Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Sunday, June 20, 2010

Cukuplah sampai di sini.. Aku dah bersyukur dah :)

Betul ke aku nak pergi ni? Ish aku ni dahlah cap cap ayam je. Segannyaaa. Eee malasnya nak pergi! Tapi ibu suruh aku cuba. Apa salahnya aku cuba kan? Sekurang-kurangnya aku ada laa pengalaman sikit-sikit nanti.. YaAllah gemuruhnya aku.. Macam-macam benda aku rasa sekarang. Nak terbuang kecik, nak terbuang besar. Isk!

Akhirnya, aku pergi lah jugak. Walaupun berat je rasa hati ni. Aku pakai selebet-selebet, memang takda semangat lah kononnya. Tapi aku baca ayat Kursi banyak-banyak, tiga Kul, zikir dan tak lupa selawat. Memang itu je pengubat untuk tenangkan hati aku yang tak sedap nih, huu.

Setibanya aku dekat Plaza Pelangi tu, aku dah cuak dah. Nak patah balik memang cannot lah kan. Aku pujuk hati aku. Lepastu naik je tingkat lima, dah bergema dah lagu Kaer tuh. Gila gempak kut. Aku semakin cuak!




Apa-apa pun, daftar jelah, haha.


Pedulikan jari gemok






Hello Jidin, haha








Aku peserta nombol 39 tapi giliran aku yang ke 8. Nombol ong woooo..


Sesi Pertama, menjawab soalan yang dikemukakan oleh juri.

YaAllah 'semangat'nya dia nieee..

Apa rancangan realiti TV9 favorite awak? Jidin tanya.
Dengan penuh semangatnya, Eh walaupun saya jarang tengok TV tapi saya suka sangat Imam Muda. YaAllah bestnyaaa!
Juri dah gelak-gelak.
Cik Afiqah, Imam Muda bukan TV9 ya..
Eh bukan ke???? YaAllah! Saya minat sangat lah Imam Muda tapi tulah saya jarang tengok TV tu yang taktahu sangat. Sorry sorry! *sengih-sengih haha



Menjawab soalan juri Nash dengan penuh hemah lah kononnya.
Hello abang kamera TV3!


Hello Jidin! again ;p






Wajah yang terpilih untuk sesi kedua. Aku tengah mencongak macam mana agaknya nak buat belacan ni. Haiyaa tula bila ibu suruh ketuk belacan, buat taktau je. Tengok Afeeqa Hazwani gelabah japgi.


TASK 1: Letak-letak jelah. Hesh cuaknya.... 30 saat je nih!


Tangan busuk bau belacan pun takpelah. Korek lesung sampai licin ye lepastu letak belacan dalam mangkuk yang disediakan. Juri nak rasa japgi nih! Aku: Hesh mesti kena reject punya ni, hampeh betulla aku ni. Eee buruknya belacan aku.. Eee cantiknya rupa belacan akak sebelah nih.. sobs sobs *redha

Result: BELACAN AKU LULUS! Hahaha. Nash kata masin sikit tapi okaylaaa lulus! HUWEEEEEEEEEE


TASK 2: Hesh kenapalah ibu selalu pakai santan kotak.. Kenapalah takde kukur kelapa dekat rumah. Hesh terkial-kial siot. Cemane nieee.. Dahlah tempat duduk dia kecik. Ah belasah lah walaupun macam hodoh je rupa aku mengukur kelapa tu.

Result: Tak kemas TAPI santan aku halus! HEEE kira lulus jugak! Yay alhamdulillah ;)





TASK 3: Apalaa yang aku buat tuu...

