Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Monday, July 12, 2010

Final Stage

Pada suatu petang, aku dapat call dari Kak Fiza TV9 bahawasanya aku dijemput hadir ke Sri Pentas Bandar Utama pada hari Ahad, 11 Julai 2010.

Aku takda pikir apa-apa sangat sebab masa tu aku baru bangun tidur setelah seharian letih mental fizikal duduk dekat dalam 'bilik tahanan'. Otak aku cramp sekejap. Aku jadi stress tiba-tibanya. Sebab apa? Sebab ada lagi benda yang perlu aku pikir daripada aku kena pikir benda yang tak berapa perlu sangat. Faham tak?

Aku ingatkan pertengahan julai yang TV9 maksudkan tu minggu depan ke kan... Rupa-rupanya minggu ini (semalam). Dengan projek kolokium yang perlu disempurnakan, aku jadi gelabah serta-merta. Rasa macam nak tarik diri pun ada. Hari Sabtu 10 Julai pun, aku masih berada di sekolah, menyempurnakan itu ini yang langsung tak sempurna-sempurna. Pukul 2 p.m dijangka bertolak ke KL tapi 1.20p.m aku masih di sekolah. Memang minggu yang penuh kegelabahan. Akhirnya aku bertolak juga ke KL dengan hati yang berbelah bahagi. Dok terngiang-ngiang kata-kata mummyku Cik Hafidzah, Aku nak kau tumpukan 100% pada kolokium ni! Jangan fikir apa-apa selain ini! Dalam hati, kalau dia tahu aku pergi final stage gadis melayu ni, memanglah aku kena! Hehee.. Redhaaa~
Lagipun ibu kata, anggap ini sebagai cabaran. Sahut cabaran tu!

Berdasarkan info daripada David Villaku (spain menang horay horay!), kami pun menetap di One World Hotel yang hanya bersebelahan dengan Sri Pentas juga bersebelahan dengan One Utama. Memang strategik ah kan. Jalan kaki je pagi tuu..

Sedikit kisah tragis buat semua;

Ibu ada tempahkan dua pasang kurung pahang buatku untuk dipakai semasa final stage tersebut. Pendekkan cerita, pagi-pagi tu lepas je iron baju tersebut, aku rasa satu macam perasaan yang tidak enak. Aku yang belum lagi mencuba baju tersebut, cubalah menyarungnya ke tubuhku.

HESH!

KETAT DEKAT KETIAK. Dua-dua baju camtu!

Aku dah cuak dah. Mungkin seamstress yang buat baju aku tersalah potong ke kan sebab aku hantar baju tu last minute dan nak cepat siap pulak tu. Aku menangis kut hahaha. Nasib baik bawak baju spare yang aku suka pakai tu. You all pun tahu kan baju apa? Heheeee...






Tadaaaaaaaaaaaaa.. ;p

Hanya sebahagian. Yang lain mana tah...tehee

Kak Mira from Aloq Setaq. Taktaulah season ni awat ghamai sangat anak mami.. Hehehe

My Lovely Ibu yang setia menemani dan memberi semangat =')

Cikgu tari yang gorgeous dan sangaaattt maniissss.. Orang Johor yang penting hehe..

Kak Rina Salleh lah!
:D

22 orang semuanya tapi yang ni ja yang sempat bergambar.

There're me, Kak Mawar and Kak Mashi. Dua-dua model Fareeda. hihiikk sweet they are.

Inilah dia situasi studio sebenar TV3 juga TV9. Contohnya rancangan Wanita Hari Ini, Melodi juga Majalah 3. Sempat jugak terserempak dengan Farrah Deeba, hehee.. Nasi Lemak Kopi O lah of course kan..
Studio ni agak besar jugak. Yang dekat gambar ni cuma suku daripadanya.

Nak tahu tak apa yang kami semua lakukan pada hari tersebut? hehe..

Mulanya aku hadir bersama dengan family ku. Ayah, adik-adik semua lah kan. Tapi pak polisi tak bagi masuk. Ibu je dibenarkan masuk. Hmmm mereka dilanda kekecewaan....lalu membawa diri ke One Utama lalu menonton Twilight Eclipse hahaha.

Mulanya aku ingat ada sesi soal jawab lagi. Mati mati aku ingat begitu. Puaslah aku study pasal adat istiadat melayu lah apalah.
Rupa-rupanya cuma ada photoshoot dengan berlagak konon-konon pengacara kat depan camera.

