Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Thursday, February 25, 2010

Tongue Twister

Pagi Khamis 25 haribulan 2, gua ke sekolah lama gua (macamlah lama sangat) sebab ada kejohanan olahraga. Fa, yakni gua punya adik, sertai kawad kaki serta acara balapan juga sebab tu gua sibuk nak tunjuk muka kat sekolah ni walaupun macam segan gila menyemak-nyemak dekat sekolah orang lain waima ia pernah menjadi sekolah gua tahun-tahun sebelum-sebelum ni. Gua nampak Gordon. Dia tua setahun dari gua. Nama penuh dia Gordon Gerrard Maman. Dia handsome walaupun orang panggil dia bangla. Pada gua, muka dia cam Syamsul Yusof walaupun orang panggil dia bangla dan dia kurus kering. Dan dia sebenarnya bukan bangla hehh ha ha ha







Gua try carik adik gua tapi warna kulit sume nak dekat sama (sunburn) lalu gua tak dapat nak detect akan dia dalam pasukan kawad kadet polis neh.






Tu dia Fa. Biru dan tengah pandang camera.


Dia yang nak lari tapi gua yang sakit perot cam nak pupu. Ha Ha









Yeah. Mesti bawak geng. Shirok dan Mira.













So. Lepas je selesai semua mende-mende alah ni, gua pergi class. Lagi 10 minit nak habis class, kami buat satu aktiviti iaitu aktiviti mengtwistkan tongue masing-masing. Atau noun dia, Tongue Twister. Gua telah find out Tongue Twister yang paling agak sukar ialah;



Peter Piper picked a pack of pickled peppers.
Did Peter Piper pick a pack of pickled peppers.
If Peter Piper picked a pack of pickled peppers,
Where's the pack of pickled peppers Peter Piper picked?




Lu ulang laju-laju sebanyak 3 kali kay baby.

Er.. Teacher suruh practise. Setakat ni gua cam dah boleh pergi laa jugak.













Gua rasa entry ni cam meraban. Sorry, gua nak post tapi at last gua macam taknak post la pulak. Konklusinya, dia jadilah entry macam ni. Okay tatta.

Sunday, February 21, 2010

Girls Day Out! Cehhh. Hehe

Entry ini hari Sabtu punya cerita.
Dah simpan dalam draft dua hari yang lalu. Tapi,
Hari ini baru publish!
Entry yang boleh kata dia basi. Tapi takpe, kita go on saja kay.



Naurah janji nak datang rumah hari Sabtu kan? Ya. Dia datang. Dah besar dah dia. Tapi maintain comel :')



Kami semua orang pempuan pergi hang out. Bapa Naurah, ayah saya, adik-adik lelaki saya semua duduk rumah. Leceh bawa orang laki-laki pergi shopping. Terlebih lagi window shopping sebab mereka kurang faham. Mereka rasa ianya sangat boring. Saya cuma boleh imagine kalau saya teman ayah pergi main golf. Ohmy. Boleh menggelupur saya atas rumput karpet padang golf itu nanti. Macam tulah kiranya. Orang laki-laki akan jadi terlebih sangat boring bila shopping semua pakai duit dia! Haha. Macam tak berbaloi apa-apa pun. Yang buat nak sedap hati sikit ; Nasib baiklah aku sayang pempuan nih. Kalau tak...... (anda sambung sendiri, haaa).


Tapi memang tak dapat nafi la, masih wujud juga laki-laki yang sangat gentle yang sanggup gila teman pempuan kesayangan dia (tak kisahla emak ke, girlfriend ke, kakak ke, adik pempuan ke) untuk shopping. Shopping macam okay lagi sebab dia masuk kedai, beli beli beli trus bayar kan. Tapi kalau tang window shopping.....masuk kedai, tengok tengok tengok, blah...ada yang berkenan beli...lepastu masuk kedai lagi, tengok tengok tengok lagi..blahhh.. Ulang la lagi benda yang sama sampai tumit naik melecet baru reti nak cari jalan pulang. Kalau tengok laki-laki tu muka dia cam redha je, jangan lah percaya hati dia seredha muka dia. Jangan la nak bangang pergi tanya ; Abang okay tak ni nak jalan lagi? Paris Hilton kat depan tu ada sale 10%. Sayang ingat nak Prada tapi kita beli Paris Hilton jelah dulu ek?


