Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Monday, June 21, 2010

Entri pendek hari ini, terimakasih Kak Fiza and crew :')

Semalam aku dapat call dari Kak Fiza TV9 yang mengatakan bahawa Kak Fiza and the crew akan ke rumah aku hari ini. Katanya, aku terpilih untuk zon selatan dan dia orang nak buat photoshoot. Perasaan aku? Cuak ah macam biasa. Aku kan tak habis-habis nak cuak. T__T

So dalam pukul 9.45 pagi hari ini, aku dan ibu bertolak ke M Suites Hotel Johor Bahru untuk pick up dia orang semua menuju ke rumah aku. Susah jugak nak carik hotel ni memandangkan aku pun memang duduk JB kan so takda masa nak tidur dekat mana-mana hotel di JB nih, haha lainlah kalau aku ni musafir macam dia orang.

Tepat jam 11 lebih sikit camtu, aku dah mula diberi arahan untuk membebel di depan camera. OH YE, there were Kak Fiza, Kak Bariah, dan dua orang cameraman. Okay bila kena bebel depan camera dan ini 1st time, aku cuak balik. Ada dua ke tiga kali terpaksa cut cut. Cuak siot. Mana perginya confident level aku? Hahah. Lepastu diarahkan untuk berpidato pulak dekat depan camera jugak. HESH. Lepastu kena berlakon selak-selak buku konon cam carik isi pidatolah kan, hahaha lawak gels. And the last part, kena berlakon masak-masak dekat dapur sambil camera focus je dekat apa yang aku buat. Nasib baik masak mi goreng mamak jeh. Hissh baru aku tahu betapa susahnya berlakon. Tak sama macam berlakon drama untuk peringkat sekolah-sekolah wakaka. Oh ye lupa, tadi aku kena ponteng sekolah. Kak Fiza suruh :P

Lepas sejam setengah, dia orang pun mintak diri dan pulang bersama kenderaan Nissan apatah yang berlambangkan TV3. Sporting gila gels dia orang, takdalah aku kekok sangat, dahla aku cepat cuak-cuak bangang haha. Ibu bagi dia orang buah tangan yakni belacan yang haritu kami beli dekat Tanjung Dawai, hoahoa. Lepastu aku pun byebye dia orang semua yang sangat sangat sportinggg sangat sangat hehe...

Aku tak pasti sangat apa motif aku ditemuramah, kena cakap depan camera, berlakon dan sebagainya kan, tapi aku memang taktahulah, faham tak taktahu? ;P
Yang aku tahu, lepas je dia orang settle dekat rumah aku, dia orang gerak pergi Tampoi untuk ke rumah seorang lagi contestant lepastu dia orang terus balik KL.

Usai sudah sesi ujibakat di Kedah dan Johor Bahru. Orang-orang Kota Bharu, Shah Alam dan KL jom-jom cuba nasib jom! NAH KLIK DEKAT SINI! Selamat Mencuba dan Selamat Mendapat Juri yang Sporting! teheee....

p/s; Akibat mengukur kelapa semalam, badan aku sakit-sakit terutamanya tangan, gilalah sampai takboleh tidur.. Macam tu rupanya apabila urat mula berselirat dan berputarbelit oleh kerana penangan dahsyat mengukur kelapa. T__T

20 comments:

NadNod said...

tahniah feeeee! :D mungkin fee tak biasa mengukur kepala tu. tu yang sakit2 badan2 tu :) hope u get well soon.

kalau ade vote yg perlu dibuat, nad akan vote punyeee ;)

Dush Puppet said...

fuyooh2. nak sign. cewahh. kahkahkah. :P

ieqa said...

feymes laa Fee lepas ni ;D

LUT said...

dah fofular nnti jgn lupe kat i plak,
wuuuu

shazleenhairuddins said...

hehehe
semoge feee terpilih sampai boleh masuk gades melayu.
and and and boleh menang
amin
+__________________+

atyra onlyy said...

waaa,bestnyer..

rayhan ;) said...

woa , fee . hope jd one of gm3 ! vote for you .

Kekupu said...

wah wah wah memang cnfirm masuk tv lah ! tak sabar nak nonton. :DD

Ieeko. said...

SAYANGGGGGGGGGG :D

Wahhh, congrats!! Heeks.

Nanti da femes jangan putus tunang dengan I yeeee :((

*sobs sobs*

Afeeqa Hazwani said...

nadnod,

alhamdulillah dah baik dah sygg.. hehe time kaseh.. alaa takdenye nak masuk smpai habis.. kene study dulu wooo :')

Afeeqa Hazwani said...

puppet,

GEDIK ye. haha

Afeeqa Hazwani said...

ieqa,

takdalah dear :)

Afeeqa Hazwani said...

lupi,

hehehehe manedeeee :P

Afeeqa Hazwani said...

shazleen,

takdelah smpai habis gituu.. fee kena belajar dulu lah dearr ;)

Afeeqa Hazwani said...

tyra,

takdalah sgtt ;p

Afeeqa Hazwani said...

rayhan,

teheee takdalah =)

Afeeqa Hazwani said...

kekupu,

hahaha takdalah kut ;p

Afeeqa Hazwani said...

ieeko dear,

laaa takkanlah nak putus tunang dgn you! hehe.. you lagilah bakal miss malaysia gituuu hihiik :P

OshKosh BgOsh said...

Hihi lg rmi peminat lepas ni. Pasni mampu tersenyum dr jauh jer

Afeeqa Hazwani said...

eheh,takdalaaa ;p