Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Saturday, April 24, 2010

Misteri Selipar Jepun Kaler Coklet Depan Pintu. Bukan sepasang okay? Hanya satu daripadanya.

Pagi tadi ibu terjumpa ada satu daripada sepatutnya sepasang selipar jepun kaler coklet betul-betul kat depan gate di dalam rumah kami. Bukan gate besar tu. Gate yang dekat dalam rumah. Pelik.. Sampai sekarang kami semua kepelikan. Sebab dia hanya SATU dan BUKAN sepasang.

Aku punya andaian: Ada orang nak buat benda tak baik, (contohnya curik kasut memandangkan sekitar kawasan rumah kami ni memang selalu sangat ada kes curik kasut terlebih lagi rumah kami ni hah) lalu dia terdengar ada benda 'tegur' dia, 'HOI!' lepastu tu terus lari tak cukup tanah sampai tertinggal selipar lagi satu. Takpun, dia ternampak ada polis ronda ke masa tu lepastu dia terus lari lintang pukang sampai tertinggal salah satu daripada selipar jamban dia tu.

Macam logik.

Tapi, kenapa ibu punya andaian menakutkan? Ibu kata, mungkin ada orang yang berniat tidak baik dengan melakukan dosa syirik iaitu mungkin dia buat sesuatu dengan selipar tu lalu dia letak dekat depan pagar dan siapa yang nampak dulu atau pegang dulu, dia akan terkena. Hish nauzubillah himinzaaliq.

Sekarang ni, orang nak buat benda tak baik, macam-macam style ada. Gerun aku dibuatnya.

Bila dah terjadi perkara ni, ustazah kami (Rah) haha dia pun mulalah bersyarah. Dia kata, ustaz dia ada kata, kalau terjadi benda pelik @ aneh atau ternampak benda pelik @ aneh, cepat-cepat laungkan Allahu akbar. Sebab ustaz dia pernah cerita yang dia masuk bilik anak dia (dalam lingkungan 4 tahun camtu), tengok-tengok anak dia takde. Tengok tingkap semua tutup, carik semua tempat tak jumpa, ustaz dia rasa tak sedap. Ustaz masuk balik bilik tadi lepastu dia laung Allahu akbar. Tengok-tengok anak dia ada dekat atas katil, dalam selimut. 'Benda' tu takut rupanya lalu dia cabut lari. Macam aku, surah Yasin yang ada dalam handphone ni, starting dia pun aku takut dengar. Apatah lagi 'benda-benda' tu kan?

Nak cerita ni. Berkenaan pembantu rumah. Sebolehnya, tak payahlah pakai pembantu daripada negara seberang sana tu. Bahaya. Sebab biasanya, diorang ni ada 'pakai-pakai'. Biasanyalah.. Ada yang okay dan 'bersih' je datang sini sebab ikhlas buat kerja tapi ada juga yang sebaliknya.. Macam bibik aku contohnya, kami syak sumting lah dekat dia. Sebabnya dia pernah tercerita dekat ibu yang masa dia kerja dekat Arab Saudi dulu, dia ada 'pakai protection' sebab orang Arab garang-garang katanya. Dah dia TERcerita macam gitu, takkanlah dia datang Malaysia 'kosong' je ye dak?

Sebabnya, kami semua ni macam berat kalau nak suruh-suruh dia buat kerja. Muka dia pulak kami benci tengok, macam biasa, macam nak tumbuk. Haha. Sumpah weh, ibu kata muka dia macam nak mintak lempang. Aku tak ingat bila last aku suruh dia buat-buat kerja. Sebab bila tengok muka dia, nak suruh buat kerja kan, tiba-tiba lidah jadi kelu. Jadi tergagap gitu. Terus, sampai sekarang boleh dikira berapa kali aku bercakap dengan dia apatah lagi pandang muka dia. Scary wehh. Hehe..

Tapi, ibu layan dia okay-okay ah. Ibu hipokrit aku tengok masa layan dia, haha. Konon macam baik padahal belakang kutuk gok. Sebab ibu kata, kalau kita tunjuk kita benci sangat dengan dia, kang dia ludah lauk kau makan kang camna? Haa masatu apa pun tak guna.

Macam aku ada terbaca pasal Eja artis tu punya maid. Gila psiko. Bila Eja ni arah buat kerja, dia pandang semacam, jeling semacam. Lepastu dah tak tahan agaknya, dia lari bawak barang-barang Eja semua pastu siap toreh segala perabot dalam rumah Eja tu. Toreh weh. Ape kes main toreh-toreh?

Lepas ni kami nak cari pembantu rumah Melayu atau Kemboja. Orang Kemboja ni lagi kesian, diorang susah betul.. InsyaAllah kalau diorang datang sini, diorang buat kerja betul-betul. Tak macam yang dekat seberang tu, datang sini nak demand. Berlagak nak mampos. Macam bibik aku tu ah, jalan nak samseng jalanan. Nasib baik aku lagi besar dari dia. ;p

12 comments:

Dush Puppet said...

tak boleh blah ayat muka macam nak mintak lempang. lawak siak ayat tu. kahkahkah.

Afeeqa Hazwani said...

hahahaha tapi memang betul. nanti kalau aku berjaya dapatkan gambar dia, aku tunjuk kau eh? hahaha

AM SYA said...

erkk..

erkk...speechless!

toreh2 bagai!!

LUT said...

larr tertinggal kat sana upenye slipar jmban i.. wuu

Afeeqa Hazwani said...

kak sya,

hati2! psiko2 nie bahaya! haaa

Afeeqa Hazwani said...

lut,


bbbrrrrrrrrrr hahaha

leEya said...

haha dear...same goes wif me la..bibik i tu,,haishh..i geram gile..tpi org seberang memang tableh percaya,,,

Afeeqa Hazwani said...

leeya,

kenape dgn bibik you? meh share cerita! heee

LUT said...

pulangkan slipar i, >.<

Azza Syzna said...

oh ok ah tu. i dkat rumah, i la bibiknya. muehehe



nak book i tak? saya Melayu, dan tak mengamalkan 'bukan2'

:DD

Afeeqa Hazwani said...

lut,


whuttaa? haha

Afeeqa Hazwani said...

azza,

okay, cantik! haha bila nak isi form? :P