HAHA.
















Okay, ini dia cerita Girls Day Out saya. Malangnya muka saya tak berapa nak ada. Huu. Full time photographer laaa katakan pada hari tersebut. Huuu lagi.




Semasa dalam perjalanan pergi, dah tido dah. Ape daaa Naurah niiiii..










Tido Nauraaahhh.. Tidooooo..






Raudhatus Safiyyah :)






Nadzirah Hazwani vs Raudhatus Safiyyah siapa comel? Ha Ha









Eh eh, dah bangun?






















Naurah... Tengok sini.....







Ha, tengok pun! Janganla buat muka tak redha yayang oooiiii...






Saya sukak ini gambar! Comel. :P

































Hehe. Okay dah. Bye.






*Entry bawah ni tipu. Tahun 2007 punya. Bukan salah penolong ketua tingkatan eh. Salah ketua tingkatan yakni Encik Apis. Huehue. Okay dah byebyee!

Friday, February 19, 2010

Tarikh keputusan SPM mengeluarkan dirinya








Sahih tak sahih berita ni? Anda tentukan sendiri. Semoga berjaya semua! Amiiiinnn.... Okay bye.

Wednesday, February 17, 2010

Falling in love is not by finding a perfect person but seeing an imperfect person as perfect ♥

Memandangkan macam dah agak lama saya tak layan blog sebab saya dah ada 'kawan baru', jadi sekarang ini macam dah tiba waktu untuk saya mengalih perhatian kepada blog ini pula. Kasihan pula akan blog ini kan? :)

Baiklah, kawan baru yang dimaksudkan ialah ;












Letak panadol takpun gula pasir untuk panjangkan umur dia :)







Tadaaaaaaaaa..

Cantik kan? Bau dia pun sangat nice. Inilah dia my beloved 'Sundal Malam'. Saya tak berapa suka akan roses dan mungkin beberapa jenis bunga yang lain but I only prefer Sundal Malam. Beli dekat pasar hari ahad semasa di Cameron Highlands dengan harga RM10 bagi 5 tangkai. I am sooooo into this flower. Saya belai dia macam baby. Tiap-tiap selepas bangun tidur and sebelum tidur, saya peluk cium dia. Kadang-kadang saya berbual dengan dia. Saya tahu dia dengar apa yang saya repekkan. Dia macam nak layu dah. Saya cadang nak beli benih dia and tanam dekat depan rumah. Bunga ini juga wajib ada di majlis sekali seumur hidup saya nanti, insyaAllah :')


Saya sekeluarga ke Cameron Highlands pada hari Sabtu yang lepas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 12 jam. Sangat memenatkan. Theres jammed everywhere. Kami semua dah tension dah. Alhamdulillah selamat sampai di hotel penginapan dalam pukul 8 malam. Sheeeezzzz..


Pagi Isnin 15 Februari, merupakan pagi yang tersejuk pernah saya alami sepanjang 18 tahun saya hidup ni, HEHE. Suhu mencecah 15 degree pada pagi tersebut. Saya cuma memakai cardi je. Cardi tu pun nipis pulak tu. Bayangkan betapa crampnya saya. Lepastu bila cakap-cakap sikit lalu keluar asap dari mulut, semua dah bajet-bajet dah. Padahal bukan tak pernah pun, masa dekat Seoul dan Gold Coast pun begitu juga.




Bajet pengantin, haha





♥ ♥ ♥





Tangan saya cramp masa ni. Kebas semacam. Terpaksa redha. Siapa suruh tak bawak baju super tebal?




Ada banyak lagi gambar yang sudah selamat diupload di Facebook juga Myspace. Malas rasanya nak susun gambar dekat blog ni. Leceh dan lambat pula tu sebab saya belum lagi jumpa software image resizer terbaik.






Sampai di sini sahaja.














