Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Monday, May 31, 2010

WALAUPUN Dan TERIMA KASIH.

WALAUPUN....................

-Aku banyak homework, bila mood datang, aku tak dulik aku nak post belog jugak!

-Mouse tak berfungsi sebab takde spare energizer dalam rumah ni, aku nak post belog jugak walaupun aku benci gels pakai touchpad yang buat aku nak guna bahasa kesat terhadap dia.

Okay tu je.

Hari ini Isnin, dan seperti latest status aku di Facebook, aku tak suka Isnin. Aku cuma tak tahu kenapa dan mengapa. Pukul 8.30 a.m ketika sedang subjek MUET, mata aku dah layu. APA CERITA. Selalunya aku tak pernah longlai macam tu sekali. Dahlah duduk depan sekali, patutnya hal hal bangang macam ini tak patut berlaku, tension. Nasib baik ada Ro yang tak pernah bosang layan sikap kurang kasih sayang aku neh. Thanks Ro walaupun kau pun kadang-kadang angau macam apa tah mungkin sebab kau pun kurang kasih sayang, hihik. Dan kau kadang-kadang comel sebab baru tadi kau paksa aku buat bisnes jual tudung.. Dan baru tadi jugak kau panggil aku Little Choco Mom. Siap esok kau kena cium.



Lain-lain ceghita:

Aku cuma nak complaint satu benda. Pleaselah satu je, hee.. Aku tak puas hati dengan meja kelas aku sebab dia takda ruang penyimpanan di bahagian bawah. Kalau ada subjek MUET, bila bawak file gemuk tu, file tu kena letak atas meja. Meja dahlah kecik siot. Aku sering kali rasa rimas babas. Dahlah kena share kerusi dengan bag. Kalau ada MUET jugak dan kena bawak dictionary, yaAllah subhanallah punggung aku cuma dapat kurang 10% keselesaan. Bila duduk secara tak selesa, sebab tulah senang rasa mengantuk. Letak bag dekat bawah? Tak mungkin tak mungkin...bag aku kaler putih kutttt.....yang Kama selalu nganjing bag aku macam koyok sebab dia kaler putih lepastu ada lubang-lubang. Katanya sebijik macam koyok.

'Feeqa asal dah lama tak nampak?'
'Aku demamlah Kama.'
'Oh kesiaann..... Tu ada koyok tu?'
Aku blur.
Tapi dia menuding jari ke arah bag aku.
'Kau ni memang kongajo kan? Haha'

Punyalah waktu beli dulu aku ingat bag aku dah cukup kiut dah....boleh dia kata bag aku macam koyok?? Oh ye, Kama suka jual minyak tak laku dia tu dengan budak form 5 ni nama dia Sharifah Farhana. Pada aku, comel budak nie. Suka aku tengok muka dia. Patutlah Kama suka jugaakk :)

Esok ada close book test Sejarah 2. Woohoooooo =)

No comments: