Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Friday, January 29, 2010

Budi Bahasa Budaya Kita

Semalam, usai je english class, saya pergi teman ibu ke Jusco Tebrau City, JB untuk beli barangan dapur. Well, hari kerja, memang tak ramai orang. Seronok kalau nak window shopping ke apa ke tapi memandangkan saya belum lagi menunaikan solat zohor, so, kita pun buat apa yang dirancang sahaja.


Well, pendekkan cerita, saya sangat kurang puas hati dengan kakak kaunter bayaran tu. Memang tak puas hati. Ikutkan sifat baran saya ni, memang nak sound direct je kakak tu. Rasanya bukan kakak kut. Agaknya ala-ala sebaya saya sahaja memandangkan ramai muka-muka baru yang menjaga kaunter-kaunter bayaran tersebut.


Bila ibu suruh dia masukkan segala barang-barang dalam beg guna semula, dia still masukkan semua barang-barang di dalam plastik. Muka dia memang nak kena makan penampo dengan bibir cebek serta hidung merah seperti malam semalam dia baru je menangis melolong sebab boyfriend dia lari ikut gay.


Rasa macam nak koyakkan je bibir dia tu. Pantang betul manusia-manusia yang suka tayang muka macamtu. Sama macam bibik. Asal saya ada je, mesti dia nak buat muka macam tak puas hati gila. Amboiii dulu masa nak bluetooth lagu dengan saya, kemain baik lagi. Hari-hari dok cari jalan nak berborak. Hari-hari dok amek hati saya. Ni lah namanya hipokrit macam si-al. Dahlah penakut, tidur pasang lampu, suka main air. Dasar menyusahkan orang. Ingat gaji dia yang bayar bil api air agaknya. Lepastu suka sangat ajak ibu shopping. Memang dasar gfgjdye76rt8yhjhstkentot.


Tu satu hal. Ni saya nak tambah sikit, kalau muka tu lawa sangat nak buat muka shit semacam itu, saya memanglah kurang heran. GGRR.


Baiklah. Kisah kakak jusco tu kisah semalam. Kisah hari ini pun masih berkisarkan tentang kisah yang hampir sama. Masih dengan kisah ketidakpuashatian saya!


Siang tadi, saya ke kedai seorang pakcik ni. Ikutkan hati saya dan ibu memang takkan pergi dah kedai suey nih. Tapi disebabkan kedai yang okayokay tu tutup, kami pun memang terpaksa lah pergi kedai suey ni sebab nak fotostat Fa punya i.c. Saya memang banyak kenangan pahit sepanjang saya pernah ke kedai itu sebelum-sebelum ini. Bukanlah pahit mana, tetapi, karakter tokey kedai yang haprak berlagak macam kedai dia bagus gila yang buat saya seakan bersumpah TAKKAN ke situ lagi. Shit habis. *Melayu memang macam ni ke hah? Shit lagi.


So, saya pun masuk ke kedai itu. Tercari-cari kelibat tokey hapghak tersebut (takpun anak-beranak dia yang turut menjaga kedai pun sama hapghak). Okay, nampak sorang pakcik beruban yang memakai songkok berlilit reben putih (kami di Johor masih dalam hari berkabung). Pakcik ni kelihatan macam sesuai pakai title Pak Aji (tapi perangai macam bus-uk).


Lalu saya pun kata ; Pakcik, saya nak fotostat. Satu keping berapa heh?

Dia diam. Buat muka kerek. Lalu dia bergerak ke mesin fotostat.

'Nak berapa??!' Pertanyaan kasar.

'Saya nak cukupkan seringgit nih.' Kata saya sambil menayangkan duit seringgit tersebut.

'Lima.' Nadanya dingin. lalu saya hulurkan i.c Fa dan dia memulakan tugasnya. Hati saya dah bengkeng dah ni.



Siap.



Saya bayar dan ucap TERIMA KASIH. Dia diam (buat muka ketat). Tak cakap apa-apa. Pekak ke orang tua mereng ni? Dalam hati saya berkata. Saya tidak rasa dia pekak. Kut ye pun, patutnya dia yang ucap terima kasih kerana kita bayar dia dan kita menyumbang rezeki kepada dia walaupun tidak seberapa.


