Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Monday, November 15, 2010

Hari Keluarga Pengawas & Majlis Abadi di Sanubari

Alhamdulillah selesai sudah minggu sibuk yang telah diperkatakan pada entry lepas.. syukur..syukur...

Hari ini merupakan hari wukuf di Arafah kan? Doa banyak-banyak ya. Hari ini juga merupakan antara hari yang paling mustajab berdoa. Maksudnya, doa kita akan dimakbulkan dengan izinNya.

Sebelum itu, marilah kita sama-sama menyedekahkan Alfatihah atas pemergian arwah anak kawan ayah, Allahyarham Zulhilmi (kurang pasti nama penuhnya)......
Subhanallah, arwah pulang ke rahmatullah pada hari Arafah. Sepanjang yang aku kenal, arwah ni memang baik orangnya. Seorang anak yang soleh dan sangat menghormati ibu bapanya. Arwah juga selalu menyertai pertandingan musabaqah dan sering mendapat Johan. Bila aku beraya rumah dia, aku kagum tengok piala-piala arwah dan adik-adik arwah yang tersusun berlambak-lambak dekat hall rumah dia. Adik-adik dia semua budak musabaqah. Kalau mereka dah mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran tu, memang terpana kita dibuatnya.. Jangan kasi can kat orang lain nak dapat johan. Mereka adik beradik pun hebat dalam akademik :) Baru-baru ni kan, arwah musabaqah hingga ke peringkat negeri, hadiahnya ialah menunaikan haji. Tapi dia bagi hadiah tu kat ibu ayah dia. Sekarang ni parents arwah sedang menunaikan haji.. YaAllah tabahkanlah hati keluarga arwah... Arwah accident tengahari tadi. Jatuh motor lepastu ada motor laju langgar dia. Aku tak dapat nak bayangkanlah..

Ayah kata ayah sedih dalam gembira. Arwah pergi pada hari istimewa. Allah memang sayangkan orang-orang macamni... Umur dia baru 20an Allah dah amek dia. Ayah kata perjalanan arwah ke Syurga lebih cepat.. amin... Sayang sangat kita kehilangan orang-orang yang hebat dunia akhirat. Tapi ternyata, Allah lebih menyayanginya.

Al Fatihah buat Allahyarham Zulhilmi...










Okaylah sampai situ je.

Jom masuk cerita lain... :)

Sabtu dengan Ahad yang lepas aku ke Desaru. Ada jamuan pengawas. Walaupun belum officially jadi pengawas, tetapi atas tugas menjadi pengacara majlis dan sebab-sebab lain yang biarlah rahsia aku pun joinlah hari keluarga pengawas tu. Bestt kott!! Aku rasa dah lama sangat aku tak join benda-benda camni. Sekolah lama? haremmmm.... :P Especially camping-camping apetah, lagilah aku tak join. Seumur hidup aku tak pernah bercamping kecuali masa tasking dalam hutan masa GM dulu..haha tu yg kekok semedang ;p

Game masa petang tu memang gila punya game! Haha.. Paling aku tak boleh lupa ialah game Lari Mabuk!!

Tengoklah gambar aku lari ni! haha.

credit: Faris Ridhwan :)


Mula-mula aku ingat game ni just macam kau buat-buat mabuk sambil lari. Siapa yang paling menjadik, dia menang. Rupanya tanggapanku salah sama sekali!
Aku pasti you ols sume penah main. Aku je 1st time. bagi yang tak tahu macam aku mula-mula dulu, game dia camni, kau lari dari hujung sini sampai hujung sana. lepastu dah sampai sana kau tunduk sambil jari jemari mencecah permukaan tanah/pasir/lantai lepastu kau pusing 360 darjah sebanyak 10 kali and lari semula ke tempat kau mula tadi. Aku punya turn dah hujung-hujung. Aku tengok sume bebudak team aku lepas pusing je jalan meleweh-leweh sampai langgar tiang laa, terjatuhlaa, terlanggar orang la.. Aku ingat dorang just mengade gedik-gedik buat-buat pening. Sekali sampai turn aku, masyaAllah pening gilerrrrrrr! Baru pusingan ketiga aku dah lalok. sampai ke sepuluh je nak pitam rasanya. Aku rasa aku dah set otak aku JANGAN MELEWEH! tapi badan aku terhuyung-hayang sebijik macam orang mabuk. lawak kot. Aku sampai langgar-langgar bebudak dgn cikgu-cikgu kat tepi tu. dorang tolak balik aku ke tengah, aku tersenget balik ke tepi. macam tulah seterusnya sampai ke garisan penamat. haha lawaakkk!!

Game lepas-lepas tu aku tak main dah. bebudak form 1 tu nak main sangat, aku kasi can. Tapi game Limbo Rock yang jalan leperkan badan dekat palang tu aku surrender. Sumpah aku tak reti leperkan badan. Gua bab-bab sukan berpalang ni memang gua tak boleh pergi ah termasuk lompat tinggi. Gua tak reti skill dia. hahah.

