Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Saturday, July 17, 2010

Meraikan kejayaan sekaligus merelakan pemergian...sobss

Alhamdulillah selamat semuanya. Sebak pula aku tiba-tiba pabila mengenangkan Amir yang akan meninggalkan kami semua. Bukan akan dah, memang nak tinggalkan kami pun! Bermula minggu depan, dia dah takdak dah, buat Ijazah Sarjana Muda Perguruan gituuu... Jadi Cikgu English, hihik.. We're happy for you Amir :')

Tapi tak best dah!! Bila Amir takda, Didie pun nak ikut blah jugak. Takda tempat nak mencurah kasih sayang katanya, hahaha..

Tak seronok dah 6 Bawah Sastera 1 bila ramai kepala gila yang nak blah.....daaann buat pertama kalinya selama aku bersekolah, aku suka bangaatt sama classmate haku! Happening gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Orang-orang kuat macam Amir, Apeng, Didie memang tak patut blah! Selain tu, Shazwan, Topek Jawa dan SEMUANYA LAH! :(

Sebak...sobs..

Semalam ada orang tu menangis bila tengok muka Amir. Tahulah semalam last day Amir bersama kami. Tapi taknaklah bagitahu sapa kan. hihi ehem ehem ehem ehem ehem!


Here are the pictures.
Miss Fidza belanja makan sempena kejayaan kami tempoh hari merangkap farewell party kecil-kecilan. heeeeeeee






Adik dengan ibu harus ada sekali!


Miss Fidza tudung oren. ♥
Garang dan tegas di luar, penyayang dan lembut di dalam..hehehehehe..
ehem..ehem..
:)




Tak sangka sangat kolokium inilah yang merapatkan kami semua. Yang paling penting, aku tak pernah sangka bahawa form 6 ini sangat menyeronokkan! Kau takkan boleh bayangkan betapa seronoknya ia. Kau langsung takkan boleh bayangkan betapa gembiranya aku berada di TDS. Kau kena tahu satu benda.. Selama aku berada di sekolah lama, aku tak pernah basuh kasut aku, aku tak pernah lilin tudung aku. Tapi kenapa dekat TDS aku basuh kasut aku, aku kiwi kasut aku, aku lilin tudung aku. KENAPA?

Sebab aku jatuh hati dengan TDS. Hari-hari aku suka sangat melangkahkan kaki memasuki TDS. Peliklah, tapi itulah kenyataannya.

Aku bahagia berada di TDS di samping kesemua kawan-kawanku.
Alhamdulillah yaAllah :)

2 comments:

LUT said...

bagus la u gembira :)

Cik Akma said...

gud. enjoy every moment there. zaman sekolha adalah yang paling terbaik! :)