Oh cop. Ibu Naurah baru saja text saya tadi.











Iqa, Naurah demam. Rindu Iqa kot. Dia asyik tanye Iqa je..

Me: Ala kesiannye. Kne jumpe Naurah ni.. Dah lame ke dia demam?

Baru pagi tadi. Cik Yana cakap Kak Iqa sekolah. (Masa ni saya dah tacing dah, sebab biasenye kalau kita tipu pasal ni dia percaya lalu dia mesti akan cakap macam ni, 'Oooo.. Kak Iqa kolaaa..'.)

Cuti balik kampung pun dia sibuk ajak pergi umah Kak Iqa. Tadi Cik Yana cakap Sabtu ni kite pergi umah Kak Iqa yee.. Dia angguk.




Teringat gambar saya yang hampir lunyai Naurah kerjakan sebab terlalu rindukan saya. Hari-hari minta ibu dia ambilkan gambar saya yang ibu dia sorok dalam almari lepastu dengan rakus dia gomol gambar tersebut sampai dah takde rupa Kak Iqa dah kut. Huehue.

Tapi kadang-kadang dia bosan juga dengan saya sebab saya tak berapa nak layan sangat kehendak dia lalu dia berpaling kepada Rah, haha. Bila dah bermanja dengan Rah, langsung dia lupa saya. Pernah dia kata begini dengan Rah,

'Kak Iraaaa... Kak iqa puk adiiikk...' Mulut dia cebik-cebik. Padahal siapa tah yang puk dia. Dia memang suka mengadu macamtu. :')


















Kak Iqa sayang Naurah sangat. Nanti birthday Naurah Kak Iqa belikan make up olok-olok sebab Kak Iqa tahu Naurah suka make up, hehee..



------------END-----------


Wednesday, February 10, 2010

English and Mandarin classes :)

Jintian si xing qi san :')
(Today is Wednesday. HEHEHE)

Well, selama ini saya tak pernah pun bercerite tentang English and Mandarin class saya secara terbuka kan? Secara mendalam pun belum lagi kan? :)


So, lets start the story!


Okay. My classes was very interesting! Sangat sangat. Kami enjoy berada di dalam class tersebut. Ianya bukanlah sebuah class yang skema ke nerdy ke serta boring dan apa-apa lagi yang seangkatannya. Walaupun theres only three students je dalam class, class dah cukup bersemangat. Dan walaupun hanya saya seorang saja semasa Mandarin class, class tetap bersemangat. He He.


Semalam, we discussed about 'Allah issue' di mana ada certain-certain news yang saya kurang tahu sangat. Pasal sodomy issue pun kami discussed sama-sama sehingga kena terangkan dekat May Ji betapa apakah sodomy itu dan betapa apakah biseksual itu. :'p

Plus, semasa teacher tanya about 'actions we do every day', bila sampai turn May Ji, dia pun kata melepak but teacher said it must be Verb 1 so, should be lepak lah kan. Tapi, May Ji kata, mengepak. Dia sebut cam meng-epak. Masatu, saya pun bantai gelak kaw-kaw punyaaa. HA HA. May Ji mungkin konfius agaknyaaa apakah root word bagi melepak. Huehue.


Sebelum terlupa, besides me and May Ji, theres another girl yang nama dia sama dengan saya serta duduk di sebelah saya semasa class. Nur Afiqah Radhiah. Dia ni kawan saya masa darjah dua (dulu kita panggil kafa 2 ke printis 2, tak ingat dah) semasa kami bersekolah di Sekolah Agama Kangkar Tebrau yang guru kelas dia nama Ustad Syafiq yang gatal. Eh, bukan nama dia ada 'yang gatal' kat belakang tu tapi dia memang gatal sebab masa saya tanya dia, 'Ustad, ustad, ustad suka pelakon hindustan siapa ek? Saya suka Kajol..' Lalu ustad tu pun jawab, 'Saya suka Hazwani Khan..' Dia senyum menggoda walaupun saya tak tahu apa-apa langsung masatu.
Bbbbrrrrr (-_-")



Okay, lepastu je, Afiqah pun pindah sekolah lalu kami tak jumpa lagi dah. Rasanya tu je last jumpa kut. Masa darjah dua. Lepastu tup tup tup the latest one, dia bersekolah di SM Sains Muar :')


Masa first-first tahu kami seclass di pusat bahasa ini, dia tidak berapa cam saya. Cuma yang dia tahu, saya ni kakak kepada Nadzirah Hazwani since adik kepada Afiqah ni kenal sama Rah. Saya sangat mengecami dia. Dia kata macam kenal saya nii, at last nak tahu dia kata apa.....