Masuk kereta, saya bebel dekat ibu. Ibu pun join sekaki setangan sebab saya sedar, sifat kepala hangin ni saya warisi dari ibu. Ibu kata, 'Kenapa ko tak cakap je, apsal nak berlagak sangat ni? Setakat kedai sememeh macam ni, bapak aku boleh bayar gaji ko sepuluh kali gandalah!' Ibu pesan saya cakap je macamtu lain kali walaupun itu sebenarnya cerita tipu. Saya gelak besar dengan ibu sepanjang perjalanan ke rumah. Ibu pun mula cerita masa dia muda-muda dulu dia pernah menengking seorang pekerja pejabat pos kerana cara dia mintak duit kecik memang sangat annoying. 'Eh, duit kecik takde ke hah?!'
'Woi, sebab aku takde duit kecik lah aku bagi duit beso!! Hey, ko setakat kerja macam ni takyah nak berlagak sangatlah!!'


HA HA HA HA.


Bukannya apa. Berbalik kepada kisah pakcik hapghak itu tadi. Ya. Mungkin dia rasa dia bagus sangat sebab tu kedai dia. Kononnya ramai orang suka pergi kedai dia. Tapi, cara dia memang tak kena langsung! Setelah apa yang pernah saya perhatikan, kebanyakan tokey-tokey melayu ni memang karakter mereka lebih kurang sama. KEREK semacam. Berlagak. Takabbur. Patutlah bisnes mereka selalunya tak kekal lama takpun tak maju-maju.


Bukannya apa lagi sekali. Cubalah contohi tokey-tokey berbangsa cina. Mereka sangat-sangat appreciate para pelanggan yang datang ke kedai mereka. Bila kita dah buat bayaran, dia akan mengucapkan TERIMA KASIH sambil menundukkan sedikit kepalanya. Kalau ada duit baki, dengan kedua-dua belah tangan dia hulurkan duit baki tersebut sambil tersenyum mesra.
Ada juga sesetengah antara mereka yang sangat friendly, sibuk bercerita itu dan ini. Kita pulak bila dah dilayan macamtu, memanglah hari-hari kita akan pergi ke kedai dia. Sebab itulah orang-orang cina cepat maju.






Renung-renungkanlah. Muhasabahlah diri sebelum anda dimuhasabahkan (ceh).









Haih.. Saya memang masih tak puas hati dengan kakak jusco dan pakcik hampeh itu tadi. Terkenang-kenang muka mereka yang memang dasar nak makan kaki bercagu. HAHAHA.


















Okay, end of entry. Bye! And Happy Thaipusam, huhehehe

Wednesday, January 27, 2010

Dah nama pun perempuan!!! Ceh, perlu ke tanda seruan sebanyak tiga kali??

OH memang gila. Sangat gila. Teramat gila. (-__-")




Menyesal sangat sekarang sebab tak pergi interview untuk promoter First Lady sebulan yang lalu. Rm1000k++ tuuuu untuk sebulan! Kalau ada rezeki aku masatu, and aku dapat pulak kerja tu, mesti aku dah dapat shopping sakan sekarang ni!

Boleh buta mata aku kalau hari-hari aku memperhidangkan mata aku ni dengan melawat butik-butik online yang sangat meliurkan. Shit ah shit ah shit ah. Tsk.

Ni ha antara contoh butik-butik online yang selalu buat aku telan je ayaq lioq (orang Kedah kata).

inhouse-boutique.blogspot.com

evergorgeous.webs.com

najjah.com



Dekat Najjah ade la haritu aku beli tudung Syria dia. Tapi aku beli melalui Kak Finaz kat Facebook tu. Lawa dia ni, pembaca berita TV9 kut. Hmmm, tudung tu pun aku hutang Rah. Rah dia kayerrrrr. Sebab dia kurang boros cam aku. Kalau aku cakap dalam purse aku ada 2 hengget je engkau percaya tak? Ha Ha Ha. *Hutang topup kat ibu pun tak bayar lagiii. Sob..sob..sob..


