Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Monday, November 8, 2010

My Choice For Life..hehe

Today was good. Except bila balik sekolah, aku rasa macam pening gila-gila punya. Mentari membahang sampai kita rasa macam pedih menusuk-nusuk sekitar mata. Haish.

Sabtu ni ada jamuan pengawas dekat Desaru. Haku join. Ditugaskan menjadi emcee..well, i'll try my superb lah. Tapi Rah tak pergi pulak! Dia pergi Genting dengan tawan-tawan dia. ;p

Oh ya. Since Gadis Melayu dapat tajaan utama daripada Hai-O My Choice For Life kan, so aku rasa macam aku nak cerita sikit pasal Premium Beautiful! HAHA takda cerita lain ker? Myself pun telah dipilih oleh Hai-O sendiri untuk memegang gelaran Gadis Hai-O. hihi... Dapatlah hamper yang penuh barang-barangan Hai-O seperti set penjagaan muka La Praise dan lain-lain lagi. Mahal kot. Cream apatah, sampai RM 400++...wuuuu...


Kami, kesembilan-sembilan Gadis Melayu dapat korset tu for free taw. Kata pun penaja utama kan....hehe.. Memang bestlah kan, bersyukur tak terhingga terutamanya bagi si gemok macam haku. :P

Nak pakai hari-hari? Aku? Tengok keadaan. Nak pakai kena kurang minum, kurang makan. Sebabnya kalau asyik nak menyahut seruan alam, nak bukak pakai, bukak pakai, memang membuang masa dan tenaga...haha..

Tapi kebaikan dia memang terbaik lah. Kata pun set korset antara yang termahal selepas Elken.

Premium Beautiful: RM 2000 sumting
Elken: Rm 4000 sumting

Sebelum join GM, ibu hampir-hampir nak belanje aku Elken. Tapi mahal subhanallah kot! Tak jadik. Ada hikmah, masuk je GM, terus dapat Premium Beautiful lepastu MMS dekat ibu, cerita gempak-gempak kat ibu! hahaha. Jakun, biasalah...

Tapi lagi, aku malas nak layan corset-corset nih...haha.. tengah belajar nak insaf dan hargai pemberian orang serta hargai lah harganya yang mahal tuh.

Premium Beautiful mengajar kita untuk control cun sentiasa. Jalan tegak, diri tegak, duduk tegak, langkah tersusun dan op cos makan tak boleh banyak (perut ketat). Bagi orang yang banyak lemak macam haku, pakai benda ketat-ketat ni boleh sesak nafas weh. HAHAHAHAHA

Okaylah dahlah. hahaha.

No comments: