Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Thursday, June 17, 2010

Jalan-jalan Utara Tanah Air

Alhamdulillah kami selamat sampai di Johor Bahru tercinta tepat jam enam petang 16 Jun (semalam) setelah enam hari berada di Sungai Petani, Kedah. Kami tu merangkumi aku, ibu dengan Rah je. Saja jalan bertiga. Seronok! We had fun there! Masing-masing mengakui bahawasanya keseronokan itu mengalahkan semasa di Shanghai. Terpaksa lah bagitahu dekat sini betapa boringnya percutian kami yang lalu. Korea juga Australia were much much better than China. Itulah sebab mengapa aku tak post-post lagi entry percutian kami ke Shanghai baru-baru ni, hahaha. Paling aku tak boleh lupa, makanan dekat sana (China) sangat meloyakan. Sampai sekarang kalau ingat balik, memang rasa nak termuntah. Boleh tak bayangkan, lunch dengan dinner dekat sana hari-hari makanan YANG SAMA yang terlalu banyak minyak dengan rasanya yang pelik. Tu yang balik-balik je Malaysia aku demam sampai nangis-nangis sebab taktahan sakit sangat. Taktahu kenapa jadi gembeng tapi kita tak mintak nak sakit sampai macam tu sekali.. Iskkk.

DAN masalah paling besar adalah masalah komunikasi. Macam itik cakap dengan ayam. Memang macam &*+^@%*#@#*. Banyak kali aku termaki-maki sebab geram sangat. Bila kita cakap atau inginkan sesuatu (di dalam English), dia orang buat muka blur yang stok nak kena lempang baheekk punyaa lepastu aku termaki. Dia orang tak faham takpa. Kalau faham pun lagi bagus. Nasib baik aku boleh bertutur mandarin sikit-sikit. Boleh kurangkan makian. LAGI SATU kes yang buat boiling point aku melepasi takat didih adalah semasa aku nak guna iron (seterika).

Malam tu, aku memang nak guna iron sangat-sangat. Aku cakap dekat Jack (kami punya tourist guide yang agak pengor jugaklah) yang aku nak guna iron, mintak tolong dia cakapkan dengan reception sebab satu-satunya manusia ketika itu yang baik dalam English juga sangat baik dalam Mandarin adalah Jack si tourist guide tu. Jack pun cakaplah kan dekat reception tu TAPI dia suruh pulak aku tekan button 6 untuk housekeeping. Bodohnya! Aku tahu kalau aku call housekeeping pun yang angkat tu reti ke English? Apatah lagi Melayu? Sebab tulah aku suruh Jack tolong cakap dekat reception and reception tolong cakapkan dekat housekeeping. Dan disebabkan aku malas nak layan sebab dah penat sangat, aku pun cakap OKAY THANK YOU VERY MUCH JACK. Naik je bilik aku pun call housekeeping.

Tut tut. Tut tut.

'Helo?'
Orang dekat sana diam dua saat lepas tu letak telefon.
Tapi aku call lagi. Dia angkat tapi aku pulak diam. Tunggu dia cakap dulu. Tapi dia tak cakap cakap.
Dan aku pun... 'Helo??'
Dia terus letak.

Kau faham tak apa sebenarnya cerita dekat atas ni? DIA MALAS NAK LAYAN SEBAB DIA CUMA FAHAM BAHASA DIA JE.
Cuba kalau aku cakap, 'Wei?' Mesti dia layan tapi aku belum reti nak cakap macam mana nak mintak seterika. Macam bangang. Hahah.

AH persetankan.

INI BUKAN ENTRY PASAL SHANGHAI. Ini cuma entry nak cerita tentang hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Kan?

Memang betul pun.

Baiklah :)




11 June 2010

Tak ingat kilometer berapa tapi masih di Johor dan menuju ke rumah Mak Andak di Sungai Petani, Kedah. Semangat gila nih nak balik jumpa saudara mara.




Antara motif kami ke utara tanah air adalah untuk ke kenduri kahwin aku punya dua pupu yang baru berumur 19 tahun dekat Bagan Serai, Perak. Saja je letak umur hihik. Sekarang memang trend kahwin muda agaknya kan? Dah kembali ke zaman tok nenek kita dulu kan? Bagaimana dengan aku? Ibu kata ibu nak tengok aku ada degree, lepas tu kerja dulu, gaji pertama mesti bagi ibu, lepas tu pakai kereta besar, lepas tu jadi wanita yang bekerjaya, berkaliber dan sofistikated....lepastu baru kahwin. Agak-agak aku kahwin umur berapa? ^^