Aku benci betul perasaan camnih! Nak beli takdak duit. Whuttaaaa?? Aku ingat lagi masa aku nak kerja First Lady dulu tu ibu kata camni, 'Alaaa, ko nak keje watpeee.. Ko nak duit, ko mintak je ayah..... Takyah susah-susah ko nak keje.. Lagi keje camtu penaatt taw...' Bila ibu dah KONONNYA sejukkan hati aku kan, aku pon cam, 'OKKAAAYY..'

Last-last, HABUK PON TARAK. Sumpah aku rasa aku nak duit sekarangg! Aza kata ada kerja kosong dan tengah carik orang, dekat-dekat tempat keje dia gak. Aku macam nak dan memang nak pon! Tapi.... Aku dah busy dengan class bahasa aku tuu. Hmmmm..

Sekarang ni engkau tahu tak aku sedang pikir apa? Aku nak join sesuatu ni. Jadi pengedar. Hehehehehe. KLIK. Senang, takyah pikir uniform ke apa ke... :D Patutkah ek? Tapi aku ni malas sikit bab-bab ni haaa. Haha leceh spesies manusia macam aku ni. Tahu NAK je. Usaha tarak. Hampeh hampeh.











Hm, doakan kekayaan aku dalam masa terdekat ni! Kalau ayah bagi aku RM500 sekarang, aku dah terharu sangat dah... Doakan aku dapat durian runtuh! Doakan aku dapat kecek ayah untuk dapatkan contact lens baruu (yang haritu dah expired), huu.


















BY THE WAY,
CONGRATS to Kak Chika sebab dah pregnant 6 bulan dah! Heee comel sangat!
Suka tengok orang pregnant-pregnant niii. Hm :')

Orang kawen-kawen pun aku suka tengok, hehehehe.

Tak lupa, congrats juga buat someone yang dah nak bertunang dah. Takpe sayang, jodoh tak kira usia. Awalnyaa dah orang meminang dah, hehe. Semoga berbahagia ye sayang! Tokleh letak nama dia kat sini, dia kata dia segan tapi nak cakap CONGRATS jugak! He He He







*Title buat saspen je kan? Hohaha.

Monday, January 18, 2010

Entry Comel Agaknyalaaahh

Baiklah hari ini dengan penuh hemahnya ingin sekali saya mengepost entry basi yang dah berapa hari duduk dalam draft ohmaigoat kenapalah mood untuk berblogging kebelakangan ini sungguh tidak ada like so-nothing baby. Fuh fuh.

Jadi, bila niat untuk blogging tu memang dah ada dah tapi malas je nak tunaikan tapi rasa tak sedap lah pulak kalau tak tunaikan sebab kita dah niat kan so now (!) let's do it and let's make it fast. Sumpah aku benci betul menulis blog semasa meniarap (-__-")

However serta walau bagaimanapun, entry ini would be entry comel memandangkan, MEMANDANGKAN, di dalam entry ini akan terdapat wajah-wajah comel yang of course menaikkan seri entry ini juga.





So, let's check it out, detective.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
V
V






TAAADAAAAAAA :')



















Tak, tak, Naurah tak menangis. Sekarang trend dia amek gambar mesti bukak mulut. Huehue


Piya pun nak bukak mulut juga. Memang gaya terkini mereka. Ololo, Naura omei omei.


Dia ketawa buat-buat. Konon-konon candid lah ni. Padahal tak pon.


Sape mandikan? KAKAK IQAAAAAA :D



Ni pon ketawa buat-buat. Kak Iqa suka gambar ni. Naura nampak comel sangat (:
Fuyoh Piya.

Abang Shah suka gambar Naura yang ni. Kekeke.
Eeee mashamssnyee vitejen niieeeee..
Eee Piya comotnyerrwww haha geli. Comotnye sudeh ;p



Konon comella buat macamtu HeHeHe..











Ceh, blum habis lagi. Melum melum melum...





