Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Thursday, July 29, 2010

YaAllah, pinjamkan aku secebis kekuatan...

Hari ini dan semalam merupakan hari yang agak sayu bagi aku. Sayu sesayu-sayunya. Semalam aku dapat berita, Kak Mira tarik diri dari Gadis Melayu. Aku betul-betul rasa kehilangan. Aku rapat dengan Kak Mira.. Aku selalu mengadu dengan dia memandangkan dia seorang yang sangat bersifat keibuan.. Walaupun baru 3 hari kami bersama, kami dah masuk antara satu sama lain. She's adorable... Aku harap sangat bila pergi Sri Pentas nanti, dia ada. Konon-konon macam dia buat surprise. KONON ja.... Tapi macam mustahil! Tinggallah 8 orang je lepas ni. Tak bestnyaaaaaaaaaa!

Aku belum kemas kemas sangat. Beg ternganga macam tu jugak. Isinya tak berapa nak ada. Malam ni jelah, sobs. *Takda semangat.

Aku akan merindui sekolah. YaAllah sayu sangat rasa! Cikgu-cikgu semua. Tadi sempat peluk cium beberapa orang cikgu. Tapi tak sempat nak jumpa Puan Fadzlina dan Puan Zaifah. Minta siapa-siapa yang berkenaan tolong kirimkan salam sayang aku pada mereka berdua...sobss.. Jumpa Bonda pengetua juga, terima kasih Bonda untuk kata-kata semangat yang telah diberikan. Terima kasih buat semua yang telah memberi kata-kata perangsang dan semangat yang membuat aku lebih positif untuk menongkah arus kehidupan yang akan datang ini, insyaAllah....

Kawan-kawan, aku akan merindui kamu semua. Itu pasti! :'(



Oh ye...


Takda kesempatan jugak..... Sedihnyaaa! Takda rezeki aku kan....hmmm



Moga Allah melindungi aku di sana dan permudahkan perjalanan hidup baru aku.... AMIN YA RABBAL ALAMIN.....