Lepas je game, lari balik bilik sebab nak cop bilik air. Satu chalet 9 orang, bilik air satu. Aduduhh.... Aku lari dan lari sehingga kalah bebudak form 1 yang kurus tu. Bangga sebab si gemok yang menang...hehe... Siapa cepat dia dapat ah. Akhirnya.......aku dapat giliran kedua untuk mandi! Wah not bad. Tapi bebudak form 1 tu potong line gua, gua tak kisah ah sebab gua masatu iron baju, tuptup giliran mandi daripada kedua jadi kelima. Okay ah fine :P


Gedebak gedebuk mandi, solat, pakai baju, makeup, gua pun dah siap. Pukul 7.40pm camtu aku pun mula menapak ke tempat jamuan sebab emcee kenalah datang awal kan... :P
Dari chalet ke tempat jamuan sangat gelap. Menakutkan. Baju caftan aku dah aku angkat awal-awal. Apa-apahal gua dah standby nak lari..walaupun..................gua pakai heel lima inci ;p

Bebudak form 1 tu dah jalan kedepan sebab mereka tak pakai heel. Aku je tertinggal kat belakang bersama sorang budak ni. Sekali je dia kata, 'Kak apatu kak??' Aku pun toleh ke belakang. Astaghfirullah apa pulak tu.... Aku berhenti...aku tenung lama-lama objek putih yang kelihatan sedang berpeluk tubuh tu. Kain caftan aku, aku tarik lagi tinggi..konon standby dah ni nak pecut.

Hek eleh.... tembok jambatan je kot... Tak jadik peluh kt muka aku nak keluar..syukur...makeup tak jadik nak cair...

Gedebak gedebuk, majlis pun bermula. Nampak kelibat kekasih hati berpakaian shocking pink sama kaler dengan aku. Tapi kekasih hati balik awal lalu aku marah dekat dia sebab tak sempat nak bergambar. Meluat taw! Balik awal kenapa?? eeeee......

Saya kena balik lah awak. Saya mengantuk dah ni...

Alaaa setahun sekali je kan majlis ni...rileklah dulu...

Apanya awak ni saya nak baliklah, dah pukul berapa dah ni!

Eh, balik rumah ker? Ingatkan tidur kat sini..hehehe...

Lebih kurang macamtulah perbualan kami. Aku pun ingat-ingat lupa. Sempat juga aku hantar sms semasa si kekasih sedang dalam perjalanan pulang,

'Slmt mlm cikgu! Miss you already! hehe...'

Kekasih hatiku itu merupakan Ketua Guru Disiplin sekolah merangkap cikgu BM aku. CikHafidzah Binti Nasir. BINTI OKAY??? HAHA padan muka you ols tertipu. :D




Me with Leo. Rakan setugas. Mula-mula aku marah juga dengan Leo ni, last minute baru nak jumpa aku, nak jadi rakan se-emcee ku lah konon pada malam tu. Aku dahlah tengah kelam kabut, jam tu lah dia nak menyemak-nyemak.

Tapi bila fikirkan balik di sebalik tabirnya, Allah telah makbulkan doa aku dengan cara 'menghantar' Leo kepadaku.

Doa aku sebelum majlis berlangsung: yaAllah kau permudahkanlah urusanku, kau lancarkanlah perjalanan majlis ini sebentar lagi..kau permudahkanlah tugasku sebagai pengacara majlis pada malam jamuan pengawas ini yaAllah....

Ya. Aku ingat lagi sebelum start majlis, Leo kata camni, saya akan ringankan beban awak pada malam ini okay?

Sungguh, aku rasa 'ringan' sangat masatu. HEY! bukan sebab aku tak makan haha... sebab Leo tolong aku banyak... :)
Thank you so much Leo walaupun lu agak poyo ;p





Ni dia bebudak form 1 yang menggamatkan suasana. Gilalah mereka ni sangat hyper! hehe.. sampai aku cakap kat Fanna, hish dahsyat betul dorang ni kan.. tapi takpelah Fanna, aku dulu masa form 1 pun jenis stok-stok cepat teruja camni...hahaha

Oh ya, malam tu ada bergambar dengan Aemir Fashaa. Tapi takyah ah upload kat sini..heheh :P
Aemir Fashaa nama macam artis kan? yelah kot. artis sekolah sebab the most charming boy in school.. cewah..tapi pemalu orangnya. dont worry ada gelfren dah kot and baru form 5. tak seswaaiiiiiiii.... :P :P


gedebak gedebuk tibalah hari ini iaitu hari Isnin. Jadi emcee sekali lagi dekat Hotel Selesa JB untuk Majlis Abadi di Sanubari iaitu majlis perpisahan form 5 and prauniversity 1. 6 Atas lah kiranya... mereka kan nak amek spm dgn stpm lagi seminggu.. Best of Luck bytheway guys!!! :D




Dapat copy satu gambar je from Saddam Qhazami. Our school's photographer..hehe.. ni jelah keje haku. copy gambar sendirik from sape-sape punya album.. ;p
tengah tunggu Faiqal Syafiq upload gambar gedik haku dengan Cikgu Shikin ni!
Nanti I'll upload kat entry ni! teheeee....

1 comment:

Ida Fahani said...

hehe...bestkan maen lari mabuk tuh...
myself main siap muntah2...