Gambars seterusnya akan semakin menaikkan seri bukan setakat entry ni je malahan seluruh blog ini jugaaa! HAHA tipu jelah. Tipu sangaaatt..




































Kan dah cakap tipu. Sape suruh percaya. Wakakakaka








Well, gambar-gambar bangang-bangang comel ni telah selamat diwebcam semalam selepas je tamat mandarin class. Mandarin class ni cam complicated gak mula-mula, yelaaa beginner kaannn. Tapi, memang sangat interesting bila kita dah tahu sikit-sikit serta boleh berdikit-dikit pula lepas tu. So, semalam aku cuma belajar Han Yu Pin Yin yakni dia punya nahu-nahu something laaa. Lebih kurang macam kita belajar Iqra' la duluuu tapi dulu aku starting terus Muqaddam. Iqra' cam lambat sikit kut sebab dia ada banyak siri kan..

Mandarin memang a bit difficult untuk sebutan aieou dia something lah tapi hari-hari dok prektis hope will be super good soon lah kan. Beginner lah katakaaaannn.. Aku suka sangat bila cikgu cun tu cakap camni kat aku, 'hen hao'.. Very good maksudnya. Heeeeeeeeeeeeee :)






Okay sayang, jumpa di lain entry!
Selamat berbahagia

Wednesday, January 13, 2010

School's sweet sweet moments

Memang aku tak sangka sekolah aku ni ada blog lepastu terdapat beberapa gambar yang ada muka aku yang sedang melakar kenangan manis di mana ketika ini, kenangan manis itu telahpun terpahat utuh di hati aku. Sumpah manis like cotton candy yang mencair dalam mulut dengan hanya satu gigitan!

Sebagai contoh, telahpun aku copy gambar semasa solat hajat PMR dan SPM masa bulan berapa entah. Memang kelakar masa solat hajat neh. Aku pun tak berapa pasti aku sedar ke tidak semasa gambar ini diambil memandangkan aku cuma amek port pasal Nani dengan Mila tengah cite apa entah. Aku tumpang gelak jeh, kebetulan je gambar ni aku tengah diam wahaha.

Aku sangat harap you alls sume dapat cam mana satu aku. Klu dia, tudung dalam warna merah, haha. Aku macam rasa je cikgu yang amek gambar ni sebenarnya saje je nak focus kat bebudak yang mulut dia tak reti diam dan sedang berbincang sesuatu yang tak sepatutnya. Memang ah kitorang terasa. Takkanlah Farhana kut walaupun dia tengah ketawa (depan aku).

Yang tak bestnya aku rasa kan, solat hajat kitorang masa malam tu memang tak diterima kut, hehe. Sebabnya kan kan kan.... Kena cerita ke? Eh bukan kitorang kentut. Bukan, bukan, haha. Nani, kalau kau baca mesti kau gelak kan? HAHAHA.

Okay cerita dia macam ni. Sebelum solat hajat tu, kitorang kan solat maghrib duluu. Aku ni memang alergik sikit carpet surau ni. Hidung aku ni pun dah cium dah carpet tu masa sujud solat maghrib tadi. Jadi, dia pun mulalah buat hal. Hidung mancung takpe. Muahaha. Masa baru nak start solat hajat, hidung aku ni boleh menten lagi. Start-start jeeeeee 'Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala'.. Allahu akbar.
Haaaiiiisssyyiiiuuuuuwwww!

Aku bersin. Aku rasa air liur aku terpancut keluar kut. Tak pastilah hingus ke apa kan. Aku buat line clear. Solat cam biase. Ingatkan takde sape nampak sekali je Mila ketawa. Bila Mila dah ketawa, aku ketawalah bahalul! Lepastu Nani pulak ketawa. Sumpah perot aku sakit gila masatu sebab tahan ketawa! Confirm-confirm ah orang sebelah menyebelah dengar kitorang tahan ketawa macam nak meninggal dah. Tapi menten je ikut imam solat sedangkan tak stop-stop ketawa hanya sebab aku terbersin keluar air liur. MIAHAHAHA. Nasib baik belakang kitorang bebudak pom three. Taklah segan sangat bila dorang nampak akak-akak ni menggigil-gigil tahan ketawa. Memang loser punya kakak-kakak. Bikin solat aku tak khusyuk jeh. Hohahaha.

