Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Friday, September 24, 2010

Nasik Goreng Sotongs


NO PICTURE ALLOWED IN THIS ENTRY!


Cewah....kebulur sangat tadi. Nasik goreng yang tip top dari segi rupa, rasa dan tekstur tersebut telah selamat berada dalam digestive system gua..heheh..sekian..so takdelah gambar Nasik Goreng Hebat tersebut. Heh..hebat kerrrrrr... Dan dan je letak 'hebat' dekat belakang..hee

Macam biasa, apa-apa yang Feeqa masak, permulaan dia mesti kucar-kacir dan kelam kabut. Lagi-lagi kalau sorang-sorang tanpa bantuan ibu atau Kak Yuni. Hampir-hampir nak hangus atau hangit tu perkara biasa! What to expect kan....budak kuat berangan memang macamni....

Tapi hasilnya menakjubkan! Memang tak disangka-sangka. Hampir-hampir je nak giveup td. Yelaa..dah berapa kali haku gagal dekat dapur. Ada je yang tak kena. Pernah sekali tu..... dapur masak rumah Feeqa ni still guna yang dapur gas..ibu takde masa dan malas dan tak reti dan tak percaya dengan the miraculous of dapur letrik tu.. Nak dijadikan cerita, dapur masak versi gas dekat rumah baru Feeqa ni ada problem apa pun gua tak pasti tapi dia kena guna lighter untuk hidupkan dia. Homagat, please help me! I dont know how to use lighter!!

Memang tak reti. Apakah caranya?

Tapi............bila dah terdesak... Usaha macam mana pun mesti berjaya! Sekarang haku dah tahu macam mana nak nyalakan lighter. =) =) =)

Jadiknye, sebab tulah nasik goreng haku tu menjadik. Hmmm rasa macam baru peluk trofi gergasi sempena kemenangan pertandingan senyuman paling rupawan. HEHEH tiba tiba sangak.

Okaylah tu je. Terima kasih la ye Incik Mi Amor Super Lindo, Te Amor Muches Muches sebab selalu sangat bagi resepi tak siap. HEHE..hee gurau je.