Oh! Ni Afiqah yang suka Siti Nurhaliza tu eh? Haaaa... Kita pernah naik van Pak Ali sama-sama kan?

He He He


Masa darjah dua tu, kami bukan setakat rakan seclass, tetapi rakan sepermainan juga (main-main dalam van). Turut bersama kami masatu ada seorang lagi budak perempuan yang masatu saya rasa dia comel sangat iaitu Nik Iesya.

Haihhh, what a memories...... C=



Now, kami bertemu semula setelah hampir sepuluh tahun tak jumpa. Kami supposed to meet up hari ini, tapi almaklumlah, ada halangan-halangan yang tidak dapat tidak dielakkan. We will meet tomorrow lah nampaknya, before the class starts at 1p.m. Yuhuuuuuu :)










Haaaaa.. Ini dia satu hal penting yang harus saya kemukakan di sini. Ya. Di sini.


Saya sangat kurang senang dan tidak senang duduk akan makhluk yang mempertikaikan kemasukan saya dalam English class ini. Panaaassss je punggung nih. Mempertikaikan macam mana ye?

Baiklah. Dia mempertikaikan macam, 'Wah, teruk gila sangat ke english kau sampai kena masuk class english ni....' Sumting-sumting like thatlah. Yang buat darah gua menggelegak.

Betapa close mindednya mereka! Macam ni ke nak maju? HAR HAR.

Nak kata mereka pandai english sangat? Ceh. Haaakkktuuiiiiihhhhh


Eee gua tak main ah english cikai-cikai yang bila kau cakap dengan Mat Saleh pun mereka tak paham lalu mereka cakap kau ni merepek apa entah. Gua blaja international english. Dekat tempat gua blaja, ada ramai gak orang-orang tua yang blaja english cam ni heh. AGAIN, bukannya blaja english cam english yang kau nak jawab pekse kat sekolah tuh.

Sini ah gua nak cakap sikit. Gua taknak ah belagak-belagak nih tapi sikit ah gua nak kerek di sini. Dekat sekolah dulu, Alhamdulillah gua punya English marks pada tiap-tiap kali tests atau exams, Alhamdulillah sekali lagi, sering kali can go. Alhamdulillah... Cikgu english gua masatu nama dia Puan Vimi, dia suruh member gua baca gua punya essays sebab gua punya essay kira boleh tergolong dalam good-good jugak ah walaupun gua rasa essay gua meraban gak.

Tolonglaaaaahhh takyah nak kerek merek dengan gua. Gua kalau nak kerek merek boleh je tapi gua malas sebab gua tahu orang yang kerek merek ni sebenarnya dia nothing bukan something. So, pleeeaaaaasseeee lah eh?


The apologize was already accepted, sir (xian sheng). Cuma, theres another nan hai zi (boy) yang pertikaikan benda yang sama.

By the way, thanks for reading. :)






Okay! Zai Jian! Xiawu ni men!
(Okay! Good Bye! Afternoon everyone!)

Patutnya jadi entry 'Mari berdikit-dikit Mandarin bersama Fee' dah. Huehue.

