Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Friday, April 16, 2010

Sembang rawak :D

Kelmarin kut, aku dapat tahu Farah Deeba tengah carik Najjah dealers siot. Apa pasal tah aku jadi excited tiba-tiba. Haha.. Mungkin sebab inner scarf pertama yang aku beli yang agak best adalah dari Najjah. Boleh lah tahan. Tapi kalau buat pakai nak pergi bersukan, of course lah berpeluh kan, dia akan jadi macam terlipat gitu. Susah ah nak terangkan tapi nampak kurang kemas lah. Mungkin sebab dia dari material cotton. Apa-apa pun, kalau bab inner scarf neh, material from lycra is the best evah! Motifnya, cuma nak cakap, aku macam berminat nak jadi dealer Najjah tu hah. MACAM je eh. Sebab, sounds interesting kan, dapat uwang semua kan. Tapi.. Belum masanya lagi kut. Tunggu ah nanti bila aku dah jadi suri rumahtangga sepenuh masa. Hihikk.

Pagi tadi aku tonton ulangan Semanis Kurma. Tajuk dia, Curang Dibalas Curang. Rancangan macam gini aku suka tengok. Plus, aku pun memang die hard fan Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood tuh. Tajuk dia agak best je dengar kan? Memang best. Tapi aku jadi takut pulak nak kahwin bila ada sorang pemanggil ni dia call and dia cerita something yang macam gini;

Saya kahwin dah 13 tahun. Anak saya dah lima orang. Masa saya mengandung anak ke lima (tahun 2009-mugkin dalam awal tahun), saya terhidu sesuatu berkenaan suami saya. Dia selalu main message. Bila saya tanya, dia jawab main internet (macam tulah lebih kurang). Saya diam. Masa tu, kami dah tidur berasingan. Satu malam, pintu bilik tidur suami saya, terbuka sedikit. Saya intai dia. Dia sedang menonton sebuah video klip. Rupanya video klip itu adalah video kecurangan suami saya (I don't have any ideas, video apakah yang dimaksudkan). Saya jadi marah sangat! Saya cuba untuk terima dia balik, buang yang keruh, ambil yang jernih tapi saya tetap tak boleh terima dia buat macam tu pada saya! Saya tanya dia macam-macam. Tapi lama-lama jadi gaduh. Hm, sekarang dia dah kahwin agaknya dengan perempuan tersebut, saya pun dah malas. Nanti jadi gaduh. Kami pun dah lama tidur berasingan. Tahun ini langsung tidak pernah tidur bersama.

Persoalannya ustazah, apa yang perlu saya lakukan??

Lebih kurang macam itulah kisahnya.



Sampai hati betul si suami tu. Dulu waktu nak, bukan main. Inilah namanya, habis madu sepah dibuang. Bini tengah mengandung pun betapa sampainya hati si suami berlaku curang. Aku dah banyak dah dengar cerita semacam ini. Ini bukan kali pertama. Suami orang 'simpan' isteri orang dekat Condominum Datin Halimah pun aku tahu cerita. Si isteri orang ni pun merayu lah dekat isteri kekasihnya; Kak, izinkanlah saya kahwin dengan laki akak! Saya sayang sangat dekat dia kak! Jawab kakak tersebut; Macam mana aku nak bagi kau kahwin dengan laki aku? Laki kau pun tak ceraikan kau lagi!

Blablablabla.

Di sini ada sedikit fakta aku nak share. Sebagai seorang perempuan, dan bakal bergelar isteri suatu hari nanti.. Aku rasa macam elok jugak aku bagi tahu tentang perkara ini. Terutamanya khas untuk kaum Adam lah. :')


Istilah poligami;

Mengamalkan beristeri lebih daripada satu iaitu dua, tiga, empat atau had maksimumnya empat dalam satu masa. (sounds interesting kan kaum Adam? ;p)

TETAPI, ingin ditegaskan di sini BAHAWA:





SEBAB ISLAM MENGHARUSKAN POLIGAMI.

1) Lelaki atau suami yang mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehingga isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.

2) Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sabit membolehkan suami berkahwin lagi.

3) Menjadi pembela kepada kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.

4) Menyelamatkan kaum wanita "andalusia" (anak dara lanjut usia) yang belum mendirikan rumah tangga.

Walaupun syarak mengharuskan poligami, namun telah ditetapkan bahawa sekiranya seorang lelaki itu ingin berkahwin lagi, beliau mestilah berlaku adil dengan tidak menzalimi isteri pertama dan anak-anaknya dari segi nafkah, kasih sayang dan giliran.

Inilah satu syarat yang sukar untuk diberi perhatian oleh mereka yang berpoligami LANTARAN dibuai keseronokan beristeri baru.



-Credits; Indahnya Hidup Bersyariat by Dato' Ismail Kamus.


Ah. Boleh pulak aku terjebak dalam topik neh. :P


Hey hey. Baju raya aku dah siap tempah woh. Hehehe! Seamstress favourite kami (aku, ibu, Rah) sibuk dengan persiapan nak menunaikan umrah tu yang dia kelam kabut siapkan tu. Yang kami ni pulak awal-awal dah beli kain nak buat baju raya lepastu terus ukur badan and beberapa minggu selepas itu, terus siap dah. Ingatkan lambat lagi sebab aunty seamstress ni pulak after Rejab biasanya dia tak ambil tempahan dah. Tu yang kami pun duk menggelabah gak takut dia busy pulak kan beberapa bulan sebelum Rejab. SO! All the baju raya are here already. Mine is tiga pasang kesemuanya and kesemuanya juga adalah dari cotton's material. Memang aku adore gila lah baju-baju kain cotton nie. Sebab dia boleh buat lasak lepastu nampak macam humble dan muda remaja je kalau pakai. Hehee.. Tapi kena pandai pilihlah. Japanese cotton and English cotton are the best. Kalau tak, terpilih cotton yang keras, kejung dan panas pulak nanti. Lebih malang, terpilih yang sesuai jadi macam kain langsir atau kain alas meja pulak dah. Adoih adoih.

Nasib baik aku dah lama ganti puasa. Kalau tak, buat malu je baju raya dah gantung elok dalam almari, puasa tak ganti-ganti lagi. Aiyoyoo amma appa..

6 comments:

Azza Syzna said...

feeee asal you mcm terer gila psl jenis2 kain? i tatau pape kot. ok fine rsa mcm 'eh dia ni pmpn ke laki?' err

lepasni kena blaja nih. i tau cotton je.
shiffon dgn err ape tah tu yg org buat baju nikah tu, i tatau nk beza. =.=

Afeeqa Hazwani said...

baju nikah eh? organza? satin? hehehe. entah, i pon tak tahu macam mana i boleh tahu ek? hihihi :P

Nadia Khan. said...

awww..baju kurung cotton sgt awesome:D
sedapp gilaa kott ble pakai.hehe:)

Nana (: said...

fuyohhh ! best laa da ade baju raye :)fee, anda ditag. sila lawat blog sy :)

nursarah said...

nak poligami cara betul jgnlah sorok2, kalau sorok tandanya pengecut.

Ieeko. said...

Haih, sampai hati suami buat dekat isteri yang tengah mengandung macam tu!

Kalau Ieeko, Ieeko kerat 'tutttt tuttt' dia! Haha!

Puas hati kot ;P


Gagagaga.