Memang ada lagi kenangan lucu masa di surau ni. Masatu ada study group kut. Aku tak solat masatu, duduk je belakang surau. Dorang-dorang sume tengah solat kat depan nun. Tiba-tiba aku dengar dorang ketawa macam apa entah. Nak tahu sebab apa? Sebab kepala Nanad terhantuk kat dinding masa dia tengah rukuk lalu dia tercakap 'Adoi!'. Sumpah lawak. Hahahaha. Tulah sape suruh solat betul-betul depan dinding hah? :P

Dekat blog sekolah tu ada juga gambar aku tengah present apa entah masa tu. Time ceramah motivasi kut dekat Kolej Komuniti Pasir Gudang. Masatu pun best. Aku suka betul present-present ni. Depan member-member sekolah bestlah kut. Haha.


I missed you guys. Aku baru sedar kita tak lepak-lepak lagi kan? Jomlah. Jomlah. Jomlah. :')

Monday, January 11, 2010

Happy Birthday Dear Songbird alias The Voice of Malaysia :)

Alias juga satu-satunya wanita pujaan aku dan Rah. Taknak dah orang lain. Taknak Angelina Jolie, taknak Megan Fox dah, taknak Shakira dan semestinya taknak Fasha Sandha!

Aku sememangnya dibesarkan dengan peribadi beliau serta lagu-lagu beliau. Boleh dikatakan semua lagu-lagu nyanyian beliau aku tahu dan mungkin fasih juga mendendangkannya (cehhhhhhhhhhhh). Kau bayangkan betapa aku addicted menyanyi lagu-lagu beliau sedari aku berumur 5 tahun lagi!

Tu aku umur empat tahun (kiri sekali). Selekeh, berlemuih sume ade. Takyah tengok lama-lama. Yang kasut pink tu adalah Rah. Hahaha














Siapakah beliau yang digembar-gemburkan itu tadi?






















Taraaaa, cantik tak cantik tak? Cantik kan? Siapa kata tak cantik memang dia cemburu sebenarnya! Sebab aku kalau cemburu memang macamtu. Dia cantik macam mana pun aku cakap tak cantik. Contoh termudah Fasha Sandha. Dia cantik apa, tapi aku tetap kata tak cantik. Hahaha. Takpelah. *Semua ciptaan Allah S.W.T tu cantik-cantik belaka :)

WALAUPUN, isu tudung beliau atau selendang beliau itu menjadi antara isu yang paling hangat sekali sehingga kat mana-mana ada gambar beliau, comment-comment sume TAK SAH kalau takde yang complaint soal tudung beliau, tapi pada aku, LANTAK BELIAULAH. HA! Cemburu sebenarnyaaa sebab dia cantik pakai macamtu sedangkan kau tak pun. Haha apsal bahasa aku sinis sangat harini? Mana pergi kehumblean aku yang aku pertahankan selama ini?? Well, mestilah aku backing beliau kan. Wanita pujaan pun kaann. Tapi aku pun sebenarnya musykil, susah sangat ke tutup terus? Sebab contohnya macam semalam, persembahan pembukaan AJL, beliau pakai tudung memang suku terbuka je pun. Rambut beliau nampak siiiiikiiiittt je kat depan tu. Jadi, apa salahnya tutup terus ek? Musykil. Tapi beliau ada alasannya yang tersendiri. Apa beliau kisah? Asalkan tiap-tiap album beliau aku beli. Kahkahkah.



Beliau sudah semakin matang di dalam industri yang beliau ceburi sejak 15 tahun yang dulu. Ini dapat dibuktikan dengan lagu-lagu beliau yang semakin elegan dari hari-hari. Bermulalah dengan lagu yang agak keanak-anakan macam Es Lilin ni (klik untuk dengar atau download pun boleh hehe). Sehinggalah yang terbaru, duet bersama Kris Dayanti yakni Amarah. Tak best mana lagu ni pada aku tapi sesuailah lagu ini dengan personaliti beliau yang anggun dan elegan (klik untuk dengar lagu Amarah atau nak download pun of cos boleh ngeee).