Sunday, February 7, 2010

Koleksi kecintaan Afeeqa Hazwani dan Nadzirah Hazwani :')

Sejak menjak ni, aku dengan Rah macam kena sampuk. Taktak, hantu Jira tak datang rumah kami, insyaAllah.. He Hee


Kena sampuk sebab tengok sekarang ni ramai naa orang sibuk buat bisnes, lalu kami pun macam sibuk nak buat bisnes gak. Tak lain tak bukan, jual shawls la apa lagii! Ho Ha Ha


Selendangs mendangs dengan tudungs mudungs kami ni memang berlambak sangat dah sampai ayah kata dah boleh bukak kedai dah. Bakul tempat isi segala jenis selendang dan tudung ni pun dah sarat benar sampai menjejeh-jejeh (melimpah ruah) hingga ke tempat suar kecik. Yek ah, beli beli dan beli tapi tak pakai-pakai pun. Duk pakai yang sama je ulang-ulang tak habis-habis tudung ni, tak habis-habis selendang ni. Tudung-tudung lain sume duduk kat bawah-bawah je kena hempap-hempap tu yang malas nak korek tudung yang kat bawah-bawah lalu duk grab yang kat atas jeh.


Tetapi hakikatnya memanglah begitu, hakikatnya lagi, betapa semua selendang dan tudung itu punyai nilai sentimental mereka yang tersendiri. Tak sampai hati nak jual. Sayang sangatt. Antara koleksi yang sangat disayangi oleh kami selain koleksi anak patung Barbie dan Myscene :')





Tudung Ekin atau lebih tepat kalau panggil dia Tudung Malas. HE HE HE. Ye ah, kan sarung je kan, tudung malas ah.. Ada lagi yang tiada dalam gambar, yang Rah letak bersepah, yang ibu pinjam...




Longgokan selendang. Ada gak yang sumbat dalam beg plastik sebab dah takde tempat nak letak sampai dah plan nak bagi orang dah. Tapi kami still simpan mereka dengan tulus sekali :)



Tak pernah pakai langsung! Semua beli dekat Makkah & Madinah. Ada lagi empat helai yang tak masuk dalam gambar. Semua masih tak berkesempatan nak pakai lagi. Sob sob..




Tudung feveret buat masa ini iaitu tudung Syria! Huraayayyayy. Jatuh cinta dengan tudung ni. Tapi aku lebih jatuh cinta dengan anak tudung dia je since aku lebih memilih untuk melilit selendang daripada main sarung pakai je. Kang daripada tudung Syria jadi tudung malas gak kang. He He. So, pakai anak tudung ni tapi lilit selendang dekat luar. Nampak lagi sofistikated. CEH.
Ada order lagi dengan Kak Finaz tapi dia ada kat Bangkok sekarang ni.. Baru nak melaram sakan masa Raya Cina nanti. Huu.
*Lupa nak pakai lip gloss sebelum gambar diambil :P :P








Betapa kami menjaga kesemua tudung dan selendang ini dengan terbaik sekali sampai tiap satu daripada koleksi kami ni tak pernah langsung pun masuk dalam washing machine. TAK PERNAH. Semua hand wash. Betapa sayangnya kan? Basuh pun dengan sangat hati-hati, dengan penuh kasih sayang, siap rendam dengan Downy Antibac takpun Vanish. Biar dia wangi selalu.. Takpayah nak sibuk-sibuk spray perfume banyak-banyak since tudung lagi berbau segar bugar dek Downy mahupun Vanish. Huehue.


Ya, semua tudung kami kongsi bersama. Aku pakai kau punya, kau pakai aku punya. Memang share. Sharing is loving. Tapi tak lama lagi, kalau aku dah pi sambung stadi ke, tudung sume dah tak share dah. Sedih gak ah sebab most of tudung-tudung kami kira cam aku suka, Rah pun suka. Mesti susah dah nak timbang mana aku punya, mana Rah punya. Huu.


















I Love You Rah. HAHA tiba-tiba sangat.

Saturday, February 6, 2010

Histeria Episod 2

Masuk bulan ni, dah empat bulan dah rasanya sejak kes Jira bawak 'kawan' dia balik rumah tuu. Tapi, baru sebulan kebelakangan ini Jira mula berperangai aneh-aneh. Hal ini kerana, mengikut bomoh yang ditemui keluarga Jira, tubuh Jira sebelum ini telah 'dijaga' serta terdapat Jin Islam juga Puteri Bunian di dalamnya. Tu yang 'kawan' dia tu tak berani nak kacau. Aku pun tak tahu ah betul ke tak. Ikut kepala otak, memang tak dapat diterima dek akal langsung pun.


