Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Monday, November 1, 2010

TOP 5 ♥

Okay first of all, I've opened my blog!!!!!!!!!! YAYYYYYYYYYYYY!! Happy tak? Happy tak? teheeee...

I am happy lah of cos sebab dah boleh bergiat aktif dalam dunia penulisan blog! hesh seronoknya!! :D

Oh ya, next week Feeqa dah kena sekolah balik! YAYYYYYYY lagi!!!!!! haha seronoknyaaa! Amboi happy je memanjang eh Feeqa eh... Mentang-mentang dapat voucher barangan singer berjumlah RM1000 eh Feeqa ehhh...haha..

Hish rasa macam baaanyaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat Feeqa nak cerita dekat you ols!! Sampai taktau nak mula dari mana!!hehehe

Okayla kita bikin intro dulu kayy... Hmm sebenarnya Feeqa tak target pun Feeqa dapat TOP 5. Mungkin sebab sedar diri Feeqa bukan peserta feveret..hihi.. Tapi bukan kira peserta feveret ke hape, yelaaa bukan ada undian penonton kan.. 100% from judges. So Feeqa rasa happy dekat situ sebab keputusan dia akan jadi adil seadilnya. Alhamdulillah syukur yaAllah...

Tiba-tiba Feeqa teringat satu kisah masa dekat Sua Rasa Terengganu yang betul-betul buat Feeqa down jatuh tertonggeng-tonggeng dengan hati tersentap-sentap sampai nangis tersedu-sedu lalu Feeqa decided nak ngadu kat Cikgu Fidzah ♥ Alhamdulillah Allah temukan Feeqa dengan Cikgu Fidzah.... =)

Selepas kejadian tu, Feeqa dah tak sentap lagi. Cikgu Fidzah bagi Feeqa semangat! Banyak kali Cikgu ingatkan supaya Feeqa fikir positif... Sampai sekarang kalau ingat balik kejadian tu, Feeqa rasa pedih dekat hati Feeqa....ehehe cewaahh...

Tapi Feeqa sematkan kat dada, Feeqa mesti kena dapat TOP 5. MESTI KENA! Dah MESTI, KENA pulak tu! Paham?

Feeqa usaha ke arah kejayaan. Feeqa kejar gelaran GADIS MELAYU 3 yang tunggu Feeqa di hujung jalan! Tapi sayang seribu kali sayang, Feeqa lari tak cukup kuat.. Kemungkinan besar sebab Feeqa gemok sebab tu terhegeh-hegeh lepastu Feeqa cuma dapat masuk dalam kalangan 5 terbaik & terhebat (Cikgu Fidzah kata) :D

Kak Rina kurus dan ringan sebab tu dia dapat peluk trofi sireh naik junjung tu masa sampai di garisan penamat! hehe rezeki Kak Rina Allah bagi....

PALING PENTING! *Salin-salin!!

Feeqa berjaya buktikan bahawa USIA BUKAN PENGHALANG untuk Feeqa jadi antara yang terbaik!

Umur Feeqa agak menjadi isu lah bila setiap kali ada wartawan datang mai interbiu, bila sampai turn Feeqa, mesti nak babitkan isu umur. Tahulah gua paling muda kan.... Hey kamonlah, jawapan Feeqa sama je lah, tua ke muda ke, pada Feeqa umur bukan penghalang atau alasan untuk Feeqa maju ke depan. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing tak kira dia tua atau muda. Kan?kan???? Geram pulak tiba-tiba...haha..

Hinggakan semasa internal judging bersama Dato' Seri Farid Ridzuan & beberapa top management yang lain, Feeqa boleh agak soalan apa yang mereka nak tanya. *INFO* Internal judging ni menyumbangkan 50% markah untuk final.

Dato' Seri tanya Feeqa soalan yang Feeqa memang dah jangka!

'Afiqah, awak tak rasa ke 18 tahun ini merupakan usia yang terlalu muda untuk awak menceburkan diri dalam dunia penyiaran ni?'

Well.. jawapan gua still sama jelah kan...hihihh...