Salah satu album beliau yang aku suka sangat ialah album Cerita Cinta Siti Nurhaliza. Sebab dalam album ni, dikumpulkan sume lagu loving-loving nyanyian beliau memandangkan album tersebut diterbitkan lebih kurang selepas beliau melangsungkan perkahwinannya. Lagu dekat blog aku ni merupakan salah satu lagu yang terdapat di dalam album tersebut. :')






Aku memang malas dah nak cakap banyak-banyak sebab aku lapar sekarang. Memang kering gila idea heee.

Baiklah, Selamat Hari Ulangtahun Ke 31 Dato' Siti! Saya dan Rah akan sokong Dato' Siti selamanya selagi hayat dikandung badan! Dato' Siti memang hot semalam! Saya suka! Suka berkali-kali!

Sunday, January 10, 2010

Qasrina Nur Amina Aryanna

Wow. Memang tak sangka langsung hari Ahad merupakan hari yang sungguh boring. Tekankan perkataan boring tersebut. Inikan hari-hari biasa pun dah boring dah apatah lagi Ahad dengan cuaca yang membahang serta mata yang selalu nak rasa mengantuk. Tak sabar nak tunggu petang. Beriadah di hadapan rumah bersama keluarga dengan cuaca yang harapnya tolonglah jangan windy sangat karang aku pulak yang salurkan kebahangan apabila pukul bulu tangkis lepastu dia masuk rumah jiran sebelah yang aku tak gemar langsung dengan cucu dia yang suka jelir lidah dia dekat adik lepastu aku suruh adik bukak seluar tunjuk bontot dia dekat budak tu. Aku geram betul budak suka jelir-jelir lidah ni. Comel pun tak guna. Ada sehari tu dia jelir lidah dekat adik tapi aku sempat tengok si budak tu lepastu muka dia cuak dah sebab aku jeling dia plus buat muka garang. Keesokan harinya dia sibuk nak buat muka manja dengan aku, aku macam biasa, jeling dia macam kata mendeh, kau ingat kau comel sangat ah, nenek kau tak ajar heh haaaaaa... Memang comel pun tak guna. Dahla ada motorbike bateri tu lepastu memekak main motor tu dengan abang dia 'encik.. berhenti kat sini encik kite tengok bunga dulu encik! okkkkk boleh jalaannn.. encikk jom kite jalaaannnn...' Bahang bahang. Haha. Tapi adik buat tak layan. Aku je yang emosi.

I can't even wait for my language classes that might be start on this february. Ceh tetibe sangat. Semalam dia ada buat test untuk menguji kebijaksanaan aku dalam English HAHA. Hey aku taklah bodoh sangat English malah itu merupakan subjek kegemaran sejak darjah satu lagi sampailah aku tingkatan lima tahun lepas okeh. Kau tahu aku dapat berapa dalam test tu? OKAY. Tampe segan silunya, aku dapat 18 1/2 per dengan 30. (-__-")

Aku banyak salah dekat pronunciation. Eh betul ke eja? Okay sebutan dia camni, pronaunzesyen (agaknyelah). Aku rasa aku terbaik dalam sebut menyebut ni. Memang aku rasa terbaik. Itulah dia akibat berlagak sangat. Ke aku gelabah sangat atau suka sangat dengan subjek physic sampai dia tulis PSYCHIC pon aku sebut PHYSIC. Buta hati agaknya aku ni, huuu.

Lepastu dia tulis PIZZA. Aku cakap ah PIZZA (tapi kita buat slang Europe lah sikit kan haha). Rupanya salah. Kau tahu apa sebutan betul dia? PIT SE. Kau sebut cepat-cepat taw. PIT SE.
Sakit betul hati aku.

Sebut RELATIVE PUN BOLEH SALAH. Aku sebut riletif. Sebutan betul dia relatif rupanya.

