Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Thursday, July 15, 2010

Kolokium Tingkatan Enam 2010 Peringkat Daerah Pasir Gudang




Memori sehari sebelum pertandingan. Kemeja, tie dan blazer adalah pinjaman semata-mata. Eh eh bagi lebih tepat, tie itu ialah tie denda bagi pelajar yang suka tak pakai tie dekat sekolah hahaha.


Di hati ini hanya Tuhan ja yang tahu. Kami takda harap apa-apa pun walau dah berkorban masa dan tenaga yang banyak. Sehari sebelum pertandingan ini lah kami menangis secara berturutan. Mula-mula Nad nangis, lepastu aku HAHA lepastu Kak Lin. Memang mensadiskan sebab stress sangat-sangat. Stres sampai kami tak mampu nak harap apa-apa dah. Jiwa yang gundah gelana memang takda siapa pun tahu.

Ada hikmah apabila kami mendapat guru pembimbing yang sangat teramat sangat tegas dan pentingkan kesempurnaan. Hehehe selangit kasih Cik Fidza!

Dua minggu kebelakangan ni hidup kami memang lebih tertumpu pada kolokium ni jaa. Hari-hari balik sekolah lebih kurang pukul 6 petang. 11 jam dekat sekolah je! Memang memenatkan! Kemuncak dia ialah pada hari semalam iaitu hari Khamis 14 Julai 2010. Petang tu Cik Fidza nak kami semua dah ada pakaian ala korporat yang serba lengkap. Aku pinjam kemeja Syauqi. Gila babun punya besar kut haha. Tapi tapi takda kain labuh kaler hitam tu. Petang tu jugak aku dengan Nadd keluar kejap pergi beli kain. Masa ni boleh ucap terima kasih dekat Razzaq hensem kereta wangi sebab sudi menghulurkan bantuan melalui transportation hihiikk..

Petang tersebut sampai rumah lebih kurang pukul 6.30 petang. Malam tu pulak kena pergi rumah Cik Fidza. Hmph redhaaaa~ Penat memang penat, stres memang stres tapi usaha tetap usaha. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan :)

Cik Fidza denda kami. Cik Fidza kata kalau dia belum tidur, jangan harap kami kena balik rumah dan tidur jugak! Redhaaa againnnnn :P

Mula-mula Cik Fidza panggil Nad masuk bilik study dia. Aku, Didie dengan Amir buat perangai dekat family hall Cik Fidza. Macam biasalah, nakaaalll....


Lepastu Nad keluar, aku tanya dia, kau dah hafal skrip? Nad jawab, dahhhh...tadi tu aku hafal skrip la tuuu...

Sambil-sambil tu, kami membelek gambar-gambar pada siang harinya dan tergelak-gelak sebab banyak gambar candid yang sangat tak boleh pergi! Macam tenuklah, macam retarded lah, apa lah.. hahahaha

Tiba-tiba terdengar satu seruan,

'AFIQAHHHHHHHHHHHHHH!!!'

Terus stop ketawa.

'Yeeee saya datang cikguuuuuuuuuu!'

'Kau duduk sini, hafal skrip! Ketawa ketawa!'

Dalam hati je tersengih-sengih haha. Kecut perut.

Kemudian, Nadd pulak kena panggil.

'Kau Nadia, kau duduk situ! Kau semua tak boleh dibiarkan! Duduk situ. Kau dua orang hafal skrip diam-diam!'

Masa ni memang tak mampu nak simpan kekekan. :P

Aku pun duk lah situ diam-diam. Masa semakin berlaluuuu... Agak-agak lebih kurang sejam camtu, keluar je bilik study cikgu, tengok tengok dua ekor badak air ni telah........................










Tidur dalam iman. HAHAHA..

Aku dengan Nad lah kena kejutkan mereka nih. Punyalah payah nak bangun.. Dah bangun mamai pulak tu...dah mamai tidur balik pulak tu.. Sekali kena pelempang memang sedap, hahahhh..

Kerling jam, tepat 1.30 a.m.

Peh.

On the way pulang, masing-masing kesenyapsunyian. Layan perasaan.. Sang driver drive secara terpusing-pusing..bape kali terlepas simpang..hehe...





Pendekkan cerita, segala-galanya telah terbayar hari ini. Kami tak pernah menyangka sama sekali! Sekolah-sekolah yang bertanding pun tidak kurang hebatnya. Lebih-lebih lagi SMK Dato Penggawa Timur. Siapa yang tak kenal kan? Cara presentation mereka pun hebat. Apalah yang ada pada kami yang cap ayam nih. Mungkin inilah yang dipanggil rezeki...kami berjaya merangkul JOHAN. =')

Kini, kami sama-sama sedang menghitung hari dan perlu menggilap sikit-sikit apa yang perlu digilap untuk mewakili peringkat negeri Johor pada 6 hingga 8 Ogos ini insyaAllah.... ^^

GO TDS GO!