Result: Hampeh, hahaha. Konon dah siap awal 10 saat tapi aku biar je masa tu berlalu tanpa touch up mana yang patut. Dahla kain batik pakai salah. Lepastu selendang tak sesuai dengan baju dan kain. ISH KENA REJECT.
Sedih. ;p

Selesailah sesi kedua. Kami diberitahu bahawa kami akan dihubungi kalau-kalau terpilih untuk ke saringan seterusnya. Tang ni, aku tak kisah sangat dah. Yang penting pada aku, aku dah ada pengalaman di ujibakat dan aku berjaya menjawab kesemua soalan juri dengan yakin dan penuh hemah, cewah. Itu yang paling aku nak sangat :) Lain-lain? Tak kisah. Ada rezeki..ada.. Takde rezeki, pun takpe. Yang penting PENGALAMAN tu. Tu yang penting, pada aku laaa ;')

Kalau sape-sapa yang nak tips ujibakat Gadis Melayu musim ke 4 ke, boleh roger-roger aku. InsyaAllah aku bagi tips-tips bahek punya, hihiikk.. Soalan-soalan dia pun bergantung jugak dengan keadaan dan mood juri. Alaa papehal roger je aku, huehue

27 comments:

si suraya said...

la, kene wat belacan jugak ea,
susah jugak tu, ingat jawab2 soklan je, hehe ala afeeqa hazwani ni msti dapat punya.tapi tergelak jugak bila awak cakap suka tengok imam muda tuh.haha padahal dekat oasis tu. pape pun respect awak sebab berani! :)

Afeeqa Hazwani said...

hahahaha banyak kali kena setepek dgn juri sbb main hentam je, tehee

Insyeera ; shieera said...
This comment has been removed by the author.
shazzy :) said...

yaAllah kalo shazzy masuk awal2 dah kena reject :'(

Cik Akma said...

huwaaaaaaaahhhhh, smoge bjayee feeqaa.

azaliahjsalleh said...

gud luck fee

Mashii said...

waaa..macam susah jer..goodluck feeqa...masuk rancangan yang ni baru berbaloi..bukan yang macam ehem2 tu..amboi..sempat lagi nak menganyam..

goodluck dik...ni yang tak sabar nak tengok nih..

Azzrawr ™ said...

wah, sure kau dpt punye beb. HAHA
popular la kawan aku pasnih ^__^

Afeeqa Hazwani said...

Insyeera,

hehehe thx dearie!

Afeeqa Hazwani said...

shazzy,

apa nak rejectnya! you boleh cakap kan? and comel dh mmg comel. confirm boleh! pergilah nanti dkt sri pentas 3 july :)

Afeeqa Hazwani said...

kak ma,

tentiu, hihiiikk ;p

Afeeqa Hazwani said...

azalia,

thanksssssssssss :)

Afeeqa Hazwani said...

Kak Mashi,

HAHAHA menganyam ye? ehem2 ye? hehehe shhhhhyy kite2 je kay? ;P

Afeeqa Hazwani said...

aza,

hesh. aku blum disaring lagi. belambak lagi kut yg hebak2. isk3..

LUT said...

wahhh smoge terpilih!
bole tgk kat tibi xD

Kekupu said...

ye ! nak tgk feeqa kat tv pulak. :DD

Husna Ali said...

fufufufufufufuuuuyooohhhh! HAHA. tak lama lagi jadi selebriti lah ni ehhhhhhhhhh HAHA. goodluck yeee!

Afeeqa Hazwani said...

lut,

hahah taklah, nanti cemane dgn study i. hesh :)

Afeeqa Hazwani said...

kekupu,

HAHA takmau masuk tv! ;P

Afeeqa Hazwani said...

una,

thanks tp tak jadi selebriti pon takpe. pengalaman je dh cukup :')

Nur Farah said...

wah wah femes la fee pasniii :D yeay! tk cuak ke oh?

Ieeko. said...

Comel. Missyouuumissyouuuu :D

Afeeqa Hazwani said...

Farah,

i kena belajar dulu sayanggg hehe takde maknenye join smpai habis :P

Afeeqa Hazwani said...

Ieeko dear,

I miss you more tahu tak! pergi mana tah lama2 :P

experimental said...

hahahahahaha...
selambe gile an...
mst dapat coz dorg tk kesah ape yg u jawab tu betol ke tak.dorg just nak tengok u konfiden ke tak je time jawab tu...
peace yaw!

Afeeqa Hazwani said...

Lah,

agaknyalah sbb my parents pon cakap macamtu :')

ajune said...
This comment has been removed by the author.