Pentas Auditorium MBSA Shah Alam..
Okay tak teater kami malam tu? hehe... sebenarnya nak tanya, okay tak Feeqa berlakon teater malam tu? HEHEHE.... :P




Tengoklah supporters Feeqa yang sporting pakai baju kaler fuschia/shocking pink malam tu siap tak henti-henti jerit nama Feeqa.. ishh..Feeqa terharu sangat!
*Eh, nampak Rah pulak...weheeee...



heheee...masih segar dalam ingatan kenangan sebelum rakaman NLKO ni dirakamkan, Feeqa & Kak Siti kena marah dengan Kak Wan (penerbit eksekutif) sebab tak buat research pasal isu banjir di pakistan tu. Kalau tengok balik video tu, muka Feeqa & Kak Siti kan macam takut-takut sebab Kak Wan ada kat sebelah kamera wehh... ketaq... :P
Tapi, Feeqa tetap sayang Kak Wan!!


Kami semua pakai rafflesia okay malam tu! HEHE... Dapat pakai kejap pun jadiklaa walaupun tak dapat nak bawak balik...heheh...


Mia nak bunga jugak ker? :D
Mia ni comel taw..masa kami semua on the way nak pi sidang akhbar malam tu, dia sempat tanya papa dia, 'Papa....mia dah menang ke belum?' hehehe! Dia ingat dia pun join GM jugak kot...hihihi...



Banyak lagi la Feeqa nak cerita..hmmm.. Tapi sesungguhnya GM3 tinggalkan Feeqa baaanyaaakkkkkkkkkkkk kenangan manis! Memangla Feeqa selalu nak balik..nak balik..nak balik....tapi bila dah hujung-hujung, Feeqa rasa malas nak balik..heheee...

Oh ya, Feeqa selalu malas / lupa nak makan bila dalam GM3. Yelaaa food kebanyakannya nak kena beli, tetapi, atas sebab nak save duit nak shopping atau dah takda duit sebab dah shopping baju2 semalamnya, Feeqa malas nak makan..heee.... Feeqa takdalah nak cakap Feeqa dah reduce weight tapi Feeqa harap macamtulah ya! hahaha...

Saat jumpa Tun Mahathir, Feeqa rasa sebak tiba-tiba. Feeqa rasa syahdu. Airmata Feeqa bertakung je.. taktahu kenapa. Feeqa rasa sayaanggg sangat kat Tun Mahathir masatu... :)

Makanan ruji kami (GM3) ialah Mi Sedap Perisa Asli! HAHA kalau lapar je, mesti korek stok Mi Sedap. Masing-masing mesti simpan stok Mi Sedap terutamanya Feeqa, Kak Dayah, Kak Mimi & Diana.. Buat pedas-pedas letak cili api, lepastu masing-masing bibir jadi tebal dan merah juga.. Kami antara yang kuat makan pedas termasuk Kak Zakiah. Kalau takda belacan, sanggup makan cili api buat ulam.. Hot tak hot? haha

Okaylah lepas ni Feeqa nak fokus study je! Apa-apapun, study tetap prioriti utama yang harus diutamakan..heee~~

Akhir kata, Feeqa nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada insan-insan rock yang menyokong Feeqa dari awal pembabitan Feeqa dalam GM sehinggalah kini. Alhamdulillah..Feeqa bersyukur sangat.. SELANGIT KASIH SELAUT SAYANG BUAT ANDA SEMUA!

FEEQA LOVES YOU OLS!!!!!!!!!!

6 comments:

siTomatoMerah said...

Tahniah feeqa^^, semoga maju jaye, dan sentiase berjaya dalam hidup okee ~ :)

full of love,keyna said...

tahniah :) act ta puas hati ni xdpt tgk final,fee,tnjkla video,hee

amer|zhafran said...

feeqa!!!

tahniah!!!fiqa mmg hebat!!
cantik sgt2 mlm tuh..hehehehe...

moga2 dpt tawaran belakon plak nnt..hik3..

btw..sila kejar cita2 anda utk jd lawyer tu tau~gud luck!!!

aten. said...

Beauty is how you feel inside, and it reflects in your eyes. It is not something physical, but it comes through your inner itself. and u have it. inner and outer beauty as well.

we love fee ;D

Lupi said...

:')

Afeeqa Hazwani said...

Feeqa loves you guys!!

Saaaaaaaayaaangggg sgt! hehe :D

THANKS!!