Tapi pikir-pikir balik, kenapa 'kawan' Jira yang duduk dalam almari bilik dia tu baru nak kacau dia sebulan kebelakangan ni. Kenapa tak seminggu lepas dia balik sekolah tu ke, sebulan lepas tu keee. Rupa-rupanya, tubuh Jira ni 'dijaga'. Dan 'kawan' Jira tu pun masatu bosan agaknya lalu dia pun dok sibuk kacau adik Jira yang bongsu sekali. Baby tu asyik meragam lepastu tengah tidur terkejut-terkejut macam ada 'benda' usik.


Bila 'dia' dah bosan, 'dia' pun mungkin buat discussion dengan makhluk yang 'menjaga' tubuh Jira supaya 'dia' pulak yang nak duduk dalam tubuh Jira. Pendekkan cerita, makhluk dari sekolah Jira tu pun berjaya menduduki tubuhnya.....



Jira berperangai aneh. Kerap kali diserang histeria. Selalu sangat menjerit nampak puntianak laa apa laaaa.. Dalam rumah sendiri pulak tu..








Next,


















Jira ada sorang adek perempuan. Okaylah, nama dia Nana. Jira ni tidur sebilik dengan Nana. Kira macam aku dengan Rah la kan.

Satu malam tu, Nana tersedar dalam pukul 2 pagi, tengok-tengok akak dia dah takde kat katil. Dia pun duk carik-carik. Dalam kegelapan malam (ceh), Nana nampak almari dia berkeadaan pelik. Dia pun pergi kat almari tu. Naluri seorang adik agaknya.. Dia pun bukak pintu almari tu.. Tengok-tengok, Jira sedang bercangkung dalam almari sempit tu sambil merenung Nana dengan tajam sekali. Sekali je Jira bersuara, 'TUTOP!' Suaranya kasar dan besar.


Nana cuak. Dia tutup almari tu and terus tidur. Esok pagi baru dia cerita kat ibu dia. Kalau aku jadi Nana, mencicit aku lari pergi bilik ibu malam tu jugak!







Lagi cerita,












Pakcik and makcik Jira tidur rumah dia satu malam tu. Diorang tidur dekat tingkat atas. Malam tu, pakcik dia pun pi dapur, nak minum air, dahaga lah of cos kan. Sekali je, nampak bini dia. Dia tegur, bini dia diam. Dia pelik sebab bini dia sakit, tak boleh bangun. Dia pun buat bangang je ah kut-kut bini dia PMS ke apa kan. Bila naik atas, dia nampak bini dia kat atas katil. Dia pun cakap camni,

'Eh tadi awak kat bawah, sekarang dah kat atas?'

'Mana ada saya turun...'





Well.. Dah banyak naa aku jumpa cerita camni.. Hmm..













Dengar cerita family Jira tak duduk rumah tu sekarang ni. Diorang duduk rumah lama diorang tapi dekat-dekat sini gak ah.. Tak tahan diganggu agaknya.. Sekarang ni mereka masih dalam proses untuk membaik pulih apa yang sedang berlaku. Takut siak.



Cerita betul weh sape tak takut. Terngiang-ngiang suara Jira yang cukup aku kenal sebut TUTOP dengan suara yang besar. Urrghhhhh..


Lain macam je aku tengok rumah Jira tiap kali aku lalu depan rumah dia. Yelaaa, rumah dia tepi jalan besar.. Nak pergi Jusco Tebrau jalan tu, nak pergi class bahasa pun ikut jalan tuuuu..






Tiba-tiba teringat lagi satu kisah benar. Mesti ah cite mistik-mistik gak an.


