Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Wednesday, December 1, 2010

Jom Kongsi!

Beberapa minit yang lepas, saya sudah pun tamat membaca Bukan Main Lagi oleh Dr. HM Tuah Iskandar. Ya...beliau merupakan kegemaran saya :)

Bila dah habis baca, saya rasa bosan sebab dah takde apa yang nak dibaca lagi. Saya pun korek sana korek sini kot-kot saya ada terbawa beberapa buah lagi buku-buku motivasi dari rumah lama (kebanyakannya seingat saya, belum lagi nak diangkut). Cari dan cari, saya pun bukalah laci meja sisi saya yang terbawah sekali lalu secara tiba-tiba mata saya bercahaya! wink wink! (*.*)

Terdapat beberapa buah buku yang terdiri daripada,

Jom Jaguh - Dr Tuah
Membina Peribadi Anggun - Dr Tuah
Membina Jiwa Serasi -Dr Tuah
Mak.. Abah.. Redhailah anakmu - Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood

Saya capai buku feveret saya, Membina Peribadi Anggun. Dah agak buruk buku tersebut. Terlipat sana sini. Ada beberapa helai yang saya sengaja lipat sebab terdapat isi-isi penting di dalamnya. Ada juga beberapa ayat yang saya highlight sebab mempunyai maksud-maksud tertentu. Satu lagi perkara yang buat saya suka sangat buku ni dan menganggapnya sebagai comel adalah tiap kali ada perkataan sayang, mesti ada bentuk love kat sebelahnya. COMEL SANGAT! hee... Sebagai contoh,

Semakin dalam rasa cinta dan sayang ♥ anda, semakin sakitlah apabila anda dikecewakan.

Sayangilah ♥ diri dan cintailah dia, setulus hati anda. Tinggalkan dengan langkah yang teratur andai anda terpaksa pergi.


Baiklah,
Kemudian, saya capai juga Jom Jaguh. Isinya ringkas tetapi sangat padat. Selak dan selak, terselak pula Bab 36, Kisah Orang Bulan Jun..hehe...ehem ehem ehem..

Apa dia ciri-ciri orang yang lahir bulan Jun?

Imaginasinya tinggi, ada wawasan dan minda futuristik, bersikap baik dan lemah lembut orangnya (ehem ehemmm!! ;p) tapi sukar difahami kerana sikap, perangai, idea dan mood yang mudah berubah.

Kiranya anda ni orangnya macam iguana gituuu (Dr Tuah yang kata!! :P). Susah difahami dan mudah berubah-ubah mengikut mood korang je. Ini yang orang mudah cepat bosan dengan anda. Oleh itu, kurang-kurangkan.

Lagi?

Idealistik tapi kadang-kadang terlalu banyaklah pulak. Lepastu, mudah pulak terasa (kena setepek dekat muka hakuh! sobbss...). Ish, janganlah sensitif sangat (Dr Tuah kata..). Orang yang tahan gurau, best tau berkawan dengan dia. Kita boleh kutuk-kutuk dia untuk lepas geram, baru ada mesra.. =)

Lagi?

Anda seorang yang rajin berfikir. Baguslah tu.. Fikir-fikirlah dan jangan tak fikir. Lu pikirlah sendiri, ha.. Kalau selalu buat sesuatu dengan bertangguh, memang selalunya kerja kurang beres (kena setepek lagi dekat muka haku!! uwaaaa...).

Dr Tuah kata, berubahlah dik, abang, kakak..

Anda juga terlalu memilih dan sentiasa mahukan yang terbaik. Psikologinya, anda cepat marah tapi cepat pula sejuknya dan suka berdebat dan bercakap, gemar bergurau dan berlawak (ha ni haku kenal siapa...hehehehehehe....). Senang cakap, anda ni memang boleh dibuat kawan atau mudah didampingi dan mudah mendampingi. Hmmm bagus ciri-ciri anda ni! (Dr Tuah kata ehhhh...hihi)


Masih lagi kisah orang bulan Jun.. :)

Anda kelahiran bulan Jun? Kalau tak, tak bermakna tak berguna untuk anda. Mungkin boleh gunakan untuk mengenal pasangan, kekasih, tunang, kawan, anak bahkan cikgu dan juga bos anda.