Dan setahu aku SERTA selama apa yang aku belajar dekat sekolah sepanjang 13 tahun aku bersekolah ni, selepas TO akan jadi root word kan? Tapi, ianya salah juga. To meet jadi to meeting. Pathetic. Dasar kurang ilmu pengetahuan sungguh aku neh.





Okay dah. Aku join mandarin class juga. Start from beginner. Kalau mandarin aku tahulah sikit bahasa-bahasa kesat dia. Haha kotor gila hati. Ci Xe. Tap Pien. Xe Cin Ping. Xi Bai. Lebih kurang macamtulah sebutan dia, aku hentam je hohahaha.

*Title takde kena mengena dengan nama budak jelir lidah. Nama dia Izzati kut tak silap aku sebab nama abang dia Izzat kahkahkah.

Tuesday, January 5, 2010

Sunsilk Impian. Ceh dah lama aku tak pakai sunsilk

Baiklah semua, hari ini cerita kita akan berkisarkan tentang masa depan. Ya, masa depan. Masa depan yang macam sedikit menjengkelkan sebabnya cerita ini akan sangat menjurus kepada perkahwinan idaman. Ohmy ohmy tak bestnya bila kadang-kadang kita menjadi terlalu straight to the point. Serupa juga seperti karangan Bahasa Melayu SPM yang tiada pendahuluan.

Tak sangka betul macam mana boleh TERada idea untuk buat entry ini. Memang tak sangka. Kadang-kadang asyik menjaja cerita tentang apa yang berlaku kepada diri sehari-hari pun boleh jadi bosan juga. Ceh, menjaja heh? Sangat tak humble ayat sebelum ini. Isy buruk laku.
*Padahal entry ini pun lebih kurang macam menjaja cerita juga.

Idea nak buat entry ini muncul bila kita duduk rumah lepastu bosan gila babas lepastu rasa diri ni bangang gila sebab duduk rumah macam loser astaghfirullah. Okay ah pendekkan cerita, disebabkan asyik layan Kak Mariah je malam-malam, tiba-tiba memang terpacul terus idea ini dari kepala otak ini. Yela, faham-fahamlah kalau layan Kak Mariah memang ah romantic mode aku memang cepat sangat on lepastu bling-bling kaler hijau keunguan tande LOVE MODE IS ON BABY. *Tak main ah pink-pink walaupun aku suka pink sikit.

Okay, berbalik kepada tujuan utama entry ini. Aku, dengan suka hatinya, dengan bersahajanya ingin berkongsi tentang perkahwinan idaman aku yang memang aku idam-idamkan serta kalau tak jadik sangat pun takpe sebab do I care? Haha taklah dah namanya impian kan, mestilah kita mahu ianya berlaku, mintak-mintaklah Ameeennn. Lebih kurang begitulah yek.

Pertama-tamanya, tak kahwin dengan lelaki pilihan pun takpe as long as mak bapak aku sedara mara aku sume suka akan dia sebab dia tak hensem tapi baik hati rendah diri berbudi pekerti pandai berpidato tak merepek punya wawasan serta pembersih. Ini penting sekali. Wajib pembersih. Aku tak berkira. Aku tak memilih sangat *CEH! INI DAH ENTRY LELAKI IDAMAN! -Potong perenggan ini, tak baca pun takpe, dah baca lagi bagus-




Mari bergerak lurus.




Aku suka akan perkahwinan yang comel. Ya, COMEL. Taknak grand, taknak mewah sangat dan taknak grand (tak tahu dah nak letak apa hahaha). Aku suka tema putih. Putih dan tak kisah bergandingan dengan warna apa sekalipun asalkan bukan hitam dah macam majlis perkabungan dah ish ish ish.