Beberapa hari sebelum musim persekolahan bermula, adelaa sorang pakcik aku ni datang rumah.. Saje jalan-jalan bersama bini dia dan anak-anak dia dan makcik aku dan atok aku.. Diorang datang petang. Malam dah kelam kabut nak balik, katanya nak tidur kat Pahang malam tu rumah pakcik aku yang satu lagi. Tambah-tambah, lusa dah naik sekolah kan. Macam tulah lebih kurang, katanya lagi, dia dah nazar nak bawak atok aku (ibu dia juga ibu kepada ibu aku) jalan-jalan pergi sume rumah anak-anak atok aku merangkap adik beradik ibu aku dan pakcik aku lah kan.



So, malam tu diorang pergi gak Pahang ikut jalan Segamat-Kuantan. Fuyoh, jalan tu sumpah scary mary weh. Ayah sendiri takut nak lalu jalan tu malam-malam dan sorang-sorang pulak tuh. Sebab ayah tahu kawasan tu sangat 'hard' atau dalam BMnya bermaksud keras.


Jalan punya jalan, dalam pukul 1 pagi camtu kawasan tu dah langsung takde kereta dah. Sunyi.... Sepi.... Hanya ada kereta pakcik aku tu jeh.


Pendekkan ceritaaa (aku dah lenguh nak menaip dah ni haha), ada satu makhluk bersayap dan berwarna putih sedang berada betul-betul atas kereta tu. Duk ketuk-ketuk cermin kereta. Kitorang sume syak mende alah tu kalau tak langsuir pun, cam biase, cik pon..


Dia kacau konsentrasi pemandu. Patutpun kawasan tu banyak eksiden. Hanya arwah-arwah mangsa kemalangan je yang tahu apa yang mereka TELAH nampak sebelum mereka terbabas dan sebagainya..


Pakcik aku nak bukak tingkap kereta (taktau apa motif dia nak bukak tingkap). Makcik aku tak bagi.


Makcik aku cuba berdiplomasi dengan makhluk tersebut.


'Kami tak kacau hang, hang jangan kacau kami.. Hang pi main jauh-jauh..'


Pastu pakcik aku pun duk azan lah, baca ayat kursi lah, dalam 10 minit lepastu baru mende alah tu blah dan mereka pun meneruskan perjalanan dengan aman damai....







Lagi kisah di kawasan yang sama...


Kawan ayah, nama dia Haji Ali. Ikut jalan tu malam-malam buta dan sorang-sorang juga. Tengah-tengah drive ni, ada satu makhluk berbaju putih dengan wajah mengerikan sedang terbang dari arah depan menuju ke kereta yang sedang dipandu oleh Haji Ali.






KALAU KAU, KAU NAK BUAT APA HAH?!


Tapi Haji Ali ni sempat jerit ALLAHU AKBAR sebelum benda tu pun terbang melepasi cermin kereta dan lesap.




-Aku rasa kisah pakcik aku dan kisah Haji Ali ni, aku macam pernah cerita dalam blog ni. Sumpah aku rasa macam aku pernah cerita.. Ke aku mimpi je hah? Adoihh lantaklah dah penat aku taip ni hahh-




Dah ah maleh ah nak layan mood horror-horror neh. Tak kuasa I. Buat aku jadi penakut je sampai mandi pun nak kena bukak pintu. Wakakakaka. Okay bye.

Friday, February 5, 2010

Histeria

First of all, kalau kau rasa kau boleh baca pasal cerita-cerita hantu neh, bolehla teruskan membaca. Kalau rasa macam sekeliling kau sunyi sepi, dengan bulu roma-roma kau dah meremang, better kau jangan baca. Sebabnya, kalau aku sendiri pun, ada cerita hantu-hantu ni biasanya aku tak baca. Walaupun naaakkkk sangat baca, tapi aku ni jenis yang tak berapa berkeyakinan sangatlah. Nadnod pun haritu ada buat entry paranormal yang macam seronok je nak tengok muka hantu tu kan, tapi sampai hari ini aku takdak kekuatan nak baca lagi dan tengok muka hantu tersebut jelas-jelas. Huu.