Baiklah kita sambung. Orang kelahiran bulan Jun selalunya seorang yang tertib lagi bersopan (fewiiitttt ;p). Dr Tuah kata lagi, Amboiii..patutlah popular dan sering dicemburui.. (Dr Tuah yang kata okkaaayyyyy...)

Lagi?

Orangnya kemas dan suka berkemas. (haku kenal siapa jugak....hihi....)

Satu lagi sikap anda yang tak baik ni, boleh cepat bosan dan bosannya tu sukar diramal bila. Alamak, ni yang kadang-kadang buat orang 'angin' kat anda. *Ha, ni macam tepat jer!

Nak selit sikit! hehe... Pada suatu hari tu, aku keluar lepak bersama seseorang yang lahir pada bulan Jun dan berzodiak Gemini (sama macam aku). Aku pasang lagu through my handphone. Aku ingat lagi lagu tu lagu The Way That I Love You by Alicia Keys. Tak sempat habis, bahkan tak sempat korus, aku dah tukar ke lagu lain. Beliau bertanya, 'Eh, tak habis lagi dah tukar?' Emm..saya cepat bosan. Simple je jawapan aku. Beliau berkata lagi, 'Ye, geminians memang cepat bosan.' Akui beliau. Olrait, apa kata Junians & Geminians yang lain di luar sana?heee...

Sambung sambung!

Anda juga cerewet orangnya dan kalau terluka hati, susah nak sembuh. Kuatkan sikit hati dan jangan gembeng sangat. Rawat hati dengan kuatkan semangat, jangan asyik nak bersedih je..

Ikut kajian seterusnya, tak wajib betul harus salah, anda seorang yang suka barangan branded dan sanggup berhabisan untuk dapatkannya. Salah? Tak salah, sebab itu memotivasi diri anda, asal jangan benar-benar jadi susah sebab nak ikutkan sangat gaya tu.

Akhir sekalu, anda sangat degil. :P Degil ada dua, satu positif dan satu lagi negatif. Yang positif, anda tak mudah kalah oleh kekalahan dan ada semangat juang untuk mencuba lagi. Negatif pulak, kadang-kadang anda macam lost gitu. Jomlah sama-sama berubah untuk mencerlah! :)


Dalam buku Membina Peribadi Anggun pula, saya ingin kongsi dengan anda beberapa ayat yang saya highlight yang saya rasa cam best jer..hihih...


-Cinta itu terjemahan pada kasih sayang ♥ dan belaian sayang ♥ penuh ikhlas.

-Bermanja-manja adalah proses semula jadi dalam memupuk kasih sayang ♥. Kucing kalau pandai bermanja-manja, kita akan membelainya dengan penuh kasih, tapi kalau asyik meleset-leset di kaki kita hingga kita hendak berjalan pun payah, itu namanya mengada-ngada. Kita tak segan-segan menyepaknya hingga terpelanting ke dinding. *Dalam maksudnya nie...

-Jika akalnya setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Jika hatinya separuh kaca, kuatkan dengan iman. Jika perasaannya selembut sutera, hiasilah dengan akhlak dan kasih sayang ♥.

-Jangan bandingkan isteri anda dengan Siti Fatimah, kalau anda belum seperti Sayidina Ali.

-Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan Allah? Siapa kita untuk mengatakan ciptaan Allah itu tidak cantik? Siapa kita untuk mengatakan diri kita tidak cantik, sedangkan kita dicipta oleh Allah?

-Anda adalah cantik. Anda bukan saja cantik bahkan menarik sekali. Anda akan bertambah cantik jika disulami akhlak, peribadi dan pegangan agama yang kukuh.

-Rindu itu indah. Maka nikmatilah keindahannya. Usah terlalu rindu, nanti hilang nikmatnya bertukar menjadi pedih.

-Rindu itu nikmat untuk dirasai, tetapi rindu yang tak terbatas hanya akan membuatkan anda lemas tak berkesudahan.

-Kita boleh menjadi kuat jika kita ingin kuat dan kita boleh menjadi lemah jika kita mengizinkan diri kita untuk menjadi lemah.




Tu jelah kot buat masa ni..hehe..
Kita kongsi lagi di lain hari..

Yang bestnya, esok saya akan ke Badan Cemerlang untuk mencari lagi buku-buku motivasi kegemaran saya! YAYYYYYYYYYY! =)

2 comments:

sab said...

babe , i nak FOLLOW you pegy badan cemerlang :) weee .

Afeeqa Hazwani said...

joommmmmmmmm! hehe..