12 June 2010

Dah sampai Bagan Serai! Sebelum ambil gambar pengantin, gambar dia ni memang kena ambil dulu sebagai introduction pfft. Rancangan pada mulanya nak balik ke Sungai Petani secepat mungkin selepas majlis tu sebab KONONNYA nak pergi ujibakat Gadis Melayu 3 dekat Village Mall Sungai Petani tu. Tapi tak sempatlah pulak sebab sampai Sungai Petani balik dah pukul 5.35 petang sedangkan ujibakat bermula 9 pagi dan tamat 6 petang. Memang tak dan nak pi. Counter pun dah tutup dah agaknya. Takpa, kita tunggu depa mai JB naaa.. :P

Oh ye. Ini ada info yang aku pun baru tahu. Jiran depan rumah Mak Andak aku tu pergi ujibakat GM3 tu tapi depa suruh balik sebab pakai jeans. Memang tak boleh ke eh? Baju kebaya dan baju kurung je digalakkan. Dah molek dah balik kenduri tu aku pi kan? Tapi takdan jugak nak buat lagu mana lagi...





Oh ye! Ni yang paling aku suka kalau balik belah utara.

Bendang semedang =')

Pose belakang rumah pengantin yang ada banyaaakk pokok nipah. Cunnyahh.

Tak sempat nak kejar pengantin, kita ambil gambar dia ni jelah. Takpa kut. hahah





ARGH! Kena paksa. Takda mood langsung nak jadi penghibur pada hari tersebut tapi bila dipujuk-pujuk oleh pakcik-pakcik aku yang tersayang lah kononnya, redha jelah. ;p

Sempat satu lagu je. Lagu paling senang, lagu yang aku selalu nyanyi masa mandi haha, Rindu Merindu oleh penyanyi asal, Fauziah Idris. Kalau nak ikutkan, Pantun Budi by Dato SM Salim laaaagi senang tapi dah terjumpa Rindu Merindu, kira also can lah walaupun gua agak gegel gegel bangang gituh.

Hello semua!





13 June 2010

Mari kita ke Perlis juga Thailand!



Membuntuti kenderaan pakcik kuh yang menjadi tourist guide pada hari tersebut.


Melalui ladang tebu terbesar di Malaysia juga melalui kawasan terpanas di Malaysia dengan suhu mencecah 41 darjah celcius.

Anak menakan kami!
Haikal, panggil MakLong! Yang tudung pink ni MakNgah! Tapi dia panggil aku Ayong je. Kira okay lah tu.



Tiba di Wang Kelian untuk shopping-shopping. Masa ni dah masuk sempadan Thailand dah. Memang dah masuk Thailand dah pun. Memandangkan hari tersebut merupakan hari Ahad, jadi kami semua Malaysians boleh masuk secara freeeeeeeeeeeeee! YAY!

Eh belum ready lagi lah.





Okay yang ini sudah ready!






Oh beli kelubung kepala. Takda shawls ye adik-adik. Tudung ada awning paling terbanyak di sini daaannn ibu belikan untuk bibik satu. Bbrr.

Hai anak menakanku!





Memilih kain batik!

Jangan terkejut atau tersentap-sentap sebab I dah boleh pakai kain batik. Dah agak reti lah maksudnya. Puncanya adalah bila aku bawak seluar tidur yang tak selesa dan panas bila pakai lepas tu kena pulak keadaan surrounding panas berlengas dua puluh lima jam, lalu pinjam cousin punya kain batik lepastu rasa sejuk bila pakai sebab masuk angin dalam kain. FUH! Comfy weh comfy! Tapi aku masih tak berapa reti pakai lagi, bila pakai asyik kena gelak oleh makcik-makcik saudara sebab kelakar rupa bentuk kain batik cara aku pakai.




OKAY! Kita dah sampai ke Gua Kelam!







Ada keajaiban pada gambar ini. Nampak tak? Nampak tak?
Aku nampak kurus! HOHMAIGOT. Pungkok pipih ja macam takdak pungkok. Pelik.


----------









16 June 2010 merupakan hari untuk pulang ke selatan tanah air. Sobs sobs. Byebye utara. Byebye Sungai Petani. Byebye semua.....sobs sobs..
T__T


Gambar penutup kononnya.


Eh tak jugak.
















EH INI KE GAMBAR PENUTUP???

Macam anak keling rupanya rupa sebenar aku.
SOBS SOBS!

4 comments:

shazzy :) said...

alalala jeles dye pegi sampai thailand haaa! ade beli pape untuk i tak? haha muka tak malu tol. haha sayanggg gamba last tu tak mekap yeee?

Afeeqa Hazwani said...

hahaha ala you tk pesan awai2, kalau tak mesti i belikan kain batik skali untuk you! hihik!
oh ye, tak makeup kut sbb baru lepas solat masatu. knp, macam keling kan? huehue

Ieeko. said...

APESAL YOU COMEL SANGAT NIIIIIIIIII?


Eish, nasib you're mine ;'DDDD


Haha <3

Aimi Dayana said...

jauhnye perjalanan.. haha. u comel!

jum datang sini. ^-^