Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Friday, November 19, 2010

Inilah kehidupan

Kadang-kadang saya jadi takut. Takut nak berkongsi cerita, takut nak buat itu buat ini, takut tersalah cakap dan sebagainya. Almaklumlah, takde siapa yang sempurna kan, dan tanpa kita sedar, perbuatan dan perlakuan kita mungkin tak dapat nak memuaskan hati sesetengah pihak. Biasanya kita selalu dengar ayat ni, eeeeeeeeeeee tak puas hati betulla aku dengan dia ni! **&^%$#$@

Ada sesetengah pihak pula, suka sangat sangat sangat nak tengok & bercerita perihal keburukan orang lain. Barangkali kerap kali terlupa nak 'belek diri sendiri di cermin'. heh.

Paling yang selalu berlaku dalam kalangan kita sekarang, keburukan seseorang ditokok tambah lepastu dicanang-canang tanpa rasa bersalah langsung! Padahal, diri sendiri pun dua kali lima atau mungkin lagi buruk lagi. heh.

Saya tak faham langsung mengapa wujud spesies-spesies ini dalam kalangan kita. Memang boleh dikategorikan sebagai 'serangga perosak'..hehe...

Kalau saya lah kan, senang je, doa je kat Allah sebab doa orang yang dianiaya ni dimakbulkan. Dan orang yang sering berkata-kata buruk terhadap orang lain ni hidup dia takkan tenteram dan sering ditimpa bala. Maklumlah, sekarang Allah bagi cash je. Akhirat nanti lain cerita lah ye!

Paling ngeri, kalau dah main fitnah memfitnah. MashaAllah...

Nak tips hati bahagia tak? Senang je.... lihat kebaikan orang lain dan lihat keburukan diri sendiri.

Sedar-sedarlah, kita ni hambaNya yang tak sempurna lagi sering buat silap. Maka, kita semua sama je. Kau ada lebih, aku ada lebih..kau ada kurang, aku pun ada kurang. Kenapa susah sangat nak fikir macam tu? Think positive!!

Hentilah berkata buruk terhadap orang lain. Katakan TIDAK kepada perasaan tidak puas hati lagi berdendam. Hodoh perangai macam tu. Terpancar di wajah tau kalau hati kita ni busuk..ish..ish....patutlah takde yang tertarik walau cantik mana pun anda...huuu

Ubatilah penyakit hati yang sedang dihidapi oleh anda. Mungkin anda boleh mula membaca buku-buku motivasi tertentu. Saya sarankan ;

Membina Hati Bahagia, Dr HM Tuah Iskandar.
Membina Peribadi Anggun, Dr HM Tuah Iskandar.
Membina Jati Diri Gemilang, Dr HM Tuah Iskandar.

Saya suka Dr Tuah jer! hehehe....

Paling penting, ingat-ingatlah Allah selalu. Dan jangan lupa, THINK POSITIVE! =)

Semoga anda bertambah matang dan ceria tanpa penyakit hati yang membelenggu jiwa anda..hee!





*peringatan khas buat diri sendiri dan anda semua!







Barakallah. :)

3 comments:

Aimi Bahari said...

semua orang tak sempurna..

Afeeqa Hazwani said...

ye tiada siapa yg sempurna. tp kita digalakkan untuk menjadi baik dari hari ke hari. setipa hari bertambah baik. insyaAllah =)

atok said...

semoga setiap hari baru kita lebih dari semalam ;DD