Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Thursday, April 15, 2010

Nafsu Perempuan

Ini bukan entry nak cerita pasal bilangan nafsu perempuan kah, bilangan nafsu lelaki kah. Aku dah pesan awal-awal heh. :P

Takde nak cerita banyak. Chehwah. Kononlah awal-awal entry memang cakap cengginik nanti bila dah sedap menaip (boleh jugak menulis), terus berjela-jelaan. Harapnya tak macam tu. Tapi dalam hal aku, samalah juga keadaannya bila buat esei BM atau essay English, intro mesti annoying giler dan pendek pulak tu. Masuk pharagraph dua atau tiga, hambek ko. Sampai teacher potong ayat-ayat tertentu sambil tulis; Ini bukan isi yang sepatutnya! Ini sangat ridiculous! HAHA aku ingat lagi masa tu trial SPM aku pilih essay English berkenaan; Kalau jadi kaya, apa mahu buat? Macam macam tu lah. Merepek jauh bebenar sampai masuk cerita nak jadi macam Aishwarya Rai lah, Paris Hilton lah. Patutnya kena masukkan isi yang menjurus kepada kebaikan lah kan, nasib baik aku sempat masuk isi menderma ke rumah kebajikan blablabla di perenggan second last. Finally, dapat A walaupun terdapat tulisan pen merah bertulis; You're being very ridiculous! HEHEHE..

Hm bukan itu ceritanya. Bukan itu yang sepatutnya relate dengan entry ini punya tajuk. HMPH.




Baru-baru ni, aku rasa macam aku kuat membeli-belah. Ahh tak bestnya cakap macamtu. Okay ginik, baru-baru ni, aku rasa semacam nafsu shopping aku membuak-buak sehingga terbuak-buak. Macam ni lah agaknya yang kita rasa selepas mendengar berita gembira ke kan. Alhamdulillah bulan-bulan lepas dan lepas, aku berjaya mengawal nafsu dengan jayanya, lalu inilah hikmahnya, dapat berjoli pada bulan ini. HURAYAIYAIYAIYAI.

Bulan-bulan hadapan punya joli takyah kira. Kita kira lain kali. Lain hari, lain rezeki, insyaAllah.. :')

Ada hobi baru. Hobi baru ini lah yang mendorong kepada keserakahan nafsu aku. HUEH HUEH. Yakni window shoppin dekat website-website dan blog-blog tertentu lepastu bila berkenan, kelam kabut booking lepastu esok terus buat payment. Aku jadi gelabah serta merta. Semua benda aku dah tak pedulik dah KECUALI...err..tak tersambung pula ayat nih. Hihi cuma aku rasa nak sengih je bila terkenang akannn....perlu ke tulis eh?perlu ke tak?perlu ke tak?kejap lagi lahh.. ^^

Cuma aku nak berterima kasih banyak-banyak dekat ibu. Ibu banyak sponsor aku. Murahnya hati ibu. Nak ajak ayah sponsorkan, segan lah pulak memandangkan ayah dah banyak jugak sponsor aku selama lapan belas tahun aku bernyawa neh. Maksudnya dari segi fulus lah. Hihikk. Terima kasih ibu ayah. Sayaaangggg selalu dan selamanya! ♥

Dengan penuh debaran, kurang sabar juga nak tunggu empat belas mei dua ribu sepuluh ini (wu yue shi si hao er lin yi lin). Harap-harapnya segalanya berjalan dengan lancar selancar streamyx aku sekarang ni. :')

Terima kasih juga kepada Sabhi Saddi kerana Nadiku hebat sekali! Shukakkk shangat! Terima kasih juga kepada Mr. ♥ Hehehehe sebaaabbb........

Bila dalam mood berseri-seri, memang macam gini. Redha jelah apa adanya. Terimalah aku apa adanya.. Pastikan kau dengan aku.. Jangan ada cinta lain... Tak pernah aku terlintas... Niatku untuk berpalingggg..




AH APE NIEEE! BERHENTI MENAIP atau MENULIS SEKARANG.

4 comments:

Ieeko. said...

Shopping adalah "bestfriend" perempuan :P


Haha.

Husna Ali said...

taw takkkk, tajuk entry ni saspen betul, terus cepat cepat pergi tengok blog fee. semangat KAHKAH.

Afeeqa Hazwani said...

ieeko;

hell yeaahhh! hihiikk

Afeeqa Hazwani said...

una;

you ni memang en.. hahahaha