Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Tuesday, April 6, 2010

Pembantu Tukang Masak

Siapa-siapa dekat sini yang hundred percent pandai masak? Bagitahu aku sekarang dan tinggalkan comment. Kalau tak, aku assume siapa-siapa yang aku target selalu baca blog aku ni adalah tak pandai masak langsung dan itu sangat memalukan. Wakaka. Terutamanya perempuanlah kan. Kalau lelaki ohmy sangat bonus mark lah untuk lulus masuk dalam senarai the most wanted bachelor. Wth? Haha.

Perenggan dekat atas ni macam ada related je dengan title entry ni kan? Oh tidak. Tidak sama sekali. Aku tak benarkan kau pikir jauh-jauh. Apa kau ingat aku memerlukan pembantu tukang masak? Eih bukan..bukan sama sekali.

Aku bercakap pasal aku. Eh bukan! Bukan aku bercakap yang aku ni hundred percent pandai masak. Bukan sama sekali..

Hehe..

Okay memandangkan dekat rumah sekarang ni aku takda buat apa-apa melainkan acap kali melakukan sesuatu yang sangat tiada bergunanya lalu untuk jadi berguna sikit, aku ni selalu jugaklah sibuk-sibuk dekat dapur kononnya macam Hello ibu, I'm here for you. Macam macam tu lah.

Mengaku. Ya. Bukan untuk bukak pekung dekat dada (peribahasa heh bukan betul-betul) tetapi aku memang kurang, alias macam tiada sangat skill memasak. Ngeh ngeh. Hey, walaubagaimanapun aku rasa terbela lah sikit sebab setidaknya aku ni reti lah nak bukak api gas tu (kami sekeluarga tak berminat dengan dapur eletrik). Waktu dulu-dulu, masa aku di menengah rendah, sering jugaklah dengar cerita ada seorang gadis ni kira macam kenalan aku jugaklah yakni jarang berborak so tak sesuai dipanggil kawan ye, dia ni anak orang kaya kut melalui penceritaan yang aku dengar tapi tak tahulah kaya macam mana tapi dari segi gayanya macam biasa-biasa je sebab anak orang kaya biasanya duduk banglo and bapanya at least mesti ada Merc CLS atau BMW X6. So aku pun dengarlah cerita yang dia ni sangat sangat anti dapur. Macam nak bukak api gas takut. Nak masak air tak reti. Masak nasi pun turut hampeh. Masa tu kami semua kutuk-kutuk lah dia sebab masa zaman tu kononnya kami ni dah bolehlaa digelar anak dara boleh diharap. :'p

Hehehe..

Bukan itu yang aku nak cerita lah. Cuma dekat sini nak tutup balik pekung di dada (peribahasa aku sendiri), bahawasanya, kendatipun aku ni tak mahir langsung memasak tapi diperakui oleh ibu dan juga Rah, aku memang pakar jugaklah kalau dalam bidang food tester ke..pereka resipi ke.. Huehue.. Walaupun tak hebat, tapi itu dah cukup membanggakan aku sebab once aku dah pandai masak nanti, masakan aku mesti terbaik di daerah (daerah cukuplah tu pun dah bangga sangat dah!). HEHEHE.. Yeeaahhhh bebeh!

Ye. Aku memang pembantu kepada tukang masak (ibu) kini. Ada jugak tugas berguna buat aku dekat rumah. Dah bangga dah sebab tadi baru tahu masak kari daging macam mana. Syukur.

TAPI! Cikai cikai aku pun, aku boleh masak nasik goreng. Rah kata nasi goreng antara tersedap dia pernah makan. Aku rasa biasa-biasa sangat kut walaupun sering kali hampir hangus. You alls pandai masak nasik goreng? Share resipi mungkin? :)

17 comments:

Nadia Khan. said...

sama lah kitaa! hehe:D

LUT said...

stakat nasik goreng i pon bole masak lerr, haha.

bwang lada garam kicap nasik sayur ayam ikan kacau3 da siap.

haha berlagak x? :P

iman said...

60% pandai masak..woot woot

Husna Ali said...

i dah comment. so i kira macam pandai masak la. sikit sikit lah tapi HAHA.

prasasti_puteri said...

~thumb up for u fee.. ^^~
~learn step by step...~
~lama lama pro la.. ^^~

AM SYA said...

akak p0n nk komen

*sbg tande bleh msk sket2 gak~ ;P

Afeeqa Hazwani said...

nadia; yeah berusaha untuk mase depan!

Afeeqa Hazwani said...

Lut; nasik goreng ade letak ikan? peliknye. ke i yg jahil? Hahaha

Afeeqa Hazwani said...

iman; pandai masak ape? eeee bestnya! citelah sikit :D

Afeeqa Hazwani said...

husna; yeke niiii..... hahahah!

Afeeqa Hazwani said...

prasasti_putri; hehehe usaha tangga kejayaan! thanks!

Afeeqa Hazwani said...

kak sya; hehe nampak dari luaran dah tau dah akak msti pandai masak punyer lahh! :D

Mashii said...

sy pandai jugak la..(omg!!!tak macam angkat bakul sendiri ker fee??)

LUT said...

aik xpenah mkn ke? nasi goreng ikan masin? ikan tak masin pon sdap gak :)

aihh da tga lapo nihhh

Afeeqa Hazwani said...

Kak mashi; angkat bakul pon angkatlah! hehehe


lupi; ingatkan nasi goreng ikan bawal td...

fyza d' fieza said...

fyza pun pndai gak tp sikit2 je lorx,, hee~
;)

Afeeqa Hazwani said...

fyza,


hehe okay la tuuu :D