Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Thursday, June 10, 2010

Hari kedua Johor Bahru hujan pagi

Romantis tak lagu dekat blog aku ni? Haha sebenarnya aku tak suka sangat letak lagu dekat blog sebab mengganggu konsentrasi pembaca lah kononnya tapi sebab aku in love sangat dengan lagu ni yang kononnya membawa berjuta maksud lah kan (selain daripada aku sendiri sedang in love...ceh takdalah ;p) lalu aku letak jeler walaupun ianya bakal menggamit rindu yang tak bertepi. Sobs. Siapa-siapa yang kononnya nak membaca mana-mana entry dekat blog aku ni bolehlah mute terus volume kau orang tu macam aku selalu buat kalau nak sangat baca blog orang tapi blog dia dok main je lagu tanpa kita tahu kat mana nak pause kan kejap muzik tersebut.

Okay.


Aku masih dalam proses nak pujuk Rah ikut aku dengan ibu balik Kedah esop. Aku tak paham kenapa dia macam segan-segan nak ikut. Aku ni dahlah tak boleh berdikari sangat kalau dia takda. Boring der. Kalau dia tak ikut, baik aku takyah ikut. Tapi sebab programnya macam fun je tu yang buat aku nak ikut sangat dan lagi fun kalau Rah ada sebab Rah je yang reti mengendalikan dslr cap ayam aku tu. Kalau dia tak ikut, siapa yang nak mememorikan aku di dalam dslr tersebut? HMPH. Ikutla Rah ikutlaaa..tsk tsk.. Tapi Rah tengah emosi tu sebab ibu tak bagi dia makan maggi tomyam. Dia ni suka mengidam-ngidam tapi mengidam dia tak pernah lari daripada maggi tomyam, fussili tomyam dengan mi ramen. Balik-balik bende alah yang sama. Aku pun tak paham.

Aku cuma nak caramel steamed milk je sekarang. Dekat supermarket ada jual caramel tak ek? Cuba campur dengan susu panas. YUMMAY!


Pffttt...


Okay aku dah rasa lembab. Mungkin sebab cuaca sejuk sangat sangat dan aku belum mandi lagi. Mood lebih kepada hendak minum caramel steamed milk sambil tonton movie yang ada kaitan dengan cinta sedih cinta sedih contoh macam Winters' Sonata.

4 comments:

Ieeko. said...

I miss him too :((

*tibetibe*


Hiks ;P

Afeeqa Hazwani said...

sape him? ngade! hehehehe :P

LUT said...

him je ke? :<

Afeeqa Hazwani said...

haah him :P