah kena sound tepek. Dia tanya saya punya keputusan bagaimana, saya jawab yang A sajalah. Lepastu dia tanya camni pulak ; Bagitaulah aku kau punyer full result...

Eeee penyeboknya! Kalau nak tanya pun, tanyalah dekat badan pertanyaan berlesen macam formspring ke kan? HAHA okaylah promote sekejap.


Memandangkan saya ni pun adalah jenis yang tak suka nak menyibuk-nyibuk, maka itulah saya tak suka orang yang busybody dan meyibuk-nyibuk dan mensemakkan fikiran sahaja. Kecuali kalau saya betul-betul nak tahu dan soalan tu penting bagi saya, memang saya akan tanya. Yang rasa-rasa soalan yang bertemakan busybody, memang avoid dah jauh-jauh.


Seterusnya, haaaaaa. Harini kita bukak entry untuk gossip-gossip santai je kay? Takda kena mengena dengan yang hidup atau sebaliknya.


Ni nak cerita semasa hari mengambil keputusan SPM haritu.


Nak ambil keputusan SPM kah atau nak pergi birthday party kah?

Inilah persoalannya. Rugi tak bawak camera. Boleh amek gambar kenang-kenangan kan? Seronok tengok persekitaran sekolah yang macam ada majlis hari jadi. Padahal ada sesetengah yang sedang dag dig dug menunggu keputusan. Well. Inilah diaaaa antara hari yang orang sekarang sebut hari untuk 'berplacing' (berplessing errr taktau ah mana-mana je ah) sakan. Inilah harinya untuk show off dekat kawan-kawan berkenaan sejauh mana kegorgeousan masing-masing. Peh. Memandangkan masa hari itu saya hanya berbaju kurung pahang kain cotton bunge-bunge kecik warne merah tanah hitam, so, saya rasa saya patut pun buat entry ini kan? :p


Hari tersebut, saya tak rasa langsung nak nampak gorgeous. Saya tak rasa langsung nak kelihatan seperti nak pergi prom nite. Sebab saya tahu, saya nak pergi sekolah dan ambil keputusan SPM yang saya tak tahu apakah keputusannya. Pagi-pagi saya minum fresh orange. Tak lalu makan. Tiba-tiba masa mandi saya muntah. Saya rasa lemah gila. Bila Farhana datang rumah saya dan kami pergi sekolah bersama, baru saya rasa okay. Kami bertukar-tukar cerita. Lupa sekejap perihal slip peperiksaan yang bakal berada di telapak tangan tak lama ja lagi.


Beberapa minit selepas itu, saya mula rasa macam akan ada birthday party je kejap lagi. Haha. Melawakkan. Nasib baiklah takde yang bergown ke, berdres labuh ke, kalau tak dah macam nak ke prom. Sedap tengok. Kejap-kejap saya dan Farhana dan beberapa rakan lain tersengih-sengih.


Takdalah. Pergi sekolah dan ambil keputusan je pun. Tak perlulah begitu. Tak sedaplah. Dah aku dapat dosa sebab sengih-sengih kan you alls. Errr. Belajar-belajarlah berkenaan dress code. Cewah. Walaubagaimanapun, saya suka sekali berfikiran positif. Memandangkan ramai antara mereka yang bekerja sambilan lalu mungkin akan terus ke tempat kerja selepas itu, maka perlulah bagi mereka untuk berpakaian ala-ala gorgeous begitu. Dan mungkin juga mereka hendak hilangkan debaran yang menggila dengan berpakaian indah-indah. Ya. Mungkin begitu. Lain orang, lain style.


Nasib baiklah aku ni reti nak berpakaian mengikut tempat dan situasi. :)

Tuesday, March 9, 2010

The results

11 March 2010




(Merah merupakan warna semangat, warna GAH! Jia you ni men!)



Semoga ianya with flying colours guys!
Semoga jua aku tabah dengan apa pun jawapannya.. Dan redha seredha-redhanya.. Amiinnn..

Monday, March 1, 2010

Arabic eye make up tutorial

Memandangkan saya dah lamaaaaa sangat sangat (bukan sanad eh) nak belajar arabic style punya makeup (khususnya bahagian mata, SUMPAH envy), so haritu saya tergoogle dan terjumpa. Alhamdulillah, tak payah buang masa dan duit ambil class makeup ke apa ke kan. So, belajar dekat YouTube pun dah sangat memadai buat saya. Lagi puas hati bila dapat buat sendiri berdasarkan tutorial tersebut. Saya ada juga wujudkan video tentang cara saya mengenakan makeup pada bahagian mata dengan berpandukan tutorial arabic eye make up tersebut tapi saya rasa video itu macam cannot go langsung jadi saya pun abaikan jelah dia. Tambahan lagi, dalam video tu suara saya besar dan percakapan sangat tak kena dan tak selari dengan aksi. Kiranya macam, suara saya keluar dulu baru bibir saya gerak. Mungkin sebab cakap laju sangat kan so webcam tak dapat nak catch up apa yang saya rapikkan. Okaylah enough.






Saya prefer yang ini sebab saya suka cara dia explain :')


















Yang ini pun okay juga. Daymn Gorgeous! :')










Jadiknya, selamat mencuba dan good luck!