Yours Truly;

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Sunday, April 4, 2010

Plain entry

Jin nian zao shang de tian qi heng leng. Atau maksudnya kita pun boleh cakap as hari ini punya pagi punya cuaca sangat sejuk. Can ah? Haha. Macam ini lah lebih mudah; Sejuk sungguh pagi hari ini punya cuaca. Macam tu lah lebih kurang.

Ye sangat sejuk. Fuyoh. Alhamdulillah. Subuh-subuh je dah hujan. Mendorong lagi perasaan nak terkam katil selepas solat subuh ;p



Ha. Ini nak cerita;



Pale isn't? Haih.

Masa gambar ini diambil masatu lebih kuranglah dalam pukul 11.30 pm macamtu. Habis bedak, litip sume dah lunyai sebab bape kali dah raup-raup muka sebab bosan dengan mengantuk pulak tu. Macam ni lah kalau Maulidurrasul dia buat pada malam hari. Lepas Isyak baru dia start majlis. Makan, makan, makan sume lepastu masuk masjid dan dengar ceramah. Menyesal pulak duduk agak terlalu terperosok dekat dalam sebab kalau nak cilok-cilok keluar pun macam segan gila. Pintu dahlah jauh nun di sana. Agak bernasib baik sebab Rah dia nak shi shi then kita pun amek kesempatan mengeluarkan diri dari masjid dan lepastu lepak luar terus tak masuk-masuk dah. Duduk luar boleh lah duduk secara suka hati tak payah nak control-control bersimpuh ke apa ke sebab ramai makcik-makcik kat dalam tu jadi macam tak senonoh pulak kalau duduk peluk lutut. HEHE.

Muka aku ni pulak boleh tahan dengar ceramah setengah jam je kut. Semalam punya ceramah power punyaaa start pukul 9++ pm sehinggalah 11.45 pm macam tu. Haih. Penceramah tu katanya penceramah dekat Asto Oasis. Aku pun tak tahulah. Bukan nampak sangat muka dia. Astro Oasis pun aku jarang-jarang tengok. Ceramah tu pun aku dengar tak dengar. Hihik. Tapi berdasarkan dengan apa yang aku dengar tak dengar tu, cara penyampaian dan pengisian ceramah tu agak superb lah jugak. Cuma aku ni je yang tak insap-insap lagi ni hah. Bila nak insap pon tak tahulah.

Hari ni Ahad. Nasib baik hari ini dingin-dingin manja gitu. Sedapnyaa layan perasaan. Kebelakangan ni aku suka naa berangan. Mungkin sebab tak ada apa nak buat sangat. Jadik, tabiat berangan aku ni semakin menjadik-jadik pulak gamaknya. Eee..

Semalam kann.. Masa aku dengar ceramah tu.. Okay, okay, ade laa satu benda yang aku nak share. Hehe berguna jugak aku ni.. Hehehehe..

Hm, camni;

Bila kita ditimpa musibah, kalau kita sebut Allahhu Akbar, musibah kita tu akan dikurangkan.. Beban yang kita tanggung akibat ditimpa musibah, akan diringankan insyaAllah..

Tapi ustad tu kata janganlah nampak rumah ko terbakar, pastu ko duk depan rumah ko sambil ucap Allahu Akbar banyak-banyak kali tanpa call bomba. Apa ke lurus bendul sangat la ko ni? Huahuahua.

Hm, kau orang pun boleh pikir kan? :)







*Nisbah populasi makhluk di bumi;
• Manusia- 1%
• Jin- 9%
• Malaikat- 90%



Aku pun baru jugak lah tahu. Oh wow berapa malaikatlah yang ada dekat keliling aku sekarang? Uhum :)

2 comments:

AM SYA said...

malaikat 90%?

akak p0n baru tawuu~ ;)

manyaknyerr~~~~~~

*smbil pndg kiri knan

Afeeqa Hazwani said...

ye kak, banyaakk. 10 je yg wajib diketahui. lain-lain? haaa :)