Sampai-sampai je aku nampak Kak Mawar dulu. COMEY.. Bila masuk Sri Pentas Studio A ke B entah, benda pertama yang akan dilihat adalah kaunter pak polisi lepastu konti radio Hot Fm. Takda orang dalam tu. Padahal hari Ahad. Jadi selama ni yang hari Ahad punya tu depa rakam jaaa....

Lepastu dah kumpul kat dewan kecik tu, mulalah aku nampak satu satu muka yang jarang nak dilihat di mana-mana. Memang lain daripada yang lain.. :)

Lets make it short!

Lepas dah briefing sume sume, kami dibawa ke bilik makeup untuk ditouch up touch up.. Aku tengok muka sendiri dah pelik dah. Tapi aku adore cara makeup jurumakeup tersebut. Thankss...hihi..

Kemudian kami dibawa untuk photoshoot pula. Aku taktahu nak pose macam mana lalu aku hentam jelah apa-apa pun.... ~.~

Tepat pukul 2.15p.m camtu, kami dibawa ke studio. Peh gelabah jugak. Dahlah giliran aku yang ketiga. Tapi tapi tapii penerbit panggil aku. Dia kata warna baju aku kurang menyerlah jika dalam camera.

Mereka bawa aku ke wardrobe. Aku kena tukar baju. Mereka bagi aku jeans yang Fara Fauzana selalu pakai. Tapi tak muat. Dahsyat kan? HAHAHA..

At last, aku dipakaikan inner, kot ala-ala pembaca berita dan seluar slack. Hmmmm redhaaa walaupun ketat je rasa... *Sorry takda gambar masa pakai baju tu hehehe..

Tibalah giliran aku untuk mengacarakan rancangan aku sendiri dalam masa 1 minit. Pengalaman yang sangat mendebarkan. Bayangkanlah, dengan suasana yang sunyi sepi (bimbang gangguan bunyi merosakkan rakaman), dengan keadaan studio sebenar, dengan rakaman yang bakal dibawa menghadap Datuk Farid Ridzuan, aku berserah semuanya kepada Allah Ta'ala. Memang ada beberapa kali tershashul. Hampir semua peserta ada tershashul sikit-sikit.. Nervous tu memang tak dapat nak elak memandangkan kita hanya manusia biasa kan, cuma bergantung kepada cara kita nak handle nervous je macam mana....

Aku cuba untuk berlagak jadi pengacara 999 atau 360 atau Majalah 3 memandangkan suara aku lebih kepada nada serius. Tambahan lagi, topik yang aku bawakan adalah topik pembuangan bayi. Alhamdulillah dalam sekelip mata, selesai semuanya.. Tapiiii... Aku tak puas hati dengan persembahan aku sebenarnya, huuuu

Sekarang, dapat ke tak dapat, memang belakang punya kira. Aku dah cuba yang terbaik. Aku gembira sangat dah jadi top 22. Gembira sangat sangat! Aku dapat kawan baru yang baik-baik, yang mesra-mesra =')

Yang paling penting bagi aku,..berjaya juga aku melakar satu kenangan manis dalam hidup aku seperti yang aku pernah kata kat juri Nash masa ujibakat dulu. Alhamdulillah...

Sekarang kita sama-sama nantikan keputusan top 9 yang akan secara rasminya menjadi Gadis Melayu Musim Ke-3 yang keputusannya akan diketahui pada 20hb ini..

Assalamualaikum semua!

9 comments:

Na_i[K]siNaZ said...

cayalah fee~
taniah!
sy doakan km dpt tmpat kt rncangan tuh!
insyaallah~
hehe...

sy ada sepotong doa kurangkan gugup,sgt2 berkesan!!
tp sbb lame xamalkan da mkin lupa..
hehe..
just want to share..

Faisal & Farida said...

alololo,. comel gila. haha. nihhh yang kak da jeles ni. nak jugakkk :P

shazzy :) said...

fuyooooooooooooooo tahniah feeeeee! tapi papepon kalau terpilih untuk peringkat akhir, solat istikharah dulu. mana tau ini bukan jalan yg sepatutnya fee pilih, manalah tahu fee perlu belajar betol2 semua dulu kan. anyway goodluck dear! nnt dah femes jgn lupa i :")

nyza said...

fee!
hopiing u dapat 1 of the 9 tu. huhhu.
sangat bangga ye! *apetah kan. i yang bangga lebih.
hhuhu.
congrates and gudluck! =))

Ieeko. said...

Bakal model niiii :D

starzieti said...

wah, congrats ! ;)

eesyaheera said...

goodluck. comel lah!

Cik Akma said...

gud luckk feeqaaa :)

Afeeqa Hazwani said...

selangit kasih buat semua.

salam sayang,
Feeqa :)