Lepastu aku mahu garden wedding. Tak semestinya MESTI DALAM TAMAN TAW instead buat depan rumah pun boleh tapi kita decorate dia sebijik macam Taman Tergantung Babylon eceh taknak kalah langsung. Dia mesti ada red & white roses di mana-mana. Setiap meja mesti ada roses. Tetamu pun kita bagi dia roses tapi roses tipulah mana boleh bagi real punya..banyak cantik muka tetamu? Kah Kah Kah

Ini part paling penting! Lagu-lagu yang dimainkan hendaklah lagu-lagu favourite pengantin perempuan, hohahaha. Antara contoh lagunya ialah, My All, My Heart Will Go On, Love Story, How Do I Live Without You, You Belong With Me, Seindah Biasa-Siti Nurhaliza, Cinta Ini-Siti Nurhaliza, Impian Kasih-UNIC, Kenangan Terindah-Samsons, Fallin' For You-Colbie Caillat, Ketika Cinta Bertasbih, Pastikan-Siti Nurhaliza DAN BANYAK LAGI. Taknak ah main lagu-lagu yang biasa kita dengar kat rumah pengantin-pengantin tuuuuu. Tak mau Tak mau.

Aku nak semua tetamu yang datang tu akan merasakan kehadiran cinta ketika itu. Sebabtu suasana serta lagu yang dimainkan tika majlis berlangsung merupakan elemen terpenting sebuah perkahwinan. Bagi akulah (-_-")

TAKNAK NASI MINYAK! TAKNAK NASI BERIANI! Wajib ada laksa penang kat wedding aku nanti. Asam pedas, tempoyak, belacan, ulam-ulaman juga wajib ada. *Aku lapa neh.
















Ini namanya muka ketat ketika berhadapan dengan orang lembab ketika beli buku semalam, haha.


Kadang-kadang tu teringin juga nak jadi wedding planner tapi aku ni jenis tak beridea sangat. Aku banyak idea kalau pk pasal aku jeh. Maklumlah kan. Sekali sekala seronok juga 'jual ikan' kah kah kah. Tapi tengoklah, mana tahu kalau ada rezeki untuk aku suatu hari nanti kan. Apa salahnya jika mengembangkan bakat. Cey, bakat apa siak tiba-tiba je cakap pasal bakat.


Sahabat wajib hadir masa wedding nanti. From left, Kecik, Aza, C-la juga Maiza :')
*Baju merah tak kira heh. Dia bride wanna be. Bhahaha.
Aza mungkin sebagai jurugambar, kan Aza kan? :D
p/s; Aza, sorry aku curik gambar neh huuu













Okay close entry ini.
Mari share cerita perkahwinan impian dengan aku kay.
I am glad to read about it.
I promise, I'm gonna love it.
(:

Monday, January 4, 2010

Selamat bersekolah adikku semua!

Baru je teman ibu belikan buku-buku Fa tadik. Maklumlah budak tingkatan satuuuuuu. Freshie lah katekaaannnn. Dia sekolah petang ni. So, berempat la kat ruma sekarang ni haa. Ibu, aku, Fa & bibik (takboleh lupe niiii).
Dekat kedai buku sekolah tadi adela sorang dua trabelmeker yang bikin aku dengan ibu hangen jeh. Pantang betul kitorang manusie lembap-lembap ni. Eh, lembap tu cam basah je. K k. LEMBAB. Kau dah dapat senarai buku yang nak kena beli tu kan, jadik, boleh tak dari rumah kau tanda siap-siap mana yang nak beli mana yang taknak beli. Senang sikit keje kan. Datang je terus suruh orang kedai preparekan lepastu bayar. Ni tak, kat situlah nak terhegeh-hegeh tanya mana buku nak pakai, mana tidaakkkk, dia ingat kakak kedai tu cikgu agaknya kan. Ni yang aku nak kua kata-kata kesat neh hahaha. Dah muka aku ketat je tadih. Dahla tak mandi lagi, haha tengok dah terbuka pekung di dada. Isy isy isy. Bukannya apa, orang dahla ramai. Turn aku dahlah lamaa lagi. Dia boleh terbangak-bangak. Peh peh panas panas, haha.



Okay, dah puas aku lecture Fa tadi. Kalau aku still kat sekolah tu takpelah, boleh tengokkan dia. Risau.. Risau sebab dia tu blur-blur bhaha.

Selamat bersekolah adik-adik akak yang tersayangggggggg!!!