Okay, cerita yang bakal diperceritakan oleh aku sendiri ini adalah kisah benar. Memang real, sumpah real! Aku takde cerita kat siapa-siapa lagi sebab aku memang memerlukan persediaan yang sangat rapi untuk mempublishkan cerita ini di blog aku sendiri. Tambahan lagi, suasana keliling aku sekarang ni sangat tak sesuai untuk perasaan cam meremang-remang ke apa ke kan, haha, sebabnya jiran baru selang dua buah rumah sebelah kiri rumah aku ni tengah buat renovate rumah dia kut tu yang bising semedang, takdak langsung sound efek seram-seram ke apa ke yang mungkin boleh menerencatkan penulisan aku tika ini. Moga begitulah hendaknya.





Sebagai prolog, sejak menjak hari pertama aku dengar perihal kisah ini, time-time aku cam sorang-sorang ke kan, aku mesti pasang bacaan surah Yasin kuat-kuat. Bacaan surah Yasin tu pun memang ada je dalam henpon ni hah. Pasang dan pasang sampailah bateri aku habis cam semalam. Yelah, mana taknya, surah tu aku setting dia repeat all songs kan, so selagi aku tak tutup, selagi tulah dia ulang-ulang berapa kali suka hati dia selagi bateri henpon tak habis (again, macam semalam). Sebelum tidur, adalah kewajipan untuk berbuat demikian juga sampailah esok pagi aku bangun, tengok-tengok, bateri henpon dah habis (selagi lagi aku ulang). Saje je ulang-ulang cakap mende yang sama supaya kau tahu apa yang nak aku tekankan di sini ialah, surah Yasin tu buat aku rasa sangat tak penakut sangat. Ceh. Lebih kurang macam tulah selain buat aku rasa macam aku sedang tidur dalam iman, hehe, insyaAllah C=








Baiklah, mari ke garisan permulaan.









Mungkin ada yang tahu dan ada yang tidak tahu langsung bahawa terdapat sebuah sekolah dia area-area tempat aku menetap ni, yang pelajar-pelajarnya kerap diserang histeria sampai masuk paper sume. Tahu? Tak tahu? Takpelah, aku nak cerita jugak.



Masatu, cerita-cerita yang aku dengar dah cukup menakutkan, antaranya 'benda-benda' tu ada yang ikut student sampai balik rumah. 'Dia' dah berani ikut-ikut balik rumah en. Ingat 'buat hal' kat sekolah jek..



Beberapa minggu selepas tu, aku dengar sekolah tu senyap dah. Takde lagi dah kes histeria. Mengikut salah seorang member aku yang bersekolah di sekolah tersebut, 'benda' tu sume dah blah sebab dah panggil ustaz suruh halau 'dia', camtu aaa, aku pun tak berapa sure sangat ah. Tapi, memang dah clear lah kaann..





Walaubagaimanapun, disebabkan salah seekor daripada 'mereka' dah takde tempat tinggal, kau tahu dia menetap di mana sekarang ni??


Kat rumah kawan ibu, merangkap anak kawan ibu tu adalah member aku goks. Dia form 4 tahun ini... Aku panggil dia Jira je. Oh ye, Jira bersekolah di sekolah tersebut. (cukup heh keterangan tu? hehek)



Tapi lebih tepat, 'ada' yang tinggal kat dalam almari bilik Jira.......... Almari tempat simpan segala cadar-cadar juga kain-kain langsir.




Suatu hari tu, masa Jira baru balik sekolah, bibik dia yang bukakan pintu. Bibik dia nampak ada 'seseorang' kat belakang Jira berbaju hitam dan berambut panjang. Bibik ni wat dunno jelah since Jira pun selalu bawak member stay ruma dia...

Bila dah petang tu, bibik ni tanyalah ibu Jira merangkap kawan ibu aku tu.

'Eh, Jira tadi bawak kawan. Mana kawannya?' -Bibik.

'Hah? Jira ada bawak kawan ke? Jiraaaaaaa (memanggil Jira). Jira bawak kawan eh tadi?' -ibu Jira.

'Taklah. Mana ada..' Jira menjawab.






Haaaaaaaaaa.......













Siapa yang ikut Jira balik rumah tu??









To be continued....




Penulis belum solat Zohor. He He He..